Tuesday, May 17, 2011

Lrt edukesennnn ~

Hari ni still kat subang. Memeram diri dalam rumah. Malas nak keluar. Panas oh sekarang. Tapi, petang mesti hujan.

Kelmarin, time aku nak balik kerja, hujan lebat gila. Time tu around 7 something. Aku dah cuak. Risau, dekat Lrt takde orang. Padahal, orang punya la ramai. Haha. Itu namanya, penting lrt edukesennnnnn~

Time tu nak cross jalan, tapi aku tak boleh nak cross. Hujan lebat yang amat. At last, ada aunty ni nampak aku macam kesejukan kat tepi lobi (konon cerita sedih kan), dia pun ajak aku tumpang payung dia.

Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat. Kalau nak tunggu hujan serik aku tak tau la sampai rumah pukul berapa.

Dan, namanya JAKUN, maka jalan nak pergi Lrt pun aku sesat tau! Haha. Pusing kat tempat sama bape kali entah. Memang senak betul kepala.

Finally, jumpa jugak. Dengan penuh kegembiraan aku beli tiket. Haha. Sengal betul. Hopefully, lepas ni aku dah tak sesat lagi dalam klcc. Kahkah.

Monday, May 16, 2011

Quick update guys!:)

Oh my!! Oh my!! Rasa macam lama gila tak update langsung blog nih! Jadik katak bawah tempurung pun ada. My readers? Are you there?? Ehehe..

Alhamdulillah, dah settle semua hal-hal berkaitan rumah. Sekarang nak adapt dengan environment kerja pulak satu hal. Yela, kerja masuk pukul 10 pagi, tapi aku bantai pergi pukul 7 pagi. Hebat tak?? Haha..

Over-excited pulak first day kan. Tapi, ok la kat sini. Nice people. Nice place also. :)

Tapi, yang paling hebat, bila aku dapat jalan kat tunnel klcc tu dengan jayanya tanpa rasa lenguh. Gila bapak jauh dari lrt nak ke exxon tu.

Kalau pakai heels, aku tak tau la macam mana rupa bentuk rajah kaki tu. Bengkak tumit kaki maybe??

Nak tengok pic tak?? Nanti la yep. Aku still not in mood nak snapshot. Hehe...

Indahnya dunia kalau rumah sewa aku ada streamyx. Haha.. Papepun, memang nak kena beli broadband nih. Kalau tak, memang jadi insan terkebelakang la aku. Tsk! Yela, before ni terlampau advanced update.

Later guys! Nanti aku update lagi ok. Miss you my readers! :)

Thursday, May 12, 2011

Tonight activity.

Pftt! Akibat lame tak berkarok, suara pun dah macam lengai je. Haha.. Bunyi katak pun ada. Takpe, asal lepas gian kan?

Malam ni aku hang out dengan ofismate dan kawan dia. Ala, yang hari tu. Malam ni, hang out lagi ngan dieorang. Fun, tapi sedih jugak, pasal esok last day aku kerja kat sekolah. sob sob..



Will miss u guys! Even kenal takde la bertahun-tahun, tapi rasa macam dah kenal dari kecik. That we called bond of relationship yang kuat. Kan? Kau setuju tak? :)

Hm, malam ni kena packing apa yang patut. Arghh!! Takde langsung perasaan nak pergi kl nih. Macam mana ni??

Tiba-tiba rasa sayang nak tinggal rumah. Huhu.. Akan rindu kat ikan-ikan, katil, tengok Nikita dengan Awin. I will gonna miss all of it. I'm sure.

Dan yang pasti dirindukan my mom's cooking. :(

Hopefully, lepas ni, aku boleh belajar masak dengan hebat tanpa bantuan mak lagi. :)

Monday, May 9, 2011

Cara remove virus shortcut dari pendrive.| IT


sumber: google

Pernah tak terjadi dalam life korang, bila kau cucuk pendrive, sekali semua folder dah bertukar rupa jadik icon shortcut macam kat picture atas tu?? Dan, semua folder tu tak boleh nak bukak. Damn! Sakit hati! Mesti kau cakap, lagi baik aku format pendrive. Even dalam pendrive tu ada berjuta macam benda penting. Kesian kan?

