Monday, December 26, 2011

Kronologi pulang ke kampung

Assalamualaikum

Mungkin, ni antara entri terpanjang yang pernah aku taip dan share. Tak terlintas di fikiran, nak buatkan kau juling mata membaca entri ni. Kalau terbuat kau juling, ampun maaf dipinta. Maaf zahir batin.

Beginilah kronologi cerita yang agak sadis sebelum aku pulang ke kampung. *Jangan menangis sayang*

Hari yang sepatutnya aku pulang ke kampung (22/12/2011)
Harus membawa adik tersayang jalan-jalan kat Petrosains klcc before balik ke kampung. At least, ada bekas tapak kaki, tangan dan sebagainya kat sana. Ye idak? Mula-mula nak naik lrt, then pikir punya pikir punya pikir, ditambah dengan sifat malas nak berjalan, maka decide bawak kereta je pergi klcc. Aku malas nak bawak kereta sebab, sebenarnya parking kat klcc maha dewa mahal ! Wahahaha ! Gila berkira kan? (T_T)



Malam tu, cik boyfie datang rumah, nak tolong hantarkan kami ke Putra. Before tu, sempat makan-makan , gelak guling-guling . Macam mana aku tertinggal bas malam tu, dan menyebabkan kerugian dana mata wang ??? Full story version, kau boleh refer sini. Pastu, datang entri ni, sambung baca yang bawah hokay.. HAHA !

Malam 22/12/2011
Akibat tertinggal bas, maka bermalamlah aku dan adik di rumah angah kat presint 11. Maka, malam tu bertemankan hero mission impossible yang super duper kacak jela. (T_T)


Pagi 23/12/2011
Konon nak balik malam, so pagi-pagi tu boleh membuta dengan enaknya.  Around 11am macam tu, barula sibuk nak mencari ticket untuk balik kampung malam tu. Dalam hati, yakin seyakinnya, TICKET AVAILABLE ! Ye, AVAILABLE ! Takkan la orang nak balik kampung malam-malam jumaat kn.. MJ ! Wahahaa ! Tapi, hampa. Satu ticket pun takde untuk malam tu. So, beli ticket untuk pagi esok. Maka, pulang dengan kekecewaan dan bermalam kat rumah angah lagi satu malam. Burn cuti aku.

Pagi 24/12/2011
Memang seawal mungkin aku bangun. Risau bas tinggalkan kami lagi. Aku dah tak mampu menahan gelora hati untuk pulang ke kampung. Bas berjalan dalam pukul 9 pagi. Syukur, semua dah selesai. Hati gembira. Lalalalaala ~ Balik kampung... ooooo... balik kampung.....

Pastu tetido dalam bas. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~

Around 11am++ , aku tersedar (mak aih! Lama gila aku tido) sebab tiba-tiba bas stop kat tepi highway. Mula-mula aku ingatkan masalah kecik je, rupanya, masalah besar ! Kau tau, kami stuck kat tepi highway tu for more than 2hrs ! Memang gile ! Dalam hati aku ni, panasssssss jeeee....


Nah ! Ni la rupa paras bas yang telah membuatkan hari aku kelam gelam. Bukan aku nak cakap la kan, tapi ade sorang penumpang ni cakap, "kalau bas macam ni, orang tak pakai dah nak jalan jauh-jauh. Layak untuk bas sekolah or bas kilang je!"

Memang ramai yang panasssssss dalam tu, including me. Pfft ! Dan akhirnya, bas penyelamat sampai. Tu pun 2hrs plus-plus kami tunggu. Kalau dalam laut ni, memang dah mati lemas sume insan-insan yang tunggu penyelamat. Grrr !

Yang paling best, memang tercatat dalam sejarah hidup, nak balik Terengganu, it takes 13hrs journey ! Macam nak pergi mana je kalau lama macam ni. Tertekan gila hidup aku hari tu.

So, the conclusion is, aku akan fikir 50x untuk naik bas mutiara ni lagi. Sama macam bas Shamisha. Aku memang tak naik dah bas ni. Pasal, bas-bas ni dah buat hal dengan aku. Tsk !

