Monday, May 3, 2010

JURU IRING PIRING

"Shima, awak kena jadi juru iring untuk majlis badminton negeri.. Start ari khamis sampai sabtu."

OMG! Kenapa aku? Kenapa juru iring? Bukan juru vokal. Ops! Tersasar jauh. Aku nak balik!! Nak balik!! Burn la hari kenikmatan aku Jumaat ngan khamis. Kenapa kena buat time weekend yang penuh dengan keindahan? Nak sambut bufday adik aku 6 may ni plus nak buat sotong masak merah kat family (tambahan cerita). Ok.
Bufday adik aku memang real.

Lagi, nak celeb bufday cik abang ngan anniversary kami yang ke 2 tahun. Amin. Tapi, celeb tu maybe next next week la kot. Takpe. Kami memahami. Gagaga. Love you yeah yeah!:)Semalam, mentor itu sangat la b****! Adeh. Boleh plak nak main stop stop time member tu tengah duk teran anak tekak. Nasib baik ada cengkerang gergasi yang ley cover line. Haha. Lawak betol la. Sumpah! Suara tak sedap! *sigh* (T_T)

p/s: AF pon same. Aku cuma suka kat suara Ain aje. Mantap sexy bergaya daya.

Sunday, May 2, 2010

DAGU AKU SUDAH BERANAK. WHAT?

Sejak bermenjak tubuh aku membesar dengan kadar sihat yang normal nih, aku jadi obses dengan jalan raya. Maksudnya, aku suka 'bederak'. Semalam, aku pegi melantak pizza. Sangat best bila meatballs plus cheese tu masuk dalam mulut. Pergh! Rasa sayang gila nak kunyah. Namun, perlu dikunyah pasal nak amik meatball yang kedua. Haha.


Makanan ni semua dibalun dengan cepat tintas dan lunas. Erk? Tintas tu ape? Nvm.

ok. Dagu aku sudah nak beranak lagi satu. Jangan beranak banyak-banyak sangat. Tak larat nak usap. Hoho. Perlu letak losyen halia kat bawah dagu ni. Atau, perlu makan sup aje untuk 1 bulan ini? Ya. Aku nak berdiet dengan segara. Wahai cik buah hati, saya berdiet yep! Haha.

Kat sini hot gile ok. Dengan angin barat laut yang panas. So, perlu pekena air jambu 99 yang dijual merata-rata kat terengganu ni. Semua nak jual air jambu. Sampai gaduh-gaduh tumbuk-tumbuk sepak ponggem. Ok, aku bohong. Lepas ni, siapa nak join aku jual air durian 1616? Jom. Langsung tak serius.

p/s: Rindu bila tengok gambr time aku kurus. Macam tiang lampu pon ada. Gagaga.

Saturday, May 1, 2010

PANTAI BUKIT KELUANG YANG DIHUNI MANUSIA HALF NAKED

Tajuk tu memang ada kena mengena dengan citer aku ni, namun harap maaf. Pics yang half naked tak dapat la aku pra tontonkan kat kau pasal sume tengah exam kan? Kan? So, biar aku je yang tonton. Haha.
Sangat sangat best pegi pantai ni, pasal tenang and dapat cuci mata dengan berkesan tanpa pakai eye mo moist (ntah betol ke tak ejaan). Pasal, dapat tengok mat saleh half naked di pantai. Ow! Sangat tak senunuh tapi mata aku tetap meliar ke arah mereka-mereka. Hoho. Free show. Tapi tak de la sampai buat stripper show kat situ. No no no.

Cuci la mata pic aku ngan mereka-mereka. Mereka-mereka di sini bukan omputih tu, kawan-kawan aku, Kak Aya ngan Intan payung permata.


Kegedikan melampau pasal tak de orang selain omputih yang berenang seperti ikan dugong. Berpuak-puak dalam air. Entah kencing ke ape dalam air. Erk!

"Abang, kat pantai ni..Sila jeles!hehehe.." Padahal cik mamat tu tak jeles pon. Bukan muka pantai pon beliau tu melainkan bola bola dan bisnes. Hehe.

Oh! Back bone. Eh. Pandangan belakang. Ya ampun. Ikan duyung jelmaan yang paling buruk berlaku kat tepi pantai. Haha. Sila berfikiran bersih dan clear. Kalau tak, jangan harap nak pass exam.

Kaki pon nak tunjuk ke? Aku nak kau jeles je aku main buih-buih cinta baby johnson zidane kat tepi pantai ni. Nak mandi, tak bawak baju spare. Padahal, tak reti berenang. Perlu amik kelas berenang dari cik jurulatih yang handal.

Itu saja takat ni. Terima kasih daun ketum.