So, malam ni, aku nak share la sikit, macam mana nak remove shortcut virus dalam pendrive, tanpa format pendrive tu, since cikgu-cikgu selalu jumpa aku pasal nak remove virus ni. Kesian.

1) Cucuk pendrive. Kenal pasti kau punye pendrive locate kat mane. Kat E ke, F ke atau sebagainya.

2) Before kau buat ape-ape, aku sarankan, SCAN dulu pendrive tu. Biar mampus semua virus-virus mukaffafoh tu.

3) Dah siap scan, kau klik kat My Computer, klik Tools, kemudian, Folder Options, and then View. Kau nampak tak ada kotak dia tulis show hidden files tu?? Ha, kau klik yang tu. Kemudian kau unclick yang hide extension dengan hide protected tu. Biar kita nampak semua isi dalam window. Haha..

Murid-murid, faham setakat ni?? Kalau faham, bagus, boleh kite proceed ke step seterusnya.

4) Bukak location pendrive tadi. Biarkan dia terbukak. Kau akan nampak, folder yang shortcut tadi actually sudah di hiddenkan oleh virus tadi. Cis! Kuang ajaq!

5) Klik kat Start, Run, dan kau taip cmd. Then, muncul skrin hitam kan.

6) Kau taip command ni ok!

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive kau. If pendrive kau location dia F, kau tulis la F, jangan taip Q pulak)
Kemudian, tekan button Enter.

7) Kau punya skrin hitam akan ambik masa nak loading. So, kau kena bersabar. Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, kau pergi tengok kat location pendrive tadi.

8) Kau punya folder yang hidden tadi dah back to normal. Yippie!

9) Dan kau dengan senang hati, boleh delete folder yang ada shortcut tadi. Pandai-pandai kaula ye.

10) Setting yang dekat My Computer tadi, kau tukar jadi macam asal balik ok! Jangan malas! Aku takut kau terdelete files window yang penting, kang tak pasal-pasal window corrupt.

Tadaa! Siap! Penat tak baca? Haha.. Kesian. Takpe, at least aku share something kan? SELAMAT MENCUBA! :)

Eja murid-murid, BUNGA! Pandai~

Bu buuu, nga ngaaaa, buuuunnngaaa!

Pandai anak murid cikgu!

Oh, itu zaman dulu punye cerita. Cikgu mintak eja bunga, memang 100% betul tu. Takde salah langsung, melainkan cikgu mintak aku eja bunga dalam bahasa jawi. Aku merangkak dalam kegelapan. T_T

Dalam life korang, pernah tak dapat BUNGA dari sape-sape? Tak kesah la, family ke, kawan ke, bf gf ke??

Aku pernah dapat bunga yang banyak time konvo hari tu. Aku dapat dari family, bf, dan kawan. Suka bukan kepalang bila dapat bunga. Tapi, sayang, aku tak reti nak jaga bunga. Bila dapat je, memang aku simpan, bagai menatang minyak yang penuh, tapi bila dah layu, mula nak buang. Semak la konon. Maafkan saya semua!!



Saya janji!! Lepas ni, kalau dapat bunga lagi, saya akan simpan! Tolonglah bagi bunga kat saya! Saya sangap bunga sekarang.

Oh, thanks kepada budak form 2 (nama terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan), sebab kasi bunga raya yang kau petik dari pokok sekolah kat Kak Shima! Oh my, menangis kejap! *Terharu*

p/s: dapat ikan gapi 5 ekor!! Akanku bela seperti anakku sendiri. Hehe.. :)

Sunday, May 8, 2011

Kisah Ratu Anjasmoro

Ops, not toooo late to wish Happy Belated Birthday to my lovely sister, Nurin Sorfina. Baru semalam sambut, even birthday dia 2 hari lepas. Hehe.. Birthday si kecik ni lewat sehari dari en. Faiz, so 6 May la jawapan dia. Pandai tak aku kire? :)

Kerja makin bertimbun. Otak makin serabut, tetapi tetap cool.

