Wednesday, March 31, 2010

PERLU KE DIET KALAU BADAN MACAM BADAK?

OMG! Hampir mau pengsan tengok berat aku sudah naik 2 kilos. Aiyak! Ni akibat duduk kat rumah sambil mengadap tv + makan nasi 3 kali sehari.

Aku patut diet ni. Actually, serius aku tak reti diet wey. Macam mana ntah. Hoho. Kesannya, pipi tembam. Mau kurus balik pliz.


Pic ni baru je disnap kelmarin kat Wisma Darul Iman. Sangat tak ku sangka sebegini jadinya. Jadi? Kesimpulannya. Makan nasi 1 kali aje sehari. Jom kita diet secara berjemaah. Orang cakap lagi afdal. Haha.

AKU UNIK ATAU PELIK.

"Mak, butang baju shima terbukak ke?"
"Mak, eyeliner kat mata shima *poreng ke?"
Semuanya mak aku jawab tak.

Jadi kenapa orang duk pandang-pandang aku? Pelik. Atau, aku kelihatan unik bila berada dalam kelompok manusia tadi? Kalau unik, ape lagi? Cepat lapor pada Majalah Tiga. Hoho. Atau, biar menjadi tanda tanya.

*Poreng dalam bahasa standardnya ialah comot. Sila take note.

Tuesday, March 30, 2010

PEDALAMAN ATAU PENDALAMAN? IKOTLA YANG MANA-MANA.

Back to normal. Pening kepala nak kena cari rumah sewa dekat Besut. Aku dapat kerja kat sekolah kebangsaan permaisuri nur zahirah. Sape kenal sekolah ni? Kat pedalaman ke? Kat pekan ke? Aiyak! Tak mau pedalaman! Please. Rasa macam dunia gelap sekejap. Hoho.

Cik Faiz tersayang. Sila gembira dengan penempatan saya ini. Sebab, Besut dah nak masuk Kelantan. Haha. :)

Monday, March 29, 2010

AKU RASA, KAU RASA

Aku rasa mau hantuk kepala bagi pecah.
Aku rasa mau menjerit sampai anak tekak tercabut.
Aku rasa mau menangis sampai kering air mata.
Aku rasa mau tarik rambut biar botak.
Aku rasa mau tumbuk hati bagi lumat.
Aku rasa mau gigit peha sampai berdarah.

Jadi?

Kesimpulannya. Aku mau tido. Bila tido, semua rasa tu akan hilang. -end-


Sunday, March 28, 2010

ASMARADANA

Just a useless entry. Tapi, kau tetap kena baca. Aku paksa ok.

OMG! Asmaradana, every tuesday till thursday, 1030pm! Buat aku jatuh cinta beb dengan Sam! Suka tengok dia nangis atas bahu Tiz ziqyah. Hoho. Manja gilos.

So, must watch! Rating 5 stars. Love. Love. Wink. Wink. Aduh. Pe hal yang duk wink wink nih. Kanak-kanak betol.

OH, CINTA TERHALANG

Malam ni, aku lihat langit, kelam, gelap. Bahang panas dari jalan raya depan rumah aku ni menambahkan ke'hot'an aku.

Korang pernah dengar tak, cinta tak direstui keluarga? Ala, cam lagu fauziah Latiff tu. Lagu pe, aku lupe.

Ini tak ada kena-mengena dengan aku ok. Cuma aku nak sasarkan entri ni pada insan-insan yang terkena panahan cinta terhalang ni.

Kau tau, kenapa cinta boleh terhalang?

Pasal, mak bapak kau tak suka kat pasangan kau la. Raya tahun lepas, kau bawak balik si Tijah. Mak bapak kau memang berkenan sakan la kan. Siap umum kat satu kampung. Nak buat camane, cantik kan. Hoho. Tapi, raya tahun ni, tiba-tiba kau bawak si Gayah. Akal mak bapak kau boleh terima tak?

Lagi, pasal darjat, keturunan ngan harta. Aduh! Aku memang pantang kalau manusia yang pandang darjat ni. Macam la tak pernah hidup susah. Wey! Mak bapak nenek moyang kau dulu pon makan ubi cicah garam je. Sama je. Yang nak berlagak sangat tu kenapa? Bajet hot! Ouh! Terlebih sudah!


