Sunday, February 28, 2010

IKAN DUYUNG SEKSI.

Ehem. Ehem. Rindu? Dah lame (konon) aku tak jenguk blog tersayang.
Penah pegi waterfall tak? Atau waterdown or waterfell (tuk past tense). Penah tengok ikan duyung seksi? Aku dah nampak semalam beb! Teruja sampai menggeletar perut.
Cuba bayang. Ikan duyung montel berbaju tali merah, berkain baju kurung menggelepar dalam sungai? Spesies duyung apakah itu? Aku kurang pasti. Yang pasti, menyakitkan mata.

Yang pasti, kami bukan duyung sebenar.

Along bertapa nak menguatkan ilmu batin.

Awin makan sorok. Takut ikan makan makanan dia. Padahal, ikan duk main-main dekat ngan die je. Haha. Kami ke Sekayu. Bermandi-manda. Sangat serunuk!:)
p/s: kalau nak gi mandi manda, sila memakai pakaian yang bersopan. Tq.



Friday, February 26, 2010

RAJA LAWAK YANG MERUGIKAN MATA WANG

Sumpah! Langsung tak lawak aku tengok Raja Lawak!
Yang paling bez, Zizan, Johan ngan Nabil aje. Musim ni ntah pape!
Wat abis masa, mata wang (bak kata Salsabila Yunan) tuk undi. Serius! Aku tak undi!
-end-

Thursday, February 25, 2010

MONYET BERCINTA DI KALA CENDAWAN TUMBUH.

Aku teringat zaman secondary school. Eceh. Terspeaking. Monkey Love. Macam fenomena pulak. Kalau tak berkapel, orang cakap tak laku. So, even hati agak tak berperasaan tetap jugak berkapel. Konon, laku macam goreng pisang panas. Kapel takat 2 minggu. Macam hebat. Aku sangat tak waras tika itu. Awal Shaari cakap, "Fuhh!". (aku tak minat mamat nih). Namun, takde dah istilah monkey love bagi aku since i met with this guy. More to long term relationship. Sangat berfikiran jauh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Erk! I lebiu Cik Faiz. :)

Wednesday, February 24, 2010

BODY MANA YANG CANTIK.


MyVi S.E

atau Kelisa

atau Viva.
Yang mane menjadi pojaan hati ey?
Hatiku terbelah 20 puluh ni. Kau nak kereta ape?

Monday, February 22, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE MACAM LAVA BARU KELUAR.

Sempena bufday AYAH ku, Pak Sabri yang ke 53, aku dengan kudrat yang tak seberapa menge'baked' sebijik moist chocolate cake kepada beliau. Walau nampak seakan buruk, tapi rasanya sangat terdebom. Bangga oh bangga kerana ni usaha aku yang pertama setelah bermastautin kat rumah. :)

p/s: ejon!Tengok nih!Ok tak?Hehe.

Sunday, February 21, 2010

RECYCLE.

Aku nak tanya kat pompuan, pasal kalau laki-laki nih aku dah agak dia PASTI buat benda ni. Kau penah tak recycle baju? Maksud aku kat sini, baju yang kau dah pakai sekejap, kau sangkut, pastu esok ke, lusa ke, kau pakai balik?
Aku penah wey. Aku jujur nih. Sebab tu aku ngaku. Pasal aku nak tempek pic nih.
.
.
.
.


Aku pegi TER tuk PMR. Bukan nak exam. Program Memperkasa Remaja. Perkasa la sangat aku nih.

Saturday, February 20, 2010

BUKU RESEPI CIK SHIMA.

Aku mahu jadi pemasak dan pengekek yang hebat! Mulai detik ini, aku catit semua resepi dalam buku latihan matematik petak kecik yang aku namakan BUKU RESEPI CIK SHIMA. Bila dah penuh resepi, aku compile dan aku jual. Kau nak beli tak?
*pengekek = pembuat kek

Friday, February 19, 2010

BABY IMAN DALAM RANGKULANKU.

