Sunday, August 28, 2011

Somalia dan kebuluran

Assalamualaikum

Somalia. Apa yang kau terfikir bila aku tulis somalia?

Sebuah negara? Yes, mestila.. Takkan la lubuk sungai pulak kan.. Takde motif la pulak kalau aku nak cakap pasal lubuk sungai melainkan aku ni kaki pancing. Bukan pancing jejaka-jejaka, mahupun pancing pakcik-pakcik ye anak-anak.

Kebuluran, ye, inilah gambaran yang aku nak sampaikan bila otak aku berfikir pasal somalia.

Sedih, kadang tu sampai aku menangis bila tengok iklan kanak-kanak somalia yang kebuluran. Takde makanan. Sampaikan nampak segala jenis tulang di badan.

Alangkah beruntungnya kita, kat sini bila segala keperluan cukup lengkap. Tu pun, ada jugak jenis manusia yang tak tau bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Ish, tak patut.. Tak patut..

Sedangkan seusia muda mereka tu, sepatutnya dilimpahi dengan mainan, coklat, susu dan segala jenis benda yang menyeronokkan... Tapi, apa yang dieorang dapat?? Nothing.. Kesian kan..?

Jadi, sebagai manusia yang cukup segala benda, kita patut bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang.. Jangan terlalu memikirkan kekurangan sedangkan ada yang lebih malang dari kita. Kan?

Aku ni bukannya perfect sangat, kadang tu ada jugak perasaan nak memberontak bila tak dapat something. Hahaha.. Insyaallah, yang tu akan aku baiki.

Hopefully apa yang aku tulis ni, dapat memberi sedikit perangsang untuk diri sendiri secara generally nye la kan.. Kau? Ikut la apa yang kau rasa, aku tak paksa. Just, as a gentle reminder. Human to human. :)

(Update) Safety Hours Event at Chinoz

Assalamualaikum

Malam ni takde ape sangat aku nak update. Cuma beberapa bijik gambar yang baru je dapat dari ex team lead aku. Hehehe.. Ala, entri yang pergi Chinoz hari tu.. Ala, makanan yang .. erm, 'banyak' dan 'kenyang' gila tuss..

Jomm zasss!


Aku mulakan dengan sesi berkenal kenalan hokay.. Walaupun korang tak hengin nak amik tau punn.. Bukan semua orang la aku nak kenalkan. Nanti sampai ke esok tak habis.

Aku cuma nak kenalkan si gadis baju biru. Cantik? Haa.. Kalau cantik, tu la ex-supervisor aku. Hehehe..:) Oh, nampak tak aku yang mana? Kalau tak nampak, alamatnya, sesat.


Nak kenal tak yang mana ex-team lead aku? haa.. Carik sape yang paling comel dalam pic kat atas tu. Yang paling depan sekali, komfom bukan. Kehkeh... Yes! Girl in red tu la.. Comel kan? Say hi tu Shal! :) (ni bukan entri bodek yepp)


Ni la ex-team aku dulu. Evening team. Bukan bermaksud kami ni berumur senja ye anak-anak.Team ni kena support untuk Europe users dan seharusnya masuk keje pukul 11 am and above. I like! Boleh tidur lame-lame.

Tapi sekarang dah kena bangun awal pagi. Lagi la like! Segar bugaaarrrr gituuuww..


Ok, last pose! Baru perasan, agak ramai yang pakai merah hari tu. Nice! Later guys... Nak pergi iron baju kejap. Esok dah komfom malas nak bangun awal-awal. Hekhek...

Salam! :)

Saturday, August 27, 2011

Kad raya oh kad raya!

Assalamualaikum

Nampak gaya lauk semua dah siap masak. Maka, sementara tunggu bukak puasa ada baiknya aku merapu sekejap. Ye idak?

Tahun ni, baru aku perasan. Aku langsung tak dapat kad raya! Hahaha.. Memang gilakk ah. Habis sempoi pun, mesti sampai sebijik kad raya kat rumah. Tapi, sekarang langsung takde. Apakah budaya menghantar kad raya ni dah pupus macam lagu dewa tu??

Musykil la.. Kalau aku kan, bila dapat kad raya,macam aku dapat duit belanja 1k. Bukan datuk K. No no no..

