Saturday, July 31, 2010

CHILD WORLD

No mood at all nak pegi KL next week.
Empty inside. Bukan Intel inside ok. Hahaahaha..

RAM dah rosak. Dah format banyak kali.
Repair pon dah, tapi still stay the same.
Sangat gloomy. Rase nak turn back to the child world.

Just me with baby dolls and cooking toy set.
Only sang twinkle twinkle little stars.
Behaved like i wanted.
Cried like i am.
Laughed loudly.
Oh! Really miss my child world.
If I have a chance to turn back my time.
I wish it will be someday.

Thursday, July 29, 2010

DURIAN PUNYA PASAL

Merry merry brown. Langsung aku tak pernah merasa fast food kat sini. Grr~ Namun memang langsung takde hati nak merasa. Kehkeh.

Semalam, keluar carik durian. Gile kempunan ngan durian. Yelar, mak cik tula cakap, nak bawak durian 10 hengget, tapi batang hidung pon takde, bukan setakat batang hidung, bau badan pon same. Geram betol la. Tu yang gagahkan diri pergi carik durian jugak malam-malam buta. Namun, pulang dengan kecewa pasal tak nampak pon durian kat tepi-tepi jalan. :(

Yang sangat memalukan aku semalam, time nak pergi draw duit. Duk asyik nak masukkan duit dalam purse, "tonggggg!!!". Ok. Kepala aku terhantuk kat box danger. Malu gile beb! Dah la yang kat blakang aku tu semua teruna-teruna. Gila. Aku rasa nak sorok muka dalam danger box tu. Gila kau tak malu? Semua gara-gara aku kempunan tak jumpa durian. Sengal! Mula la, aku terbayang kalau aku pengsan pasal terhantuk tu, ade tak orang nak papah aku pegi hospital? Haha. *Gatal* Mau kena pelempang sama cik isketambola. Ok. Mau, eh tak mau.

Wednesday, July 28, 2010

NASI AYAM O NASI AYAM

Hari-hari makan nasi ayam. Kalau 30 hari makan nasi ayam, darab dengan 365 hari, jumlah ayam yang disembelih untuk aku makan memang dewa dewi punye banyak. Lemak-lemak pun sama-sama wat musyawarah nak buat kenduri. Haih. Bahaya-bahaya. Kena elak makan nasi ayam hari-hari.

Gila maunye kalau dalam hidup aku tau erti nasi ayam aje? Otak beku, minda statik, lidah kelu, gigi haus, lelangit sakit.

Tapi, tapi. Boleh ke aku hidup tanpa nasi ayam? Macam boleh, tapi macam tak boleh. Mana satu yang boleh? Kau pening? Ok. Dah. Aku stop kat sini aje.

Tahniah buat Meniti senja, pasal kau jumpa fb aku, even aku tau, ko jumpe pasal aku letak badge kat blog aku. Hehe. Mida?? Bile nak add aku kat fb neh? Aku menunggu neh. Hihi.

SHITTY DAY

I'm very tired today, and i don't care if i'm not pretty.
I just wanna cry.
I look shitty.

Tuesday, July 27, 2010

MEREPEK

Tak sabarnye nak tunggu something!!! Weee~!!:))

Apa dia?? Tak payah cakap la. Hehe..

Gedik betol kau ni. Dah tau xmau orang tau, lagi nk tules kat sini. Memang dasar gedik!
Biar la kan. Gagaga~

Sebenarnya, aku tak tau nak merepek ape kat sini, pasal takde aktiviti lagi yang aku buat this week melaenkan membuat kelas tuk parents. So far, ok la. :)

Next next week maybe banyak benda yang aku nak share. Hihi. *drooling*

Saturday, July 24, 2010

:))


:))

CEMBURU ITU SYAITAN

"Kalau kita selalu pikir benda yang negatif, itu akan menjadi satu doa".
Pesan Kak Ina, colleague aku. Memang kalau aku diskus pasal life ngan die, aku jadi tenang dan lebih matang. Tak tau la. Maybe dia banyak experience. Yang paling penting, perangai dia pon hampir sama ngan aku. We agreed about that. Hehe.

Trust is important. Whatever your spouse do, it doesn't mean, he/she ignoring and not loves you at all. Mungkin kita perlu berubah. Mencari mana silap kita. No ones perfect. Jealous itu perlu, but need to be control. Ya! Perempuan memang cepat jeles. Tapi ada 2 jenis jeles. Jeles biasa dan jeles yang luar biasa dasyhat hebat!

