Thursday, September 29, 2011

Feeling lebih.

Assalamualaikum

Satu habit yang aku tak boleh nak buang;

DENGAR LAGU/TENGOK KOREAN DRAMA, FEELING SORANG-SORANG.

Gosh! Memang kalau orang dengar, akan rasa nak muntah. Kau rasa tak? Sorry to say, perempuan memang ramai macam ni. Pantang dengar lagu sedih, teringat kisah sedih. Konon-konon diri terjebak dalam lagu tu. Kalau lagu ceria, takdela pulak nak feeling lebih-lebih kan?? Aku bukan nak cakap kat orang la, i'm pointed to myself. Heee..

Even, kalau aku dengar orang lain suka ulang-ulang lagu jiwang yang sama, terus je aku terfikir, "Oh, polan si polan ni, rupenyee tengah rasa macam ni ye..". Dah buat kesimpulan sendiri kat situ. Sesuai benor la jadik analyst, memang keje suka analisa orang.

Same goes to tengok movies. Lebih-lebih lagi korean drama, perghhh.. Terbayang diri sendiri heroin la pulak kan. Sampaikan, boleh rasa beb how it feels bila hati sakit, tak pasal-pasal keluar air mata free. Memang kuat betul imaginasi. Eh, imaginasi ke fantasi?


Padahal, setahu aku la kan, lelaki la yang kuat berimaginasi nih. Tapi, maybe imaginasi dalam bentuk lain kot. Haha..

Monday, September 26, 2011

Love moderately

Assalamualaikum

A friend of mine ada bercerita. 

"Kalau kita bercinta, seratus peratus kita letakkan kasih sayang kita kat dia, once dah break off, mesti kita rasa sangat sedih, frust, kecewa...  

Tapi, kalau kita letakkan kasih sayang kita lebih kepada Allah, Insyaallah, kita pasti tak akan rasa kekecewaan.... Sebab, kita dapat merasa Allah itu ada bersama kita.."

Perghh.. Ayat ni meruntun jiwa aku sekejap. She's sangat tabah hokayy.. Even kena dump, but she's still strong enough! Aku sangat kagum. Tak sikit pun aku nampak riak muka kecewa dia. 

Hopefully, dia akan dapat jodoh yang lebih baik dari sebelum ni, because she deserve it. I adore you my friend! :)


Dan aku?? Dengan sikap aku yang memang selalu tak moderate in wuteva yang aku buat. Hahaha..  So, aku kena belajar untuk love moderately macam dia cakap. Bukan bermaksud kurangkan kasih sayang ye noks sekalian, tapi bersederhana sahaja. Cool kan? Aku pun rasa sangat cool.

But, i believed, it takes time jugak. Phase by phase. Kan kan? Insyaallah... :)

Saranghae oppa faiz! :)

Sunday, September 25, 2011

Bang.. Awat macam tu.. | VIDEO

Assalamualaikum

Buat kawan-kawan yang berjaya ke next stage untuk PTD, Good luck hokay! Aku? As usual, luck not by my side. Insyaallah, aku akan cuba lagi. :)

Tadi, tengah-tengah bukak youtube, terjumpa satu video ni. Memang lawak tahap gaban. Tu la orang cakap kan, before kahwin, ilmu kena tinggi. Time akad nikah pun, kena belajar jugak. Kalau tak, jadi macam ni la.


Malu tak kalau bakal husband kau jawab macam ni time akad nikah?? Hahaha..

Serius, aku rasa, mesti jadi kenangan terindah kau. Boleh cerita kat anak cucu tujuh keturunan weyhh... Nasib baik perempuan tak de kena macam ni. Kalau tak, maunye ada lagi video yang paling lawak di dunia. Kan?? Heehehe..

Nak kahwin, kena ada ilmu yang tinggi. Bukan setakat cari ilmu malam pertama aje. Hahaha... Banyak benda yang kena belajar. 

Perempuan pun sama. Kalau tak pandai masak, macam mana nak kahwin? Contoh terdekat, aku. Haha.. Maka, kena cari jalan untuk jadi pandai masak. :)

Friday, September 23, 2011

Bagi idea boleh?