SMS? Ok laa.. Tapi, tak sesuka bila dapat kad raya. At least, kalau dapat kad raya, aku rasa macam dihargai. Walaweyyy.. Yela, bukan semua orang akan ingat kau. Kan? Bila kad raya sampai kat rumah, memang si penghantar tu, tak lupa kat kau la. Betul tak teori aku? Tapi, kalau aku dapat kad raya yang berbunyik macam ni, hiba jugak la jiwa :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARIPADA DATUK X SEKELUARGA

Pastu sah-sah, full name kau terpampang kat envelope tu, tapi yang dieorang tampal siap-siap. Ok la ok la.. At least mereka tak lupa kan? Haha..

Terasa jugak dalam hati nak dapat kad raya yang besar gabak, yang ada muzik bagai. Dulu pernah la dapat kan. Zaman-zaman batu. Hahaha.. Sekarang? yeeennnaadeeee~

Walau papepun, tak semestinya orang yang hantar kad raya kat kau, sebenarnya die betul-betul ingat kat kau? Kan?

Ada yang perangai macam ni.

Aku hantar, kau kena balas hokayyy.. Kalau tak, memang aku cop kau ni kedeekut gilakk!

Hoi hoi~ Buat apa nak paksa orang balas membalas ni. Kalau kau nak hantar, hantar jela. Kena la ikhlas. Ni main paksa-paksa pulak. Buruh paksa ke hape..

Yang aku perasan, adik aku, Awin. Hahaha.. Kawan dia kasik kad raya, siap mintak si awin ni balas balik. Adeh! Kanak-kanak. Comel aje! :)

Kalau orang dewasa, sorry la kalau aku nak cakap comel. *muntah*

Kesimpulannya, buat la dengan ikhlas. Jangan buat sesuatu hanya untuk mendapatkan balasan. Ok noks?

Eid on last year. With my cuzieeee.. :) Ambik gambar tak hengat dunia!

Selamat berbuka puasa! Dan selamat berhari raya! Maaf zahir dan batin.. :)

Aku tak rasa aku semangat.

Assalamualaikum

Raya dah dekat kan?? Tapi, aku langsung tak bersemangat nak raya. Why?? Meh aku habaq mai...

1) Aku tak dapat beraya kat umah raya pertama ni.

2) Aku dah lupa baju raya yang aku hantar kat tailor warna ape. Dan komfom shawl belum beli. Kalau terbeli risau warna lain dengan baju pulakkk..

3) Tak dapat dah duit raya. Sebab dah besar. Kalau dulu, mesti aku semangat nak raya, pasal selalu dapat duit raya. Kahkah.

4) Tak dapat main mercun dengan adik. T__T

Aku rasa dah cukup kot sebab-sebab dia.... Aku nak sambung menangis kejap. Sedih beb!!

Tuesday, August 23, 2011

When I'm Young.

Assalamualaikum

Kalaulah waktu boleh diundur, aku sangat rindu time study.

When I'm Young.


Study dalam bilik dengan suasana tenang. Bersepah-sepah dengan kata semangat, tapi jarang sangat aku ikut. Normal la, human being. Ye idak??


Bila idea kering kontang, aku akan pandang ke luar tingkap. Bukan nak skodeng blok sebelah, tapi mencari kedamaian. Oh, tu blok perempuan hokayy.. Tiada makna, aku nak skodeng.


Kalau stress tahap klimaks, aku akan cari keseronokan. Keseronokan aku time tu, karaoke. Bukan time tu aje, time sekarang pun sama. Dah tabiat. Very da dangerreeeesss...


Sekarang dah tak macam dulu. Banyak merempat dalam rumah je. Nak keluar pun malas. Pergi balik kerja je. Kalau bf ajak keluar weekend, barula aku keluar. Adakah ini petanda-petanda bahawa aku ni dah matang?? Hahaha..

Sunday, August 21, 2011

Baju sambung ayat. Sweet tak??

Assalamualaikum

Sedar tak sedar lagi 10 hari Ramadhan nak tinggalkan kita. Aku pulak, baru dapat peluang balik kampung. Even macam sangat sekejap, umpama 'burung berak atas bumbung kereta', tapi aku dapat merasai Ramadhan bersama family :)

Oh ye.. Time aku tunggu bas kat Terengganu tadi, aku terjumpa sepasang couple nih. Mereka bukan buat benda tak senonoh punnn.. Aku cuma tertarik dengan baju mereka.