Argh, tak nak la cerita pasal kerja, bosan kot. Nak cerita pasal lain pulak.

Sape tengok citer Ratu Anjasmoro kat TV3 tu? Ngeri kan? Muka si Adi Putra macam tinggal tulang je. Bagus la sape yang make up kan tu. Oh, zaman moden pun still lagi ada manusia yang nak khianat suami macam tu. Tapi, salah sape dulu kan? Lelaki jugakkk. Gatal sangat. Nauzubillah, mintak jauh dari aku. Amin...

Nak jadikan cerita, aku gatal duk cari pasal Anjasmoro ni. Nak sangat tau kan? Konon aunty seekers. Eh, konon curious sangat. Cet! Haha. Tapi, at least dapat jugak pengetahuan pasal ni. Ingatkan, dieorang saja je letak nama pelik macam tu, rupanya memang ada oh!

Sebenarnya Anjasmoro tu nama seorang perempuan dari Jawa Palembang sana. If i'm not mistaken la kan. Kau boleh google, nama tu. Dan, memang dia ada amalkan mantera yang menyeramkan. Ala-ala nak tiup semangat gitu. Ada je mantera tu. Tapi aku seram nak baca. Kau boleh google jugak mantera tu kalau kau berani hokay. Aku, komfom kecut.

Pesanan buat lelaki tulen.

" Lebih baik berterus terang daripada terima akibat macam ni. Berterus terang dan jujur akan buat perepmpuan-perempuan akan berasa lebih dihargai. "

Pesanan buat wanita tulen.

" Elakkan dari bomoh-bomoh ni. Syirik dan menyimpang dari ajaran Islam. Memohon dari Allah adalah lebih baik daripada meminta pertolongan daripada syaitan dan jin. "

Friday, May 6, 2011

Bundle, syurga barang murah!

Hye hye hye! Hari ni, Jumaat, as usual, singgah ke port kesukaanku, BUNDLE.

Tapi, hari ni, hasil tangkapan kurang memuaskan, pasal aku tak jumpa sangat baju yang cantik dan branded. Just jumpa sehelai je baju kemeja G2000 nak bawak pergi kerja. Pakai baju bundle pergi kerja?? Langsung tak kisah.

Ada certain orang, langsung tak suka beli barang bundle. Katanya, kureennggg classs nyah. Lagi, ada orang cakap, barang bundle ni semua baju buruk-buruk dan yang tak cantik. Sebab tu jual kat bundle.

Eh, hello people! Bundle la tempat kau boleh menyelam carik baju branded at affordable price taw! Bukan setakat affordable, 2 hengget pun kau boleh dapat coat G2000. Tu atas kepandaian kau menyelam dan give and take dengan si penjual.

Cuma satu jela, kalau kat bundle ni, memang sesak la. Depends la kot. Ada certain tempat takde orang sangat. Kalau nak yang tak sesak dengan orang, kau boleh carik kedai bundle. Yang ada shop lot tu. Ha, kat situ, maybe la tak ramai orang. Sebab, orang lagi suka serbu kat tempat yang memang sediakala ramai. Lumrah alam kot kawan.

So, meh kite serbu bundle ramai-ramai! Tapi, janganlah ramai sangat ok? Nanti aku takde choice nak pilih baju cantik-cantik. Haha..

Bye! Salam..

Thursday, May 5, 2011

Life is getting harder.

Aku tak tau la after next week aku boleh blogging macam biasa ke tak. Mungkin aku senyap sekejap. Arghh.. Tak suke! Blogging is one of my passion. Mana mungkin aku boleh stop. Ish, tak suke betul la!

Takpe takpe. Yang tu buat bodoh je dulu. Tak nak pikir, nanti stress. Haha. Sengal betul. Tak boleh blogging pun nak stress. Pe jadahnye.