Aku berpura-pura suka baby ke ni? Ouh! Tidak!
Aku sangat suka babies ok! Sape nak mintak aku jaga anak dieorang?
Yang penting, baby tu comey! Hihi.
Pagi ni pegi majlis cukur jambul baby Iman ni. Iman tengah tido dalam dakapan aku tuh. Memang selesa gile duk dalam rangkulan azimat aunty shima. Haha.


p/s: Lambatnye mak cik gayah nak dapat baby.

Wednesday, February 17, 2010

PROPOSE.

Impian aku. Lamaran paling romantis di abad berteknologi tinggi.
Propose aku kat taman bunga.
Ada bunga rose pink.
Lilin kaler-kaler.
Belon love banyak-banyak.
Banner 'Will you marry me' besar-besar rabak.
+ Kata-kata romantis dari hari-hari biasa.
Cik faiz. Ley tak macam ni?
Demand plak la kan. Hihi.


p/s: Kaunye berangan lak camane? :)

SEDIH.



Carik baju untuk konvo. Konon nak carik baju cam Ekin Mawi. Ala, yang ala-ala berpaten sikit tu macam pic kat sebelah ni. Kan nampak anggun tu. Ngeh3. Saiz paling kecik 36. Gulp! Bapak ayam besar! Tak dapat la aku nak merasa pakai baju glam camni. Nak oter pon tak reti. Kalau size aku takat 25 je kot.
Nak wat camane. Katik. Haha. So, dah decide nak beli sutera. Pastu, wat paten sendiri. Fullstop.

Monday, February 15, 2010

SUPIK.

Yuhuu! Kau-kau sekalian. Best cuti? Aku tengok sesat gile jalan. Macam orang melayu pun raya jugak.
Lately, aku buat-buat busy. Konon nak cari privacy. Ceh! Bajet artis! Namun, ternyata, privacy sukar ditemui.
So, pegi makan laksa penang kat terengganu. Kerepok lekor cicah budu lada. Sangat sedap sampai aku naik berisi macam belon. Kalau nak cantik sikit, aku samakan dengan buah avocado lah.

Pelik. Pelik. Kenapa manusia nak kena ubah kejadian Tuhan? Konon nak cantik, pegi buang dagu. Eh, runcingkan dagu. Kadang, sampai pegi cabut segala tulang hidung nak ganti ngan hidung mancung. Ces! Supik* punye orang!

*Supik = Plastik.

p/s: oi henpon angah! boley tolong diam tak? Dari tadi duk bunyi msg. Bingit telinge aku nih!Kompom orang yang reply msg, gile laju tekan punat henpon dan agak excited reply msg angah. Cit!

Saturday, February 13, 2010

GUARD YANG BANGANG!

Kejap je aku off day pon. Hihi.

Suasana di Mydin Mall.

" Adik! Adik! Beg tu dop ley wat masuk. Kena sipang kat tepat sipang beg."

"Hah? Selame ni, saye wat masuk beg ni, boley je? "

"Sape kate boley?"

Ok. Kurang ajar betol mak guard nih bertutur ngan aku.

"Eh mok cik. Orang laing belambok je wat masuk beg gini, bakpe mok cik dop sekat?! "

Aku mengalah sambil menyumpah seranah dalam hati. Aku pegi simpan beg kat tempat simpan barang. Aku pon masuk dalam. Lepas aje besi palang, aku nampak budak pempuan bawak beg macam aku jugak.

"Kak, mok cik guard dop tahang kak ke paka beg besor gini?"

"Dop kene pong dik."

Ok. Aku meluru ke palang besi yang ada tanda no entry tuh balik. Aku memang tak tahan dah beb.

"Mok cik. Saye dok kire. Saye nok wat masuk beg saye! Orang puang tu ley je wat masuk? Gile ke ape Mydin nih? Beg ni beg saye wat letop purse nge hp, bakpe dop ley?"

Pempuan tua bangang tu tengok tepat ke mata aku. Aku lawan balik. Tak takut beb!

"Orang tu telepas nok wat gane?!"

"Eh mok cik. Mane ley wat telepas gitu. Kate guard, tapi wat keje ge nape je. Mitop maaf mok cik saye jadi kurang ajor. Sebab, mok cik cakap lebih kurang nge saye.

Aku pegi kat tempat barang,ambik balik beg aku. Pastu, dengan selambe aku masuk balik sambil mak guard tengok macam nak makan aku. Lantak kau la mak guard!

