Sunday, May 30, 2010

BUNJUT BUNDLE : harga murah beb!!

Ingat tak, ari tu, aku cakap nak bukak online blogshop kan?
Ehem. Ehem.
Oleh itu, dengan rasminya, aku merasmikan pembukaan "BUNJUT BUNDLE" pada semua peminat barangan bundle. Semua barangan branded tapi dapat dimiliki dengan harga yang murah gilew!!! (ok.ayat skema) :)

Aku juga ada la selit barangan preloved aku yang juga di 'let go' oleh aku dengan harga yang murahh!! So, jom terjah beramai-ramai blogshop aku ni yep! :)

Sila terjah:


Hanya yang terbaeeekk untuk anda!! Tenenenetettetetennnn!!!~ :)


Friday, May 28, 2010

KURSUS INDUKSI EIO (PART II)

Pics tak beratur dengan elok pasal aku malas nak drag-drag pics ni. Hehe.
So, ni la pics yang baru aku dapat.
Rindu time ni. Kursus yang menyukakan aku pada 'kursus'. Ngeh3.
Layan~












Wednesday, May 26, 2010

MAYBANK DAN AKU

Di Maybank.

" Encik.. Saya nak bukak akaun maybank.."

"Boleh-boleh.. Ada bawak salinan ic?"

"Ada..Kejap ye.."

Encik Maybank amik salinan IC dan IC asal aku. Dia pun tanya macam-macam la. Pasal, procedure nak bukak akaun Maybank agak complicated sikit kan. Kemudian, Encik Maybank tanya.

"Cik Shima nak masukkan brape ni? Minimum rm250.."

"Saya nak masukkan rm1500". Dengan penuh keyakinan, aku pun hulur envelope yang berisi penuh dengan not 50 bucks.

Encik Maybank kira duit aku dengan hebatnya. Wow! Terpegun jap. Jari jemari dia macam mesin tu beb! Laju giles!

"Ow.. Tak cukup ni rm1500.. Ada rm1350 je.."

"Hah!!?? Betol ke??? Takpe-takpe, kalau camtu, masukkan aje rm1350.."

Aku berfikir, berfikir dan berfikir. Kenapa jadi 1350? Semalam elok aje aku susun duit tu 1500. Ke aku salah kira? Sampai sekarang, aku bingung. Macam mana aku boleh kira sampai 1500. Tapi keesokannya jadi 1350. Hmm.~ Adakah aku makin bengong dalam Matematik? Adakah? Argh!!

Monday, May 24, 2010

KENA GILA DULU, BARU JADI PANDAI

"There is no great genius without some touch of madness"- Seneca quotes

Teringat zaman aku darjah 5. Baru nak balik latihan menari ditemani sepupu. Kebetulan, latihan time tu abis awal. Nak tunggu ayah macam malas. So, dengan idea gile aku, aku berjalan kaki dari tempat latihan aku kat town balik ke rumah aku dekat manir. Ow ow. Kalau kau orang terengganu mesti paham jauh mana aku berjalan. Gagaga. Bas stop, nak angkut kami. Tapi, aku gong boh!Tetap nak jalan kaki jugak.
Hasilnya, dari kegilaan aku tu, aku dapat jadi seorang genius. Tak percaya? Ikut suka kau la. Hoho.

Saturday, May 22, 2010

FIFA CUP 2010



FIFA Cup dah nak mulakan. Kau rasa siapa yang paling hepi???
Saper? Kaum lelaki?
Em.. Betul la tu. Lepas ni, semua pegi kerja lewat. Pergi kelas lewat. Makan pun sambil tengok bola. Minum pun sama. Jangan solat teringat kat bola dah la ye cik kaum lelaki.

Tapi, kau tau tak, siapa yang paling hepi gila bila FIFA CUP nak berlangsung ni?
Orang-orang negro kat south africa la beb.

Kenapa?

Yela, negro-negro yang still single and available kompom-kompom paling busuk pun, dapat ngorat encik John Johnson Tinson yang jual hamburger kat tepi jalan Amsterdam (rekaan) dengan lipstick merah dieorang.Tapi, masalahnya, nampak ke kat bibir dieorang kalau pakai lipstick merah? Erk? Berendam sambil minum kopi la kot. Tapi, aku reka je ni tau. Tak semua macam tu. Jangan bersifat perkauman ok! :)

Friday, May 21, 2010

AKU SUKA SANGAT TIDOR.


Tonight. Still stay the same. Being a bored girl. Doing a same thing over 22 years. Tapi, kalau bab tido, aku memang tak pernah bosan. Aku memang suka tido. So what? (-v-)

Mitos ada cakap, kalau selalu tido, kita dapat pergi ke mana je. Obviously, via sleep, aku dapat pergi merata-rata dan rasa macam-macam dah. Sampai boleh gelak beb dalam tido. Macam mana aku tahu? Pasal, bila aku terjaga dari tido, bibir aku tengah mengukir senyuman. Seram beb. Hoho. Papepon. Aku suka tido!