Life getting harder kot kawan. Bila dah makin berumur, makin terasa life tu SUSAH. Zaman kecik, yang fikirnya nak main, nak pergi sekolah, nak buat kerja sekolah, nak makan apa kat kantin, nak mengorat (gatal), nak pergi mengaji Quran, dan macam-macam yang menggembirakan. Buat kerja sekolah gembira ke??? Erk!

Langsung tak fikir pasal macam mana nak survive bila besar. Dan akibat tak fikir, maka duit tabungan zaman kecik habis digunakan. Haha. Kejam sungguh! Bila dah besar, kena la menabung balik. Isk3. Menyesal menyesal. Kalau la aku menabung 50 sen sehari bermula umur 8 tahun (7 tahun still nak beli meggi 30 sen), mesti aku dah dapat kumpul beribu riban dah sekarang. Dan dapat bayar PTPTN dengan pejam mata je. Sekarang, mata nak terkeluar pasal PTPTN tu menyesakkan mata.

Bila dah besar ni, komitmen dah lain. Semua nak kena buat sendiri. Semua nak kena guna duit sendiri. Nak mintak dengan mak ayah SEGAN hokay. That's why, time aku belajar dulu, kalau sesak, aku rela ikat perut dan selalu cakap ada duit kalau mak ayah tanya. Aku tak sampai hati nak cakap, aku dah takde duit. Dan, time tu maggi menjadi teman aku.

Sekarang, Alhamdulillah, semua still under control, tapi tak tau la after this macam mana. Hopefully akan OK sampai bila-bila. Niat aku satu je, nak kasi duit kat mak ayah nak tunaikan Haji di Mekah. Insyaallah. :)

Wednesday, May 4, 2011

Jawapan dari soalan kenapa nak berhenti kerja.

Lagi tinggal seminggu aku akan kerja kat Terengganu. Then, berhijrah aku ke kota metropolitan, KL. Actually, ramai yang tanya;

" Bakpe mu nok kerja KL? Baik kerja Ganu, boleh saving, makan dok bayor doh, umoh dok sewa doh, cuma bayor kereta je.. "

Ok, ni explanation aku pasal isu ni. Aku dah malas nak bagitau benda yang berulang-ulang dan maybe entri ni can help me to answer clearly your question, guys.

Kenapa aku tak kerja kat JB, kat Melaka or wutsoeva? Firstly, memang aku nak cari rezeki kat KL. Abang aku ada kat sana, sedara mara ramai kat sana, dan bf aku pun ada. Even aku tak la bergantung pada mereka, tapi at least mereka ada.

Aku nak sangat cari pengalaman kerja yang lain pulak. Tak nak stick pada satu kerja je. Biar pengalaman banyak, pengetahuan pun berkembang. Start from the bottom. Then, reach the top when the time comes. InsyaAllah.

Pasal gaji dan benefits, IKHLAS, tu antara faktor la aku nak tukar kerja. Kalau kau ditawar gaji yang baik dan get a room to show your skills, why not kan? Cuba cuba dan terus cuba! Baru aku boleh ukur tahap skills aku dalam bidang IT.

Ye, aku tau, kerja kat bandar besar banyak risiko. Boleh ke nak saving? Tak bahaya ke? Semua soalan ni dah ada dalam benak aku after aku dapat offer. Tapi, this time hati aku kuat berkata, "Yes! This is the time to move!". So, aku accept offer tapi soalan tu datang lagi, dan berjaya ditepis dengan support dari family and friends! Thanks guys!

Maka, this week, aku dapat kerja yang bertimbun-timbun. Pengetua cakap, nak aku tinggalkan saka kat sekolah. Apa sahaja untuk pengetuaku. Yang penting, nak hadiah besar sempena tamat khidmat nanti. Haha..

Semoga aku dapat jadi orang yang tabah melalui kehidupan di kota besar. All on my own. Moga Allah sentiasa bersamaku. Amin.. Go shima! :D

Tuesday, May 3, 2011

Penipu Online. Hati-hati semua!