Friday, February 12, 2010

Thursday, February 11, 2010

OPEN TABLE


Nota pendek: Gurls! Damn miss u darls!
Nanti aku open table next month for my convocation. Wait ya! :)

Tuesday, February 9, 2010

AKU MAU JADI BUDAK.

Rambut Abu Bakar Ellah. Kau kenal tak? Aku punye rambut zaman kanak-kanak cam rambut dia la. Tekap gune tempurung tu beb rambut aku nak kasi dia betol-betol cam bentuk tempurung. Aku tipu. Kau tau.

Kalau boleh nak jadi budak kecik balik. Boleh aku nak merasa perasaan minum susu botol time tadika. Balik je kelas tadika, terus carik botol susu. Perasaan minum susu guna botol sangat sangat lain. Wah! Serunuk.

Lagi, aku nak merasa main getah. Aku paling suke kalau team aku dapat jalan lame. Sliper buang, lompat guna tapak kaki dogol je. Sakit kena jalan batu-batu, tapi getah punye pasal aku redah je.

Yang paling obvious aku nak jadi budak kecik balik sebab, aku nak merasa kencing merata-rata. Semua tempat jadi jamban aku. Maaf pada insan-insan yang terpaksa basuh najis mukhoffafoh ku, iaitu ibuku Bonda Zaipah.


Monday, February 8, 2010

BIODATA TAK LENGKAP.

Okey. Kali ni aku ditagged oleh adik ezma. :)

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag.

1) Aku sederhana tinggi. Tinggi agak-agak macam Nora Danish.
2) Anak ke-3 dari 5 orang adik beradik. Panas baran ni. Ngeh3.
3) Sangat obses dengan warna pink. Tapi, takkan cat kuku aku warna pink.
4) Aku begitu suka sangat-sangat menyanyi. Dalam toilet pon aku balun nyanyi.
5) Sangat sayangkan keluarga. Tanpa mereka, tak dapat aku kenal korang.
6) Sudah mempunyai pacar bernama cik faiz. Tapi, belum masuk meminang lagi pasal tengah study.
7) Suke makan spicy chicken Mc Deluxe. Pegi mcd, mesti pilih yang ni je.
8) Ada cita-cita nak jadi cikgu. Aku akan pohon KPLI ngan DPLI. Hehe.
9) Tak suka bila kena tipu. Oh! Sangat tak suke. Tsk!
10) Pakai perfume Far Away ngan DKNY.
11) Orang selalu anggap aku sombong. The truth is, am not!
12) Bercita-cita nak pakai Suzuki Swift pink.
13) Love make up. Tapi, tak reti sangat pon bermake up.
14) Suka berkawan. Friends friends.
15) Minat gila Siti Nurhaliza dan Fahrin Ahmad.
16) Suka nombor 5 dan 15.
17) Aku memang suka ayam. Ayam je tak suka aku.
18) Sangat gembira bile duit banyak. Boleh shopping!
19) Minat menari, tapi dah besar ni, badan dah keras maa.
20) Suka berblogging. Nak kumpul duit banyak-banyak dari Nuff.
21) Orang salu cakap aku ngan my mom macam adik beradik. Oh, aku tak tua!
22) Bufday aku bulan 12. Sebab tu aku agak terlewat dalam segala hal. Ada kena mengena ke?
23) Aku tak de facebook. Dah deactivate. So, memang tak de.


Aku nak tag insan-insan ni.

nad
benida
Aus
Kf
Fasya

PETANDA KEMATIAN.

Fuh! Lega. Baru aku dapat berehat dan mengupedate blog aku ni. Aku skarang jadik freelancer la plak. Tolong-tolong mak aku buat kerja opis dia and i'll be rewarded. Hehe. Sangat tak boleh harap betol! Ade ke patut mintak gaji ngan mak. Haha. Takpe. Ni kes desperate. No hal beb.

