[kami di kedai gambar KODAK]
Picture di atas dan di bawah tiada kena mengena langsung dengan apa yang aku nak terjemahkan kat anda di sini.Ia adalah hiasan semata-mata hanya untuk menenangkan mata anda setelah lama mengadap skrin laptop yang beresolusi tinggi.
Kadang-kadang perasaan rindu di waktu muda-muda menjelma.Maksud aku di sini aku bukan la terlalu tua untuk dikategorikan 'waktu muda-muda'.Tetapi,itu ialah ayat yang sentiasa digunakan oleh sesiapa untuk memberi maksud peristiwa atau pengalaman lampau.Aku rindukan zaman-zaman kegemilangan di waktu sekolah (gemilang ke?).Pikirkan sendiri.
Aku rindu dorm Anggerik (dorm paling besar), Lily (dorm berhantu), dan satu lagi nama dorm yang aku menginap time form 1 (aku lupa.MAAF).
Masa ni la aku dapat kenal dengan senior-senior yang suka membuli apatah lagi 'berkasih sayang' (abnormal relationship,tapi bukan aku).Aku rindu nak gulung kelambu lepas tidor.Rindu nak tengok cadar warma biru (baru), dan putih (lama).Aku jugak rindukan zaman aku berenang-renang di kolah (conquer).Memang indah!Cukup indah!Kadang-kadang *kakak 'kitchen' pun join kami berenang-renang.Wah!Gilanya waktu ini.
Malah,aku selalu terbayang wajah-wajah rakan seperjuanganku (mek ya,ida,along,ipah,puji,te-one,aya,leng,nuyu,dll) berjuang menembusi tembok putih dan berkaca itu (xla tajam sangat).Kami mampu x terkantoi dengan warden yang bertahi lalat di hidung (Ms.Mole @ Miss Salmah).Beliau sering berdendam denganku.Katanya,"kamu ni nakal.Saya nak 'blacklist' nama awak!"
Wah!Terguris hati tapi aku mampu tersenyum kerana aku bukan senakal yang disangakakan.Aku hanya penuntut yang paling setia 'outing' tanpa kebenaran.
Pernah sekali kerana terlalu rindukan mak ayah dan kampung halaman (macam jauh je), aku terpaksa berbohong. "Cikgu, saya kena balik.Ayah saya kena masuk wad sebab kaki patah." (Memang ayah aku sakit kaki tapi xla sampai kena tahan kat wad).Kataku sambil tersedu-sedan.Aku akui aku memang pelakon terhebat di kala ini.Aku akui itu.(MAAF mak ayah).Kemudian,aku dibenarkan pulang.
*Siapa-siapa yang nak vote aku sbg Pelakon Wanita Terbaik sila sms di nombor yang tertera di bawah nanti.*
Pernah juga aku direjam di depan bilik warden (Miss Nani *Key*).Tapi aku ditemani oleh senior-seniorku.Kami direjam sampai keheningan subuh tanpa makan & minum (ceh!poyo), tidak,kami hanya tidak dibenarkan duduk selama direjam itu.Begitu seronok aku rasakan.Indah ditemani bintang-bintang (walau bintang xnampak).
Aku ingat lagi,nama wanita ini Che Wan Shazleen.Ya!Dia lah yang bersama aku menyorok dalam almari.Semua ini kerana kami terdengar suara gemersikan Miss Mole dari koridor.Kami terpaksa menutup mulut (takut masuk habuk).Nasib baik kami terlepas.Fuh!Lega!
Lagi.Kami pernah tidur beramai-ramai dalam bilik study dialasi kotak-kotak(dah dikemekkan).Kepala dialasi kusyen(best).Semua ini kami lakukan hanya untuk bangun bersahur keesokan hari (takut x terkejut).
Aku juga rindukan mikrofon di bilik kapten(buat announcement).Aku suka suara aku berkumandang di corong-corong speaker (capap).Begitu juga rindu zaman aku menyanyikan lagu "Qol biyuna" dan juga lagu nasyid yang lain.Aku suka melihat muka-muka mereka yang terkesima ketika aku melontarkan suara (sebab sumbang).
Oh!Aku rindu semua itu!Pengalaman yang tak mampu aku lenyapkan dari hidupku sepanjang zaman.INILAH DIA!
*Key = Sebab beliau suka pusing-pusingkan kunci time bercakap
*Taip CMA <2>,<5>,<10> dan hantar ke 21199.Tiada caj dikenakan macam Celcom.
*Kakak 'kitchen'= Kakak yang masakkan makanan untuk kami
[roomateku di waktu bersarapan]
No comments:
Post a Comment