Sunday, June 12, 2011

Bro's Big Day | Angah & Kak Na :)

Letih kenduri still tak hilang lagi. Plus, letih main dengan emosi time tengok bola semalam. Haha. Finally, menang jugak terengganu. Sorry Kelantan. :)

So, jom kita usha apa yang ada kat majlis kawen angah semalam. :)

Harus amik pelamin dulu. Pelamin sambut menantu. Kihkih...

Boleh pandang-pandang... Boleh pegang-pegang.. Duduk dekat-dekat..


Baju hijau yang berdiri tu pengantin lama hokay. Yang baju hijau duduk tu bakal pengantin tak tau bile.



with my bestiest, Tdee! Thanks darl for coming. Love you ketat-ketat!! :)

Kalau takde pic gediks tu memang tak sah. Al-maklum, dah lama takde orang nak snap pic kan. So, macam ni la jadinya. Cousins ramai, tapi ramai yang duk mekap lagi time ni. Haha.

Banyak lagi la wey pic, penat la kalau aku nak add sume kat sini, plus mesti kapasiti blog aku akan jadi sengal, so apa kata just tengok kat fb. Pasal, kat sana lagi banyak banyak dan banyak. Hihi..

Malam ni dah nak balik ke KL. MALAS hokay. Rasa macam nak tambah satu hari je lagi cuti nih. Tapi, adakah company tu ayah aku punya? BUKAN. So, jangan buat company tu macam ayah aku punya. Haha.

Time nak tolong basuh apa yang patut dulu. Chow chin chow~ :)


Saturday, June 11, 2011

Piala FA Terengganu VS Kelantan

Malam ni Terengganu vs Kelantan. And of cos my second bro wedding. Kalau kat KL sekarang, komfom aku join pergi tengok. Tapi aku pakai baju hitam putih di celah-celah baju merah. Agaknya, mesti kaw kaw aku kena tibai ngan orang kelantan nanti. Hehe..

Oh, nanti aku update pasal wedding abang aku ok. Tu pun kalau kau nak tengok dan sakitkan mata la. Haha..

Ok, jom kite sambung tengok bola. :)

Sunday, June 5, 2011

Kes yang aku selesaikan sendiri. Hebat tak?

Yo! Ops, salam semua.... :)

Hari ni dah nak gerak balik KL. Malas memang dah tahap tak terluah. Malas nak drive, malas nak isi minyak, malas nak tengok sign board bagai. Mata ni pun satu hal. Memang komfom kena buat spek. Huruf E dah nampak macam B dari jauh. Tsk!

Keropok lekor pun dah beli banyak nih. Kapasiti keropok akan menambahkan beban kereta, maka minyak akan digunakan dengan banyak lantas, pengeluaran duit pun akan bertambah rancak dan kesimpulannya akan mengalami lebihan pengeluaran. Kau paham tak apa yang aku nak sampaikan ni?

Dah, off topic pasal minyak. Out dated issue kot. Tapi still orang sebut-sebut. Pehal??

.........................

Hah, ada satu kes ni, happened last week. Ada sorang budak mengaku dia adik angkat aku. Dah lama ni tak main angkat terangkat. Hehe.. Siap mintak phone num dekat my mom. Yang peliknya, macam mana dia dapat phone num mak aku tu? Tu yang jadi tanda soalnye. So, aku yang innocent ni call la budak tu pasal, mak aku memang tak kasi num aku kat anonymous.

Bila call, tak angkat. Call tak angkat. Mesej baru la reply, tu pun aku tengok bahasa sms yang dia guna macam orang yang baru start pakai henpon. Hihi. Means, agak skema. Siapakah?? Jeng jeng. Mari kita siasat!

Yang tak boleh blah, dia suka menganggu ketenteraman waktu tidur aku. Bayangkan, pukul 3 4 pagi duk call. Wth! Sangat sakit hati! Kau tau tak, bunyi ringtone tu masuk dalam mimpi aku?

Then, siasat lagi. Dah ada hint macam dia ni bukan perempuan, maupun pondan. Dia lelaki normal. Siap dia hantar mms gambar separuh muka. Tiba-tiba aku rasa macam masuk game 'CUBA TEKA SIAPAKAH ARTIS INI?'.

Komfom la aku tak tau siapa mamat ni. So, bila siasatan dah abis, dah tau dia ni lelaki, dan aku langsung tak kenal, maka aku pun tutup case.

Maka, kepada sesiapa yang aku nyatakan ini, kalau terbaca entri ni, sila explain ok. Aku bukan tak suka nak berkawan, tapi aku tak suka bila privacy aku diganggu. Tu je. Peace!:)

Siapa nak tempah aku sebagai personal investigator korang, boleh la inbox ok. Haha.

See you another one week guys! Hee~ :)

Saturday, June 4, 2011

Another wedding story | ANGAH :)

Memandangkan aku tak dapat nak berblogging selama beberapa minggu ni, tiba-tiba aku rasa macam tamak haloba nak update entri secara maraton. Dan memandangkan esok aku dah balik KL, so aku macam jadi katak bawah tempurung. Pelik kan?? Tapi, tula, aku pun pelik. Haha..

Dan, aku pun tak tau nak mula dari mana. Pasal, banyak kot nak share ngan kau. ERMMM.. Apa kata aku mula dengan WEDDING ANGAH aku hari ni! :) -4 Jun 2011-


Ops! Bukan yang ni. Ni pengantin lama. Kehkeh..

Yang sebetulnya,

TARAAAA!!!


Macam tak caye je tiba-tiba semua abang-abang aku dah kawen. Rasa macam baru je semalam dieorang tengah membesar. Kihkih..




sorry guys, ni je pic kualiti yang ter'baik' aku mampu kasik. Henpon gegar semacam. Oh, she's my second sis in law. Officially, aku dah dapat 2 orang KAKAK ok! Best! :)


Semangat abang photographer ni amik gambar dari angle terbaik gitu. I like. Tak sabar nak tengok output nanti. Mesti cantik! Actually, aku sangat nak tengok pic aku ada dalam album kawin abang aku. Desperate kot nak capap dalam album abang sendiri. Motif? ENTAH.



Tema kami PINK, and i like, Whoa-it's-AWESOME! Perlu ke aku kenalkan sorang-sorang dalam pic ni? TAK PERLU! - ok, proceed to next picture.


Oh, ok. She's the tallest person that i ever met. Kak Jaja sangat tinggi ok. Sangat sangat. Atau, aku yang rendah? Tapi, hati aku berat berkata, aku MEMANG rendah. So, what to do. *sigh*


As usual, my Mr. Right tetap datang even mengantuk sakan pagi tadi. Hehe.. Kesian. But, BIG thanks to you!! :)

The bad side: Muka aku yang kepenatan, tak cukup tidur dan again, penat. Urgh, rasa macam nak extend je cuti. Tapi, no-no. Kate nak jadi pekerja cemerlang kan? Hehe.. ;)

ok la, aku tak tau dah, apa yang aku melalut ni, pasal mata ni macam tak kasik can dah kat aku nak menaip. Maka, harus aku stop menaip dan fokus kepada TIDUR. Yeah~ Night people! :)