Monday, August 21, 2017

Mybuddies Run 2017

Semalam sepatutnya aku join MyBuddies run. Tapi, di sebabkan faktor katil dan bantal tu lagi menarik so yahhh. End up aku run je atas katil. Haha.

Punya la semangat dari semalam nak pergi kan. Siap nak ambik race kit dari kawan bagai. Nasib baik la aku tak pergi Putrajaya malam tu collect race kit. Kalau tak buang tenaga dan masa je. Hehe.

So kena tunggu September ni la untuk Orchid Run. Aku harap time tu katil dan bantal bukan lagi alasan untuk malas ke event macam ni lagi.

So yahhh still dapat medal ni, sebab kawan aku yang baik hati tu tolong amikkan. Boleh la nak buat tanda ingatan walau tak keluarkan peluh di jalanan. :)



Thanks shayam shayam sekalian.. I lurve u lebih. Hehehe.. :P

Tuesday, August 8, 2017

Treatment after hot waxing

Semalam setel buat oxygen treatment kat lips area (hot waxing punye pasal). So, Alhamdulillah skin yang menggelupas and sakit tu getting better dah. Dah takde rasa skin tertarik ke ape. Haha.

Hari ni, datang lagi untuk healing process. Dia akan buat sampai la skin aku ni back to normal. And, FOC ! Yeah nasib baik la. Kalau kena bayar memang aku tak pergi la. Mahal kot.

So memang aku berjanji dengan diri sendiri. No more hot waxing ! :(

Rasenya dah cakap dalam entri lepas, tapi still nak cakap jugak pasal benda ni buat aku murung seminggu. Haha.


Monday, August 7, 2017

Hot waxing area lips

Perempuan mane la boleh berpisah dengan benda-benda berkaitan kecantikan ni. Walau aku takde cantik sangat tapi jiwa nak cantik tu ada. Haha.

So dengan berbekalkan hati berkobar-kobar nak cantik, maka aku pergi la sign up pakej untuk oxygen facial kat Dermalogica.

So far baru 2 session kat sana. Belum nampak la beza yang ketara, tapi dapat rasa la skin rasa soft je time pegang. So pakej yang aku ambik ni untuk 9 session + eye treatment. Hopefully after 9 session tu nampak la beza kat skin ni kan.

Cuma now aku nak story pasal waxing kat part tepi lips ni. Ya Allah, tak sangka memang sakit hoi! Aku ingat sakit-sakit manja je. Sekali dia punya sakit tu sampai 3 hari tak hilang.

Dia guna hot wax. Menangis jugak pasal that Indian girl (which is aku rasa dia tak pandai sangat) dah terwax aku punye cheeks skin. T__T

Habis merah, sakit, pedih and skin aku start menggelupas kat mouth area. Nak menyesal tak boleh dah pasal aku yang gatal nak buat kan. Redho jela tengok skin macam tu. Pastu berendam air mata.

And aku dah inform beauty consultant tu pasal ni. Hari ni dia mintak aku pergi balik sebab nak buat treatment kat area yang problem tu. Hopefully semua ok la lepas ni.

Tak mau dah buat waxing!!!! :(

Nanti aku update balik progress after buat treatment. Sis sedih. T__T (padan muka)

Fact 1: Cara nak cakap tak suka indirectly

Sebenarnya, banyak cara 'halus' yang lelaki or perempuan guna untuk bagitahu something yang dieorang sendiri tak sampai hati nak bagitahu seseorang tu.

Case: This guy memang dah tak suka kat this girl but dia tak sampai hati nak cakap secara direct. So indirectly dia akan cakap macam ni dalam keadaan yang ala ala bergurau.

I tak suka U. I suka Boboy je. (Boboy ialah seekor kucing)

Betulke U tak suka I?

Aah I tak suka U.

U, I tak main-main ni. Betul-betul laa.. (Dalam nada tak percaya lagi)

Haa ye, kan dah cakap tadi tak suka. I suka Boboy je.

Okay, korang. If someone cakap macam ni, mengertilah bahawa dia memang tak suka kau. So sila move on. Kalau someone tu suka korang, dia takkan cakap macam tu kot even bergurau. Just my 50cents la. Haha.

Sebab?

Dulu pun aku buat macam ni kalau tak suka kat someone, tapi tak tahu nak cakap macam mana supaya dia tak terasa hati. Got it?

Move on please. Duh.