Yang gegirl, baju dia ada tulisan besar rabak LO, while si boboy pulak, ada tulisan VE. Wow! (Dalam hati). Memang cocok bangat donggg mass.. Pakai baju sambung-sambung ayat gituww.. Soooo sweeetttt....

sumber: google

Aku sangat salute si lelaki tu. Ada keberanian nak pakai baju macam tu. Si perempuan tak payah cakap la.. Memang naluri perempuan, suka menunjukkan sikap romantik. Aku pun macam tu kot. Tapi, takdela pakai baju sambung ayat. Hihihi..

But, the truth is, si lelaki tu memang nampak sayang sangat kat gf dia. Susah wooo nak mintak lelaki pakai baju macam tu. Dalam 10 orang, maybe 2 orang je kot ada keberanian nak pakai macam tu. :)

Tu la, sebenarnya banyak cara nak tunjukkan kita sayang kat seseorang kan?

So, celiklah mata. Pandang dengan hati, bukan dengan mata. *Suruh celik mata,tapi tengok dengan hati. Papelah shima!*

*Kalau aku ajak bf aku pakai baju macam tu, mesti dia membebel 50 karung. hahaha..*

Teddy Bear Cute| Online Shopping

Assalamualaikum

Macam lama gila tak update kan, even baru je sehari dua. Tak sempat noks nak menaip bagai ni. Baru je bukak laptop, isyarat mengantuk dah keluar, so tak sempat nak menaip. Sedih betul. Lagipun, this week aku balik kampung. Seronok dua ronok tiga ronok beronok-ronok!!!

Oh, ye, aku mau tanya shiapa-shiapa yang minat teddy bears?? Macam aku dan amnya seluruh gegirls yang budget comelsss gituwww, dan shiapa-shiapa mengalami kemurungan akibat bf tak belikan teddy bear...

Ini penyelesaiannya..

Apa kata, kau redah masuk shop lot ni. Haaa.. Rambang mata kejap nak pilih bears yang mana. Yang kecik ada, yang besar ada, yang sedang-sedang ada. Yang betina maupun jantan. Tapi, takde pondan.

Jangan risau, harga sangat berpatutan. Harga mampu milik.

Pasti tidur malam kau akan nyenyak dengan bears yang bergelimpangan di segala pelusuk katil. Bukan nyenyak dengan pelukan bukan mahram ye.. Kahkah..


Ape lagi, jom redah Teddy Bear Cute ! :)

Wednesday, August 17, 2011

Sekali-sekale ok, kalau acak-acak rohok jugee...

Assalamualaikum

Orang cakap, sekali sekala, nak la merasa amik gambar depan company even macam poyo kan? Tapi, who cares? Sebab ramai-ramai. So, aku tak kesah. Kalau sorang-sorang amik gambar kat company, can i called it ' ntah pape'?

Seharusnya kena ambik keberkatan depan tulisan rabak besar tu. Mana tau, ada rezeki lebih, dapat up position ke? Habis-habis sempoi pun, dapat jadik team lead pun takpe. Aku tak kesah. Hakhak.. *berangan lagi*

Meet my workaholic friends - from left: Yani, didi, aku leee tu, dyla, zie, ely , fisa.

Dan ofkos mesti ada picture ala-ala pencarian gadis moonsilk.

Best kan kalau dapat keluar ramai-ramai cam gini. Oh, tetibe miss moment kat kampus.

Selamat bersahur!:)

Perkataan terengganu untuk malam ni:

*acak-acak = selalu
* rohok = tak larat

Tuesday, August 16, 2011

I wish, i could.

Assalamualaikum

Oh, hai kau kau dan kau. Bukan Ah Kau.

Rasa macam nak pergi Redang lagi jeee.....


Tapi, takut nak snorkeling. Macam mane tu??? Perlu ke aku belajar berenang dalam kolah dulu? Atau aku kena buat senaman tahan nafas selama 1 minit?

Kau prefer yang mana?

Argh, i wish, i could swim.

Monday, August 15, 2011

Tangan kau merayap, siap!

Assalamualaikum

Oleh sebab raya tak lama lagi, dan puasa dah masuk setengah bulan, elok lah kalau aku tulis entri ni. Dan, khas buat sesiapa yang selalu naik bas, atau jarang-jarang naik bas.

