Saturday, January 29, 2011

Gembira dan Sedih

Petang semalam hang out ngan kawan-kawan kat rumah. Kitaorang pergi jalan-jalan kat Pantai Batu Burok. Dah lame kot saya tak pergi sane. Angin punya kuat giler! Sape yang agak-agak berat 15kilo tu, insya-Allah mungkin terbang. :)



Dalam mulut jangan sangka takde pape. Makanan penuh dalam mulut dan telah disorokkan. Cube cari. Hakhak..

Balik dari hang out, terkejut dengar berita jiran sebelah rumah saya dah nazak. Masya-Allah.. Terkejut sangat-sangat. He's still young. Area late 30. Menghidap barah hati. Dan bila saya nak pergi ziarah, arwah dah meninggal dunia.

Menitis air mata. Tak tahan sebak bila tengok wife dan seorang anak perempuan arwah menangis. Masya-Allah.. Syahdu.. Simpati sangat-sangat. Sempat saya sedekahkan Yassin di sebelah arwah yang kemas diselimuti dengan kain batik. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh dan beriman.

Kita tidak akan tahu, bila akan mati, dan saya berpesan kepada diri saya dan semua orang, marilah sama-sama kita banyakkan beribadat dan menjauhi kemungkaran. Berusaha ke arah kebaikan.. Mati tidak akan menunggu kita. Nauzubillah.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Mat.. Al-Fatihah...

Thursday, January 27, 2011

Emosi di pagi hari

Apabila saya nak lelapkan mata, saya terfikir, adakah saya telah jadi anak yang terbaik untuk mak dan ayah. Tiba-tiba air mata keluar. Terasa diri ni sangat tak berguna berbanding dengan abang-abang yang berjaya.

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, tapi saya tak dapat terima bila saya dibanding-bandingkan.

Terasa diri ni sangat banyak kekurangan.

Semua ni membuatkan saya sangat down lately.

.
Terasa mau pergi jauh..

Wednesday, January 26, 2011

UFO dipercayai mendarat di Sleman, Jakarta

Dah bukak metro pagi ni? Tajuk Polis kawal sawah dilawati makhluk asing! Kejadian berlaku kat kawasan padi Sleman. Satu lingkaran bulatan telah dikesan kat sawah padi tu. Bulatan bentuk bunga tu beb! Macam dalam cerita omputih pun ada.

So, akibat ramai orang yang nak tengok keajaiban kat sawah padi ni , maka sesaklah kawasan Sleman tu, dan penduduk kampung tu ambik bayaran untuk sape-sape yang nak tengok corak tu.
-sumber metro online-


Pergh.. Manusia, kalau nak duit, macam-macam la kan dia buat. Mesti orang kampung Sleman jugak ni yang buat. Untung-untung, boleh datang Malaysia guna duit tu. Kihkih..

Jadi warga penduduk Sleman, hati-hati lepas ni. Kot-kot alien mengganas kat sana. Ala, macam dalam cerita Alien vs Predator tu. Hihihi..

Tapi, kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kot-kot ada alien kat kawasan yang kita tak tahu. Kan? So, kuasa Allah tiada batasan. Mane tau, kot-kot kawasan padi ni, memang makhluk asing yang buat? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Tapi kawasan padi kat Sleman ni, nampak lain kan dari Malaysia. Macam taman bunga pun ada. Hehehe..

Monday, January 24, 2011

Apa yang dibenci akan menjadi kesukaan akhirnya

Wing wong.. wing wong..

Berehat kejap sementara menfreshkan otak sebelum pulang dari kantor. Ok, kerja makin bertimbun-timbun. 2 sistem kena siapkan dan yaa.. Saya masih berblogging. Tapi, setelah segala flow sistem di keluarkan dari kepala otak dan cakap sorang diri macam ermm.. Tu la budak sc comp. Kalau tak cakap sorang-sorang memang bukan budak sc comp. Hakhak.

Dulu, benci oh programming! Kiranya, kalau ponteng kelas programming, kire no hal lah. Pasal, memang tak nak kot kerja dalam bahagian ni. Haha.

Tapi, macam tu la. Orang cakap, yang kita tak nak tu la yang akan kita suka one day. Ya, statement tu agak betul. Dan rasa sangat menyesal bila tetiba dah suka benda alah ni, tapi kena rujuk balik buku dan internet. Haha. Sangat tak best!



