Saturday, February 25, 2012

Renungan

Renungkan...

Jangan disangka kegembiraan akan bersama kita selamanya.
Pasti tiba hari di mana kita akan menangisi pemergian orang yang kita sayangi.
Hargailah mereka sementara ada.
Jangan disakiti hati mereka.
Jangan sisihkan mereka.
Jangan lepaskan kemarahan kepada mereka.
Kerna suatu hari nanti, kamu pasti menyesal kerana tidak dapat gembirakan mereka.

Maka,

Sayangi mereka..
Cintai mereka..
Curahkan kasih sayang kepada mereka..
Luahkan perasaan sayang kepada mereka..
Kerna suatu hari nanti, kamu pasti akan gembira kerana dapat gembirakan mereka..

Semua akan kembali kepada-Nya..

Tiada satu yang akan kekal di Bumi yang sementara..

Bermunajatlah sementara kita masih bernafas.. Berzikirlah sementara kita masih mampu berkata-kata..

Insya-Allah...

Wednesday, February 15, 2012

Token of appreciation to Nurul Erleawaty

Assalamualaikum

Balik kerja je, langit dah gelap. Best ~ Sejuk je, plus tak payah berebut dengan kereta lain nak balik. Hoho ~
Pulak tu, timing bangun tidur pun memang terbaik. Dah takde nak rush-rush macam dulu. Kalut je memanjang. Car pool kot. Kena la sharp dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat terpuji.

Anyway, sorang lagi kawan ofis dah berenti kerja hari ni. Sob sob sob.. Sedih. Even Lea dah tak satu team dengan aku sekarang, tapi Lea banyak gila membantu time aku dalam team lama dulu. So, haruslah, Lea takde, aku terasa. Tambah-tambah, suka anyam ketupat dalam OC ngan dia kan. HAHA !

Yang sedihnya, tak boleh nak join farewell party siang tadi ! Ralat sangat ! Grr ~ Kalau semalam dah tau, harus aku gerak awal ke ofis.

So, tak sempat nak beli hadiah, tak sempat nak beli kad bagai. Sebab baru je tau hari ni last day Lea... :( Sampai ati tak cakap kat Shima awal-awal. Maka, aku kasik la apa je yang ada untuk jadi kenangan. Eceh ! Aku kasik bear pink kat Lea, yang boleh letak handphone kat dalam kantung dia. Hekhek.. ~

Lea dapat kerja dekat Hospital Pantai. Congrats ! Be a good employee as before hokay ! :)
Again, thanks to Lea sebab banyak tolong, halalkan segala ilmu ok ! :)

Tapi, yang sedihnye, dah tak boleh nak anyam ngan masak ketupat ngan Lea anymore. Actually, bukan suka sangat nak anyam ketupat, but sometimes kena jugak , pasal tu la perempuan. HAHA !

Will miss u Nurul Erleawaty... Nanti baca entri ni, jangan nangis ok! :( (padahal Lea tengah gelak je pun. HAHA)

Dah dah.. Mau tidur. Nite nite semua ! :)

Wednesday, February 8, 2012

Hari-hari mengadap benda ni

Assalamualaikum

Cuba teka, apakah objek yang aku selalu guna tiap-tiap hari selain daripada handphone, kunci kereta, komputer, or pape yang dinamakan objek ?

Jom kite kelih , apakah objek itu ~

Tadaaa ! (tangan di dada, mata ke atas, lidah terjelir)


CALCULATOR ! Yang berusia hampir 9 tahun. Bateri tahan. Tak pernah mampus. Memang terbaik ciptaan casio nih. 

Objek ni memang banyak berjasa. Dalam exam Mod Math ngan Add Math. Memang terbaik. Dulu guna benda ni nak kire-kire, sekarang dah apply untuk daily life. Memang berguna.

Iye.... Hari-hari lepas balik keje, aku akan memulakan proses pengiraan. Tak kisah la pengiraan ape pun. Tapi, pengiraan pms cycle, tak termasuk.

Mula-mula dapat gaji, tekan-tekan kalkulator ni, aku macam happy. Bila dah tolak semua fix payment, maka, terus macam nak histeria. Dammmm ! Apakah aku perlu ganti puasa dengan seberapa segera ? Hati aku berkata, YA ! Patut!

Ok, esok Insyaallah puasa. Nite peeps ! Eh, selamak malang sume ~

Sunday, February 5, 2012

Misi mencari tudung accomplished !