Assalamualaikum

Kalau huruf-huruf yang besar-besar, dah kurang nampak dari jarak beberapa meter, adakah petanda aku kena pakai spek???

Oh, NO!

Serius, aku cuba untuk fokus kat sesuatu benda. Aku yakin, mata aku mampu tengok dengan jelas. Tapi sayang, komfom aku dah makin rabun, sebab tulisan kat banner tadi, aku nampak satu line je. Tsk! Tak nak pakai spek.. T__T

Bayangkan, kalau drive, signboard lagi beberapa meter, baru nak nampak. Kalau sesat dalam KL ni takpe, kalau tersesat jauh ke JB macam mana?? Hari tu pun dah sesat, terpaksa mintak BF aku jadi google  maps. Katenyeee.. Hehehe.. Ampun cik abang. Saya takde GPS. :(

Fuhh... Boleh bagi idea tak? Spek macam mana sesuai??

Petak?

Bulat?

Segitiga? Atau..

Star?

Pastu, brand apa yang kau rasa aku afford untuk beli as status aku sebagai pekerja makan gaji ni? Dan budget berapa untuk beli spek ni?? Biasa la, aku ni memang tak pernah la nak try usha spek-spek ni, sebab tak terpikir pun satu hari kena pakai. T__T


Bila aku tengok pic ni, rasa nak lempang laju-laju diri sendiri (ayat common, menyampah dowwwwww...). Look like nenek-nenek sudaaa.. Arghhh!! Tak nak pakai spek!! (Spek pinjam dari Intan)

Untuk adik-adik yang amik sains komputer or whateva yang relate ngan komputer, dan tengok komputer 24/7, pesanan ahkakkkk jagalah mata anda. Ikhlas tak?? :D

Cukup dengan pandang.

On the way balik rumah, selepas balik dari kerja. Drift bersama housemate (aku tumpang kereta dia this week), stop depan Petronas, pasal lampu isyarat merah.

Seorang lelaki berambut blonde, dalam kereta jenama ape benda pun aku tak tau, melambai-lambai tangan, isyarat untuk cross jalan. Jalan agak sesak kot. Tiba-tiba....

Aku dan housemate.

Fuyyyyyyyyyyyyyyyoooooooooooooooooooooooo~~~~

Oh, lelaki berambut blonde tu berfizikal seperti artiss gituwww... No wonder la kami fuyooo sangat panjang dalam kereta. Kahkah!

Mulut fuyooo, tapi dalam hati ada seorang lelaki tu je.. ye, die seorang aje.. Sebab, lelaki tu tak boleh lawan lelaki dalam hati ni. Lelaki dalam hati lagi hensem! sooooo swweeeetttt.. :)


Eh, mungkin lelaki pun macam tu kan?? Pandang perempuan lain, tapi dalam hati hanya ada sorang je..  Betol tak?? Guys, correct me, if i'm wrong. 

Thursday, September 22, 2011

Trust a few.

Assalamualaikum

Hadddoooiiii!!!

Kenapa sekarang masih lagi ada orang nak stalk-stalk ni?

Hmmm...

Macam-macam... 

Tapi,kalau betul-betul ikhlas nak berkawan, i'm ok with it. Takkan sampai ke mati nak bermasam muka. Kau rasa macam mana??

I believe on this. Love all, trust a few, do wrong to none. :)

Tuesday, September 20, 2011

Weekend with friends. Like yawww!

Assalamualaikum

Mana tak tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi himpit. Itulah yang aku dapat ibaratkan relationship aku ngan schoolmate aku ni. Hekhek.. Adik-adik sekalian alam, jangan masukkan perumpamaan ni dalam essay tau! Ahkak takut dapat G = 'good', kang susah pulakkk...

Orang cakap, kawan time senang, memang ramai dengan kita. When it turn to susah?? Time ni la kite betul-betul dapat detect yang mana true friend or fake eyelashes friend!