Ye! Aku pernah jadi perempuan kategori no 2. Aku admit. Tapi, lama-lama aku berfikir, apa yang aku dapat kalau jadi macam tu. Tak ade faedah langsung. Tak datang kebaikan langsung. Lagi syaitan menghasut adalah! Aku perlu berubah. Orang pernah cakap, terima seadanya. Tapi, jangan jadikan statement ni sebagai barrier untuk kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Cuba tengok dalam diri kita, apa yang baik dan buruk mengenai diri kita. Berhenti menuding jari kepada orang. Belajar menerima kesalahan diri. Itu yang terbaik untuk kita berubah. Semoga hari yang mendatang lebih memberi ketenangan dan kebahagiaan. Amin..

Friday, July 23, 2010

SULIT

Okeyh. Aku kan bukan artis, so aku tak perlu takut la kan nk post pics. Yeah. Tulah kebebasan sebagai common people. Kahkah.

Before pegi KB Mall sempat aje snap pic dalam umah sendiri. Gile udus umah aku. Macam bukan umah anak dara. Haha. Takpela. Umah ni bukan aku nak duk selamanya. Ruang tamu agak udus, tapi bilik aku agak cumil la. Ngeh3.

Depan pet shop pon baek aje nak posing. Comel giler tortoise sekor tu. Geram! Macam nak curik, tapi takot kena tangkap ngan pak guard. Sia-sia aku tido dalam lokap nanti. Kehkeh. Nak pics lagi? Pegila add fb aku kalau jumpa. Alahai. Bajet artis lagi. Lantak. Gagaga.~

Wednesday, July 21, 2010

KB Mall punya citer.

Semalam, cuti sempena keputeraan sultan terengganu. So, KB Mall. Here i come! Even da pergi berkali-kali. Haha. Saje nak gi cuci mata tengok barang. Kot-kot la ada yang cantik-cantik, ley i terus geeerrrabbb aje kan. Haha.

Pusing satu Kb Mall tu start pukul 1 tgahari, keluar aje dah pukul 7. Patot la gelap semacam aje. Memang window shopping sampai tak sedar dah nak malam. Eh? Window shopping ke, door shopping?? Pempuan. Pempuan. Kekeke. Nasib baik pakai sandal aje, kalau pakai heels, maunye kaki aku tercabut.

Dah habis pusing kb mall, merayau jap kat wakaf che yeh. Ok ok. kami sesat. Gile betol. Macam mana wakaf che yeh boley menyesatkan kami. Haha. Sengal. Jalan punya jalan punya jalan sampai la hujan renyaikan diri. Tak semengah betol.

Gambar? Adee.. Tapi, biarlah. Rahsia. Haha. Gedik. Sejak bila jadi perangai artis ntah! Pesanan aku, kalau nak pegi wakaf che yeh, make sure bawak pitis banyak sikit. Gagaga~

Sunday, July 18, 2010

SEKADAR RENUNGAN

Sangat lama aku tak update blog. Mood berblogging hilang. Please help me kawan-kawan. Now, busy with my works and life. Kehkeh.

Kadang-kadang, terlalu sibuk dengan dunia, akan memakan diri jugak. So, mungkin dengan apa yang terjadi dapat mengajar aku, apa itu mainan dunia. Allah turunkan ujian kepada kita kerana Allah sayangkan kita dan mau kita menjadi hamba yang lebih bertawaduk dan bersyukur kepada-Nya. Bila kita dah terhantuk, baru kita sedar kan. Jadi, ingatlah, Allah masih sayangkan kita dan mahu kita berubah. :)

Tuesday, July 13, 2010

DURIAN OH DURIAN

Semalam, membeli durian lagi. Selonggok 10 hengget saje! 6 bijik! Pergh. Kecur air liur aku. Haha. Siap dapat spesel diskaun untuk buah epal ngan pisang. Tq cik penjual buah. Lain kali, datang lagi, bagi lagi murah gila gila kaw ok! Haip!

Tiba-tiba aku terpikir, kenapa aku jadi perempuan. Kenapa tak jadi lelaki? Tapi, bila aku renung balik diri aku, aku sangat bersyukur dijadikan dalam bentuk perempuan. Pasal ape? Aku tak akan merokok. Lagi, aku tak payah susah-susah nak mengorat pempuan. Lagi, aku tak akan menjadi mat rempit. Lagi dan lagi. Sampai esok pun tak habis kalau aku duk melalut.