Sape tak kenal bas Sani Ekspres? Hensem kan anak tuan empunya syarikat ni. Pang!!! Maaf, melencong. T__T

Buat gegirl, kau suka tak kalau naik bas, then ada lelaki kat sebelah kau? Aku agak, kalau mamat bangla ke hape, mesti kau macam nak muntah hijau kat dalam bas kan? Oh, mabuk bas. Tapi, serius, kau suka ke?? Kalau lelaki macam Fahrin Ahmad pulak, macam mana? Sure senyum nampak habis 24 batang gigi. Kan? Kalau la Fahrin Ahmad duk sebelah aku dalam bas, satu malam tu komfom aku ajak dia borak jee...

For boboy?? Serius kau lagi semangat naik bas, kalau perempuan kat sebelah kan?? Tambah-tambah perempuan tu hot semacam je kan. Lutut pun goyang. Kalau dapat makcik kat sebelah, mungkin kau berlagak baik sikit, kot-kot makcik tu ada anak perempuan, tak sia-sia acting kau.

Tapi, sebenarnye, serius bahaya kalau berlainan jantina duduk sebelah menyebelah ni, lebih-lebih lagi kau tak kenal batang hidung dia. Even nampak baik, tapi jangan terlalu menyangka dia tu baik. Bahaya noksss.... Macam-macam boleh jadi. Tangan merayap ke, tangan depa ke, kepala lentok ke, wutsoeva la. Mula la lepas tu nak melenting sakan.

So, buat gegirl, aku sarankan kau beli tiket yang single seat je. Senang. Nak tidur gaya kuak kupu-kupu pun boleh. Takde pe yang nak kau risaukan.Dah namanye single seat. Cume cover sikit la dengan orang sebelah. Takkan nak tunjuk gaya tidur kau yang maha dahsyat tu ! tidur dengan tersipu-sipu pun hokay.. or tiru gaya aku. Bawak kain pashmina tu, then cover the whole body termasuk muka. Malam hari kau tidur dalam bas pasti enak-enak saja donggg. Suam-suam kuku gituuwww...

Selamat mencuba anak-anak! :)

What a bad day !

Assalamualaikum

Korang puasa tak hari ni?? Still penuh kan? Baguuussss.......

Nak dijadikan cerita, hari ni aku bangun agak awal. Pasal nak isi minyak kereta yang dah kuning. Risau kereta mampuih tengah jalan. So, bergegas-gegas masuk kereta, dan aku langsung tak sedar, yang aku dah tertinggal something.

Bila sampai kat klcc, baru teringat, yang kad kerja dah tertinggal ! Oh my! Oh my! Kalau kad je yang tertinggal, still acceptable, ni sekali harung dengan drawer keys. Sah-sah aku tak boleh nak log on laptop pasal laptop tu aku simpan dalam drawer. Cara terbaik, seharusnya pulang balik ke rumah. T__T

Sambil berjalan sambil merungut. Penat tu beb! Kau ingat dekat ke dari ofis nak ke lrt klcc. Jauh beb! Pfttt!

Pulak tu, sengal, pergi naik train yang nak pergi ke masjid jamek bagai. WTH! Aku pun turun balik dekat lrt dang wangi, dan tunggu next train yang patah balik ke Jelatek. Oh my!!!!! What a bad day....

Tapi, takpela. Dugaan bulan puasa. Kan?? Ehehekk..

p/s: kalau nak tukar beg, wajib check benda yang penting dulu, baru la tak buat kerja b**** ni lagi.

chow cin chow...~ :)

Sunday, August 14, 2011

Sorry, tiada mood

Assalamualaikum

Malam ni, aku takde mood nak menaip dan mengarang.

Sorry guyss.....

Until we meet again tomorrow, Insyaallah. :)


Jom jengah tingkap sampai lebam ! Heee !

Saturday, August 13, 2011

Buka Puasa beramai-ramai.

Assalamualaikum

Hello semua ! Agak lewat aku merapu kat sini. Why baby why??

Aku baru je balik dari berbuka puasa kat umah cousins aku kat Subang. Pergh,.. Makanan, memang tip top, yang paling best, chicken black pepper. Fuhh! Aku da rembat sikit untuk sahur karang. Hahaha..

Dan, yang paling aku suka, bila dapat ketemu sama lil cousins aku yang comel ! Faqihah ngan Aqilah! :)


Aqilah just pandai bahasa Urdu. So, kalau cakap ngan dia, angguk sahaja. Buat-buat faham.. Haha..


Mata dia bulat gila hokay... Dah la putih selemput! Haih, dah besar nanti, komfom jadi idaman jejaka malaya. Hekhek..


