Saturday, April 21, 2012

A dry night

Assalamualaikum pakcik dan makcik sekalian,

Tajuk takde kena mengena dengan entri, sebab aku serius tak tau nak letak tajuk apa bila menaip. Heh.

Minggu ni, dapat balik kerja pukul 5 sebab ada training pukul 8 pagi. Yeay! Sempat la merasa siang sebelum malam menjelma. Even malam tu menyejukkan dan menenangkan. Tapi, pagi pun best jugak, dapat dengar Johara merepek. HAHA. Mak jemah oiiiii~

Hmmm.. Malam ni, takde ape nak dibuat. Tenung laptop. Bukak fb. Tutup fb. Bukak youtube, tak tau nak dengar lagu hape. Last-last nyanyi sendiri. Sedap ke suare kau bedah. Kannn..

Ceritanye, esok nak pergi wedding officemate kat dewan keramat. Aku ni , nama je duduk keramat, tapi bukan semua tempat tau. Setakat ulang alik pergi office tau la. Tula kekdahnya. Eh, apesal bunyi macam minah propa pulak ni. Ish! Ok, sambung. Maka, penggunaan GPS amatlah dihargai even kadang tu GPS phone aku ni bangang tak hengat. Maklumla, bukan PAPAGO, MAMACOME je. Eh.

Maka, iphone ni, haruslah di'jailbreak'kan untuk memudahkan aku mendownload semua benda yang berbayar tu secara free hokayy. Love FOC! Heh. Dah tengok hari tu video macam mana nak jailbreak, tapi, hati tak rela. Macam.. emm.. macam tak rela iphone dinodai. HAHA. Dan, satu benda lagi, aku macam.. emm.. macam takde confident. Nak kena orang lain jugak tolong. Heh. Sangat tak berdikari. Kannn..

Slurrpppp~ Sedap betul fresh orange sambil berblogging ni. Rasa segala neuron neuron bergerak pantas ke otak. Tapi, mata dah lunyai. Mengantuk.

* Tiba-tiba terasa rindu untuk merelakskan diri dekat hutan belantara ni lagi T__T *

3 comments:

cara pemesanan trica jus said...

Nice....!

ishak arrahman said...

kat keramat ada hutan lagi ke...cantik persekitaran rumah awak tu...kat area mana yerk??

ishak arrahman said...

..pelikk???..ada juga org yang masih punye waktu terluang sehinggakan tak tau apa nak buat..