Vote MaraLiner ! Kenapa MaraLiner ?? sebab murahhhhh ! Jimat $$$$ ! :)

Friday, December 23, 2011

Bad Night

Assalamualaikum

Kononnye nak balik Terengganu malam ni. Excited bagai nak balik kampung ni haaa.. Nak jumpe mak ayah ayam itik kat kampung. Sekali, malam ni, bas tinggalkan aku terkontang kanting kat Putra. Dammmnnn! Nak menangis pun ada, cuak pun ada. Nasib baik boyfie ada untuk tenangkan aku time tu.

So, bajet macam sempat nak kejar balik bas. Kejar bas sampai ke Greenwood. Alih-alih bas dah takde. Gilakk laju bas ni. Belum pun sempat kentut, dah hilang. Terbaik ah.

Yang melambatkan tu, pasal kami makan-makan dulu. Hisap-hisap rokok jap kat kedai. Sembang-sembang. Kononnye, aku terfikir yang bas kat putra biasenye suke suki delay. So, agak relax even jam dah pukul 930 malam. Tiket bas pukul 10 hokayy.. Memang lenggang mak kangkung betul !

Nah, sekarang memang padan ngan muka aku ni haaa... But,still, only 5 mins after 10 hokayyy.. Bukannye setengah jam or sejam. Pffttt ! Memang kena betul aku malam ni.  Tsk !

Dan benda yang paling bangang aku buat, bila  benda yang paling penting untuk balik kampung, aku tinggalkan kat depan umah. Beg berisi segala benda tersirat dan tersurat including laptop. Hey shima ! What the &%$$^* ! Macam mana la aku boleh jadi gile pelupa nih.

Boyfie cakap, even kami tak pergi makan-makan pun, still kena tinggal dengan bas jugak. You know why?

1) If tak stop makan-makan, mesti smpai putra awal, tapi kena patah balik kat umah sebab nak ambik beg yang aku tinggal depan umah.

2) If makan-makan, mesti sampai lewat kat putra.

So, it is a win-win situation. Erk ?? bukannn... lose-lose situation. HAHA !

Monday, December 19, 2011

iPhone4s warm-up story

Assalamualaikum

Dalam keghairahan semua manusia untuk memiliki iPhone4s yang baru launching on 16 Dec 2011 (birthday aku tu), aku pun turut terlibat. Tu pun, setelah beratus-ratus kali berfikir dan membuat kiraan secara kasar dan bermain tarik tali dengan diri sendiri. Haruslah. Bukannye murah macam iphone mainan. Dalam hati sebelum ni, nak sony ericsson arc s, pasal ada warna pink ! Wahahaha ! Sangat gila kan pink. (T_T)

Tapi, bak kata hati dan pandangan orang, " beli mahal pun sekali je.. Boleh pakai lame.. OS pun up-to-date". Maka, zaasssss ke Mines konon nak mencari iPhone4s, tapi nak guna data plan Digi. Murah sikit, around RM2060 macam tu.

Tapi sayang beribu juta kali sayang, kalau nak pakai yang data plan diGi, i have to change the data plan and it takes about 3 months to complete everything, then baru dapat phone ! Mak aih ! Lameeeeeeee doww.

Kalau nak cepat, kena beli number baru je, pasal number aku sekarang ni under kontrak 2 years, so kena habiskan kontrak dulu. Kalau nak terminate pulak, leceh, banyak benda nak kena buat, plus number sekarang ni dah well-known. So, aku pasrah. Terus level nak beli iPhone4s merudum ke tahap kerak bumi.

Pusing punya pusing punya pusing, jumpa satu kedai Apek ni. Aku ni tak berkenan sangat nak beli iPhone kat kedai sebijik-bijik macam tu. Risau phone underwater. Eh, betulkan underwater? Ke underground? Ke underwear?


Nak kata rezeki la kan, dia pun tolong ekjasss ambik iPhone4s kat Maxis. Takde ambik pakej ke apa. Just phone sahaja. Mahal banyak sikit, tapi aku rasa secure, sebab ada surat beranak sekali (series number). I was like jumping la kan. Heppy tak hengat ! Tapi, nak bayar tu macam teragak-agak jugak. Terbang duitku ~ (T_T)

Dannnnn... Aku dapat cover phone yang sangat comel ! Glow in the dark. Haruslah hadiah birthday. He's not so romantic when it comes to giving a present, but i gila like this cover ! Thanks love ! I love this morreee than flowers, cards or dinner treat :) (sumpah tak tipu. hekhek)

One word about iPhone 4s, tip-top! :)

Kalau kau nak beli jugak, boleh tengok spec iPhone4s ni kat pak cik google. Yang paling aku suka, ada Siri. Siri ni macam orang la jugak. Kau tanya je ape-ape, dia boleh jawab. Must be in English. Tapi tolong jangan tanya pasal politik. HAHA !