Ada tak orang pandang appearance? Siapa-siapa nak jadi menantu aku, kena;

tinggi macam Nasha Aziz

comel macam Nora Danish

hot macam Diana Danielle
Hoho. Ada ke wey?

Saturday, March 27, 2010

MTEST KPLI

Mtest KPLI done already. Aduh. Penat otak aku berfikir soalan analitikal. Bapak berbelit-belit macam tali pandu puteri yang aku blajar ikat dulu. Menguji tahap kesabaran aku betol! Dah la 30 min je untuk setiap booklet. Aduhai.

So, PTD exam next month. Sangat perlukan knowledge yang tinggi setinggi langit gunung ganang. Kena mantapkan penulisan. English also malay. Kena carik term-term yang rare orang pakai untuk masukkan dalam esei aku. Ngeh3.

Takutnye nak tau dapat sekolah mana time lapor diri nanti. Hope dapat area KT aje. Tak mau kawasan yang tak de line telepon. Pliz cik pengarah. Pliz.


Friday, March 26, 2010

NUFFNANG TAK NAK KUAR?

NAPE NUFF AKU TAK KUAR????!
BOIKOT AKU KE APE NI?
TOLONG LA CIK NUFF.
KELUAR LA.
AKU PERLUKAN FULUS SPONSOR DARI KAU NAK BELI MAKE UP!
HOHO!

Thursday, March 25, 2010

TAG BERTAG BERSAMA CMA.

Okey, since fida cute or name keglameran beliau fy da tag aku sebanyak twice, so aku rase, i need to appreciate her sincere. Kan fy? :)

Ni la serba kurang pasal aku. Kalau kau ngantok time bace, kasi makan steroid. Orait? Kalau xde steroid, kau sumbat je cili, kunyah macam chewing gum.

1)Siapakah diri saya di rumah.
Perempuan yang membosankan. Pasal, hari-hari buat benda sama. Sampaikan, aku da boley bajet timing if aku nak buat sesuatu. Lagi, aku memang suka gelak sorang-sorang depan tv, sampaikan jiran sebelah aku datang kat umah and tanya nape aku gelak. Pelik. Tu kan normal kalau gelak. Kan??

2)Siapakah diri saya di samping rakan.
Aku perempuan yang suka cakap banyak. Aku pun suka keluarkan idea kalau bab nak enjoy ni. Lagi, aku suka cakap benda pelik-pelik ngan budak-budak ni. Tak gitu beb?? Haha.

3) Lima benda yang di idam idam kan tapi tak dapat lagi.

Pertama: MyVi se kaler putih, pastu skirting pink, rim putih. Wah. Gempak beb!
Kedua: Set make up MAC. Hoho. Nak conteng sikit muka ngan make up MAC. Kot-kot la ley jadi cam Nora danish pasni. Muahaha.
Ketiga: Lappy baru. Pliz!!! Nak lappy baru. Tak best pakai pc. Uhuk.
Keempat: Sunglasses GUESS. Oh. Aku suka sangat! Sape nak bagi gift kat aku benda alah ni? Aku nak gi bergaya kat pasar kedai payang ni. Bajet hot macam artis.
Kelima: Jam tangan GUESS. Nak sangat-sangat! Pliz, datuk-datuk. Belikan untuk i boleh? Haha. Tunggu la gaji pertama aku nanti. Sure, aku gi redah cari jam GUESS. Haha.

4)Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saye?
Oh! Nak kena cakap ke? Malu la i. Hehe. Nama beliau.. Taraa! MOHD FAIZ BIN YUSHALANI. Haa..kan da blushing. Hoho.

5)Ceritakan LIMA perkara saye paling suke tentang dier?
Pertama: Kelakar. Kelakar. Kelakar. Boleh buat aku gelak tiap masa except time tido pasal dia tido mati.
Kedua: Aku suka dagu dia. Ouw! Terbelah beb! Macam artis barat sudah. Ala. Kan aku da agak, aku mesti terlebey puji. Dush!
Ketiga: Tak kedekut. Sangat tak penyayang dengan benda-benda beliau. Kalau boley, siap ngan boxer die nak bagi aku pakai. Tapi, apakan daya. Aku wanita biasa. Pernah, mula-mula share sebijik hotdog yg berharga RM4.80, then aku cakap sedap, so, die pergi beli lagi dua hot dog tu. Haih. Cair i.. Hihi.
Keempat: Sangat hormat orang tua. Sampaikan pak cik-pak cik yang mintak sedekah dia boleh kasi sampai 5 hengget. Aku sangat kagum!
Kelima: Dia suka bawak kereta laju-laju. Aku sangat teruja. Aku plak yang terikut-ikut bawak kereta laju. Bf borek, gf rintik.