Panjang betul mukadimah aku ni. Yang aku nak expose kat sini, story weekend hari tu jee. Dapat jumpa schoolmate! Yuhuuu! :)

So, bergerak ke Ampang Point. Ok, aku buta jalan. Ngeh3.. Padahal, dekat gila nak mampus kot rumah aku ngan Ampang Point nih. Kalau aku tau, hari-hari aku buat lawatan sambil belajar kat sini.


Haaaaa...... Yes, they are! Tdee comey! Mek ya sweet, ngan Pok seh Maher zain (bak kate gf dia). Hekhek.. Dieorang semua ni schoolmate dari secondary school. Actually ramai lagi, tapi kalau nak jumpa ramai-ramai kena arrange something big la. Takkan nak jumpa kat Mcd pulak kan. Hehee..


 Oh, as usual, cik abang i totap di sisi. :)  Boleh la kenal-kenal ngan kawan-kawan aku ni haa.. Selalunya, jumpa kawan-kawan bf aje kalau pergi Bangi, this time, your turn to get to know my friend. Kihkih..



Last weekend, memang awesome! Like 40 juta kali. Schedule padat sangat, and i like it! (like lagi) Ala-ala busy gituwww.. Takdela duduk rumah tengok dinding duapolohempatjamsetengah. 

Oh, before hang out dengan dieorang, aku pergi open house si mek ya ni. Open house dengan memakai jeans dan baju kotak-kotak. Apekah?? 
Meet Ella couplebird (lady in between). Sape-sape nak beli vintage outfit, boleh jengah blog die hokayy.. Sempat je aku promote. Hahaha..


Okie dokie! Penat dah aku bercerita. Nak tido jap! Erk..Ok, tutup mata je kejap. Tak nak tido, nanti gemaksssss... Tsk! T__T

Monday, September 19, 2011

Cuzie's e-day :) | UPDATE

Assalamualaikum

Bila dah namanya umur makin meningkat maka seharusnya kena move satu step ke depan. Ye idak? Aku? Belum meningkat lagi rasanya. Hahaha.. So, weekend hari tu, sempat pergi ke majlis pertunangan cuzie kat Subang. Decoration dia sangat cantik hokayy.. Ala-ala english garden gituwwww.. Tapi, takdela betul-betul dalam garden. :)


Jom enjoice!


Sudut pandangan dari tempat aku lepak. Sumpah, aku rasa macam duduk kat area garden gituwww.. Tak nak balik pun ada. Boleh macam tu?? Nak buat laman umah macam ni la. Tapi, kena kumpul duit beli rumah besauuuuu dulu.


The hantaran. Very the gojes nokss..


My little cuzie. Dia lagi kecik dari aku okay. Ketinggian je.. Hehehe.. she's a year older than me. But, serius aku anggap macam sebaya ngan aku je. Hehhee..Pasal cute sangat. Kalau beli baju mesti saiz budak-budak. Sangat jimat. :)


Makanan yang sangat banyak sampaikan aku jadik rambang mata. Nasib baik mata tak terkeluar je. Apa jenis kek, semua ada. Pilih je nak yang mana. Cheese cake?? Choc cake?? Moon cake? Pasti takde.


My dearest family. :) Sampai dari terengganu a day before majlis. :) Alhamdulillah,selamat sampai dan pulang ke KT. "Mak ayah, boleh shima nak majlis macam ni jugak?" Ekekeke...:D


Nak perasan kejap, boleh? Ni klon aku. Hahaa.. (ada makcik tu ingat ni anak aku hokayy..kahkah..)Budak kecik ni pun cuzie aku jugak. Little cuzie. Mata selalu macam tu. Stim semacam je.. Haish..Comel! Kalau besar nanti, jadi rebutan jejaka ni. Confirm!


Oh, sape yang tak kenal baju merah belah kiri tu memang out-dated la. Hehhe.. My  soulmate. :) Keep temaniku dimana jua ku berada. Ewah wah wah... Jangan muntah pliz.....