"Ok noksss.. Mak nak gi shopping kejap ni... Haih, payah la pulak nak sangkut handbag kat lengan nih..."


Orait ! Done! Dah boleh start pergi shopping ! :)
(sumpah, muka ni paling gedik dan comel! Hahaa...)

Sembang punya sembang, punya sembang. Mak Teh cakap, acara pembahagian harta. Hakhak.. Actually, auntie ngan cousin aku baru balik dari London. Dieorang pergi jalan-jalan ke Paris, Manchester... Manyak syiok! Tapi, nasib baik before rusuhan. Kalau tak, tak tau la camane.

So, i got these for my souvenir.


Thank you so much !
(double bold)

Lain kali boleh follow dieorang lagi. Kumpul duit jom !:)

Wednesday, August 10, 2011

Aku tak sombonglah!

Assalamualaikum

Mak cik kiah datang kembali! Actually, mak cik kiah tak wujud. Abaikan.

Macam mana hari ni?? Puasa ok?? Mana la tau, korang terkorek hidung ke, terminum air ke, termakan ke. Semuanya ter, pasal kau tak sengaja. Kalau sengaja? Maknanya, memang tengkorak betul !

Oh, cakap pasal makanan. Before bulan puasa hari tu, dan before aku move to access admin team, aku dapat sebijik muffin dari unknown people dengan pesanan "jangan sombong sangat". Oh my, oh my (gaya mail lambung), aku tak sombong hokayy...Tapi, kalau dieorang nak pikir macam tu, no objection. Just go on. :)

Dan, apa yang terjadi dengan muffin tu?? Bertukar menjadi duit? Pasti la TAKKK kan??

Sebenarnya, mak aku selalu pesan. Jangan ambik makanan dari orang yang kita tak kenal. So, pesanan tu aku selalu masukkan dalam kepala hotak ni. Maka, memang aku tak makan muffin tu. Kalau biarkan, kesian kat muffin ni. Kalau buang?? Nampak macam kejam gilerrr tahap dewa.

So, jalan terbaik, aku kasik kat kawan. Maybe boleh hilangkan rasa lapar beliau. Hehe.. Dan yang paling melegakan aku, bila takde impak pape kat dia. Means, semuanya ok-ok sahaja. Mintak ampunnn ya si pemberi yang tak dikenali.

Actually, orang yang tak kenal perangai aku macam mana, first impression mesti ingat aku sombong. Aku takde la jalan kepala dongak ke langit, mahupun mulut muncung macam aligator.

Kadang, ada jugak senyum-senyum kat orang. Tapi, paling aku pantang, bila aku senyum bagai nak rak, dia boleh buat muka bodoh, muka toyeeeeee.... Kalau pesen macam ni, memang sampai tumbuh janggut pun aku takkan senyum dah. Lantak ah!

So, to eberibodiiieeesss... Kalau nak senyum tu, kasik aku nampak kau macam senyum, bukan senyum macam nak tahan berak. Ada beza tu. Renung-renungkan dan selamat beramal..~~

Oh ye, minum air jap! Penat menaip.

Jom Bali, Carrefour ,Wangsa Walk

Monday, August 8, 2011

Nak betis kurus plissss

Assalamualaikum

Monday blues.. Perasaan nak bangun pagi, memang susah aku nak gambarkan. Ibarat, menyembur ridsect bila tiba waktu maghrib. Perghh.. Malas beb.. Benda paling aku tak suka buat. Hakhak..

Akibatnya, puku 730 baru tercapap depan gate lrt jelatek. Setelah tambah tolak bahagi darab, aku pasti akan sampai pukul 8, tapi resultnya, terlebih sikit, pasal hari ni aku pakai baju kurung yang berkain sempit dan terpaksa berjalan macam orang kena sembelit. Damn!

Tercungap-cungap jugak nak sampai. Mana tak tercungap, bayangkan jauh gileeee aku berjalan. Komfom, betis aku makin kurus dan cun. Hakhak.. Senaman secara tak sengaja. Tak perlu sangat nak pakai losyen pati mustajab bagai. Manually aje.

Time balik pun sama. Still kena berjalan dan berjalan. Hopefully dapat la betis macam Scha Al Yahya. Hahaha..

Apa ni cakap pasal betis-betis. Bulan puasa ni. Kurang sopan betul !

Ouh, actually, aku nak share dengan korang, weekend hari tu aku buat ape. Tapi, aku tak boleh nak transfer pic ke pc. Dah on 'gigibiru', tapi still failed nak connect. Grrr~ Menguji emosi aku betul ! Nanti kalau dah boleh transfer, aku story hokay noksss...

Selamat bersahur ! :)

Saturday, August 6, 2011

Couple, tapi tak nak kahwin?

Assalamualaikum

Kali ni, aku nak story topik penting untuk subjek munakahat : KAHWIN

*Oh, bukan aku yang nak berkahwin mahupun makcik melah yang jual onde-onde*

Semua orang sedia maklum, kahwin, penting tu wooooooo~ Cara untuk mengembangkan generasi. Tapi, ada jugak segelintir orang yang masih takut nak proceed untuk kahwin even dah lama couple. Kan?

Kalau lelaki, maybe fikir pasal komitmen dan tak puas nak enjoy-enjoy. Kalau enjoy yang negatif memang kepala hotak la... Tapi, kalau perempuan yang takut nak proceed kahwin even lelaki tu dah propose macam mana?? Kenapa??

Dari sumber yang aku dapat, sebenarnya, ada jugak sesetengah perempuan ni, dia just couple je, macam nak full the space dalam life dieorang. Lebih senang nak paham, macam gigi berlubang, dan kau pergi jumpa doktor gigi, mintak tampal dengan besi. Lebih kurang macam tu.

Syok keluar sama-sama, tapi bila sampai masa lelaki tu ajak kahwin, mula pikir 40x. Kalau aku dalam kondisi dia, aku dah accept cepat-cepat sambil kepala tu aku hangguk sampai ke lantai, betapa setujunya aku dia ajak kahwin. Hakhak..

Yela, lelaki susah kot nak propose perempuan, kalau dia tak cukup simpanan. So, kalau yang dah propose tu, means dia dah get ready dengan segala benda. Dan yang penting, dia akan mampu kasik kau hantaran 20k sambil pejam mate jeee... Langsung tak berpeluh dan terketar-ketar. Hekhek...

PERINGATAN, tak semua perempuan macam ni. Aku tekankan kat sini, SESETENGAH je..

source: google

So, fikir baik-baik. Bila lelaki dah ajak kahwin, tu tandanya dia betul-betul mencintai kau.

Kelebihan beraya di negeri orang

Assalamualaikum

Malam yang indah ditemani kipas cap pensonic berwarna biru berputar laju. Menyejukkan keadaan bilik aku yang agak panas. Maybe nak hujan kot malam ni. Tak de pape yang bermain dalam pemikiran aku melainkan raya raya dan raya.

Buat pengetahuan semua, tahun ni, aku bakal beraya di KL untuk hari raya pertama. Perghhh.. Tangkap dalam hati ! Dah la masjid dekat je dengan ofis. Dengar pulak takbir raya. Pfttt! Sentap meruntun jiwa.

Orang lain tengah sibuk cuba baju, kasut baru, aku pulak, cuba nak bangun dari tidur nak pergi kerja awal. Hahaha.. Takpe, bak kata kawan aku, malam raya, jangan bukak tivi. Pasang cerita pape je malam tu. Don't ever ever play raya songs ye nokss..

Tapi, bagi aku, selagi aku masih bujang, time ni la aku nak merasa life macam ni. Ye idak? Kalau plain je, bosan jugak.

Kelebihan raya pertama di negeri orang:

1) Boleh skip duit raya untuk anak buah. Tapi, kalau yang ada menuntut kena bagi la. Hekhek..

2) Jalan tak jammed. Kalau kat KL mesti lengang gila. Agaknya, aku pun boleh buat tarian zapin atas jalan raya.

2 kerat ni jela kelebihan yang aku nampak. Yang lain semua keburukan. Waaaa....!!! ;(

Thursday, August 4, 2011

Mari menyanyi beramai-ramai

Assalamualaikum

Aku tak tamak hokay pasal post banyak entri untuk satu malam, tapi aku cuma hyper-aktif untuk malam ni. Mungkin, ni malam jumaat dan esok hari jumaat.

Akibat lama tak sumbangkan suara kat karoke, maka aku dan housemate membazirkan masa mengeluarkan suara kat karoke wangsa walk.


Oh oh, jangan salah sangka. Perkara ni berlaku sebelum puasa hokayyy noks. Bukan dalam bulan yang mulia ni.

Habis-habisan kami berjuang mengeluarkan suara, sampaikan aku hampir kehilangan suara at that night. Scary gileee....


Hebat jugak housemate aku rupanya. Lagu tinggi pun dia boleh sampai dan lagu rossa pun dia boleh nyanyi! Kagum! *tepuk tangan ramai-ramai*

Dan, foods and drinks dia memang terbaik dari ladang tenusu!


Aku selalu amik gambar makanan yang dah nak habis kan? Hahaha... Lupa beb, pasal sedap sangat.

So, nah ! Hamik la dengar lagu yang kiteorang dah rosakkan malam tu. Hekhek..

Enjoiceee! :)
(perlahankan volume speaker anda, elakkan kerosakan teruk pada gegendang telinga)

Mostly Dila yang nyanyi, yang hujung-hujung tu, bahagian menambah, aku la tu. Hekhek..

Ohhoiiii~ Sumbang.... Praktis lagi ! Chaiyok !

Hari ini punya cerita

Assalamualaikum

Salam 1 malaysia! Hari ni je aku patriotik.

What a rainy dayyyy... Nasib baik la dari ofis tadi, terserempak dengan CK (bukan calvin klien, tapi Chee Keong) yang on the way nak pergi makan kat klcc. CK memang tak puasa, pasal dia non muslim. Hekhek.. So, tumpang la payung dia. Selamat dari air hujan kat situ.

Yang tak selamatnya, bila dah sampai kat lrt. Perghhh! Berlari-lari kucing aku nak sampai ke kereta. Pakai pulak dress. Pergh.. Lagi la terkial-kial. Ala-ala mak cik gayah ke pasar.

Tapi, aku semangat. Pasal, hari ni dapat bukak puasa lagi dengan cik bf. Kebetulan dia nak pergi servis kereta kat Ampang, so apa lagi. Mari berbuka puasa berjemaah la, tapi still tempat yang sama macam kami makan 2 hari lepas. Hahaha.. Kami memang tak berkembang. T_T

Menu aku pun sama hari-hari. Mesti mau ada ayam. Kan aku dah cakap. I LOVE chicken, but not mak ayam or anak ayam hokkaayy.. Aku pun tak tau la nape. Dah jadi makanan ruji kot. Kalau takde nasi takpe, asal jangan takde ayam. Hakhak..

Oh, by the way,

"Ida, ape yang ko cuba buat tu hah??" hahaha..

Tuesday, August 2, 2011

Kenapa perempuan hisap rokok?

Assalamualaikum

Ehem..Ehem.. Dalam pemerhatian aku untuk setakat 12.33am, 2/8/2011 ni, aku amati, dah banyak sifat lelaki yang perempuan dah follow kan? Contoh ey, aku kasik..

1) Smoking

Do you smelllllll what the girl is 'hembus'ing? Of cos la hembus si asap rokok. Berkepuk-kepuk beb. First time aku tengok, terus otak aku berfungsi dan keluarkan auta ni, "Oh, this is what we called, urban people". Aku tengok, aku rasa segan. Aku pun tak tahu nape. Bukannya dieorang buat benda tak senonoh seperti bercomolot atau ber'apa' sahaja di khalayak ramai. Ye idak? well, depends noksss...

Kalau kat kampung, susah sangat nak tengok anak gadis smoking, bukan susah sangat tapi jarang dan teramat susah, melainkan nenek-nenek otai smoking atas tangga rumah sambil pakai kain batik. Hekhek..

Why women smokes? Eces! Terspeaking la pulak koma ye. Well, shekali shekala, bukan shelalu shelalu puuunnnn kannn..

Dari kajian aku yang tak berapa tepat , kenapa perempuan hisap rokok;

- nak kurus ( yang ni mungkin benar atau tak. Kalau kau smoke pun, tapi tak exercise, boleh kurus ke? Kurus pipi ada la, pasal selalu sedut batang rokok tu. Hekhek..)

- elak stress (ayat common)

- nak cantik (baru aku paham, retis-retis tu sume cantik pasal selalu smoking kot. Betul jugak la agaknya kot. Haha..)

Besar nanti, mesti budak ni cantik. Kompom!! Ganda 23! Kebaboommm!!

Sebenarnya kan, aku nak kasik satu contoh tu aje, SMOKING. Sebab setakat dalam pemerhatian, aku baru nampak yang tu je. Kalau aku ternampak yang agak-agak split identity tu, aku terus update kat sini ye nokss..

Bubyyeee.. Twinkle twinkle little starrr.... kroh..kroh..kroh..~