NIKAH
Just carik halfmoon plain shawl. Sebab apa aku pakai yang plain? Sebab, akad nikah tu just nak nampak simple je. Tak nak lebih-lebih. Less is more. Heee :) Halfmoon shawl ni aku beli dekat Jalan TAR je. Around RM15 sahaja tunai ! Sah !
But veil tu aku tempah dekat kawan mak. She's really did a great job! Sangat suka veil dan baju akad nikah yang dia jahit. Tq cik na ! :)
Bagi brides to be yang nak pakai merelip relap pun takpo ehhh.. Depends kat uolsss.. Tapi yang penting, pengantin lelaki tak kena stroke sebab nampak kau cantik sangat. Kang tak pasal-pasal kena ulang banyak kali. Heeeee :P
RESEPSI
Aku carik halfmoon shawl yang merelip relap sikit la. Yang banyak beads tu. Mula-mula carik tudung yang macam ni dekat Jusco setiawangsa. Ya ampunn ! Mahal ! RM160.. gile gile.. so aku tak beli. Membazir.
BERTANDANG
Aku custom made sendiri je tudung tu. Asalnya beli shawl lain, rupanya color yang aku beli tu tak match dengan color baju. Makanya, beli yang lain jela. Beli chiffon shawl dan just tambah lace and beads. Tapi bukan aku la yang jahit. Mak yang tolong jahitkan. TQVM mak !!! :)
So sangat jimat di situ. Kalau nak beli online mahu jugak la dalam RM60 plus plus kan kalau yang jenis ada beads bagai ni. Tau tak, yang custom made sendiri ni, around RM 10 (chiffon shawl) + RM18 (lace with beads). Just cost me RM28 ! Yuhuuu ! Jimat jimat. Chiffon Shawl yang murah gile dan buat aku terkejut kaku tu aku carik dekat Terengganu and lace tu beli dekat area Jalan TAR yang aku tak ingat nama kedai dia apa. Main hentam je. Heee..
So brides to be sekalian, kalau masih ada masa carik jela dekat Jalan TAR. Banyak choices. But, online pun ok jugak, cuma tak dapat merasa kain tu macam mana la kan. Lembut ke, keras ke ape ke kan. And tak dapat nak try. Heehehe.. Whatever it is, the choice is yours. :)