Ye.. Ni pun cuzie aku. Ambik master kat uitm. Same umur ngan aku, tapi i'm used to call her 'kak'. Tak tau kenapa. Dari kecik sampai la sekarang, memang aku panggil kak. Konon macam aku lagi  muda,padahal sebaya je. Hehhee..:)

Oraitooo.. Maybe ada lagi picture yang menarik aku nak tayang kat sini. Keep waiting untuk pictures yang menarik. So,kena buat part 1 part 2. Ala-ala cerita bersambung gituwww.. Haha..

Nite my all!!  :)

PART 2 (UPDATE)

Baiklah, memandangkan aku dah dapat sedikit picture, apa salahnya kalau aku share. Sharing is caringggg kangg??

Nak dapat baby comey macam ni boleh? hehehe...

Ok, poster picture skaleyyy! Demukkk dah aku ni haaa.. Makan malam.. Nak diet. T__T

Comel gileeee kazen aku nih. Tengok plak kazen sape. *dah start nak bangga diri* PANGGG!!

Golongan gadis-gadis, tapi terselit jugak mat gadis sorang ni. Hehehe.. :)

Itu jela yang aku nak share ngan kau kau dan kau. Hopefully, puas la tengok picture2 ni semua. Kalau tak puas, pandai-pandai kau sendiri la...

Thursday, September 15, 2011

Puding Buih | Resepi

Assalamualaikum

Baiklah noks noks sekalian alam. Hari ni, mak nak ajar, macam mana nak buat Puding Buih. Bukan mandi buih.. No no no... Noty taw! Mak lempang kang, terus kerongkong tercabut.

Senang, mudah dan cepat je nak buat benda ni (riakk dowww)

Ingredients yang u all kena beli kat pasar, jusco, tesco atau isetan pun boleh.


Agar-agar (1 paket)
Telur (8 bijik - amik telur putih je tau, telur kuning, jual je balik)
Gula (1 cawan)
Daun pandan (secukup bau)
Susu cair (1 tin)
Susu pekat lemak berkerimmm disukai ramai (1/2 tin)
Cocktail (1 tin, atau bertin-tin)
Air panas (agak-agak aja dong)
Sirap (sesedap mata memandang)

Cara-caranya?? Mudah mudah..

Untuk puding:
1) Masukkan 8 gelas air dalam periuk. Masukkan agar-agar dan daun pandan. Kacau sampai agar-agar hancur.
2) When the agar-agar hancur, u can add 1 cawan sugar. Kacau sampai hancur jugak. Kemudian, masukkan sedikit sirap. Kacau kacau kacau sampai dia pekat. Tutup api. Biarkan sejuk (letak je bawah kipas).

3) Dalam bekas lain, kepukkan telur putih sampai kembang dan nampak macam jadi keriiimmm gituww.. Telur kuning tak digunakan ye tuan-tuan dan puan-puan.

4) Bila bahan (2) dah sejuk, campurkan dengan (3). Kacau hingga sebati.

5) Tuangkan dalam loyang, tupperware or whatsoeva, sejukkan dalam fridge.

Untuk sosnya:
1) Masukkan susu cair dan cocktail.

2) Dalam bekas lain, campurkan susu pekat dan air panas. Kacau.

3) Kemudian tuangkan dalam (1)

SIAP! 

Sorry, presentation aku memang failed. Tapi, rasa dia TERBAIK! :)

Wednesday, September 14, 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat

Assalamualaikum

Hai my all sekalian! 

Oh, ada something untuk kamu.

Contoh kes:

Gegirl:  "U, kita dah kapel 1 tahun lebih, bila u nak jumpa i?"
Boboy: "Bila u dah berubah jadi solehah"

Sudut positif : Walaweyhhh... Bagus bangat lelaki ni. Nak menjaga diri dari melakukan perkara yang tak baik. Lagi bagus, bila nak memberi anjakan paradigma kat perempuan tu untuk berubah untuk menjadi yang terbaik. Terbaik!

Sudut negatif : Haish! Aku rasa lelaki ni tak bersedia nak jumpa pasal tak yakin diri dia sehensem Aaron aziz. Dan yang paling penting, lelaki macam ni kebanyakannya faker. So, hati-hati wanita di luar sana. Jangan tertipu dengan suara yang lunak. Itu very the dangeeereeesss.....

Kesimpulan: STOP BERCINTA DALAM FACEBOOK kalau kau tak kenal dia siapa.

Saturday, September 10, 2011

Keputusan exam PTD 2011

Assalamualaikum

Bagi kawan-kawan yang nak tau result PTD 2011 macam mana, kau boleh pergi kat website bawah ni.


Tapi, yang kesiannya bila keluar pop-up mesej tersebut:


MAKLUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 16 Julai 2011 ditangguhkan pengumumannya pada 23 September 2011


Maka, haruslah bersabar ye teman-teman sekalian alam yang telah pulun menjawab exam PTD yang agak mencabar minda dan menganggu emosi aku hari tu. Haha..

Nanti, 23 September ni, check jela kat link atas tu yep! Good luck!

Doktor gigi!

Assalamualaikum

Zaman kecik-kecik dulu, kau takutkan ape?? Takut hantu? Takut gelap? Takut cerah? Eh, ada ke takut cerah? Abnormal.

Benda yang paling aku takut zaman kecik dulu, DOKTOR GIGI atau bahasa asingnya DENTIST. Yang ni memang aku fobia beb! Bila pegang je kad hijau besar gedabak tu, otak aku dah pikir macam-macam.

Tak nak datang sekolah....

Menyorok atau hilangkan diri kat toilet....

Buat-buat pergi, tapi tak payah jumpa doc....

Terus balik rumah....

Haa.. Tu antara idea-idea kurang bernas yang aku ingat lah. Sumpah, aku memang tak boleh dengar bunyi mesin tampal gigi! Ewwww!!! Seram! Macam nak bedah gigi je.

Jarum dia yang panjang berjela. Macam nak cucuk jadah ape je. Tak terbayang bila jarum tu cucuk dalam gusi. Waaa! Horror! Sampai sekarang aku still takut nak jumpa dentist ye noks. Nampak je gigih ni, tapi dalam hati kecut. Kahkah.. Tapi, tak pernah lagi la terkencing dalam kain kan. Well done.

Tapi, tula, bagus jugak dentist datang kat sekolah. At least, gigi aku tak la rongak kan. Haha.. Kalau dentist tak datang kat sekolah, belum tentu gigi aku akan penuh macam sekarang. Entah-entah dah jadi macam ni.



Lagi kesian kan? Dan komfom belum tentu BF aku nak kan aku kalau macam ni. Kalau ada pun, mesti Pak Ucop kebun. Kehkeh.. 

Nak biskut raya?

Assalamualaikum

Guys! Happy Friday! Bahagia kan when it comes to Friday? Macam-macam plans dalam otak nih. Nak kemas bilik, basuh baju, basuh kereta, dating, yang paling penting dapat bangun lambat. HahahaHantu betol!

Tapi, before nak gembira sakan, kena pikiaqqq kerja dulu, pasal esok aku kerja. OT. Orang Tamak. Kena tamak hokay.. Kalau tak tamak, tak berkembang. Kata mau kawen cepat. Erk, tergatal.

Lately, aku selalu dapat calls ngan sms dari orang yang aku tak kenal. Dan semuanya amatlah psiko!! Siap aku cakap nak buat report polis. Haa.. Padan muke!! Konon nak 'repok' dalam bahasa ibunda aku. Tapi, yang peliknya, aku cakap nak report polis, dia tak takut pun. Aku ingatkan gentar la sikit kan. POLIS kot.. Bukan PONPON.. Ahh! Lantak korang la!

Oh ye.. Mesti ramai yang buat open house kan? Manyak syiokk!! So, aku takde la nak buat open house nih, pasal umah aku memang dah always open, cuma takde makanan yang best-best je. So, ada biskut raya je. Nak?? ;)


Selamat Hari Raya! 
Maaf Zahir Batin :)

Friday, September 9, 2011

First priority| FAMILY

Assalamualaikum

Masih lagi dengan mood raya even dah masuk bekerja. Pftt! Sentap kejap hati bila tengok picture raya family aku tahun ni. More merrier orang putih cakap. Yela, mane tak meriahnya, dah bertambah lagi 2 orang my sis in law. Heee.. :)

Tahun depan, Insyaallah bertambah anak saudara baru pulak ke. Kan kan? wee... Seronok seronok!