Wednesday, May 19, 2010

TENET TENET!

Dry dry day.
Wet wet dream day.
Stared the sky till sunny day.
Till i found the greatest way.
Which i called LOVELY DAY~ :)

Friday, May 14, 2010

KURSUS INDUKSI EIO

Perasan tak aku dah hilangkan diri selama 1 minggu? hehe. Aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai kakitangan kerajaan. Macam biasa. Kursus Induksi EIO. Ramai duk tanya, EIO tu menatang minyak ape kan. Ok. Aku jawab, dan stop tanya aku ape tu EIO. EIO stands for Executive Information Officer. Bereh lake boh?

So, lets pictures story the whole days aku kat sana. Geng-geng kacip aku kat sana, Nor, Yana, Achik, Sya, Kak Ira. Ok orait? Yang lain, ada yang baik and ada ura-ura nak bermusuh dengan aku and the geng tu. Hoho. Tapi, nvm la. Tak semua orang sukakan kita kan? Lantak la.


Tag nama kami. Kena pakai dari pagi sampai malam. Rimas lemas. Namun, aku suka. Hoho.

Bersama nor. Member aku dari praktikal dulu. Alih-alih dapat kerja sama. Jodoh jodoh. Hehe.

Malam BBQ. Yang aku peluk tuh, Yana puyet. Haha. Yana memang suka cakap. Time tido je dia senyap. Bagus betol. Memang tak lenguh langsung mulut dia. Hehe. Yang peluk nor tu, Sya. Cute. Pon banyak cakap. Haha. Tapi, sangat best buat Sya, pasal hari-hari boleh jumpa buah hati. Buah hati kerja kat tempat aku kursus ni je. Ngeh2. :)




Yang duk tengah tu, Achik. Dah kawin and now tengah pregnant. 4 months. Suka tanya dia macam-macam pasal kawin ni. Gatal gila nak mampos. Haha.


Yang duk posing kat depan tu Kak Ira. Comel aje tuan dia. Sangat sensitif. Pasal? Time nak balik tu, Kak Ira kuarkan air-air mata (banyak tol air). Sedih sangat. Yela. Even kenal baru seminggu, tapi rasa macam dah rapat sangat dah. Takpe, nanti dah plan nak pegi Kuantan same-same! Yehaa! :)



Tamat sudah! Nantikan pictures lain. Pasal, picture banyak kat kamera orang. Kena sedut-sedut dulu. Ngeh2.
Nak gi masak kepala ikan jap. Ow! Konon je yep! Hihi. Selamat hari Jumaat! Esok nak dating ngan cik abang! YUHUUU!! :)

Friday, May 7, 2010

CERMIN DAN PEREMPUAN

Di kala pagi menjelma, kerja rutin harian, snap pic before and after pegi kerja. Dah lumrah perempuan. Pantang nampak cermin, cepat aje duk tiup tudung, duk sisir rambut ngan jari. Pakai rejoice la katakan. Ngeh2.
Align Left
Lumrah beb. Cermin dan perempuan. Tanpa cermin, kompom tak ley hidup kan? Kan? Aku sangat yakin. Cermin akan tingkatkan daya keyakinan dalam diri. Tapi, ada tak manusia yang berangan depan cermin bajet jadi pengarah? Ada. Ada. Aku la tu. Hoho.

Cermin kadang-kadang tu, tak boleh percaya sangat. Yang kita tengok lain, yang jadinye lain. Tengok muka kat cermin A, muka bulat, tengok kat cermin B jadi bujur sirih balik. Hebat. Jadi yang mana satu nak percaya? Lu pikir la sendiri. Pinjam tag abang bil jap.


Wednesday, May 5, 2010

KALAU BAB TISU, SALAHKAN PEREMPUAN.

"Ni, pempuan la ni banyak habiskan tisu, takde orang lain dah ni!"
Kenapa kau kaum adam suka salahkan perempuan kalau tisu bertaburan atas meja makan? Normal la tu, lepas makan lap mulut, lap tangan, lap pipi, lap dagu. Tu bermakna kaum perempuan ni pembersih gilers. Tak mau ada stain lepas makan. Gagaga.

Kalau bukan ladies yang habiskan tisu, siapa lagi? Takkan nak bankrupkan kilang pembuat tisu. Kesian la mereka-mereka. Nanti, bila tisu dah stopkan pengeluaran tisu, mula la membebel kat kerajaan cakap tak cukup keperluan asas. Erk! Tiba-tiba termasuk keperluan asas. Keperluan sampingan aje.

