Thursday, January 31, 2013

Kerja seorang Helpdesk

Dah jadi lumrah kehidupan, yang pandai dipuji, yang tak pandai digelaki. Ouh, digelak sahaja. Remove 'i' tu. Aku admit la kan, aku takde la pandai mane pun bab-bab IT ni. Setakat nak tengok tengok macam tu boleh la. Nak tanya aku logic disebalik error tu memang susah la aku nak explain.

"kenapa pc i tibe-tibe jadi lembab ni??? "
"kenapa outlook i tiba-tiba crash ni??"
"kenapa ID i tibe-tibe lock ni??" 

Yang ni kire OK lagi la kan. Yang paling aku rasa macam nak cepuk-cepuk user bile;

"kenapa i tanye number phone support u tak tau ni??"
"kalau u tak tau, buat ape u keje bahagian IT??"  *ni sangat membengangkan aku*

Nak je aku jawab;

"saya bukan counter pertanyaan phone number cik..kalau nak tau phone number sile call receptionist..tak pun beli buku yellow pages..hewhewhew"

"cik.. kalau cik keje bahagian engineering, tapi cik ditanya soalan bahagian kesusasteraan, agak-agak cik boleh jawab tak??hewhewhew.."

Aku dah lali dengan maki hamun user. Tapi ade jugak la part yang aku tak tahan, tetibe air mate gedebuk jatuh. Bunyi gedebuk tu sangat dramatik. Sesuai dengan jiwa aku yang agak sensitip ni. Eceh.

Yang maki hamun tu memang direct kan. Yang jenis sarcastic pun ada. Gelak sinis bila kita tak tau. Boleh tak kalau jangan gelak sinis. Sakit hati betul la. Tapi dari sudut positif, takdela emosi meracau sangat. At least dia 'GELAK'. Heh.

Kalau lah manusia ni semua berbudi bahasa, mesti sindrom tersentap tu takde kat dunia ni. What say you?

mengumpat tu hobi eh?

Tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita.

Tapi part yang best bila mereka bertalam 14 muka. Depan-depan buat baik ibarat KAULAH BFF KU. Belakang ibarat telur dihujung tanduk.  Tambah-tambah bila mangsa umpatan tau apa yang kau umpatkan. Haha. Dan tambah-tambah lagi benda yang kau umpat tu benda yang sangat remeh temeh.

sebab musabab berlaku pengumpatan..
1) si pengumpat takde kerja nak buat kat office. Asyik menggosip je then terngumpat.eh.
2) si pengumpat akan dapat pujian melambung-lambung dari hasil umpatan mereka.
3) si pengumpat menubuhkan gengBasSekolah dalam chatting room dan tahu dia bakal menjadi leader.
4) mangsa umpatan buat something yang membolehkan si pengumpat bengang. Heh.


Banyak lagi kot kalau nak list out. Cuma bagi aku la, buat mangsa umpatan;

MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG KAT KITA ITU LAGI MULIA DARI BERDENDAM..
(Aku boldkan pasal nak kasik terang sikit kot la ada orang tak perasan kan)

So, be positive and In sya Allah, HE will give you moremoremore and more happiness. Biar orang umpat kita, tapi kita jangan umpat orang.

 Just a gentle reminder to you and me, myself :)

Wednesday, January 30, 2013

Perempuan obses dengan berat badan

Hahhhloooo. Ok bunyi helo kali ni lain sikit.

Pasal ape? Pasal pertambahan berat badan mempengaruhi percakapan. Ok, merepeks.

kenapa perempuan sangat obses dengan berat badan? Kalau lelaki dieorang macam tak kisah sangat hal-hal berat badan ni. Kalau perempuan, naik 2 kilo pun dah bising. Lagak macam naik 20 kilo (aku la tu).
Everyday ok aku akan timbang berat badan.


Alang-alang kakak ipar ade belikan penimbang, so it much easier for me to timbang the berat badan. Hah, nah ambik bahasa rojak perosak bangsa. Eh. Tak perlu nak susah-susah pergi Mid Valley pastu carik penimbang, then masukkan duit syiling 50 sen untuk timbang. Sangat membazir. Kalau kat Terengganu 20 sen je. Heh lagi.

Berat badan bertambah jugak boleh mempengaruhi seseorang perempuan secara emotionally. Serius. Tiba-tiba rasa macam nak menangis, nak marah orang, nak macam-macam lah. Sangat bahaya. Tambah-tambah kalau ada yang tegur "makcik tengok makin 'sihat' sekarang......."

Bahasa itu makan dalam hokay.. sangat makan dalam. Wuwuwuuww.. :'(

Solution untuk turunkan berat badan.......

Maka, dengan berbekalkan berat badan 46.8kg, aku WAJIB bersenam dan WAJIB jugak tak makan malam. no no no.. Dulu konon tak nak diet, main balun je makan tu. Tak kira waktu, kunyah je, tapi bile dah jadik macam ni, baru nak merenung nasib. Hahaha..

Marilah sama-sama kita beristiqamah dalam melakukan ape sahaja... Apa sahaja ooo..oooo.. apa sahaja... ok dah ternyanyi. Kifkifkif..

Thursday, January 24, 2013

Movie Review | Hansel and Gretel

Mula-mula sekali, Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Mesti ramai yang dapat cuti hari ni kan? Termasuk la aku jugak. Boleh merasa kehidupan normal sebagai seorang pekerja. Heh.

Semalam after kerja, si semah Ida wasap ajak pergi tengok wayang kat KLCC. Best jugak pasal dah lama jugak la tak tengok wayang. Lame tak lame, ada la dalam 2 minggu. Haha. Pergi tengok movie Hansel & Gretel. Ya ampun! Sangat best hokay noks! Tapi aku rasa ade certain scenes tu tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Heh. Tapi overall aku rate 5 stars!


Dari awal cerita sampai habis cerita, mata aku terpacak kat screen besar tu je. Muka witch tu sangat scary! Kalau aku masih berusia 10 tahun, maybe malam-malam komfom tak boleh nak tidur. Haha. Dulu, zaman kecik-kecik paling takut tengok joker yang dalam Batman tu. Asyik terbayang benda tu ada kat tepi. Haih, memang sangat penakut. 


Esok start balik kerja. Then balik kampung ! Yuhuuu! Dah lama tak balik. Last balik kampung tahun lepas 2012. Hihihi.. :P

Ok noks ! Mau makan, mau makan ! Berat dah naik 46. Yeyaa!

Sunday, January 20, 2013

Kadang JPJ ni menyusahkan.

Di tika dan saat aku sangat membutuhkan wang ni la JPJ datang nak hantar surat saman la, hape la.. Parking dekat LRT Jelatek pun nak kena saman.

Kesalahan: Menghalang lalulintas.

Kot celoh mane la aku menghalang lalu lintas tu. Padahal berpusu-pusu orang park kereta kat situ before ni. Takde pulak yang nak kena samannya. Tak paham benor la.

Hari ni pergi la kat JPJ Pudu sentral tu. Berkobar-kobar nak bayar saman kereta, pasal malas nak fikir lebih-lebih. Sekali orang tu cakap;

"ni bukan saman lagi, ni kira macam warning letter. Yang ni awak kena pergi ke JPJ wangsamaju.. bawak kereta sekali.. dia nak soal siasat owner kereta.."

I was like;

"what the hell nak kena soal siasat owner kereta? Aku bukan buat salah ape pun.. In fact, tu memang kereta aku..bukan kereta curi..lagi satu, mane ade aku tukar enjin ke, tukar spare part ke hape except tinted cermin kereta, tu pun bukan sampai tak nampak rupa orang kat dalam.."

Pasrah jela tadi. Bengang jugak. Mana taknye, dah jadi satu kerja lain pulak nak kena pergi JPJ wangsamaju. Dah la time weekdays je bukak. Bila masa dan ketika ntah aku nak pergi sana. Takkan aku nak ambik cuti semata-mata pasal ni. Aku rasa tak berbaloi kot. Haih. Ntah la......

Sunday, January 13, 2013

Warden garang

Banyak sebenarnya story-story zaman hostel yang bila aku ingat balik senyum sorang-sorang.

Kebanyakan kisah dengan warden-warden. Heee.. Biasala siapa yang suka kat warden kalau duduk hostel kan melainkan warden tu satu kepala dengan korang. Heh.

Dulu adela seorang warden dekat hostel ni, yang sangat garang sampai buatkan aku rasa macam , "haih, menyampah betul tengok die ni.." Sifat kurang ajar ada disitu, tapi bila selalu sangat dia carik salah aku, rasa la kebengangan dia jugak. Heh lagi.