Seharusnya family 1st priority kan?? But, what to do. 

Hopefully, next year, aku dapat bergambar raya dengan family.  Dan aku nak make sure raya pertama tu aku dapat balik kampung, bukan still kat KL. Sedih wooo.. Kewujudan aku takde dalam picture tu. Kalau aku ada dalam tu, komfom lagi meriah kan?? (pujuk hati nih. Kau ape tau...Hoho..)

Dan....

Raya pertama, aku tengah mengadap benda ni!


 Eh eh.. Rabbit! Comel kan?? Bercita-cita nak bela rabbit sangat tinggi ye noks..

Thursday, September 8, 2011

Kerana mulut, badan binasa!

Assalamualaikum

Aku ingatkan sekarang dah takde orang berfikiran kuno. Tapi, still lagi ada. Meh aku translate ayat standard, kasi kau semua paham apa yang dia tulis. Maybe nak bergurau, tapi bagi aku, ni gurauan kurang ajar gile!


"orang ganu? Jenis tak percaya kat tuhan tu. Tapi percaya kat tuhang. "

Astaghfirullahalazim...

Harap kau sedar apa yang kau cakap tu. Bukan nak mintak maaf pun. Sensitiviti agama langsung tak ambik port. Nak bergurau pun agak-agak ah dikkk!

Kalau nak bergurau kurang ajar pasal benda lain, aku boleh consider lagi. Tapi ni dah masuk hal-hal agama, main-mainkan nama Tuhan, memang aku tak boleh nak consider.

Harap kau muhasabah diri balik apa yang kau dah cakap. 


Tuesday, September 6, 2011

Kedekut betul!

Assalamualaikum

Orang dulu-dulu pernah cakap, makan buah rambutan sorang-sorang, mesti terlebih kenyang. Addduuuiii!!

Tapi, apa pulak nak jadik, kalau tembikai ini dimakan sorang-sorang?? 


Aku tak faham, kenapa tergamak si penjual bagi makanan seciput ni kat MANUSIA. Kedekutkah? Memang hobi dia kah potong nipis-nipis?? Atau ada maksud simbolik di sebalik potongan ni, yang bermakna si makan akan nipis/kurus macam hirisan tembikai ni?? Susah aku nak teka.

Pfft! Aku percaya, memang tak rasa pun air manis tembikai ni kalau macam ni la besar dan tebalnya dia kasik. Masya-Allah. Macam langsung tak ikhlas kan? Ish ish ish...

Ni la tembikai yang dikasik pakej dengan nasi ayam penyet kat klcc. Makan pun, tak terlekat kat celah gigi. Haha.. Esok nak pergi tuntut baki tembikai kat klcc lagi. Kehkeh..

Oh ye... Ni bukan tembikai aku pun. Member aku punyeee.. Dia yang tak kenyang, aku pulak yang bengang ey. Haha.. So the overrrrrr gituwww... 


Conclusionnya, meh kita jamu mata dengan pic kami yang menenangkan ni. Hahaha.. (Poyo macam hape!) Maklum le.. Pic tembikai tu agak ah bengang jugak.

Monday, September 5, 2011

Nak kasik apa untuk pertunangan? Solution di sini!

Assalamualaikum

Ni entri untuk sape-sape yang masih tergapai-gapai untuk decide nak bagi apa untuk hantaran pertunangan. Actually, aku saje je usha-usha tadi ape sebenarnya hantaran yang orang biasa kasik untuk pertunangan. Maklumlah, time abang aku bertunang, aku takdela berusaha sangat nak amik tau kan.

Biasanya, orang kasik 5 berbalas 7,or kasik 7 berbalas 11. Ganjil hokay ganjil! Jangan kau saje nak cipta rekod nak kasik hantaran genap. Konon 10 berbalas 12. Jangan sama sekali. Aku pun tak tau kenapa kena buat macam tu, tapi dah adat orang buat macam tu, kita follow ajela.. Kan noks..

Kebiasaan jugak, untuk pertunangan ni, tak payah gigih sangat nak kasik barang mahal-mahal. Yang sederhana sudah. Nanti dah kahwin baru la kau gigihkan diri beli barang yang mahal-mahal. Tapi, kalau kau ada bajet lebih, tak salah pun sebenarnya. Ukur baju di badan sendiri. Kalau ukur kat badan orang lain jawabnye menggelebeh!


Bagi pihak perempuan, kau boleh la kasik benda-benda macam ni, agak-agak benda yang boleh kau kasik boypren guna untuk wedding nanti pun hokayyy:

- Cincin (atas kehendak pasangan la kot)
- Baju melayu
- Kain songket
- Wallet
- Kek/kuih
- Sirih junjung
- Sejadah
- Kek

or pape je yang kau rasa logik untuk dikasik.

Bagi pihak lelaki pulak, kau boleh kasik benda-benda macam ni:

- Cincin (kalau boleh yang simple tapi mahal. HAHA)
- Kain pasang
- Coklat
- Sirih junjung
- Telekung sembahyang
- Kek

or ape sahaja yang kau rasa perlu dan disukai oleh pasangan kau.

Bajet pun tak banyak la kalau bagi pihak lelaki. Pihak perempuan la yang agak banyak berbelanja. Kihkih.. So, lelaki-lelaki, sila la memulakan gerakan pertama ke arah kebaikan. Ikat dulu. Tu yang penting.


Pesanan khidmat masyarakat dari Nazatul Shima. :)

Friday, September 2, 2011

Mari beraya seraya-rayanya!

Assalamualaikum

Macam mana dengan raya korang. Aku gerenti korang pun tak sempat nak update blog pasal sibukkk nak kutip derma dari orang ramai kan??? hekhek..

Sayangnya, tahun ni, kutipan derma aku langsung takde. Maka, aku lebihkan pendermaan kepada sanak saudara. Tak salah berbagi rezeki lebih sedkit jika ada yang lebih kan? Hee..

Tapi, nak buat macam mana. Raya tahun ni agak hambar. Yelah, 1 syawal, aku still kerja. Langsung tak pakai baju raya. Pakai seluar je. Hahaha.. Sedih wooo... Tunnel kat klcc tu kosong! LRT pulak boleh kira berapa ramai yang naik. Manyak syiookkk..



Bila tengok umat Islam berpusu-pusu ke masjid klcc untuk sembahyang raya, Tuhan je tau macam mana aku tahan dari menangis. Bukan manja hokayy.. Tapi, tak pernah beraya di perantauan.

Lengang gila ofis aku hari tuuuu.........

Pulak tu, breakfast untuk pagi raya. Nah!


Serunding scrabble egg, rendang burger, kuah kacang sos cili dan sate hash brown.


Antara colleagues yang kena berkhidmat untuk 1 syawal. Bagus kan kami?? ;)

Dah habis kerja terus berkejaran ke airport. Dah tak sabar nak balik kampung ni nokssss!! Hati bergetar-getar, dada berombak-ombak, mata terkebil-kebil. Haha..


Peace yaww! Aku nak balik kampung nih! Bye bye KL!

Dan bermula epilog pilu, when baju raya aku, HANYA sehelai je yang siapppp!!! Hati pecah berderai. Hancur lebur.. Dalam kepala dah pikir, tak raya tak raya tak raya. Dammmmm dumm~!


Ni lah hasil baju raya yang aku pakai untuk raya tahun ni. Dammit! Sedih wooo...... Oh, ni my mum! :) (Nampak macam pregnant kan? Hahaha...)


Ni si budak kecik Awin. Tak banyak sangat picture raya yang aku hamik. Raya pertama dah tak sempat nak pose ngan family dan sedara mare.

Maka, konklusinya, raya tahun ni, so-so je... Wait for another raya. Hopefully more exciting! Yang penting, aku nak hantar baju raya kat orang yang sempat siapkan. Kehkhe..

See you soon readers!! Much of love! xoxo! :)