Sekarang, mood aku nak makan durian. Tak sabar nak balik kerja, nak redah durian kat umah. Make it faster please.

Wednesday, July 7, 2010

SATE dan KISAHNYA

The rain poured down. Aku menggigil dalam lab yang sejuk gilos. Masih aku gigih tatap skrin. Masih juga, aku tak makan banyak. Diet yang ntah pape but still in healthy appetite. *grinning*

Mood so-so aje. Nothing special happened and i'm hoping for a miracle. Sangat sangat ok. Tapi jangan sangap suda. Tak tau nak merepek ape lagi dalam entri ni. Idea agak kering recently. Otak tak mampu berfungsi dengan baik lagi. Hanya mengharapkan neuron-neuron ok semua. Ok neuron-neuron sekalian! Anda ok?? Ow. Bagus. Bagus.

Wth aku pegi download lagu cinta sate? Ow ow. Ok. Ade cikgu nak bagi budak-budak dia dengar pasal lagu sate. Nape sate? Best sangat ke? Setau aku, memang sedap kot. Aku pernah sekali aje merasa sate kajang. Tu pun cik paih yang bawak aku pegi sane. Tak de kot orang lain nak bawak aku pegi makan sate kajang. Bigggg claps to cik paih. Kekeke. Ok. Enuf. Aku nak pegi skodeng Fahrin Ahmad plak. Hihi~

Monday, July 5, 2010

DAH KURUS KOT

New wave of jobs will buzzing me around next week! Need more focus loci. But, i'm still preparing for my new interview call at somewhere. Hope i'll get that job! Amin~ :)
My eyes bug out when it comes inserting data. Alahai~ Banyak sangat and i'm quite bored! Huu~

I guess, berat aku dah berkurang beb! Pasal, aku dah muat pakai seluar jeans yang cik faiz belikan dulu. Hihi. So, tipsnye ialah! Makan biskut oreo and drink plain water for a week. Then, see the difference! Tak percaya? Trylah! :) Sumpah, aku tak tipu. Yang penting, kena istiqamah! Hehe~ Tapi, kalau agak-agak nak shut down tu, makan la nasi k. Jangan zalimi diri anda. Kehkeh. Carbohydrate vital to provide energy for your body! Orait? Tapi, jangan overtaken ok! :) Moga hari-hari kita semua lebih ceria!Amin~ :)

Saturday, July 3, 2010

FORGIVE AND FORGET

Hello my readers! I'm back ok! :) just a week i'm shut up my mouth. Ops! Bukan. Stopping my fingers from moving lor. Kekeke~

Tonite. Argentina vs Germany. Kompom semua tak sabar nak tengok. Me too! Go go Argentina! :) Namun, masih sempat aku membuka lappy dan mencurah kata kat sini. Gagaga. Blogging is my soul! Tak boleh nak tinggal mcm tu je.

Insya-Allah, i'm fully recovered! Kihkih. So, by this way, i'm begin to revived again! Alhamdulillah~ Thanks Allah. Because of HIM, I'm getting stronger and have a lot of patience inside. *grin*:)

Just to bear in my mind, also people out-there, if you have a lot of barriers in your life, just take it simple and try not to make it complicated since, HE has a reason why we are been tested. I'm not regret at all. Let bygone be bygone. Look forward. Forgive and forget. So, your eyes will sparkling like stars, your smiles like sunshine. :) And, when we got a chance to change, don't miss it every moments. Committed and Insya-Allah, we will be a better person in the future. Amin.. :)
ILYSM Mohd Faiz~ ;)

KISAH BOLA PULAK

Semalam Brazil kalah la. Isk3. Sedih! Memang nampak pressure dan kecewa gila muka players dieorang. Emm. Takpe, Argentina ada lagi. Make sure Argentina plak menang lepas ni! Eh eh. Macam mana aku terminat bola plak ni? Pasal da nak final. Haha. Love Argentina! Weee~ :)

Friday, July 2, 2010

QUICK POST

Mengalami kedemaman yang sangat panas di rumah. Dah lame tak demam. Ekeke~
Yang susahnya, kalau aku demam, mesti tak nak makan ubat. Padahal bukan besar pun panadol tu. Haha. Senget betol.