Satu kejadian yang aku ingat sampai sekarang. Time tu aku form 4. Time PE atau bahasa klasiknya beriadah. Aku dan kawan-kawan pergi la meronda-ronda kawasan sekolah dan kebetulan terjumpa dengan budak hostel boy tengah study depan dewan sekolah. Kami pun duduk la sekali kan. Bukan buat ape pun.

Kebetulan kereta warden aku tu melintas depan dewan dan dia nampak kami. Dalam hati dah agak dah, lepas ni komfom kena ni dengan warden. Tekaan aku memang betul. Beberapa minit lepas tu, ada junior berlari-lari anak datang.

"Kak shima..kak shima..cikgu xxxx panggil.."

Kami pun pergi la. Masuk je pintu gerbang hostel, dah nampak dah dia tunggu bawah pokok sambil duduk. Pastu mulut dia luas jerit nama kami.

"Shimaaaaaaaaaaa!!! mung buat nape galok dengang budok laki depang dewang hah??? memang sape name shima memang bowok baleeeeee!!" jerit cikgu tu.

Padahal ade ke dia nampak kami ni bertepuk tampar ke hape. Lain la kami buat macam tu kan, memang sessuaaaiiii la kau nak jerit macam tu.

Kebetulan kami ni memang nama shima. Sorang lagi nama shima nadia. Haha.. Aku pun macam terkejut dia boleh cakap macam tu. Boleh nampak budak-budak lain intai dari dorm masing-masing. Aku buat bodoh je pasal aku takde buat salah pape kan.

Last-last time form 5, dia lantik aku jadik pengawas asrama. Haha ! Sampai sekarang aku terfikir lagi, kenapa dia buat macam tu. Heh.

Kisah benar di Hostel SMK Sultan sulaiman

Zaman sekolah menengah dulu kita memang duduk hostel la kan. Even rumah takdela jauh berbatu-batu, tapi kami adik beradik dah dididik oleh parents stay dekat hostel. Maybe kat hostel kami lagi berdisiplin. Schedule untuk study or wut-not dah disediakan, so follow aje.

Kalau dah dinamakan hostel, kisah-kisah hantu ni memang banyak la kita dengar. Sampaikan nak tidur malam pun, kena tidur dengan orang. I mean, satu katil 2 orang. Heh. Pastu siap gabung katil lagi, takut punya pasal. Kita selalu imagine, tiba-tiba terbangun tengah-tengah malam and something ada kat tepi katil. Oh SCARY!

Tambah-tambah, hostel dekat dengan pantai. Malam-malam komfom langsir akan terbang ditiup angin pantai. Pasal dorm tu ada tingkap pecah. Haha ! Lagi SCARY! So, ada a few stories la yang kita nak share.

1) Kita tak pergi sekolah pasal demam. Bed kita belah atas. Tengah baring atas katil tu, tiba-tiba dengar bunyi orang sedut air dengan straw dekat katil bawah.

2) Kita tak pergi sekolah pasal demam. Dorm kite mase tu tepi toilet. Tiba-tiba dengar orang berus kain. Pergi jenguk, tapi takde orang. Terus turun pergi bilik study. Takut.

3) Time tu party akhir tahun, tengah main-main dengan nombor, tiba-tiba ada suara dari bawah sebut nombor jugak. Kami pun terus stop main, and baca Yassin.

4) Malam tu tiba-tiba terjaga. Kemudian dengar orang tengah iron baju. Kita pun tidur balik sambil baca ayat Qursi.

dan yang paling best

Kita tak boleh tidur malam tu pasal takut. Pastu kita turun dari bed, dan kejutkan kakak senior sebab nak tidur dengan dia. Sekali dia cakap.

"tak mboh.. tak mboh.." (sambil tangan tutup muka)
"jangan kacau aku...!" (tangan macam halau kita)

"kak nor... ni shima la.. bukan hantu..." T__T

Wednesday, January 9, 2013

Sampai awal! Yeay!

Sebelum memulakan kerja hari ini, eloklah sekiranya kita bermadah dua kata. Heh. Haih, berat mata ni ha jemah ui.. Bangun awal gile, takutla jammed macam semalam yang menyebabkan kita lewat sampai office.