Hmm.. Pernah dengar tak pasal penipu online? Kire macam konon jual barang, tapi harem tak hantar barang. Eh, asal aku suke sangat guna word harem nih?

Actually, tadi, aku duk usha wall fb kak rina salleh. Sekali, aku ada terbaca pasal ada orang nak amik kesempatan atas nama beliau. Sangat berani betol! Kesian kat kak rina. Huhu..

Tapi, bukan setakat Kak Rina je tau yang kena, ada lagi yang terkena dengan dia ni. Kira macam, otai la pempuan ni bab-bab kencingkan orang.

Ok, meh aku kasik hint yang kaw kaw punye siapa si penipu online ni! Hint? Sorry la, aku kasik gedebuk terus kat kau orang. Senang kau nak tilik, nak fikir, nak maki ke hape ke.

Yang penting, kau dah beware dengan manusia tak berhati usus nih!

Her name, Puteri Shareena Bt daud. Nah kau! Full name terus aku kasik. Tapi, kau tak payah la nak search name tu kat fb, memang takde la jawabnya. Kau mesti macam teruja kan nak tengok bentuk rupa muka si Puteri ni kan?

Mula-mula aku teruja jugak nak tengok, tapi bila dah tengok, erm.. Ok la kot. Sesuai dengan perangai. You named it! Aku ok je. Haha.. Yang penting kau tengok dulu.

Teruja??

Sabar...

Hamik!




Sumber dari fb KKDS

Macam mana? Kau rasa? Oh, jangan salah sangka tau. Pictures kat atas tu, bukan aku yang edit. Aku amik dari fb KKDS. Second picture tu, cara dia pakai shawl cantik o.. Boleh ciplak! Haha..

Menurut dari customer-customer, perempuan ni selalu tukar-tukar nama kedai tau kat fb! Gila rajin perempuan ni. Dah takde keje gamaknye. Baiklah kau pergi kira bulu roma. Ada faedah dia.

So ladies yang suka online shopping, hati-hati ok. Mana tau, bukan dia sorang je yang perangai macam ni. Maka, kena beringat sebelum kena yep!

Adious amigos!

Monday, May 2, 2011

Cincin ini

Cincin. Banyak makna dari cincin ni.

Orang pakai kat jari manis, maknanya dah berpunya dan diikat.
Tapi, kalau kat jari tengah tu, maknanya sudah berpunya tapi tak diikat lagi ataupun memang tak berpunya dan belum diikat lagi.

So, kau agak, aku pakai kat jari mane?





Cincin ni cantik tau! Aku suka pakai. Yang penting, ni bukan aku beli sendiri. Hehe.. Ni pemberian nenek aku :)

Bila pakai, rasa macam confident gile! Orang lain pun takut nak dekat, sebab orang ingat aku dah diikat. Haha.. Cool kan? Trick yang menjadi untuk selamatkan diri.

So girls, you have to try out. Mana tau dapat berkat nanti. hehe..

Appreciation: Thank you Tok! Even shima tau, Tok takkan pernah buka internet. ;)

Sunday, May 1, 2011

Mat Rempit samseng jalanan!!

Ohhhoooiiii.... Letihnya. Jauh jugak perjalanan hari ni. Dari KT ke KB. Penatnya. Tapi, buat-buat tak penat depan ayah ngan mak. Haha.. Anak mitahli. :)

Actually, kunjungan aku ke KB ni, nak pergi finalize everything pasal wedding angah aku yang lagi sebulan nak langsung ni. Tapi, ada jugak la niat nak singgah umah en.bf. Haha. And, we met again. :)

Perjalanan pergi sangat hectic bila aku kena berlumba-lumba dengan mat rempit jalanan yang memang bongok! Bukan sekor dua tau, tapi berekor-ekor atas jalan tu! Aku bukan benci semua golongan rempit ni. Ada jugak mat rempit yang educated macam Adnan sempit tu, tapi ada certain yang jenis besar kepala.

