Monday, June 9, 2014

Hospital mana ok untuk bersalin??? Peninggggg..

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 7 bulan. 2 months to go.  Nerveous, cuak semua ada mak jemah oooiiii.. Sekarang yang memeningkan most of mothers to be, kat mana nak deliver???

Serius, aku dari baby 5 bulan lagi dah carik hospital yang ok dan tak mahal untuk deliver. Memang la company cover tapi terpikir jugak kalau kalau terpaksa kena ceaser ke ape ke kan. Mintak jauh sebab aku nak deliver normal. Insha Allah.. Amin ... Amin..

Ni dah masuk 7 bulan, belum pegi lagi swasta. Sebab duk terfikir nak pergi mana. Kejap nak pegi colombia asia, kejap nak pegi KPJ Ampang Puteri, kejap hukm specialist, kejap pusrawi. Haihhh.. Peningggg.. Tapi haritu pergi hukm specialist memang semua doc perempuan dah fully booked. So, out of list la kot.

Sekarang dalam hati rasa nak pergi Pusrawi. Kawan cakap ok kat situ sebab doc perempuan. Memang nak kena carik doc perempuan jugak. Belum darurat lagi nak mintak khidmat doc laki. Hehehee..


Assalamualaikum baby mama tu.. Duduk baik baik kat dalam ye.. Nanti lagi 2 bulan kita jumpe.. Insha Allah.. Mama ngan abah dah tak sabar nak jumpa baby.. :)) ehehe...

Friday, April 11, 2014

Something to read :)

Haluuu ;)

Hari ni makin semangat sebab hari Jumaat. Weekend detected. I shukeeeeeeeee...

Maka datang keje pun awal je.. sebab saya shukeeeee... :)

Kalau nak cite pasal buku ni, dulu zaman sekolah suka la baca novel. Buku study tu baca time waktu lapang je. So,time pregnant ni memang sangat jarangla aku menelaah buku. Haa gitewww.. *Macam nak masuk exam je kan guna ayat menelaah*  Baca paper pun tengok mood. Kalau baca gosip Hanez Suraya tu maybe menarik.

Tapi bila dapat buku ni, rasa macam tak sabar pulak nak baca content dia and this book macam cerita kanak-kanak sebab colorful ! Heeee.. Thank you so much Huda for giving me this awesome book. :) Terkejut mak tadi ingatkan surprise birthday ke ape. Hehehee..

See ! Comelkan buku ni? Ala-ala buku fairytale gitu. Hehehe..


Macam-macam tips dalam ni. Macam mana nak jaga anak, diet selepas deliver nanti, kalau anak menangis nak kena buat apa.. Nanti bile aku dah khatam buku ni, boleh la share tips kat Mother to be pulak. Eh, aku pun Mother to be jugak so count in jela eh.


Again, thank you huda for this! Love ~ :)

Ouh semalam kan, dapat satu mesej kat fb. Terkejut mak. Ingatkan Aqilah yang hantar email. Sekali ada budak laki sorang ni ask for permission untuk buat DP kat fb.

Ahkak dah tanya ayah dia dik, ayah dia izinkan. Hewhewhew.. Kamu ni bertanya macam nak masuk minang si Aqilah je. Hahaha.. So use it wisely, jangan nak edit ke ape ke. Risau jugak zaman sekarang ni. Macam-macam orang boleh buat. Potong kepala dalam gambar pastu tampal dekat badan orang lain.


Contoh terdekat ala-ala gini. T__T  Ni punya editing memang legend. Hahahaha..


Tuesday, April 1, 2014

Happy news on my 26th Birthday :)

After 4 months and this is my firstttttt entry for this year.. Phewww... ~ Finally ada sifat rajin nak menulis. Nak start dari mane ye? Emmmmm..

Ok, aku mula dari 'how to conceive'. Eh bukan aku nak ajar cara conceive TETAPI nak share experience aku yang bergelar 'irregular period' ni, tapi dengan izin Allah, berjaya conceive :') Irregular period yang aku maksudkan ni bukan period yang datang tiap-tiap bulan tapi date tak tetap, tetapi kes aku ni period yang datang 5, 6 bulan sekali. Dah check dengan doctor, Alhamdulillah takde pape yang tak ok.

6 bulan jugak orang duk bertanya bile nak ada baby, bila nak jadi mak, bila nak itu, bila nak ini. Even 6 bulan tu bukanla 6 tahun, tapi aku rasa macam serabut, stress semua ada. End up, aku just jawab macam wanita yang senasib dengan aku ketika itu;

"Tak dop rezeki lagi.. Insha Allah soon... "

Heh, cliche tak jawapan? Tapi the truth is there. Rezeki semua dekat tangan DIA. Kalau DIA cakap belum masa lagi siapa kita nak pertikai. Ok, back to the story.

Tepat 16 Disember 2013, on my birthday, petang tu aku cakap kat kawan sakit-sakit kat bawah perut. Ala-ala nak datang period gitu. Dah seminggu macam tu baru nak tanya kawan kan. Sekali dia suggest aku beli pregnancy test. Aku pun beli la. Tapi, takde taruh harapan pun sebab dah biasa test guna benda tu tapi result negative je. :(

Sekali bila check macam nampak double line. Aku gosok-gosok bijik mata. Kotla tu imaginasi aku je. Tak percaya, bawak benda tu pegi kat husband. Dia pun macam muka shock. Haha ! Dua dua macam terkedu. End up, pergi jumpa doctor malam tu and sah positive result. Alhamdulillah !!!! Malam tu celebrate birthday sekali dengan happy news ni :')


Hambik 2 sekali aku check. Konon nak yang lagi precise la die punye result, beli la yang digital. Kehkeh..

Tapi tula akal kami masih tak boleh nak fikir lagi macam mana proses tu berlaku sebab waktu subur tu memang susah nak tau bila. Tapi Allah Maha Berkuasa. Bila Dia cakap 'Kun Fa Ya Kun', maka jadilah walau kita rasa benda tu beyond our thinking. Subhanallah, Dia Maha Mendengar :')

Ni masa aku pegi scan 9 weeks. Alhamdulillah sekarang dah 19 weeks. Tak sabar nak pergi scan tengok baby girl ke boy. Heeeee.. ~


note: for those yang senasib dengan saya ni ha, macam period tak datang berbulan-bulan don't giveup. Allah knows better. Believe on HIM and keep praying. Trust me you will never regret.. :)