Semalam dah keluar pukul 630am and end up sampai office 0802am, so hari ini kita keluar awal 10mins. Meaning 620am. So, sampai office pukul 7am. Maksudnya di sini, kalau dekat area UP ni, beza 5 mins tu sangat penting.  :) *bangga dapat mengira dengan tepat*

Ok, dah malas nak melalut. Nak makan kejap. Laporrrrrrrrrrr..

Papai ~


Monday, January 7, 2013

Sembang kosong

Hari ni terbangun awal pulak pergi kerja. Tak pukul 6 lagi dah bangun. Ni gara-gara jammed yang amat time nak turun bukit dari ukay perdana ni. Pening kalau terfikir pasal jammed. Takpela sampai awal kerja, asal tak lambat, pastu mula jalan 100km/hr macam hari tu. Sampai office je semput. Heh.

Kita rasa, kita dah tak boleh makan udang la. Hari ni 'mereka' dengan jayanya menempek di muka tanpa rasa belas kasihan. Habis naik ja-ra-wat ni haaaa... Stress! Ke naik ja-ra-wat pasal fikir hal kawen eh? Mungkin mungkin.. hehee..

Alhamdulillah, tarikh dah ada cuma preparation tu takdela beriya sangat lagi. Heee.. Semangat semangat ! Oh yeah ! Hope everything going well, and Allah will ease our way until that day. Insya-Allah.. Amin..:)

Banyak jemputan kawen next month. This month pun banyak. Harap sangat dapat pergi semua events yang di 'invite'. Yang paling penting, nak balik kampung !! Miss my Manir sooo muchh!

p/s: Nak kawen kan, tapi kursus kawen pun belum pergi lagi. Acane tu? Heee...

Sunday, January 6, 2013

Fesyen sekarang macam ni ke?

Hari ni kita tak pergi mana-mana. Dating pun tidak. Maka, duduk rumah tengok TV, makan , tidur. Ah, seronok betul rasanya. Tapi mula la mabuk bila berat badan naik. Mula la nak berdiet semua, tapi ape pun takde. Heh. Cliche sangat. Berat badan naik je, nk diet. Diet je, berat badan naik. Bosangggg..

Ok ok.. Ni nak story jugak pasal satu benda ni. Kita dah nampak 2x benda ni kat shopping complex. Mungkin fesyen agaknye. Pakai tudung, tapi skirt singkat sampai nampak kaki. Hmmm.. Contoh seperti di bawah. Picture ni kita google je hokayy..  Heee..


Fesyen ke pakai macam ni? Hmmm.. Selesa ke? Cantik ke? Entah, si pemakai je tau macam mana perasaan pakai macam ni. Wallahu'alam.

Tapi nasib baik tak jadik macam ni.


 muehehehehhehe...

Tuesday, January 1, 2013

Kita pun ada azam 2013 jugak

Happy new year 2013 ! Tapi kita celebrate kat rumah je dengan Kauthar. Hehehe... Sharp 12am semalam, berdentam dentum bunyi fireworks. Seronoknya kalau kita dapat tengok fireworks kat atas bukit. Mesti cantik ! T__T

Kita still lagi tak sihat. Tapi suara dah tak garau macam orang lelaki yang tiba-tiba hari ni dah baligh. Eh.

Hari ni kita cuti ! Yuhuu! Seronok betul sekarang. Pantang ada public holiday mesti cuti. Alhamdulillah.. Terasa life yang normal kat situ. Menangis jap. Melampau kau ni shima nak menangis bagai.

Kalau cakap pasal new year ni, ramai yang story mory ape die punya resolutions kan? Bercakap pasal resolutions, dulu zaman sekolah, kita selalu ingat resolutions tu maksud dia lebih kurang macam 'penyelesaian'. Apakah?

Ok. Here we go. My resolutionsssss for this year !

1) Takkan sesekali ambik MC kalau betul-betul tak sakit.
2) Kumpul duit pasal kita nak beli bag LV !!! Cantiknyeeee T__T
3) Tiap-tiap bulan kena shopping baju dan seluar pasal hari-hari pakai baju sama pegi ofis. Boring.
4) Setiap 3 bulan jumpa doktor gigi. Check mana yang patut. Dah serik kes hari tu.
5) Nak bawak mak ayah pergi umrah. Nak sangat ! Ya Allah, permudahkan semuanya. 
6) Nak jadik wife yang solehah kalau ada orang masuk minang. Hee.. *gatal*

Setakat ni, tu jela kot. Yang lain tu tak terfikir lagi. Buhbye !