Sunday, January 13, 2013

Warden garang

Banyak sebenarnya story-story zaman hostel yang bila aku ingat balik senyum sorang-sorang.

Kebanyakan kisah dengan warden-warden. Heee.. Biasala siapa yang suka kat warden kalau duduk hostel kan melainkan warden tu satu kepala dengan korang. Heh.

Dulu adela seorang warden dekat hostel ni, yang sangat garang sampai buatkan aku rasa macam , "haih, menyampah betul tengok die ni.." Sifat kurang ajar ada disitu, tapi bila selalu sangat dia carik salah aku, rasa la kebengangan dia jugak. Heh lagi.

Satu kejadian yang aku ingat sampai sekarang. Time tu aku form 4. Time PE atau bahasa klasiknya beriadah. Aku dan kawan-kawan pergi la meronda-ronda kawasan sekolah dan kebetulan terjumpa dengan budak hostel boy tengah study depan dewan sekolah. Kami pun duduk la sekali kan. Bukan buat ape pun.

Kebetulan kereta warden aku tu melintas depan dewan dan dia nampak kami. Dalam hati dah agak dah, lepas ni komfom kena ni dengan warden. Tekaan aku memang betul. Beberapa minit lepas tu, ada junior berlari-lari anak datang.

"Kak shima..kak shima..cikgu xxxx panggil.."

Kami pun pergi la. Masuk je pintu gerbang hostel, dah nampak dah dia tunggu bawah pokok sambil duduk. Pastu mulut dia luas jerit nama kami.

"Shimaaaaaaaaaaa!!! mung buat nape galok dengang budok laki depang dewang hah??? memang sape name shima memang bowok baleeeeee!!" jerit cikgu tu.

Padahal ade ke dia nampak kami ni bertepuk tampar ke hape. Lain la kami buat macam tu kan, memang sessuaaaiiii la kau nak jerit macam tu.

Kebetulan kami ni memang nama shima. Sorang lagi nama shima nadia. Haha.. Aku pun macam terkejut dia boleh cakap macam tu. Boleh nampak budak-budak lain intai dari dorm masing-masing. Aku buat bodoh je pasal aku takde buat salah pape kan.

Last-last time form 5, dia lantik aku jadik pengawas asrama. Haha ! Sampai sekarang aku terfikir lagi, kenapa dia buat macam tu. Heh.

Kisah benar di Hostel SMK Sultan sulaiman

Zaman sekolah menengah dulu kita memang duduk hostel la kan. Even rumah takdela jauh berbatu-batu, tapi kami adik beradik dah dididik oleh parents stay dekat hostel. Maybe kat hostel kami lagi berdisiplin. Schedule untuk study or wut-not dah disediakan, so follow aje.

Kalau dah dinamakan hostel, kisah-kisah hantu ni memang banyak la kita dengar. Sampaikan nak tidur malam pun, kena tidur dengan orang. I mean, satu katil 2 orang. Heh. Pastu siap gabung katil lagi, takut punya pasal. Kita selalu imagine, tiba-tiba terbangun tengah-tengah malam and something ada kat tepi katil. Oh SCARY!

Tambah-tambah, hostel dekat dengan pantai. Malam-malam komfom langsir akan terbang ditiup angin pantai. Pasal dorm tu ada tingkap pecah. Haha ! Lagi SCARY! So, ada a few stories la yang kita nak share.

1) Kita tak pergi sekolah pasal demam. Bed kita belah atas. Tengah baring atas katil tu, tiba-tiba dengar bunyi orang sedut air dengan straw dekat katil bawah.

2) Kita tak pergi sekolah pasal demam. Dorm kite mase tu tepi toilet. Tiba-tiba dengar orang berus kain. Pergi jenguk, tapi takde orang. Terus turun pergi bilik study. Takut.

3) Time tu party akhir tahun, tengah main-main dengan nombor, tiba-tiba ada suara dari bawah sebut nombor jugak. Kami pun terus stop main, and baca Yassin.

4) Malam tu tiba-tiba terjaga. Kemudian dengar orang tengah iron baju. Kita pun tidur balik sambil baca ayat Qursi.

dan yang paling best

Kita tak boleh tidur malam tu pasal takut. Pastu kita turun dari bed, dan kejutkan kakak senior sebab nak tidur dengan dia. Sekali dia cakap.

"tak mboh.. tak mboh.." (sambil tangan tutup muka)
"jangan kacau aku...!" (tangan macam halau kita)

"kak nor... ni shima la.. bukan hantu..." T__T

Wednesday, January 9, 2013

Sampai awal! Yeay!

Sebelum memulakan kerja hari ini, eloklah sekiranya kita bermadah dua kata. Heh. Haih, berat mata ni ha jemah ui.. Bangun awal gile, takutla jammed macam semalam yang menyebabkan kita lewat sampai office.

Semalam dah keluar pukul 630am and end up sampai office 0802am, so hari ini kita keluar awal 10mins. Meaning 620am. So, sampai office pukul 7am. Maksudnya di sini, kalau dekat area UP ni, beza 5 mins tu sangat penting.  :) *bangga dapat mengira dengan tepat*

Ok, dah malas nak melalut. Nak makan kejap. Laporrrrrrrrrrr..

Papai ~