Thursday, May 14, 2009

Masa lampauku bersama teman-teman

JANGAN TERKEJUT!!Pic ini telah aku editkan dengan menyamarkan rambutku dengan warna hitam. ;)

actually malam ni aku terbukak hatie nak tengok pic2 lame bersame member-member aku bermula dari 1st year 1st sem,2nd sem and also 2nd year 1st sem and 2nd sem.Hehe.Bile amati balik,bernilai betul waktu bersama kawan-kawan.Worth it!Really! ;) So,enjoy la pic-pic ku yang telah diedit memakai hijab ataupun disamarkan dengan warna hitam di zaman kenakalanku.Hehe.Buat kengkawan enjoy le pic-pic lame kite ni ye!


(time kat Queensbay.Tengok wayang)

Rindu ber'enjoy'an berempat,kadang-kadang je berlima pasal Cip Ina kurang gemar ber'enjoy'an ni.Hehe.Maksud aku ber'enjoy'an di sini bukannya kami buat benda yang x elok.Sekadar menghilangkan bebanan dalam kepala kami yang menimpa-nimpa semasa 1st year and 2nd year.Basically,pasal pelajaran la.Tapi ade jugak la sebab kami saje-saje nak bersuka ria bersama-sama.Honestly,aku memang tak suke bersuka ria dengan kaum adam.Kalau nak bersuka ria pun mesti aku ngan 'My Girls' (Wani,Cida,Ejon,Ina).Hehe.Seronok buat benda sama-sama.Tapi,tu la.Dulu.Sekarang dah tak macam dulu.Masing-masing dah matang.Masing-masing dah pandai luang masa tuk study (insaf).Haha.


(Kami lagi yang capap dalam toilet)

Pic kat atas ni mase nak tunggu wayang start.So,aku ngan cida mengambil kesempatan mengepose dalam toilet.Haha.Kalau kat luar nanti capap.Capap dalam toilet pon jadik la.Haha.Masa ni kami pergi berempat aje.Ina tak ikot.Dia kesibukan.So,hanya kami berempat la yang pegi nuntun wayang.Rindu time nih.Isk2.



(OTW nak balik USM dh)

Yang paling aku tak ley nak lupa time kami beramai-ramai study kat McD sumwhere dekat Gurney.Pemacu jalan ialah Cip Wani.Masa tu,kami naik motor aje.Aku naik dengan Wani.Cida dengan Ejon.Haha.Memang lawak.Kalau tengok balik pic2 tu mesti aku gelak sakan.Time tu aku pakai helmet turtle (helmet separuh yang xde visor).Budak-budak ni cakap cute,tapi bagi aku puit!Huduh bangat!Haha.Tapi tu la aku time tu.Tak kisah dengan pandangan orang.Asal diri hepi aje.Huhu.


(ni zaman aku pegi karoke kat Tanjung)

Untuk pengetahuan anda,aku ngan kengkawan amat gemar menyumbangkan suara dekat Karaoke Tanjung.Dekat aje ngan USM.Tu yang selalu ley pegi.Kalau dikira-kira dalam seminggu ade la 4 hari akan kami pegi menyumbangkan suara.Itu la.Aku da cakap.Kami memang gila di waktu lampau.Haha.Sampaikan orang yang kerja kat situ da kenal kami,siap bagi lagu free lagi.Huhu.Kedian dapat la layanan yang agak tip top.Huhu.Suka suka.Tapi,sekarang kami da tak pegi lagi karok kat sini atas sebab-sebab yang tertentu.Hanya kami yang mengetahui.Ish2.

Walau sehebat dan semenarik mana pun jalan kehidupan yang aku lalui,namun,pengalaman yang aku kutip sepanjang kehidupan akan aku jadikan sebagai panduan untuk diriku menjadi yang lebih baik dari sebelum ni.Alhamdulillah.Berkat dari Allah dan dorongan dari Mr.Teddy aku berjaya berubah kepada sesuatu yang lebih baik,dan aku amat gembira dengan perubahan ini (bangga la tu Mr.Teddy.Hehe)

ALHAMDULILLAH..

No comments: