Thursday, July 21, 2011

Yeay, yeay! Puasa dah tak lama lagi!

Esok dah khamis. Cepat betul masa berlalu. Ni pun dah nak masuk akhir bulan 7 dan tak lama lagi kita akan sambut Ramadhan Al- Mubarak. Alhamdulillah, masih lagi kita bernyawa untuk beribadat pada DIA.

Tahun ni, aku takde semangat sangat nak raya. Tapi, actually, baju raya dah berpasang-pasang hantar kat tailor. Tapi tak sure pulak dah siap ke belum. Yang pasti, SANGAT BANYAK ok. Macam-macam warna ada. Tema? Entah! Takde tema kot. Bantai pakai yang mana aku rasa paling cantik untuk aku gayakan hari raya nanti.

Tahun lepas, kasik duit raya kat anak buah yang kecik-kecik, agak-agak dapat dalam 3 hengget sorang. Ok la tu, lepas la dieorang nak beli aiskrim potong 30 batang kan. Kenyang untuk 1 bulan. Tapi, tahun ni, tak sure berapa dapat kasik kat dieorang. Tengok budget. Kot-kot dapat lebih sikit ke? Mana nak tau kan? Kehkeh..

Tak sabar nak puasa. Nak rasa kenikmatan Ramadhan macam tahun lepas. Tapi, tahun ni, puasa sorang-sorang jela, bukan dengan family. Kalau tak, boleh rasa mak masak.

Beli onde-onde yang ayah beli tiap-tiap hari. (fav aku tu onde-onde!)
Minum air tebu hampir tiap hari.
Bangun sahur, dengan mata pejam, terhantuk pintu dapur.. (bukan tiap-tiap hari)
Shopping raya dengan mak ngan adik.
Wah, seronok betul feeling tu! Yang paling best, dapat pergi terawih dengan mak. Tahun ni, tak merasa la.. :(

Hopefully, ramadhan tahun ni, dapat jadikan aku insan yang lebih baik dari semalam! Amin..:)

Oh, btw, aku sangat kepingin nak jumpa Dato' Sheikh Muzafar! Hensemsssss wooooooo~~ Picture captured on 2008, dah 3 tahun picture ni. Muda jetik lagi! Hahaha..

4 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

tak sabar nak puasa.
nak makan onde2. hehehe.

deqyalalink in-situ said...

hahahha ni dah habis ganti belom ni ? ;p selamat berposa diucapkan kepada wanita comel ! baideway , blog ni pakai tulisan ape ek ? nak cari font ni tapi x tau apekah iaa..

Unknown said...

iqa: tula pasal..padahal ley je beli lenim..sje nk tggu pose..hehehe

Unknown said...

sudah deqya cyg..hehe... abis dh.. emm..ni gne font tahoma kot kalo x silap.. deqya try yg default fonts yg die kasik dlm blogspot tu..