6)Tarikh membina ikatan, eceh!
Ecececeh!Officially 15/05/08 di kala malam menjelma. :)

7)Kenangan pahit bersama pasangan anda?
Hampir nak accident time balik NYC taun lepas. Nak balik kelantan ngan terengganu. Dekat highway. Pasal, tayar kereta bocor. Alhamdulillah. Tak de kereta dari belakang or depan. So, ada abang motor yang tolong and lastly, call for help dari pomen yang kat area situ.

8)Lagu tema chenta?
Lagu tema cinta? Hm.. Banyak kot. Haha. Yang obvious sekali, lagu Qiara- Hanya Padamu.

9)Apakah perubahan yang saye nak tengok pada dier?
Tak mau pape perubahan. Because aku cintakan dia seadanya. No need to change. No need to transform. Since you love someone, you have to accept everything about your spouse.

10)tag 5 orang lain?
Siapa-siapa yang nak buat, boleh. I don't mind.:)

Wednesday, March 24, 2010

REZEKI MENGHALA KE ARAH MANA?

Saat enjoy dah abis. Enuf! Aku perlu fokus dengan kerja since aku akan masuk keje 4/4 ni. Yehaa! Macam mana ey perasaan jadi pegawai it. Best tak kau rase? Ke agak-agak kena buli ngan cikgu-cikgu yang ada kat sekolah tu nanti? Huhu. Seram!

Yang buat aku risau jugak, mtest kpli next week. Ouh! Risau betol la. Dah la aku tak beli pon buku mtest tu. Macam mana ntah nak jawab soklan nanti. Jangan aku pegi jawab benda lain dah la. Hoho.

Lagi, aku ada exam untuk temuduga as Pegawai tadbir dan diplomatik 41 bulan 4 ni. Pergh! Aku idam kerja ni lama dah. Kerja korporat beb. Sape yang tak nak. Gaji plak beriban-riban. Bley la aku nak pakai mazda 3. Haha. Tapi, tak tau la rezeki aku menghala ke mana. Doakan aku ye. Amin.

Monday, March 22, 2010

KONVOKESYEN USM KE-41

Sah sudah aku menjadi pemegang ijazah sarjana muda sains komputer. Syukur-syukur. Tapi yang agak sedih, ayah aku tak kasi make up kat kedai. Aiyak! Baru je mau berglameran dalam majlis konvokesyen aku. Ngeh3.

Yang buat aku gembira bila orang-orang yang aku sayang, semuanya hadir. Tqvm! Yang buat aku terharu, cik faiz datang dari KL sorang-sorang ke Nibong Tebal. Tq sayang!!!
So, lengkap sudah half of my dream. :) Half lagi on the way. Hoho.









Ni la antara pics yang sempat disnap. Banyak lagi, tapi aku malas nak resize pics bagi kecik. Hihi.

p/s: tqvm buat kawan-kawan yang sudi jenguk aku kat usm transkrian, buat mak ngan ayah yang penat duduk dalam kereta dari terengganu ke penang. Tak lupa juga pada abang (faiz) yang bersekang mata datang ke Penang di pagi hari semata-mata nak meraikan hari kegembiraanku.
LOVE YOU SO MUCH!!

Saturday, March 13, 2010

KELUAR GANTUNG ATAU HANG OUT

Done dengan amik jubah yang bersize 140 yang mengejutkan kakak si penjaga kaunter. Rupanya saiz 40 je kot. Paling kecik. Aku agak malu. Tapi, aku tak kesah pasal aku ditemani wani ngan cida. Hehe.

Start with queensbay. Nonton wayang. Bajet nak wat marathon movies. Tapi, tak jadi. Just tengok V3. Ouh! Sangat best! Aku rate 5 stars. :)

Bowling time at Bukit Jambul. Skill kurang menjadi. Maybe lane dah lame. Salahkan lane la pulak kan. Tapi, memang lane punye pasal. Sangat sakit hati. Then, menabur suara kat Karaoke BJ. 2hrs je. Tapi, sempat la hilangkan suara. Di akhiri dengan mcd. Ouh! Kenyang sangat-sangat sampai isi perut cam hampir terburai.

