Monday, November 28, 2011

Ikea yang memabukkan aku

Assalamualaikum

I guess, it's not too late to wish, Salam Maal Hijrah 1433 to all Muslims.  Pray for us to be good muslims and muslimah. Amin..

Oh, btw, hari ni, buat kedua kalinya aku pergi ke IKEA (Last aku pergi time sekolah rendah kot). You guess what? Bila masuk aje tempat tu, aku dah rasa mabuk.

Bayangkan, orang berpusu-pusu, berhimpit mimpit. Arghh.. Tak suka environment macam tu. Nasib baik la kat showroom tu still ok. I mean, aku boleh bernafas dengan riang ria.

Dan yang paling aku kesali, tak dapat makan meatballnya. Tak larat nak beratur panjang. Gilak ramai orang. Nak tunggu dapat makanan, komfom aku pengsan dulu. So, better balik dan tengok saje gambar meatball tu sambil air liur meleleh, dan akan pergi next week.

So guys! Kau jangan mengada-ngada pergi IKEA next week tau! Make it clear crystal. Senang aku nak beli meatball. HAHA !

-Sorry guys, no pictures provided since aku macam malas halabau nak bukak function camera kat phone-

Friday, November 25, 2011

I need rest.

Assalamualaikum

Finally, weekend dah masuk. Lega sangat! Macam robot pulak, bekerja non-stop. Luckily, minggu ni takde obertimeee. Kalau tak, haruslah jadi robot. Kejang anak mata. Kejang jari jemari. T__T

I need a long rest!

Next month dapat cuti seminggu! Yeah! Haruslah aku balik kampung. Rindu ayam kucing itik. Tambah-tambah musim hujan. Best gile dengar bunyi hujan, bau hujan. Oh, kau tau tak macam mana bau hujan? Tak tau? Aku tau, tapi tak tau nak explain. That's it.


Bestnye kalau boleh bersantai macam ni sambil minum air teh cicah biskut ping pong. :)

Actually, ni dekat rimba ape entah nama dia. Area Ampang, dekat dengan zoo negara. Bukan dalam zoo ye. Dalam zoo banyak haiwan aje.

Macam-macam ada kat sini. Paintball, sungai, kuda, jungle tracking. Sape-sape yang bosan tu, boleh la lepak kat sini. Bukan takat lepak aje, nak stay terus pun boleh. Kahkah.

Yang penting, environment sangat cantik!! Tapi, parking mahal sikit. Biasa ah, kalau tempat tumpuan orang nak rest ni, die up sampai 5 bucks. Tapi, ok la. Worth to pay. :)

Tuesday, November 22, 2011

Kau bahagia tak ?

Assalamualaikum

Happiness. Kebahagiaan. Masing-masing nak mencari dan mengejar kebahagiaan. Even, kucing pun nak mengejar kebahagiaan berkeluarga. No wonder la kucing ramai anaknya. Bahagia katanya kalau beranak ramai nih.

Aku bukan nak cakap pasal kucing atau haiwan peliharaan. Dan, title pun bukan bertajuk Haiwan Peliharaan Saya.  Memandangkan aku ni gemar tanya soalan 'eh, kau bahagia tak dengan si polan polan?'

Jawabnya, 'gila kau aku tak bahagia. Haruslah! Kalau tak, manakan aku dapat tahan sampai sekarang!'

Wow.. Jawapan agak cliche di situ. Kalau couple bertahun-tahun, i sayang you, you sayang i, dan dapat kept the relationship at the top, so bahagia.

Tapi, macam mana pulak, kalau dah kahwin, tapi tiba-tiba, ' Argghh!! Aku tak bahagia dengan kau!' - bila dah tak bahagia, penggunaan bahasa pun bertukar kesat. Demmit! - Adakah ikhlas bahagia yang dituturkan time couple dulu ?

 credit  Heart Quotes

So, aku sangat bersetuju jika kita sendiri menyuntik kebahagiaan untuk diri sendiri. At the same time, spouse kita pun akan terasa dengan sendiri kebahagiaan tu. Orang cakap, kalau bercakap tak bertapis, terkena tempiasan air liur. Ha, lebih kurang macam tu la. - aku pun nak kena praktis ni. Kahkah!-

Love everyday, every minute, every second. Kalau boleh, tiap-tiap pagi, call bf/gf, wish morning ke, hape ke. Jangan pergi membebel pulak. Er, terkadang tu terbuat jugak. HAHA !

Peace yaww! :)

Sunday, November 20, 2011

Refresher time.

Assalamualaikum

Terasa macam beribu riban tahun tak menaip dalam blog. Sedih kan?? Tika idea banyak berterabur, time tu la lappy buat hal. Demmm!

Tapi, dah dapat pengganti.

Thanks my dear. :)

Tuesday, November 8, 2011

Pelik-pelik la..

Assalamualaikum

Sekarang sangat senang orang nak popular kan? Post video main gitar kat youtube, terus populariti mencanak, masuk mainstream bagai. Kalau suara sedap la. Kalau suara ke longkang or luck takde, takat youtube jela.

Pastu cakap sorang-sorang pun boleh buat someone popular. Tak kisah la kau melalut pasal ape pun. Cakap lu gua ke, wa lu ke, asalkan kau cakap benda betul, yes orang akan dapat terima. Tapi, tak payah la sampai nak mengutuk kaum perempuan sangat. Kau pun perempuan kot, cara menyampaikan je macam laki sikit. Haha.. Ops!

Satu lagi ni haaa.. Duduk senyum semewek kat youtube pun, boleh jadi popular. Bukak kamera, buat muka ala-ala comel sikit, terus view pun berjuta-juta. Langsung aku tak paham. Cuba kau tengok ni. HAHA!

Kronologi Aidiladha 2011

Fuhhhh! Fuhhh! Tu je yang aku boleh cakap buat masa sekarang, pasal aku baru je sampai dari Terengganu. Even bukan empunya diri yang drive, tapi boleh tahan penat. Penat mulut. Nak kena alert cik Bf drive slow-slow. Hekhek..

Raya Haji tahun ni, agak dull sikit. Nak buat macam mana, abang-abang aku semua tak balik. Maka, berkelip-kelip jela aku kat rumah tu. Baju raya pun takde. Pakai yang mana ade je. Sedih tak? Sedih tak?

Yang penting, makan banyak gile hokayy... Harus naik beberapa kilo nih.

Kronologi di waktu cuti aidiladha :

Bertolak ke Terengganu. Singgah makan minum jap kat Cherating. Around 4am sampai Terengganu.
Gile kuyu mate. Mengantuk weyhhh.. Mengantuk. Kalau disorongkan bantal, mungkin akan mengeruh. Tapi, nasib baik ada citer best kat tv time tu, so takdela aku tutup terus mata. Haha.. Muka pucat, bukan kerana sakit, mungkin menyengkang mata di malam buta.
 
Keesokan petang, melawat datuk kat hospital. Dah lama sangat tak jejak kaki kat hospital ni. Last time, aku masuk hospital pun pasal denggi. Tu pun past few years. Tak few sangat la, banyak jugak. Haha... Meraung-raung nak balik. Takut beb! Bau ubat... Ewww~


Berbalik pasal datuk aku, Alhamdulillah, dah makin pulih. :)

Aku ni kat mana-mana je nak snap picture. Kurang siuman agaknya. Aku je ye.. Mak aku just layan karenah aku ni. Hehehe.. Umur dah 24 tahun pun, perangai tak semengah. Berubah la shima! Berubah! Ayooooo~

Opsss!!! Hehehehe.. 

Awin si pagar runtuh. Biase la beb budak-budak kecik gigi depan hilang. Kau pun macam tu jugak kan? Siap ada hitam hitam lagi. HAHA! 
Setelah banyak kali Awin kena perli dengan aku, maka, masa untuk pulang ke KL. Tsk! Tsk!
Sedih! T___T

Tuesday, November 1, 2011

Wajah seiras. Kau ada tak?

Assalamualaikum

Pernah tak, sepanjang dalam kehidupan, kau jumpa pelanduk dua serupa? Sejibik sejiban macam kau? Pernah? Dulu, aku pernah jumpa minah ni sorang kat friendster. Zaman friendster. Haha..

Sampaikan, aku sendiri konfius, eh, macam aku! Sapu-sapu bijik mata sebab tak percaya. Then, aku try cari kat facebook, kot-kot la boleh buat reunion muka-muka ada iras, tapi memang tak jumpa. Maybe sebab dia dah kawen, so facebook diharamkan oleh husband beliau. Maybe.

Cakap pasal pelanduk dua serupa ni, aku ada dapat satu email dari kawan. Dia attach satu picture. Dia cakap, si polan ni bagitau, minah ni ada iras-iras aku. Hmm.. Benda subjektif kot. Ada orang cakap, eh serius! Sama beb! Tapi, ada orang cakap, alaaa.. Mane ade same. Lagi cantik minah tu dari kau! Hahaha..

Ok ok ok.. Papepun, kita kena terima, yang dalam dunia ni, ada 7 muka sama macam kita. Kan? :)

Haaa.. Yang dikatakan muka iras aku, yang berbaju biru. Bukan biru gelap tu ye noks.. Light blue itu. Maybe dari mata kot. sepet! Haha.. Sepet ke mata aku ni? Entah la.. Macam aku cakap tadi, benda ni subjektif.

* If tuan badan terlihat picture ni kat sini, sorry ye sebab post kat sini. I got it from my friend. Jangan saman-saman sudaa.. hehehe..:)


Dan, melampau tak, kalau aku cakap, picture ni ada iras dari tepi??? Tepi sahaja hokayyy.. HAHAHA!
Nak sangat jumpa face to face dengan pelanduk dua serupa.

If i cannnnnnnnnnnnn..............