Baru-baru ni aku dikejutkan dengan kes bayi meninggal ditangan babysitter. Ya Allah, sungguh rasa marah membuak-buak sampai aku mencarut pagi buta. Scroll dekat FB nampak muka babysitter tu. Allah, rasa nak tumbuk muka sampai pecah. Kau buat anak orang macam anak patung.
Mereka-reka cerita sebab nak tutup salah. WTF.
Anak di usia kecik mana yang mampu mereka buat? Setakat menangis lapar, tak selesa sebab pampers dah penuh, perut kembung, panas. Menangis je hint yang boleh buatkan kita sebagai orang dewasa faham ape yang mereka nak. Bukannya bayi boleh bercakap macam kau yang dah besar gedabak tu.
Kes-kes macam ni la yang buatkan aku sebagai ibu-ibu bekerja rasa ralat nak tinggalkan anak-anak dengan babysitter. Kalau dapat yang jaga anak kita macam anak sendiri, Alhamdulillah. Itu rezeki dari Allah.
Tapi, dapat babysitter yang macam datang dari neraka tu macam mana?? Kalau anak-anak dah pandai mengadu takpela, at least kita tau ape yang dieorang buat, tapi anak-anak yang tak pandai nak bagitau macam mana??
Depan manis muka, tapi belakang tau ke ape yang mereka buat?? Kalau dah rasa tak boleh nak tolerate dengan budak jangan carik pasal jaga budak. Tolongla carik kerja lain. Kerja yang takde in touch dengan manusia. Manusia jenis macam ni kena kerja sorang-sorang. Tak boleh jadi babysitter sebab kau ada masalah hati.
So aku rasa memang wajar, company bukak pusat jagaan anak-anak untuk staff. Memang tersangat wajar. Sekurang-kurangnya separuh dari rasa risau tu dah takde. Boleh bekerja dengan senang hati dan kes-kes macam ni boleh kita elak and at least babysitter tu ada experienced & certified untuk jaga anak kita.
Tapi hmm, entahla manusia sekarang semua gila.
No comments:
Post a Comment