Ohhooii... Dulu, berangan nak kerja besar-besar. Pakai kot bagai. Nampak elegance kot! Suka! Pastu, pakai sunglasses sambil bawak kereta Satria GTI merah. Pakai kot dalam kereta? Memang terbaik! Haha.. <-- Berangan je lebih ni. Mau kena pelempang ngan mak. Haha.

Tapi, rezeki saya, mungkin kat sini dulu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, maka dapat la saya kerja yang lebih baik. :)

Mane tau, dapat jadik businesswoman yang pakai kot ke? Pergh.. Tak habis-habis dengan kot. Nanti kita pergi carik kat bundle. Banyak choice dan yang penting MURAH! :D

Sunday, January 23, 2011

Karenah budak perempuan sekolah menengah

Nak jadi cerita. Hari ni, budak-budak perempuan sekolah saya duk laung dari atas kelas mereka.

"Huduh! Huduh!" (budak perempuan yang mungkin nak mencapap kot)

"Kak, tengok budak puang ni panggil kak huduh.." (budak laki yang nak backup saya kot)

Hahaha. Thank you adik-adik for your responds. Means, adik-adik sayang kat akak la yep. Takpe, nanti kite jadi kawan ok :)


Experience is how life catches up with us and teaches us to love and forgive each other. - Judy Collins-

Friday, January 21, 2011

Accident

Alhamdulillah, praise to Allah for give me a chance to breathe.

Semalam, saya accident on the way balik dari kerja. Fikiran entah pape time tu, dan it end with an accident ngan pak cik bawak motosikal. He was 82 years old. Thanks God. Pak cik tu tak luka parah. Tapi, buat saya shaking seluruh badan. Nasib baik orang ramai tak pukul saya. Huhuhu..

Dan, saya sangat malu. Peak hour kot time accident tu. Ramai orang. Masa tu dah tak nampak ape-ape, melainkan pak cik tu yang jatuh dari motor. :(

So, saya bawak pak cik tu pergi hospital untuk bersihkan luka dan bawak motor pak cik tu pergi repair dan memberi sedikit wang saku. Yang buat saya sangat pelik, pak cik tu after balut semua luka, siap boleh gelak-gelak lagi. Sangat tabah pak cik ni. Sedangkan saya still lagi macam kat awangan.

Alhamdulillah, semua settle dekat pukul 6 petang. Pfft! Pengalaman ngeri betul bila accident ni.


The real is horrible. Calar sana sini, dan cermin dalam pecah. :( Sayangnye kat tba5959 saya. Isk3... Sorry dear.. Nanti kita pergi workshop ye. Balut ape yang patut.

Wednesday, January 19, 2011

Terima kelebihan dan kekurangan

Cerai, divorce, pisah, break up. Semuanya istilah yang berlainan, tapi memberi maksud yang sama.

Dalam entri kali ni, saya nak kupas sikit (bajet oren) pasal kenapa orang bercerai dan berpisah.

Mana ada orang kahwin untuk berpisah. Kan? Semua nak yang terbaik untuk mereka. Tapi, takdir Allah menentukan segala-galanya. So:

Bagi logik akal saya ni, pasangan yang berpisah ni mungkin la kan, tak sehaluan.

"I nak tengok cerite hindustan.."
"Ala.. I nak tengok badminton.."
"Ala...I nak tengok jugak hindustan.. I tak kire.. Kalau u nak tengok badminton, kite break up!"
"Huh?? What? Break up?? U tak kisah ke pasal anak-anak kita?? U jangan main-main.. U ni pemikiran pendek betol!"

oh... what the hell people. Takkan la sebab benda-benda kecik sampai kamu nak break up. Sangat sangat ashamed. Dan, saya akui, perempuan memang pendek pemikiran berbanding lelaki. Dan yang sangat mengecewakan saya, fakta ini benar hokay!


Lagi, mungkin sebab orang ketiga.

"Erm...jijah.. honey bee rasa, dah tiba masanya jijah fokus kat study.. kan jijah kata nak pergi oversea kan? honey bee tak sanggup nak ganggu jijah.." (khak tui!)
"Takpe honey bee..jijah sanggup study sambil kapeling dengan honey bee.."
"Jangan jijah.. Honey bee tunggu jijah ok??"
"Erm...ok..janji tau!"
"Ok jijah sayang payung intanku..!"

Selang beberapa tahun.

"Oh jijah!! i miss u so muchhh!!! dah lame honey bee tunggu jijah.."
"Hey!! Who are u bastard?? Jangan ganggu I hokay! I dah nak kawen ngan Andrew Johnston!"

Ouch! Perit kan? Kurang ajar gila kot perempuan ni. Si lelaki sanggup tunggu si perempuan, tapi dengan senang je kena dump. Normal situation. Semua orang pernah kena dump kan? Tipu kalau cakap tak pernah. Pftt!

The worst reason is, dah tak cantik atau hensem.

"I suka tengok awak la syg.. U look sooooo beautiful!! cair hati kanda jap.."

Selang sedekad.

"Awak! Cuba la tempek sikit bedak kat muka tu! Buruk sangat dah saya tengok! Ish! Malu betol la dapat bini macam ni.."


Cis!Ada apa dengan rupa? Rupa tak kekal sampai ke tua. Yang tegang akan kendur jugak. Yang licin akan kedut jugak. Yang gigi putih akan hitam jugak. Yang rambut hitam akan putih jugak. Yang body macam Jeniffer Lopez, akan jadi macam Nek Jah jugak. So, what's a big deal about that guys?

Belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. The perfect word untuk hari ini~ :)

Monday, January 17, 2011

Burger

Kenapa burger?



Tajuk yang agak nipis di sini. Tapi saya akan cuba huraikan. Kehkeh.. Perasan tak, kalau makan burger hari-hari tanpa henti akan menambah kan lemak badan? Perasan? Fizikal badan akan bertambah 'montok' dan mungkin akan mengalami sindrom kerongkong tersekat akibat lemak yang melekat di kerongkong.

Tambahan, jantung akan mengalami simptom-simptom yang akan menyebabkan kita sukar nak bernafas. We can called it, sindrom ' fayahanafasis'.

Boleh nak makan burger tu, tapi tak perlu la beli sampai tiap-tiap malam ye.. Hehehe.. Kaya la si otai burger. Kesian kat Ramlee Burger. Dulu, Ramlee Burger la yang famous amos kan?
Errmm, mungkin encik Ramlee patut tukar nama yang lebih komersial. Contohnya, Lee Burger. Wow! Mesti chinese pun akan makan burger tu dari makan kat mcD. Ye tak? Haha..

Dulu, saya suka makan burger. Dalam seminggu, saya beli 3 kali!

Dan, sebagai balasannya, saya mengalami perubahan fizikal 'montok' yang amat dahsyat! Perghhhh! Bila dah ada kesedaran, maka pemakanan burger dah dikurangkan. Tak rugi pun tak makan burger, tapi rugi kalau tak makan lauk singgang ikan. Slurpp..



So, kenapa burger? Sebab dia bezzzz~ :)

-credit idea by en.bf- love-

Sunday, January 16, 2011

Julia Perez akhirnya pakai bra laser

Salam hari ahad. Yang duduk dekat area pantai timur mesti malas kan nak bangun pagi ni? Hahaha. Cuma saya je yang semangat nak bangun pagi. Nape ntah? hehe... Tapi, kalau yang kat area barat sana, mesti tengah syok tidur dengan air liur basi keluar mencurah-curah. Redha jela.

Bukak metro online pagi ni, terkesima jap bila baca headline' Julia Perez tunai janji pakai coli laser'.
Masih ingat kat Julia Perez? Artis indonesia yang cakap nak pakai bra yang keluar laser tuh. Hihi.

"Akhbar hiburan Internet, Okezone melaporkan, Julia atau Jupe mengenakan pakaian seksi dengan coli yang mengeluarkan cahaya merah yang menyilaukan".

saya jumpa yang laser hijau je, yang laser merah belum lagi. Hihihi..

Finally, dia pakai jugak ye? Memang keep the promise betol la dia ni. Orang cakap, menepati janji. ehehe.. Tapi, mesti tak boleh lawan Kak Ramlah Ram kite kan?

kihkih...

Friday, January 14, 2011

Apabila terasa rapat, hati pun tersentuh

Salam hari Jumaat semua! Penghulu segala hari. Alhamdulillah... Saya masih bernafas dan dapat menikmati hari ini.. Amin..:)

Semalam, hajat nak tengok Ngangkung, tapi macam agak lewat, so kena postponed hari ni la kot. Tapi dalam hati ni nak tengok jugak Hantu Mak Limah Balik Kampung. Mesti lawak sakan. Hari tu, nak tengok, tapi cik bf takut. Kihkih.. Ampun....

Tapi, sekarang ni. bukan pasal benda ni yang saya nak cerita. Tapi, pasal colleague yang dah bersara last week. Bertugas dah lebih 50 tahun. Lame kan? Saya tak terpikir macam mane nak bekerja selama 50 tahun macam dia. Huhuhu...Even baru kenal kakak ni almost 1 month, tapi hati tetap terasa bila dia takde kat ofis.


She's wearing a pink tudung. Kak Ti. Nampak muda lagi kan? Tak sempat nak tanye petua awet muda. Hehe.. Kalau dia mintak makan sayur, jawabnya, tq aje la :)

Yang sebelah saya tu, Penolong Kanan Ko, yang lelaki tu, Encik Mat, cikgu ape ntah. Saya pun dah lupa. Ramai sangat cikgu kat sekolah. Hahaha.. Dan yang duduk tu, ros, muda 2 tahun dari saya. Dia kerani kewangan kat sekolah. Hari-hari bukak buku besar. Hari-hari pening. Hari-hari pegang kalkulator.



Ros still single hokay! So, sape-sape yang nak kenal, let me know yep! Hehehe.. Promote sikit. Mane tau dapat jodoh cepat. *gatal lagi*! Orang ingat, saya ni lagi muda dari Ros, padahal dah tua dah. :( Maybe saya ni kecik kot, sebab tu orang duk ingat saya ni lagi muda dari dia. Haih..

Erm, nape tetiba rase macam contoh karangan BM tahun 1 ni? LOL!

Thursday, January 13, 2011

Kenapa perempuan tak reti pam tayar?

Al-kisah bila si perempuan tak reti nak isi angin tayar kereta.

" Adik, lepas isi minyak, ley tolong kak pam tayar dop? Sorry ah, kak dok reti nok pam tayar.."

Memang tu perbualan saya dan budak Esso petang kelmarin. Sumpah awak awak semua! Saya langsung tak reti nak isi angin tayar. Isi perut aje yang saya tau. Tu pun mak saya yang masak. Hehee..

Even ayah dan cik bf dah ajar macam mane nak buat, bebal mengatasi segalanya. Sorry. Huhuhu..

Saya ni, pakai kereta tau la, bab-bab nak pam ke, minyak hitam ke, kuning ke, hape ke, agak di luar kemampuan jugak la. Yang saya biasa buat, hantar kereta kat tempat servis. Alah, semua orang tau buat yang tu kot.

Saya tak manja.

Cuma malas kot ada sikit. Saya tekankan sekali lagi, BUKAN MANJA tapi MALAS. Tertekan jap bila duk cakap pasal tekan tekan nih. Phewww~
Peace! Jom beramai ramai pam tayar balik keje nanti. Hehehe.. :)

Kalau perempuan yang pam tayar kereta, apa yang korang rasa dari kaca mata kaum adam? Mesti hebat kan?? Tak pun, mesti rare kan?Haha.. Kalau macam tu la, hari ni jugak saya pegi pam sendiri tayar kereta.

Wednesday, January 12, 2011

Facebook dan Dr. Rozmey

Agaknya, sekarang memang semua agak kelam kabut kan, pasal facebook nak kena tutup. Sampaikan, pagi tadi dalam HOT FM pon, ada talk pasal topik ni. Hehehe.. Memang memberi impak maksima la kot.

Dulu, saya sumpah tak kesah kalau takde facebook. Biar la orang cakap ape pon kan? Who cares? Tapi, sekarang, kalau sehari saya tak online, boleh jadi tak keruan. Macam kera kena belacan la kot ey.

Tapi, saya tak reti sangat nak guna twitter.

Saya assume twitter tuk orang-orang fames, macam Hanis Zalikha aje. Kesian kan? Huhuhu..
eh, ni bukan hanis zalikha, ni nazatul zalikha.

Nanti, macam mana saya nak kontek kawan lame? Yang paling hiba bila nak jimatkan duit untuk kawen. Sekarang hantar kad kawen kat fb je. Tag aje. Tak pun wat event. Kan senang. Nanti, dah tak boleh buat macam ni. Mesti harga kad kawen makin mahal bila semua orang nak kena guna kad kawen. Kalau tak buat, maknenye tak kawen mane la korang agaknya. Hehee.. Mak, saya nak kawen sekarang boleh? Pang!! *Sakit* Hahaha..

Kekdahnya, Mark Zuckerberg tuh dah pening macam mana nak manage laman web fb ni. Tula, sepatutnya, kalau hang dah build web ni, hang kena bersedia dengan problem-problem ni. Baru masuk beberapa tahun, dah nak quit. Hang paham ke pa yang cek duk ngarut nih?

Pfftt!~ Tapi, kalau saya jadi die pon, mesti lagi teruk. Bukan setakat tutup web, malah siap bertapa kat gua. Privacy la konon.

So, sebagai penambah perisa fenomena facebook sekarang ni, adalah seorang hamba Allah ni, yang kononnye, on the way develop web sosial macam fb ni. Akan jadi fenomena kat Malaysia kot! Dia yang cakap ok. Kalau tak silap, dia nak letak nama ddrbook. Ala-ala facebook kan? Mesti hebat macam fb jugak!

Tau sape?

Sape lagi kalau bukan abang tiri angkat korang, Dr. Rozmey. :) So, jom kita wait and see. Kot kot la lagi terbaik dari facebook. We should be proud to be Malaysian if web dia akan jadi fenomena. Ngeh3..

Tuesday, January 11, 2011

Program 1000 Mawar, kau mawarku

Salam, selamat hari selasa semua! :)

Ha, ni picture yang last week punya, tapi baru ada kesempatan saya nak cerita kat sini. Program 1000 mawar. Sangat teruja! Pasal, saya dapat tengok merata-rata warna pink. Hikhik.. Cantik!

Dan.. Yang ruginye, saya tak amek pon video Pertandingan Ratu Kebaya. Kehkeh.. Semua cantik-cantik. Macam nak kawen pun ada. Hehe.. Siap pakai baju ala ala kawen tuh. Semua posing maut atas pentas. But, i like yang girl yang dapat johan tu, macam gadis melayu. Boleh la audition Gadis Melayu 10 plak lepas ni, ok? :)
Perasan tak? Perasan tak? Muka saya macam orang kena sakit kuning. Kehkeh. Ni la result when saya guna bedak ST. Tak sesuai ngan warna kulit. Lebih kuning daripada biasa. Pfttt! Tukar balik ke ZA la. :)
Biar kami jela jadik ratu kebaya. Can?? Rela tak? Rela tak you all tengok? Hehee..:D
See? Semua pink kan? Nasib baik saya tak pakai seluar ngan sandal pink, kalau tak, komfom orang konfius, manusia ke, tiang bendera ni? Hahaha..Kalau tengok dalam dewan, lagi la!Hidup merah jambu forever!! :)

More updates lepas ni. Banyak benda yang dalam kepala ni, tapi tak sempat lagi nk tulis kat sini. Konon busy macam PM la kan. Hekhek. Later! Love~

Monday, January 10, 2011

Along Dee's big day!

Saya suka makan ayam. Eh, bukan tu yang saya nak cakap. Hikhik. Btw, finally saya dapat jugak meet up dengan si gojes gebuss Tdee. :) Sangat anggun in yellow. Kalau nak compare saya dengan tdee bagai salji dan selut kot! Hekhek..

Went for her bro's big day :)


Meet pda! Sebelah Tdee tu. He is our schoolmate. Thanks for the shoot pda!

I used to manja manja with her. Our bf, jangan jeles ok? hikhik..

Membebel ape ntah saya ni. Suka cakap, tapi tak tau cakap ape. Haha.. See? She's flawless ok.. :)

fresh roses! wangi!
Thanks gojes untuk makanan dan gift. Sedap sedap! Next time, your turn. I'll wait. Hehehe..:P Dee, gotcha! Cannot breathe ey? Sian..hehee..

Ana Rafali , Faizal Tahir, Yuna

AJL ke 25 semalam, agak hot jugak, pasal ada siti nurhalijah. i minat gile kot! since sekolah rendah lagi selalu nyanyi lagu aku cinta padamu dalam bilik air. Konon special dedicates for cikgu kesukaan time tuh! *gatal*

cume, result AJL semalam agak mengejutkan kot. Kan kan? Yela, saya bajet Yuna kot yang menang. Her voice was awesome! Merdu lunak lemak, semua ada. Haih. Jeles! And she was so adorable on her outfit. Pftt!

Dan si abang superman, FT, aduhai, sangatla saya tak suke! Tak tau kenapa tak suke. Maybe, cara die express lagu tu macam terover kot. Ey? Hakhak. Siap mandi manda atas stage. Ya, unik, but too over. Huhu. Ok la dia dapat award persembahan terbaik semalam. Nasib baik tak dapat vokal terbaik, kalau tak.. Emm.. Ntah le.. Haha..

Dan yang paling saya agak terkesima bila Ana Rafali juara AJL 25. Apakah? Adakah M. Nasir sudah nyanyuk? Atau, sekarang memang lagu-lagu yang macam ni menangkap sanubari kalbu si para juri? Hoho. Nvm lah. Cuma, agak tersimpang sikit la tekaan saya semalam. Hekhek. Whateva it is, she's sweet. Semalam tak pakai dah baju kurung. Kasik meletup sikit kan. Hehehe..

Tapi, pape pun, AJL semalam best! All of the performance sangat menghiburkan! :)
"Tolong ingatkan aku.....sambung buat kerja la minah!" Kehkeh..

Sunday, January 9, 2011

Cinta itu buta

Love is blind dalam englishnye, dalam chinesenye? Ntah, saya pon belum sempat belajar. Nothing can't stop the blind of love except HIM. Betol tak?

Istilah tu subjektif. Ada spouse sangat lah hensem, tapi gf die so-so aje. See? Macam saya la kan. pakwe hensem, tapi saya so so aje. Kihkih. Tapi, ada jugak, gf die dewa dewi cantik mavelessss, tapi? Bf die? Emmm.. Hehe.. Mungkin, sebab bf die kaya kot. Pftt! Mata $. :) Tak kaya dengan harta pun, kaya budi bahasa lagi terbaik kan? Tapi, ramai ke yang macam tu?

Tapi, jodoh semua Allah yang tentukan. Perasaan tu semua datang dari Allah. Kalau Allah cakap 'kun fa ya kun', maka jadik la dia. So, no one can't stop HIM. Kan?:)

Jadi, hargai apa yang kita ada. Hargai apa yang kita dapat. Hargai orang sekeliling. Hargai semua orang! :) Nape ntah masuk bab harga ni. Harga? Yes! Memang terbaek! Semua barang naik harga. Apa kejadahnya? Minyak masak, minyak tanah, minyak petrol. Pergh~ Semua minyak naik. Minyak muka nak naik sekali ke tak? Kekekee.. :P

walau coklat dan biru tak matching, saya tetap pakai. Kihkih. As long as i'm comfortable with it. :)

Thursday, January 6, 2011

MY RESOLUTIONS

Ni semua antara resolutions saya la kan. Ada yang tercapai, ada yang belum lagi. So, let's check it out!

1) career (done)
2) car (done)
3) belikan washing machine untuk mak
4) sembahyang tak tinggal (wajib buat)
5) getting engaged (postponed this year maybe? hihi)
6) say NO to supper
7) expert in profession
8) kumpul duit banyak-banyak*simpan rm 500 every month* (starting this month. ehehe)
9) bayar bil every month untuk elak kena barred.
10) be a good slave, daughter, worker, friend, and spouse. (Amin..Insyaallah..)

Even agak terlambat beberapa hari resolutions saya ni, yang penting tetap tersemat di hati. kihkih.. :D

Eh, eh.. Asal cakap saya ni? Ok, one of my resolution dalam berblogging hokay!:) More polite i guess. Tapi, in certain condition, pasti i'll use 'aku', 'i' or something else. Later guys! Love!

Monday, January 3, 2011

My friend's wedding (Syazana)

Fuhh!! Weekend yang sangat penat dan exciting! Alhamdulillah.. Kami dapat gather balek ramai-ramai. Yaa.. 6 of us!:) Kawan since matrik penang. Dan one of us dah pon selamat bergelar someone wife, SYA! Be a good wife ok, jangan gaduh gaduh lagi. :)

These are the collage pics of us kat penang. Somewhere dekat Teluk Air Tawar. :)

introduce: from left; fara, iwan, ina and wani :)

yang depan ayu ayu sikit tu qila. cina muslim.hekhek..tipu je, tapi mate sepet cam cina.hehee..:D

ok, pic gedik itu pasti when together. grr~

ambik seri pengantin sikit. kot-kot la terkena badi. hahaha..

AND a bride to be. hekhek..
.
.
.
cakk!!

of cos he accompanied me along the journey. tqvm sayang sebab bimbangkan saya pergi sorang-sorang. He still anggap saya budak yang umur 12 tahun. hehehe.. :)
(kasi effect shining ckit, al-maklumlah, bukan siti nurhalijah)

p/s: oh, for Apple and Lalok: Tq for your dinner treat kat Sate Kajang. Really enjoyed with you guys! And the cupcake also sedaappp giless! Next time, our turn plak blanje korang ye! Lupa nak snap pic ngan Apple dan samuraians, asyik sangat makan. Hihi..