Dari mengata kaum perempuan tak tentu hala, baik pergi berzikir lepas solat. Air liur digunakan ke arah kebaikan. Besar pahalanya. Tak gitu Jijah?

Monday, May 3, 2010

JURU IRING PIRING

"Shima, awak kena jadi juru iring untuk majlis badminton negeri.. Start ari khamis sampai sabtu."

OMG! Kenapa aku? Kenapa juru iring? Bukan juru vokal. Ops! Tersasar jauh. Aku nak balik!! Nak balik!! Burn la hari kenikmatan aku Jumaat ngan khamis. Kenapa kena buat time weekend yang penuh dengan keindahan? Nak sambut bufday adik aku 6 may ni plus nak buat sotong masak merah kat family (tambahan cerita). Ok.
Bufday adik aku memang real.

Lagi, nak celeb bufday cik abang ngan anniversary kami yang ke 2 tahun. Amin. Tapi, celeb tu maybe next next week la kot. Takpe. Kami memahami. Gagaga. Love you yeah yeah!:)Semalam, mentor itu sangat la b****! Adeh. Boleh plak nak main stop stop time member tu tengah duk teran anak tekak. Nasib baik ada cengkerang gergasi yang ley cover line. Haha. Lawak betol la. Sumpah! Suara tak sedap! *sigh* (T_T)

p/s: AF pon same. Aku cuma suka kat suara Ain aje. Mantap sexy bergaya daya.

Sunday, May 2, 2010

DAGU AKU SUDAH BERANAK. WHAT?

Sejak bermenjak tubuh aku membesar dengan kadar sihat yang normal nih, aku jadi obses dengan jalan raya. Maksudnya, aku suka 'bederak'. Semalam, aku pegi melantak pizza. Sangat best bila meatballs plus cheese tu masuk dalam mulut. Pergh! Rasa sayang gila nak kunyah. Namun, perlu dikunyah pasal nak amik meatball yang kedua. Haha.


Makanan ni semua dibalun dengan cepat tintas dan lunas. Erk? Tintas tu ape? Nvm.

ok. Dagu aku sudah nak beranak lagi satu. Jangan beranak banyak-banyak sangat. Tak larat nak usap. Hoho. Perlu letak losyen halia kat bawah dagu ni. Atau, perlu makan sup aje untuk 1 bulan ini? Ya. Aku nak berdiet dengan segara. Wahai cik buah hati, saya berdiet yep! Haha.

Kat sini hot gile ok. Dengan angin barat laut yang panas. So, perlu pekena air jambu 99 yang dijual merata-rata kat terengganu ni. Semua nak jual air jambu. Sampai gaduh-gaduh tumbuk-tumbuk sepak ponggem. Ok, aku bohong. Lepas ni, siapa nak join aku jual air durian 1616? Jom. Langsung tak serius.

p/s: Rindu bila tengok gambr time aku kurus. Macam tiang lampu pon ada. Gagaga.

Saturday, May 1, 2010

PANTAI BUKIT KELUANG YANG DIHUNI MANUSIA HALF NAKED

Tajuk tu memang ada kena mengena dengan citer aku ni, namun harap maaf. Pics yang half naked tak dapat la aku pra tontonkan kat kau pasal sume tengah exam kan? Kan? So, biar aku je yang tonton. Haha.
Sangat sangat best pegi pantai ni, pasal tenang and dapat cuci mata dengan berkesan tanpa pakai eye mo moist (ntah betol ke tak ejaan). Pasal, dapat tengok mat saleh half naked di pantai. Ow! Sangat tak senunuh tapi mata aku tetap meliar ke arah mereka-mereka. Hoho. Free show. Tapi tak de la sampai buat stripper show kat situ. No no no.

Cuci la mata pic aku ngan mereka-mereka. Mereka-mereka di sini bukan omputih tu, kawan-kawan aku, Kak Aya ngan Intan payung permata.


Kegedikan melampau pasal tak de orang selain omputih yang berenang seperti ikan dugong. Berpuak-puak dalam air. Entah kencing ke ape dalam air. Erk!

"Abang, kat pantai ni..Sila jeles!hehehe.." Padahal cik mamat tu tak jeles pon. Bukan muka pantai pon beliau tu melainkan bola bola dan bisnes. Hehe.

Oh! Back bone. Eh. Pandangan belakang. Ya ampun. Ikan duyung jelmaan yang paling buruk berlaku kat tepi pantai. Haha. Sila berfikiran bersih dan clear. Kalau tak, jangan harap nak pass exam.

Kaki pon nak tunjuk ke? Aku nak kau jeles je aku main buih-buih cinta baby johnson zidane kat tepi pantai ni. Nak mandi, tak bawak baju spare. Padahal, tak reti berenang. Perlu amik kelas berenang dari cik jurulatih yang handal.

Itu saja takat ni. Terima kasih daun ketum.