Assalamualaikum

Sesat. Ye, kami sesat mencari Semua House even dah pakai GPS. wut the fish betul. Last-last follow kereta kat depan. Memang kebetulan betul die pun nak pergi Semua House jugak. Wahaha..

Satu je yang aku boleh cakap. Crowded ! Arghh.. Tak suka, tapi kena jugak. First thing, nak kena menyelam carik baju melayu cik bf. At first place, jumpa butik Hugo Clothier , terus gerrraabbb baju melayu kat situ. Sebab kain ngan jahitan dia cantik. Yang penting, si pemakai rasa comfort dengan baju tu. Kat sana around RM200++ untuk baju melayu kain satin.

Dah habis part dia, aku excited nak carik tudung pulak. Carik kat Semua House takde. Semua jual shawl ala-ala nak bernikah gituwww. Uh, semestinya aku nak yang low profile aje.

Maka, tanya orang sana sini, macam mana nak pergi Jakel. Finally, sampai jugak. Dan.... Aku terharu, sebab warna tudung yang aku nak, seharusnya ada ! Dusty pink atau bahasa kampungnya, belacan. Hahaha.. Tapi, tak la sama sangat dengan baju, kaler shawl ni, slow sikit. Ok la kan. Dan harga dia not bad. Kau boleh dapat dalam RM128 untuk sehelai shawl beaded yang ada kerawang. Beads dia tak lah meriah. Just nice. Sesuai la dengan jiwa aku yang just nice ni kan. Bluerk !

Oh ye, sekarang ni, kat Jakel ada buat jualan murah untuk kain pasang. So, gerraaaaabbbb la sementara masih sale nih. Kekekee.. Cik bf dah geeerrrraaaabbb satu pasang baju untuk hantaran tunang aku nanti. :)

Kedian, hal paper bag pulak. Mula-mula ingat nak DIY je. Beli paper bag yang kat Giant tu. Ala, yang biasa orang letak pisang goreng tu. Wahahaha..

Tapi, setelah aku jumpa paper bag kat satu kedai ni (aku lupa kedai ape, tapi sebelah Jakel), dia dah siap letak polka dot riben. Erm, bukan paper pun actually, more tu plastic yang ala-ala kasar gituw. Ala, tak reti nak describe la, tapi bag tu cute hokay, RM7.50/packet. So rembat 5 paket. Tak nak banyak-banyak pun, just untuk pihak laki je. Hekhek.. Tapi, yang sedih, warna pink dah takde, so amik jugak warna biru. Biru pun birulah, asal kau cute !

Bila dah penat berjalan semua, time to reward ourselves. Layan citer Chronicle. Serius, memang best even agak slow at the beginning. Terasa macam aku berada dalam situasi mereka. Tak caya ? Tengok sendiri.

Misi mencari tudung

Assalamualaikum

70% of preparation for my engagement done. :) Tapi, untuk tudung dan door gift belum lagi. Alhamdulillah, pelamin, baju semua dah sewa time balik kampung hari tu.

Aku sangatlah cerewet. Lebih 3 jam duduk dalam butik pengantin tu. Kesian kat mak ngan my sis in law. Mesti belek-belek album kawen 4 5 kali. Hehehe.. Yang paling sengal, punya lama aku pilih baju ngan pelamin, lupa pulak nak fitting baju kan. Munguks betul. So, this month kena balik kampung untuk fitting baju.

Then, untuk hantaran, aku belum hantar lagi kat mak saudara. Sebab belum masuk bulan yang sepatutnya kan. Nanti dah dekat engagement date, baru aku hantar. Last minit sangat kan. Wahaha.

Esok nak pergi Semua House. Nak usha barang sikit lagi. Kot-kot la terjumpa tudung cantik kat Jalan Tar ke, boleh la terus rembat. Yang penting, esok kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Seharusnya selautan manusia berasak-asak kat sana. Oh, tsk ! Tapi, demi tudung aku rela tempuh.

So, wait for me Jalan Tar. Finally, aku jejak jugak kaki kat sana. Hekhek..

Dup dap dup dap. Tibe-tibe bila terfikir macam tak boleh tidur pulak malam ni. Huuu ~ Nervous pun ada. Gedik. Eh, bukan nervous nak pergi Jalan Tar, tapi nervous nak tunang. Lol ! :)

Nite peeps !