Yang paling tak boleh blah, boyfie aku try cakap, " what the fuck you're doing here??"

Dan si Siri jawab, " I'm pretend not to hear that"

Wahahahahaha !! Memang sangat intelligent si Siri ni :D

Friday, December 16, 2011

Happy Birthday to me ! Sweet 14! HAHA !

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah genap umur aku 14 tahun. Eh, tertolak 10 tahun la pulak. HAHA ! Orang lain dah nak masuk 25, aku baru terkinja-kinja nak masuk 24 kan? Kesiannn.. Tapi, takpe, always young ! HAHA!

Muka pukul 5 ptg, 15/12/2012. Mengantuk, penat , tapi ketegaq nak bergalok-galokanss.. :)

Today is not my ordinary birthday. It's beyond my imagination. Kenapa aku cakap macam ni?

First, dah lama orang tak nyanyikan lagu happy birthday kat aku secara berjemaah. Dan, bila dengar colleagues nyanyi lagu happy birthday secara berjemaah tadi, i was like, want to cry even not too much, but yes, it still touched my heart. Thanks mates! :)

View dari sudut utara. Terasa macam kanak-kanak berumur 5 tahun di situ. Wahaha !

 View dari sudut titik tengah utara-timur-selatan-barat. Sepah gile !! Workplace sape la ni (T_T)

Second, it was a long long long time ago, celebrate birthday, dan ajak orang datang dan macam memaksa mereka bawak hadiah kan. HAHA ! Funny! But, that was reallyyyyy brilliant idea, kalau nak dapat hadiah banyak. kahkah !

And now, i'm not forcing anyone to give me presents since aku dah tahu apa tu makna muka-tak-tahu-malu. HAHA ! Dan kali ni, aku dapat presents dari... Jeng jeng jeng ! Bukan boyfie la. He ended up not to talk about present. Kejam kan? Wuwuuwuu ~ Ok la, ok la.. Actually aku dapat hadiah dari committee team, dan jugak gift exchange. Bukan personal hadiah pun. Tapi, kalau aku assume as my birthday presents, tak melampau kan ? :'-)


Bebola pink tu boleh lighting up my life tau! Warna dia akan tukar-tukar. Cantik ! Thanks Yani ! Luckily, i love pink ! Wee ~ :) Ha, yang ladybird tu tabung. Boleh la aku menabung 10 sen sehari. Cukup 1 tahun, dah boleh beli handbag satu.

Third, my fb walls gila penuh dengan wishes dari pelbagai sudut. Mula dari dimurahkan rezeki sampai la soalan bila nak kahwin? Oh my, oh my. I've no answer for your simple question and somehow it's a cliche question bagi seorang perempuan macam aku, kau dan kau. Kan?  Maka, biarlah Allah yang tentukan semuanya. Ye idak ? :) - last year pun wall fb penuh jugak, tapi kurang soalan yang berbentuk ilmiah, macam ; bila mau kahwin? Wakaka!

Ok, layankan beberapa keping picture semalam time DM event. Happening! Dalam picture tak nampak happening, tapi in real, yes it is! :) Oh, kami semua perempuan. Best kan? Heee..

Satu benda je aku nak cakap. My birth-day incomplete without my mom's effort. Thanks mom for the wishes and advises! I do love you more than everything !  :') You are the greatest mom !

Wednesday, December 14, 2011

Blur

Berjumpa lagi kita dalam ruangan sembang tak berapa nak kosong. As usual, aku akan memulakan sesi goreng menggoreng hingga hangit ! Tak kurang dari itu, mungkin akan hangus. Kang dah cakap, melalut. Baik, kita straight to the point-less.

 AKU STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS !

Ok, bubye peeps !

Monday, December 12, 2011

Night in Penang

Assalamualaikum

Semalam aku tak sempat nak sambung entry ke Penang, akibat simptom kemengantukan yang amat dahsyat. So, here you go, night in Penang. Memang tersangat fun fries !

Plan awal, nak pergi pesta Penang, tapi memandangkan jammed yang sangat padat, maka decide untuk pergi makan-makan dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn karok ! Yuhuuuu ~

Enjoice!


