Friday, September 11, 2015

BB Cream/ Foundation yang paling best !

Salam Jumaat kesayangan. :)

Alhamdulillah hari yang baik ni, kita nak promote satu produk yang sangatla best! Bukan nak tipu ke ape, buat korang yang muka ala-ala tak berapa nak flawless macam mak jemah ni boleh la try produk ni. Kalau yang memang sedia ada flawless lagi la flawlessss lessssss gitu haaa...


Mak jemah ni memang suka BB Cream. Tak kesah la jenama apa, asal tinggi SPF dan boleh avoid my skin from burning gitu.

Mak Jemah memang suka pakai BB Cream ni je. Tak payah apply compact powder sebab dah well blend dengan skin. :)




Ala-ala terkena panahan matahari giteww hahaha..




Alhamdulillah, setelah mak Jemah try produk ni sangat la best. Boleh tahan sampai berbulan-bulan!

Introduce ZaynBeauty Foundation!

1) SPF tinggi (SPF40)
2) Tak berminyak
3) Tahan sehingga 8 jam pengunaan
4) Mampu menutup jerawat/jeragat dan parut-parut
5) Texture sangatlah halus dan ringan (rasa macam tak apply pape pun)
6) Mengandungi agen pemutih dari sumber semulajadi
7) Avoid pigmentation
8) Avoid wrinkles
9) Mampu melembapkan kulit
10 ) KKM Approved! :)

Anddddd tones of benefits from this super duper product.

Mula-mula rasa takut jugak nak pakai. Yela takutla keluar cik jeejerrrr kan. Alhamdulillah skin ok takde keluar jejeerrrr. Time blue moon tu yela ye. Haha..

Price??

WM: RM79.90
EM: RM89.90

Berat kandungan: 25g



So those yang interested nak pakai produk ni boleh la wasap Shima (016 339 2950).
Insha Allah respond ASAP :)

Yang nak tengok testimonial yang lagi banyak boleh refer Instagram: zaynbeauty_official

Sunday, September 6, 2015

Setelah berkurun menyepi. Nah !

Salam 1 Malaysia 1 Brunei 1 Singapura 1 India dan lain-lain.

Dah lame tak menulis dalam blog. Rasa kering dah idea tapi rase rindu nak menaip tu ada.

Sesungguhnya CINTA tu ada. Gitewwww ~

Bilamana dah ada anak ni perasaan bujang tu memang takde langsung. Hari-hari nak balik kerja cepat sebab teringat kat anak. Dulu sebelum kawen memang tak kesah kalau balik lambat. Tak balik umah pun ok. HAHA. Sebab, tak tau nak buat apa kat rumah. Tengok dinding, tengok patung tengok tv tengok itu ini. End up BOSAN.

Bab keluar malam lagi la. Dulu sebelum kawen rajin la keluar malam. Pergi clubbing. Eh bukan. Pergi main bowling, karaoke, tengok wayang, makan burger bakar Taman Dagang. Cakap pasal burger bakar, yang tu memang sedappp oo ! First time makan katekan. Tula burger bakar first and last masuk dalam perut. Ok sambung, bila dah kawen totally different. Nak keluar carik makanan pun malas. Apatah lagi bersukaria, berwindow shopping. Tu yang asyik online shopping je. Kehkeh.

Time weekend pulak. Dulu sebelum kawen memang pukul 12 bangun. HAHA. Sebab kalau bangun awal tak tau nak buat ape. Bile nampak bayangan aku bangun lambat tu rasa macam nak hempuk diri sendiri dekat kipas. Buruk betul perangai. Dah ade anak ni, Alhamdulillah awal pagi dah siap mandi, siap makanan, siap basuh baju, mop lantai, gonyoh toilet dan sebagainya. Baru rasa indahnya bangun pagi.

So buat anak-anak dara yang seangkatan perangainya macam ahkak ni keeennn, ahkak nak nasihat janganla bangun tengahari dik. Memang ahkak dapat serangan sakit kepala yang teruk. Hihi. So, bangun awal-awal kemas apa yang patut. Nanti dah kawen sikap rajin tu memang dah ada. Haa giteewww kekdahnya.

Okayla, ahkak nak sambung buat kerja. Kerja apa? Haaa tu rahsia laki bini. Eh bukan bukan. Kerja yang diredhai Allah. Insha Allah.

Chow chin chow.

BR,
HAHAHAHA


Thursday, February 26, 2015

Muhammad Danish Irfan turn 7 months today ! :)

Kemon kemon.. Apehal malas gile nak menaip sejak jadi mak orang nih.. sedih sebab jadi pemalas macam ni. Dulu sanggup hari-hari menaip, sekarang nak jenguk blog pun pikir 40 kali. Ish ish ish...

Hah! Pejam mata tutup telinga anak aku dah berusia 7 bulan.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah sebab kurniakan seorang anak yang sempurna di mata kami..

Alhamdulillah.. Haaaa.. Nama baby kite Muhammad Danish Irfan Bin Mohd Faiz.. Full name gitewww.. Sape nak masuk line tu kena interview dengan aunty dulu ye. Heeee...

So far, banyak karenah anak bertuah ni sekarang.. Macam-macam perangai dah tunjuk tambah-tambah aku tengah berbadan dua sekarang. Eh. hehehe.. Nak manja je kerja die. Tapi takpe sebab aku sangat suka anak yang manja2 nih. rasa nak gigit gitewwwwww.. hahaa.. Kenkonon rasa disayangi. Hekhek..


"First time mama kite masukkan picture kite dalam blog.. biase muke kite kat insta je.." 

Now Danish sangat suka makan pisang. Kalau boleh semua makanan die nak makan dengan pisang. Kalau takde pisang ade la muka pelik yang die buat. Konon ala-ala nak termuntah gitu. Pandai je akal anak mama sorang ni. Kadang-kadang tu takde idea nak bagi makan ape. Sampai nak kena google menu budak kecik ni. HAHA.. Tapi tula adventure namenyeee..



Kalau balik kampung pun dah senang. Letak je dalam carseat. Dia akan tidor sepanjang perjalanan. If journey tu takes about 5/6 hours selama tu jugak dia tidor dengan nyenyak. Kalau bangun pun nak susu je, then tidor balik. Sampai ternganga tidor dalam kereta. Maybe rasa macam kena ulit kot. Hahaha.. 



Yang mama happy sangat Danish dah pandai mengesot. Nampak macam nak merangkak sekali. Siap angkat dah punggung dia yang gebu gebas tu. Hahaha.. Haih suka betul tengok anak membesar depan mata. Kalaulah mama ni orang kaya lama dah mama resign pastu jaga Danish dengan abah je. HAHAHA !

Ok, aku stop dulu for now. Sebab macam nampak unsur merepek dah dalam perenggan atas ni. Nanti ada masa lapang sambung cite. Hekhek..