Siang tadi, aku lawat ayah sedare aku sakit la kan. Pastu, wife dia cerita la kat aku ngan my mom macam mana maid dia before nak meninggal dunia. Dia cakap, arwah selalu nampak anai-anai ngan semut-semut kat atas lantai, meja makan, perabot, pastu bagitau dieorang. Tapi, akibat kejahilan mereka (kata wife ayah sdare aku), mereka tak dapat agak tu la petanda arwah akan meninggalkan mereka. Sangat insaf bila aku dengar cerita ni. Lepas ni, aku perlu muhasabah diri. Aku undur diri dulu sekejap.


Sunday, February 7, 2010

CONTEST

Okeyh. Kali ni aku nak join contest dari blog shoppaholic shawl. Sape-sape yang nak join, ley la terjah blog beliau. Hadiah sangat lumayan ok. :)
Kaum lelaki yang agak-agak nak join, ley la antar pic yang pakai shawl ye.

Aku pertaruhkan pic ni la. Pasal pic ni je yang ada dalam pc adik aku nih. Lappy aku still kat workshop. Sadis!
Harap pihak organizer ley trime pic ni dengan segala terbuka. Gedik jugak nak join. Hehe.

Terima kasih shoppaholic shawl for this contest. :)

Saturday, February 6, 2010

AKU BUKAN WANITA MATERIALISIK

Aku admit. Aku bukan wanita materialistik. Aku baru sedar.

" Kak, nok dop gelang tangan ni? Lawo ni.. Napok masok je mah bile duk tangang kak.."

"Eh, dakpe r mok.. Nok gi mane paka gelang mah gini.. cukup r gelang ni se je.."

"La.. Bukang suruh paka kat umoh.. Paka bile nok gi keje la..Patu bley paka gi kenduri"

"Dakpe r mok.. Dak yoh la.. Dok reti nok paka gelang mah besor gini.."

"Dakpe r liza.. Anok aku ni memang susoh sikit kalo suruh paka mah ni.. Kalu cakap pasal mah, die wat dunno je.."

Aku tak materialistik kan? Kenapa aku tak berperasaan nak pakai emas macam mami jarum tuh. Cukup la yang sederhana saja. Itulah aku. :)


kosa kata: *mah= emas

Friday, February 5, 2010

ADIK AMMAR.


Kawan-kawan, sila bantu adik ammar. Setiap klik anda membawa makna.
Ketika patut bantu mereka yang memerlukan.
Comelkan adik ammar ni. Macam cina. :)

AJUMMA CMA.

Hari ini, aku kurang beremosi. Aku mau bangkit! Aku mau jadi perempuan yang hebat macam Onim dalam citer Here Comes Ajumma. Ngeh3.

Aku ketagih beb tengok citer ni. Kau layan la kat KWSB tu. Pukul 3 agak nak petang. Memang aku menangis woo tengok citer ni. Macam tengok hindustan plak. Bingung aku.
Before cite ni, kau layan la dulu konsert AF yang agak semput kalo kau tengok. Suare konon la macam sedap. Aku bukan nak kutuk la. Cuma unfair untuk manusia yang bersuare katak merdu macam aku ni.


p/s: nak join AF9 tahun depan. Undi 30 tros kat aku ye.

Thursday, February 4, 2010

DINNER.

Kali ni aku tak nak capap dah. Tak elok noks capap-capap nih. Tak sesuai tuk kaum wanita. Haha.

Ok. Dalam hati aku membuak-buak nak pegi Dinner Uniten. Tapi, apakan daya, table sudah fully booked. Sangat frust tertonggeng. Sampai makanan pon aku tak sentuh. Ok. Aku tipu. Aku makan eskrim 10 sen. Jimat.

Tak dapat aku pakai baju cantik-cantik macam bini Eizlan Yusof. Make up yang boleh orang nampak aku macam Nora Danish. Pakai handbag merelip merelap macam Datuk M.Daud Kilau. Eh, macam Sazzy Falak. Pakai kasut tumit 5 inci macam Mila AF. Sangat sugul aku hari ni. Aku mau pergi! Mau jugak. Nanti aku amik table kitchen letak kat dalam Dewan Seri Endon, spare untuk aku. Boleh tak organizer?

MYVI S.E

Seriusly, aku suke rembat kereta orang. Aku bukan penyangak. Mahupun penyeluk saku kereta. Aku tak sengaja menjadi perembat. Hoho.