At Restoran Sampan Queensbay. Kalau sesiapa berminat nak datang sini, tolongla, order makanan lain selain ikan bakar hokay. Portion ikan bakar kat sini sangat la kedekut noks. Macam kasik ikan terbantut je ! Total makanan kat sini malam tu around RM60 plus plus. Tak la mahal mane, tapi ikan terbantut tu aku tak suke. Kalau nak jual, kasik la ikan yang banyak isi.  T__T

Kalau nak makan ikan bakar, aku suggest dekat Nurul ikan bakar or Hammer Bay. :)


Asyraf suka buat peace. Dekat mana-mana yang ada picture asyraf, harus ada peace. Ok ok.. He loves peace kot. No war. Hehehe.. Bukan nak puji la, but he such a good friend ! :)

Dari zaman aku kat kampus sampai la sekarang, suka sangat tolong-menolong. Senang cakap, banyak jasanya. Hehehe.. Bukan senang aku nak puji kaum lelaki melainkan boyfie aku je. Kira, Asyraf lucky one la. Hakhak !


Lepas kekenyangan, kami bergerak ke Neway Queensbay. Sangat awesome kat sini. Tapi, harga dia boleh tahan 'murah' ah.. Nasib baik la share-share duit kan. Kalau ada orang yang kena open table malam tu, memang kesian. HAHA ! (lucky me)


Merry Christmas ! HOHO ~


Kau nampak tak limpahan makanan kat sini ?? Ni bukan takat buat pesta menyanyi je, pesta makan makan sampai kenyang pun boleh. Kalau makanan habis, boleh refill. Best kan ? So, nak bawak ramai-ramai pun boleh. Lagi ramai, lagi jimat. I like benda yang boleh cut cost ni. HAHA !


Kalau menyanyi dengan semangat, harusla perut mudah lapar, maka boleh ngap sambil menyanyi. Pergh.. Terbaik. Ala-ala redbox jugak la. Tapi, aku rasa macam best je Neway ni. Kat KL pun ada Neway ni. Kalau tak silap, ada dekat Times Square. So, kau boleh la try pergi sana. :) 
Tu je kot yang aku nak cerita buat masa sekarang. Aku nak masuk tidur. Esok dah start kerja. Caiyok ! Semangat semangat ! T__T

Sunday, December 11, 2011

Penang Day 1 | Wedding Ina & Nuar

Assalamualaikum

Hey semua ! Weekend aku sangat berkualiti this week. I'm off to Penang for 2 days. Ada majlis kahwin kawan kampus , Ina.

" Kahwin jugak ang ye ina.. Ingatkan aku dulu .. ", PANGGG !! penampar sebijik akibat simptom gatal muncul.

Aku bertolak around 9am dengan fara. Kenal tak fara?? Bukan fara fauzana mahupun fara wahida. Ni Fara anak pakcik Al-Bakhri. .Member baik time kat kmpp dulu. Memang banyak mulut. HAHA ! Yang pasti, aku tak mengantuk time drive. :)


Mula-mula tu, ingatkan nak naik bas, tapi pikir punya pikir punya pikir, aku decide nak drive je. Senang dan mudah. Kan? Cuma penat jela sikit. So, dengan berbekalkan kereta yang telah diservis beberapa bulan lepas, maka for the first time, TBA5959 sampai ke Penang. Seronok dia. Kahkah ! Tapi, katak aku dah tercabut kepala. HAHA !




Maka, sila layan beberapa keping pictures sambil makan pop corn perisa masin. Zasssssshh!





Habis je majlis Ina, bergegas ke USM. Rindu gile tengok kampus aku ni. Rasa macam nak study balik. Oh, i wish, i'm not (fingers cross). So, harusla bergambar ala-ala hindustan kat atas rumput kat atas bukit even itu menggatalkan.


Maka selesai event untuk belah siang hari. Malam hari macam mana pulak? Check out in next entry hokay! ;)

Friday, December 9, 2011

Lone Ranger on Friday

Assalamualaikum

Memang awal aku bangun pagi ni. Perasaan nak pergi tukar lesen P ke full, sangat membuak-buak. Hampir 2 bulan aku tak tukar-tukar. Risau jugak. Pasal esok nak pergi Penang, so haruslah bertindak pantas. