Sunday, April 29, 2012

new room for me :)

Assalamualaikum

Hooyeeee! Barang dari rumah lama semua dah angkut masuk rumah baru. Pftt! Penat. Tapi, still ok sebab cik tunang tolong mengangkut barang sekali. Banyak hokay. Tilam, rak buku, rak baju, yang penting mirror mirror hanging on the wall.. ooo.. lol.

Sekarang, dah pindah masuk rumah abang aku kat area ukay perdana ni haa.. Rasa rumah lama tu macam tak secure dah. Time malam je, rasa takut. Bukan pasal hantu ke hape, tapi takut dengan manusia. Hantu tak boleh buat pape, tapi manusia? Haaa.. Pikir pikirkanlah.

At least, kat sini, ada pak guard bagai. Rasa la secure sikit. Heh. Even nak pergi kerja jauh sikit, tapi takpela.. Yang penting safety first. :)

Oh, dah lame rasenye tak tempek picture koya sorang macam ni dalam blog. Jadi, ape salahnya malam ni, aku berbuat demikian demi kepuasan diri sendiri. Ye idokkk ?

Nah ! Picture di rumah baru. Even rumah tak berapa nampak , muka si tuan blog je yang nampak, kau redha jela ye noks.. 


Oh, esok dah kerja. Why ? Why ? Cepat benor masa berlalu. Baru je nak merasa rehat-rehat kat rumah, dah kena kerja esok. Grrr ~ Kena amik mood malam ni, untuk kerja esok. Mood kena datang awal-awal, pasal nak kena entertain user esok.

Orait, nak kemas barang jap. Semoga aku dapat kekuatan malam ni, nak kemas bilik dengan jayanya ! Gambate shima-chan!

Friday, April 27, 2012

Tentang rasa

Assalamualaikum

Nak menulis, tapi tak tau nak mengarut ape, tapi hati cakap nak menulis jugak. :)

Mood sekarang sangat happy, sebab esok jumaat ! Even tak tau, kerja esok macam mana, user ok ke ko, tapi malam ni aku tetap nak happy. Mungkin sebab aku makan banyak fruits tadi kot. Haha..Aku tau takde kaitan, tapi nak jugak.

Mini cooper hak milik sorang kawan yang dah resign. Hehe.. Nak tinggal saka kat exxon kot. Hehehe..

Tapi, at the same time, rasa risau. Sebab kakak ipar aku dah start rasa sakit-sakit. Lagi beberapa hari nak deliver. Risau plak aku ni haa.. Dah la, jalan nak pergi Hospital Ampang pun fail. Harus kena study dulu route nak pergi sana, even GPS yang kurang membantu tu wujud. Lagi, kena get ready baju. Kot la, tengah-tengah malam jadi pape, takkan aku nak pergi pakai baju tidur kelawar ni kan. Heh.

Namun, di sebalik risau, ada jugak perasaan takut. Takut nak menghadapi future. Macam mana future kita agaknya. boleh agak tak ? Mesti susah kan, unless kita ada mesin untuk predict future which is ridiculous kot. Ok merepek. Bye !

Jom layan lagu tentang rasa by astrid !

Monday, April 23, 2012

Fire extinguisher

Assalamualaikum

Siapa amik kelas kesedaran sivik time sekolah dulu ? Tak pun, kelas sivik ? Yang beragama Islam, mesti tak ramai kan yang amik kelas ni, termasuk la aku. Tau tak, kita memerlukan fire extinguisher dalam rumah ? Bukan setakat dekat office, sekolah or tandas. Eh.

Aku baru terhantuk dari kelalaian bila, my sister in law, bagitau, dia ada beli fire extinguisher, smoke detector dan mask. Pffftt ~ Mula-mula aku macam, " eh, bagussnyeeee kakak ipar aku ni.." Tapi, bila fikir lagi, ada betulnya. Sangat penting hokaayyy~

At least, ada precaution untuk avoid kebakaran lagi teruk. Dan, yang penting, siapa-siapa yang pasang smoke detector tu, janganla tido sampai tak sedar diri. Alang-alang alarm bunyi kuat tu, bangun je. Jangan disangka alarm jam pulak. Ye idok.

Haa.. Ni la 1 set fire extinguisher atau bahasa aslinye, serbuk kering. HAHA. Kau boleh dapat dalam plus-minus RM500. Sayang duit ke, sayang nyawa? Pikir sendiri. Hehehe... :D Yang penting, tau nak guna benda alah ni. Mana la tau, beli je, tapi tak reti nak guna. Kan 2x5 je tu namanya.

Nanti ada rumah sendiri, nak letak benda ni jugak la. Kalau ada rezeki lebih, Insyaallah boleh letak kat rumah kat kampung. Hee.. :)

Saturday, April 21, 2012

Saturday story

Assalamualaikum

Heyyaa.. Hari ni seronok ! Sebab, dapat makan FOC. Thanks wani ! Heee..! Actually, pergi kenduri kawen officemate kat dewan perdana , keramat. Orang ramai yang amat. Tapi, still aku dapat makan banyak. Tapi sedih jugak, sebab kannn.. Ermmm.. Rahsie.. Kekeke.. :)

Izwani dan Tajul

So, harusssslaaa ada gambaran kegembiraan kami selepas makan. Ye idak? Heh. Tunggu nak bergambar dengan pengantin kena amik turn jugak tau! Heeee.. Yela, semua orang nak bergambar dengan raja sehari. Cantik cantik cantik ! :D


Mesti banyak budget tuk wedding dalam dewan kan. Terpikir jap, in future, nak buat kat dewan ke, kat rumah ? Eh. Terlanjur pikir. Heh.

Part of Exxoners. Hee!

Then, lepas majlis kawen ni, aku shoot pergi rumah angah kat ukay perdana. Nak teman kakak ipar scan baby 4D ! Memang tak sabar tak henggaattt...! weee..

Memang banyak betul dugaan nak sampai ke klinik kat area ampang tu. Siap kena carut dengan satu kereta ni. Tak paham jugak nape sesuka hati mak bapak dia pergi tunjuk sign lucah tu kat kakak ipar aku. Bangang gileeeee laki tu. Mau je aku sepak hantuk kepala dia atas jalan ! Arghh!

Ok, abaikan perasaan sakit hati tu. Meh kita tukar ke mood excited ! Yeayy! Nak tengok tak baby tengah buat ape dalam perut? Heee~



Kauthar tengah jilat tangan! Heeee! 

Nak berangan jap. Kalau dah pregnant nak pergi scan macam ni jugak la. Mesti tak sabar nak main-main dengan baby. Hehe.. Sorry, terlebih sudah. Stop dreaming. Heh. Lambat lagi punnnn ~ :P

A dry night

Assalamualaikum pakcik dan makcik sekalian,

Tajuk takde kena mengena dengan entri, sebab aku serius tak tau nak letak tajuk apa bila menaip. Heh.

Minggu ni, dapat balik kerja pukul 5 sebab ada training pukul 8 pagi. Yeay! Sempat la merasa siang sebelum malam menjelma. Even malam tu menyejukkan dan menenangkan. Tapi, pagi pun best jugak, dapat dengar Johara merepek. HAHA. Mak jemah oiiiii~

Hmmm.. Malam ni, takde ape nak dibuat. Tenung laptop. Bukak fb. Tutup fb. Bukak youtube, tak tau nak dengar lagu hape. Last-last nyanyi sendiri. Sedap ke suare kau bedah. Kannn..

Ceritanye, esok nak pergi wedding officemate kat dewan keramat. Aku ni , nama je duduk keramat, tapi bukan semua tempat tau. Setakat ulang alik pergi office tau la. Tula kekdahnya. Eh, apesal bunyi macam minah propa pulak ni. Ish! Ok, sambung. Maka, penggunaan GPS amatlah dihargai even kadang tu GPS phone aku ni bangang tak hengat. Maklumla, bukan PAPAGO, MAMACOME je. Eh.

Maka, iphone ni, haruslah di'jailbreak'kan untuk memudahkan aku mendownload semua benda yang berbayar tu secara free hokayy. Love FOC! Heh. Dah tengok hari tu video macam mana nak jailbreak, tapi, hati tak rela. Macam.. emm.. macam tak rela iphone dinodai. HAHA. Dan, satu benda lagi, aku macam.. emm.. macam takde confident. Nak kena orang lain jugak tolong. Heh. Sangat tak berdikari. Kannn..

Slurrpppp~ Sedap betul fresh orange sambil berblogging ni. Rasa segala neuron neuron bergerak pantas ke otak. Tapi, mata dah lunyai. Mengantuk.

* Tiba-tiba terasa rindu untuk merelakskan diri dekat hutan belantara ni lagi T__T *

Friday, April 20, 2012

Born to be normal

Assalamualaikum

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi model. Sebab aku pendek dan tak secantik secomel Fatin liyana ke, Fatin suhana ke, ikan patin ke, eh.

Tapi, tula, time ada event macam hari tu jela aku boleh jadi model sekejap. Tapi, tu pun model jenis kayu. Nak angkat tangan pun rasa keras. Nak senyum pun rasa macam , eh, buruknye! HAHA. tu la perasaan aku time tu. Malu . Wuwuwu ~ Sebagai satu contoh :


Macam mana la model-model sekalian boleh jadi lembut bila depan camera eh? Might be, dieorang dah ada talent kot kan. Heh.

Aku akan beraksi normal kalau aku dalam keadaan macam ni.


Haaa ! Bila ada ramai orang yang beraksi sekali. Heheee.. Baru rasa macam diri sendiri and most important is, senyum ikhlas. Bukan senyum terpaksa. Heh. :D

And, i'm born to be normal. Maksud aku, bukan model model sekalian abnormal, tapi mereka itu unik! Syabas betey! :)

Sunday, April 15, 2012

Happy Birthday Lil cousin, Aqilah !

Akibat mata yang tak boleh nak lelap, apa kata, kite mengupdate entri. Tadi dah rasa mengantuk, tiba-tiba tak mengantuk pulak. Weekend je mesti nak kena tido lambat. Habit ke ape ntah. Haihhhh ~

Hari ni, sempat makan banyak kat rumah uncle aku kat Cahaya SPK sebab ada birthday party si budak comel Aqilah. Pergh.. Makanan sedap ! Dan erkkk~ Alhamdulillah.. Kenyang sampai sekarang. Siap tapau bawak balik rumah. Heaven ! Esok boleh panaskan dan makan lagi. Simptom pemalas or berjimat? Kau tentukan. Heh.

Let's start dengan siapa empunya party untuk hari ni. Haaaa...Ni la budak comel tu. Aqilah. Already 2 years old and she's sooooo bright !



A loving kiss from sister to her little sis. :)

Foods !
 
Lollipops! Dah rembat beberapa kuntum. Kalau jual, laku nih. Hehehe..







With my sis in law. Akan meletup next month. Hoyaayy! Boleh timang anak sedara tak lama lagi. Oh, aku dah tua . T__T


Naida and her fiancee. Looking forward for their wedding on June 2012. Insyaallah. Amin.. :) Tak sabar hokay. Apesal aku plak yang terlebih excited ni? haha !

Sembang punya sembang sampai la pukul 1130 malam. Perut dah kenyang, mata pun dah mengantuk. Maka, aku nampak satu je time tu. KATIL. Heh !

Wednesday, April 11, 2012

Berubahlah!

Assalamualaikum

Semua orang bercinta. Even binatang pun tau bercinta. Tapi, kenalah bersederhana dalam bercinta. Not too much and not too less.
So, lagi baik bersederhana dalam semua perkara except our loves towards The Almighty.

Kita leka bila bercinta sampaikan bila time dating pun buat-buat dunno je bila masuk waktu solat. Betul tak? Pernah tak terfikir, Allah dah elokkan hati kita, tapi kita tak bersyukur. Kita berpaling dari dia. Yang kita tau, hanya berseronok. Pernah tak terfikir, perasaan yang Allah kurniakan tu, boleh ditarik bila-bila masa? Mesti kita ada terfikir, tapi, kita tak pernah nak endah. Kan?

Kadang, kita selalu fikir yang, still have time to repent. And i would say, it is stupid. Death is not in our hands. If HE said, "kun fa ya kun", nothing can stop it from happened. Ye, Allah Maha Pengampun, but we, as slaves must strive to change towards good person. 


Aku bukan la baik sangat pun, but in certain things, aku rasa macam ralat je, bila certain lovers ni yang selalu berdating, susah nak buat benda yang wajib which is SOLAT. Apa kata, take your time to pray, doa' semoga hubungan dirahmati. Betul tak. At least, you've done something for your relationship. Insya-Allah apa yang sukar dipermudahkan, apa yang sulit boleh dirungkaikan.:)

Tuesday, April 3, 2012

My Engagement Day (31 March 2012)

It's been a while aku tak update blog. Makanya, haruslah kutipan nuffnang pun menjunam jatuh. Heh. Tu aku tak berapa nak risau sangat, yang paling aku risau bila otak dah berkarat nak mengarang something dalam ni. Kesian.

Oh, ye. Alhamdulillah. The event on last saturday , berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Thanks to my parents and family yang bersusah payah to ensure the event smoothly run. And for my dear Kak Long and friends who are supporting me from behind, really appreciate! :) Love you guys!

Nothing much i can explain. Just a few pictures yang maybe aku rasa nak share dengan korang semua, my readers. :)



Alhamdulillah.. Semua dah selesai.. So, looking forward for another event la pulak kan. Maka kena bertungkus lumus berusaha ke arah itu. Ehehe!

Guys, thanks for the wishes and doa'. Really appreciate it ! Love in the air ~ wuuussshhhh~ :)

Oh one thing i learned from someone. Kalau nak ambik gambar time bertunang, tak boleh tunjuk excited sangat. Kena control ayu. Erk! Serius, aku tak mampu nak control. Bila control rasa macam kerah kejung otot-otot di muka. HAHA. I guess i need to practice to make it perfect. Muahaha ~