Ada sekor tu, nak potong bas. Dia potong dari kiri. Sikit lagi nak jatuh masuk parit. Memang bangang tahap maksima! Haih, aku pun ape lagi, mulut tak berenti membebel dalam kereta. Macam mak nenek pun ada.

Pesanan aku buat mat-mat rempit!

1) Pleaselah, kau tolong jangan buat tu jalan mak bapak nenek tiri kau! Hormat la sikit orang lain!

2) Kalau kau sangap sangat nak buat aksi-aksi konon HEBAT tu, pergila litar! Tak payah nak tunjuk hero kat atas jalan raya. Awek tengok bukannya berkenan, kutuk kaw kaw lagi ada la!

3) Jadilah mat rempit yang educated sikit. Apasal kau bangang sangat nak potong bas kat jalan selekoh? Apa kau ingat, kau tu superman? Batman? Rupa keluang man punnn takde. Harem!

4) Ni bukan pesanan, tapi pertanyaan. Apasal, kalau kau sekor-sekor kat atas jalan, kau bawak motor macam orang hisap ganja?? Tapi, kalau dalam group macam kau telan pil kuda?

Dah la. Sampai sini saje. Aku bukan hape. Aku tak kesah kalau mat rempit tak kacau perjalanan aku hari ni. Tapi, problemnye dia dah kacau perjalanan aku, maka wajib memaki hamun di sini.

Jadilah mat rempit yang berwawasan. Nak rempit takde masalah, tapi carilah platform yang betul, tempat yang sesuai.

Lawatan Perdana Menteri ke Dun Manir | HAPPY!

Fuhh!! Tu je yang mampu aku cakap buat masa sekarang. Penat. Yes! Penat sebab satu hari jumpa buah hati baru, Najib Razak. Eh, Dato Seri Najib Razak la! Cuak cuak. Bila dapat jumpa face to face, COMEY gile hokay! Dan, dapat jugak aku bersalam dengan beliau. Rasa macam tak nak buat pape je kat tangan kanan ni. Macam nak simpan dalam frame. Kahkah..

First destination kat Kampung Batu Enam, Kampung Pulau Bahagia and ended with Taman Syahbandar. Actually, ada lagi, kat Pulau Duyong, Kampung Bukit Tunggal, tapi MALAS kot nak pergi. Jauh.

Part yang best, dalam satu hari ni, dapat makan free je. Yang free, semua nak rebut. Kalau berbayar. Harem nak pergi? Hihi.. Tapi, seriusly, aku tak fikir sangat bab makan tu, yang aku fikir, nak bersalam dengan PM. Finally, tercapai jugak impian aku. Haha. Kau ade? (riak gile)

Dah la, malas aku nak membebel. Better kau tengok sendiri jela. Kau manipulasi jela ape-ape pun. Yang penting, aku dapat jumpa PM! Aku bukan jakun, tapi entah. Payah kot nak jumpa pemimpin tertinggi negara depan depan ni. Kan? :)

First pic, WAJIBLAH pic our beloved prime minister. Nampak tak kecomelan beliau??






With our ex-Great Minister, Datuk Idris Jusoh. Nampak tak aku duduk jauh sikit dari beliau? Takut punya pasal. Hihi..


Oh, this is Datuk Sabri Chik, our Minister of youth and sports.


Barisan pejuang-pejuang otai ni. Orang-orang lama. Yang si kedik tu, bukan ye. Dia tu jet pejuang. Suka cubit aku. Huhuhu.. :(


Beggars alaf baru. Pergh! Kalau gaya macam ni, ada tak orang nak kasik duit???


Messy shawl. Argh! Panas gile time nih. Menitik-nitik peluh kat dalam. Haha..


I got 3 of this! Hehe.. Nak pin kat beg. Haha.. Semangat kot!

Ok, dah malas nak upload banyak-banyak. Kalau nak tengok boleh serbu fb aku yep! :) See you later guys. Argh! My bed! Please hug me tonight. Nak tidur lena pliz..

Bye readers! Salam..