Alhamdulillah, kad kawen dah siap lipat semua. Sangat gigih aku lipat sorang-sorang 500 keping tu. Sangat gigih T__T Lipatan dia bukan yang biase-biase punya, ni lipatan pengakap gitewww.. Lagi 300 keping, lipatan yang jenis biasa je, ala-ala lipatan PBSM so yang tu boleh mintak si Awin yang lipatkan.
Aku tempah 2 jenis kad kawen.
1) untuk orang-orang terdekat, sanak saudara, kawan-kawan mak ayah, kawan-kawan sekolah, matrikulasi, universiti, office.
2) untuk orang-orang kampung secara amnya.
Actually, kad kawen tu dah booked bulan 12 lagi time Festival Pengantin kat PWTC. Awal gile kannnnn?? Masa tu, kiteorang belum decide lagi nak kawen bila. Just booked je dulu pasal macam murah. Lagipun 50 hengget je nak booking. Kehkeh..
kad kawen 1000pcs (0.95/pcs) + printed envelope + 2 bunting + gift box + TQ tag
OK la kan?
Aku tempah kat "Gedung Kad Kahwin". Mula-mula ambik yang 0.75/pcs tapi bila pergi kedai, tengok macam lagi cantik kalau ada finishing. Kalau ikutkan hati, aku ambik je yang 0.75 sen tu, tapi Fiancee nak yang jenis macam tu so jadik la 0.95/pcs. 1000 keping tu kami divide dua. Jimat! :)
Yang lagi satu, tempah dalam FB. Sangat murah ! Around 30 sen je sekeping. Siap ada color ! Heeee.. Teruja jap. Nama FB kakak ni "Galeri Kad Kahwin Sr.". Sangat berbaloi kalau beli kat sini. Sebab dapat yang color in affordable price. Kalau kau tak nak ada color lagi murah.
Actually, banyak je kedai-kedai kad kawen yang buat promotion best-best. Kau kena rajin mencari dan menyelam dalam internet tu haa.. Aku ni takdela rajin sangat nak menyelam, tapi nak buat macam mana. Kawen sekali seumur hidup. Hewhewhew..
2 comments:
shima. nak kad kawen..nak kad kawen... kenduri bila?
hehe..ok.. tggu neh..nnti shima bagi..:) kenduri bulan 5..ehee
Post a Comment