Tengah syiok aku tido, mak aku panggil. Kakak angkat aku mintak antar dia kat somewhere, pasal dia ada meeting pagi tu. So, dengan tak mandinye, aku pon cepat2 capai apa yang boleh aku capai. Ok. Kompom la aku da remove eye shit. Tak senonoh betol noks! So, die amanahkan kereta dia kat aku. Jadi, sempat la aku berkoya sekejap pakai kereta myvi se dia nih. Haha. Dan, hasil perkoyaan aku.



Nah kau! Senyum balik kat aku. :D Jangan tertipu! Aku blom mandi. Jangan kau pikir aku wangi time nih.

p/s: jangan lupe mandi kalau nak pegi mane2! maaf. Rase cm nak tepek pic aku plak kat entri nih.

Wednesday, February 3, 2010

DISIPLING

Suasana di living room.

"Kak kak.. Adik dapat jawatang dalang kelah.."

"Adik dapat jawatang nape? Penolong kelah ke? Ke, ketua kelah? Hehe.."

"Bukang..bukang..adik bahagiang disipling.."

"oo..bahagiang disipling..jadi penolong disipling la ni owk, sebab adik puang.."

"Bukang..bukang..adik jadi petolong disipling.."

Aku ketawa terbahak sampai menangis. Petolong? Awin awin. Kalau kanak-kanak, kanak-kanak la jugak ye.

Tuesday, February 2, 2010

BEST KE VALENTINE?


Lip lap lip lap, dah masuk februari. Aku masih mention pasal februari. Ntah. Takkan aku teruja pasal valentine day dah dekat? Oh. Tidak. Aku tak sambut hari pelik ni. Never!
Aku pelik, kenapa bila valentine je, ramai la minah-minah ngan mamat-mamat bercandaaan kat mana-mana balkoni tepi jalan. Penuh beb.

Time-time ni tokey kedai bunga pon kaya. Bunga chicken shit pon orang beli. Sayang punya pasal. Cokolat cadbury pon abis kat Mydin. Oi! Kaya la cadbury pasni. Kasi can la plak kat company cokolat udang ke, cokolat nisan ke plak kaya.



Aku bukan jeles pon kau nak sambut valentine. Tak de kaitan pon ngan aku. Cume, aku nak remind la, jangan kasi susah jabatan pencegah maksiat. Banyak benda lagi mereka nak pikir selain meredah kau kat hutan belantara, pantai biru, jamban, dan sewaktu dengannya. Kalau nak sangat sambut, pegi bermigrasi ke oversea 14hb ni. Pastu balik malaysia 15hb. Kalau tak mampu, duk je kat umah diam-diam.

p/s: Lompat 15hb tros bley?

Monday, February 1, 2010

KAHWIN MUDA.

Selamat bulan baru. Aku macam teruja je bile masuk februari. Padahal tak de yang special pon februari ni. Raya lambat lagi. Mungkin aku teruja Tahun Baru Cina. Mungkin? Perlu ke aku buat persiapan mercun sebundle? Ok. Aku masih sayang jari jemari aku.

Tiba-tiba baru aku perasan, aku ni dah nak masuk 23. Tua? Muda? Hoho. Aku masih lagi berjiwa muda beb. Jiran aku cakap, time umur dia macam aku ni, dia dah kawen dah. Siap buat projek bermalam malaman. Hebat cara dia bercerita. Teruja jap aku. Namun, aku tak mampu nak kawen usia se muda ni. Banyak lagi aku kena buat sebelum kawen.


Beli tanah beribu-ribu. Beli kereta BMW. Pakai emas sekerat lengan. Jadi bos. Beli rumah banglo 5 tengkat. Pegi spa tiap-tiap minggu. Beli make up crayon. Bela ikan ramai-ramai.

Dalam banyak-banyak tu, yang paling aku yakin boleh buat, bela ikan ramai-ramai. Skarang ikan gapi dah beranak pinak dalam akuarium tuh. Yang dalam akuarium satu lagi, ikan buaya tak beranak-beranak lagi. Aiyak!


So, kalau aku mampu buat semua benda tu, baru aku mampu nak kawen dan berangan RM15 500 ni macam RM15.50 aje. Hihi.