So, layan kan pics kami . Gambar! Sila bercerita sekarang. Ngeh3.








sekian. Hihi.

Thursday, March 11, 2010

BILA TERENGGANU NAK ADA CINEMA?

Malam ni aku nak pergi mengembara ke utara. Gembira bukan kepalang! Pasal, aku mau hang out bersama teman-temanku di sana. Yeah! Plus, boleh la aku tengok Alice In The Wonderland ngan V3. Haha. Marathon movies. Suka!


Bila la terengganu nak buat cinema ni. Aku rasa macam gila jauh ketinggalan. Kalau ada cinema, tiap-tiap minggu aku terjah. Tak payah susah-susah beli cd cetak rompak. Ops!

Sekarang zaman dah maju. Download aje dari syok.org. Kan senang. Syok.org, pliz give me royalty for promoting your site. Hehe. Joking.

Wednesday, March 10, 2010

AKU DAN DUNIA MERAH JAMBUKU

Dalam dunia ni, banyak warna dah tercipta. Namun, kenapa aku terlalu obses dengan pink? Adakah mak ayah dah ajar aku pakai pink sewaktu kecil? No. No. Never. Bila aku selak gambar-gambar zaman kecik, tak de satu pun baju aku warna pink.

So? Mane datang minat aku ngan pink?


Pasal, aku jadi pengawas perpustakaan! Tiba-tiba terobses ngan pink. HAHA!
Semua nak pink. Jam. Pencil box. Beg sekolah. Kalau pakai kasut pink, maunye kena pelempang ngan cikgu disiplin.

So, aku upgrade keobsesan pink aku ni time masuk sekolah menengah. Aku beli stoking pink. Ala. Yang ada corak butterfly, flower bagai tu. Konon, nampak ladies. Tapi, aku tak pernah terkantoi. Pasal, ari Ahad, aku make sure, kaki aku pakai stoking putih. CLEVER!

Masuk universiti, bawak segala jenis macam benda pink kat dalam bilik. Nasib baik tak cat je bilik tu ngan pink. Sampaikan, roomate aku si ejon pon dah terminat ngan pink. HEHE. Siapa yang close ngan aku memang tau aku gila obses ngan pink. Nasib baik dieorang tak mabuk tengok benda pink hari-hari. LOL!

Kau? Suka warna ape plak?

Tuesday, March 9, 2010

KAU MAU AKU MELETUP KE, MELEDAK?

Dalam dunia ni, semua orang buat silap. Tapi, dalam kesilapan yang kita buat, akan jadi satu pengajaran.

Di usia aku yang muda, aku mampu melihat luas dunia ni. Berbagai-bagai bentuk dan rupa perangai yang aku dah jumpa. Talam dua muka. Talam 15 muka pon ada. Ambik kesempatan. Pijak aku sampai penyek. Ludah dan jilat balik nanah. Tapi, aku tetap cool.

Lagi, mungkin sampai ke satu tahap, aku pasti akan meletup macam gunung berapi yang ada kat Indonesia tu. Time aku meletup, aku tak mampu nak tahan. Memang habis segala jenis lava keluar. Air liur. Kahak. Sisa makanan. Tulang-temulang. Tapi, biarkan aku selama beberapa jam. Aku cool balik.

Mungkin ke tahap yang kritikal, aku mungkin mengalami sindrom sawan babi. Alhamdulillah. Tak pernah lagi. Mintak jauh. Amin.

So, mau aku meletup ke, atau mau aku meledak? Kau pilih la.

p/s: sayang kamu cik faiz! :)

Sunday, March 7, 2010

SIAPA LAGI HEBAT MASAK? LAKI-LAKI KE, PEREMPUAN?

Dalam dunia ni, ramai yang pandai masak. Tapi, sape yang lagi terer? Perempuan ke lelaki? Atau, pondan? Hoho.

Mari kite selak realiti kehidupan sikit. Pada pandangan mata aku, lelaki yang pandai masak. No offense ok? Namun, kebanyakan lelaki yang pandai masak ni, agak lembut. Ni yang aku tengok kat Malaysia la. Kalau kat negara orang, aku tengok, lelaki yang pandai masak, agak tough dan berketul-ketul. Cube kau tengok channel AFC. Sumpah! Aku tak tipu.


Badan macam ahli bina badan, tapi sebenarnya chef. Agak-agak, kalau Aaron aziz ngan Fahrin Ahmad jadi chef, mesti hari-hari ada show dieorang kat tv. Haha.

Saturday, March 6, 2010

TAG OLEH CIK NEMO

Dalam dunia ni, ramai yang kena tag. So, aku termasuk dalam golongan ini. Aku telah ditagged oleh cik Nemo or era si comel. So, aku buat dengan senang hati. Hihi.

1.You have to printscreen wallpaper that you are using now.
2.Tell us why you like the wallpaper?
3.Tag 10 people


Aku suka wallpaper ni macam gini je pasal tak sakitkan mata aku. Yela. Hitam tu dapat elak mata dari berpinar-pinar. Satu lagi dapat jimatkan tenaga yang dibebaskan ke atmosfera. Betol ke aku merepek ni? Hehe. Yang paling penting, window tak ori. Haha.
Ni lappy ayah aku yang berkurun dah sebenarnya. Kalau tak kerana lappy aku mati akibat motherboard sengal yang rosak, aku tak gune kot yang ni. Lambat sangat gile nak loading. Oh. sakit hati!. Damn! Rindu kat kuda belang aku tu. :(

Sape yang nak buat tag ni boleh la. Aku tak paksa. Kalau paksa tak elok plak. Hihi.

POPULARITI NAIK MENCANAK SETELAH MEMALUKAN DIRI SENDIRI

Dalam dunia ni, ramai orang cakap pasal kawen. So, aku nak stop cakap pasal kawen. Pasal? Saje. Hoho. Ni, aku nak flashlight back zaman aku nasyid sekolah menengah dulu. Aku wakil sekolah men sultan sulaiman untuk pertandingan nasyid kan. Sekali, kena jadi solo da. Suara macam katak pun cikgu pilih. Pelik betul. Tapi, aku balun je. Asal orang tak muntah hijau dengar suara aku.

Aku ingat, time tu nyanyi 2 lagu, melayu ngan arab. Aku solo untuk lagu arab. Berdebar beb! Risau tak ingat lirik, namun otak aku berjaya ingat segala lenggok lagu. Namun, habis je ayat terakhir, aku pun bersuara dengan slow, tapi satu dewan boleh dengar. Pasal mic depan aku je kot.
"Kak Shimah, turn shima abis doh.."
Maka, dewan tu pun jadi riuh. Ces! Gelakkan aku rupenye. Lepas tu, populariti aku menaik dengan mencanak.

Aku rase, kalau aku tak cakap kuat-kuat, mesti dah dapat juara. Kan? Rase camtu tak? Haha. Giler perasan.

p/s: kalau nak cakap depan mic, please cakap macam kentut tak bunyi.

Thursday, March 4, 2010

KALAU BEKERJAYA, KENAPA SUSAH SANGAT NAK KAHWIN?

Dalam dunia ni, perempuan bekerjaya memang susah nak kahwin. Cuba tengok Nazatul Shima, CEO salah sebuah company besar tu. Tak kahwin lagi. Eh, macam nama aku je? Haha. Berangan semata-mata. Kalau aku bekerjaya suatu hari nanti, aku tak teragak-agak nak kahwin awal. Mari kita survey bouquet, kenapa perempuan bekerjaya susah nak kahwin.
  1. Takut suami menganggu kerjaya, isteri serabut, anak menangis.
    Yela, asyik-asyik suami telepon suruh balik cepat. Tak tahan katanya. Kan susah tu. Syurga kan di telapak kaki suami. Kena la patuh pada mereka.
  2. Suami nak anak muat-muat satu bas transnasional, isteri macam kilang.
    Kalau anak ramai, jawabnya kena berenti kerja la kan. Tak sempat nak urus makan pakai anak-anak ngan suami. Silap hari bulan, diri sendiri pon tak sempat nak urus.
  3. Risau dah kahwin, takde shape, isteri meroyan.
    Hello girls! Kalau kahwin takdenye shape kau jadik macam pembaris ke, badak ke. Yang penting pandaila jaga. Makan la jamu mak dara dalam Halimah Jongang tu. Jongang jongang jongang!..eh, ternyanyi plak.
  4. Bimbang duit gaji suami guna, isteri merempat.
    Astaghfirullahalazim.. Tak baik kalau si isteri ada pemikiran macam ni. Susah sama-sama, senang pon sama-sama ok. Kalau buat akaun bersama pun ok. Tak gitu?
Aku mampu bagi 3 reasons je. Tapi, yang aku tau, aku tak nak jadi andartu. Aku mau kawen awal even aku bekerjaya! :)

Tuesday, March 2, 2010

TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK LELAKI. TIPS DAPAT ANAK PEREMPUAN PUN ADA NI.

Dalam dunia ni, ramai yang mahukan anak lelaki. Katanya dapat mewarisi syarikat ayah. Oh, macam drama. Namun, bagi yang kurang berkemampuan, anak lelaki dapat membantu bila dalam kesusahan. Kan? So, aku nak kongsi tips-tips macam mana nak dapatkan anak lelaki.
  • MELALUI PEMAKANAN
Nak dapatkan anak lelaki, ibu-ibu kena banyak makan daging ok. Jadi karnivor sikit. Tapi, buah-buahan jangan lupa ya. Makan makanan yang bergaram sikit. Kasi anak lelaki ganas dan garang.
Kalau nak anak perempuan, ibu-ibu kena makan makanan yang berlemak dan bersusu. Jangan berlebihan. Aku risau ibu yang obesiti nanti.
  • MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Nak anak lelaki, kena bersetubuh pada hari subur. Kaum perempuan, hari subur ye. Bagi baja lebih sikit. Hehe.
Nak anak perempuan pulak, bersetubuh 24 jam sebelum waktu subur. Kau kena set timing kat jam la. Kang terlebih masa, dapat anak lelaki plak.
  • TAHAP KEASIDANAN
Haa, kan banyak kat farmasi jual pembersih vagina kan. So, ade effect juga dalam tentukan anak ni. Kalau nak anak lelaki, kau kena basuh vagina sebelum bersetubuh dengan pembersih yang beralkali yang ada bikarbonat. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu ok.
Kalau nak anak perempuan, basuh vagina sedikit dengan asid cair. Jangan asid pekat. Tak pasal-pasal vagina kau terbakar nanti. Terus tak dapat anak.
  • TAHAP KEPUASAN ISTERI
Isteri kena dapatkan kepuasan yang tinggi bila nak dapatkan anak lelaki. Suami jangan la marah plak ye. Pasal tu, anak lelaki agresif sikit kan.
Kalau nak anak perempuan, isteri tak perlu dapatkan kepuasan yang tinggi. Sedang-sedang pon cukup. Hehe.

Tapi, semua yang terjadi atas keredhaan Allah. Jangan terlalu percaya ok. Aku cuma berkongsi dengan kamu wahai kaum hawa. :)


Monday, March 1, 2010

PEREMPUAN PIJAK GAJAH TAK MATI, TAPI CUBA PIJAK AKU, MATI TAK?

Dalam dunia ni, manusia berlambak. Muka plak ada 7 orang yang sama.

credit to baby google.
Kalau aku salah seorang daripada muka macam Nora Danish pon ok. Tapi, aku Nazatul Shima. Lain plak nama dari Nora Danish. So, muka pon lain-lain. Ada seorang perempuan ni, duduk dekat area rumah aku jugak la, sekarang ni bukan main lagi nak burukkan aku. Pasal ape? Kata sumber yang boleh dipercayai, perempuan ni tak puas hati, muka aku macam ex-girlfriend tunang dia. Yang tambah dia sakit hati, tunang dia sendiri yang bagitahu dia macam tu. Yang kau bahlul sangat tak puas hati ngan aku ni ape kes? Bukan aku pergi mengorat tunang kau pon. Takkan aku nak lari ke oversea semata-mata nak puaskan hati kau? Mak aku cakap, kalau layan orang bodoh, kita pon jadi bodoh. So, aku memang tak nak jadi bodoh. Cik Faiz pon cakap jangan layan perempuan tu. Lantak kau. Tapi, yang aku pelik, bila depan aku, pijak gajah pun tak mati. Siap boleh duduk rapat-rapat lagi ngan aku.
p/s: ni yang aku malas nak balik kampung ni. Ada je yang tak puas hati ngan aku. :(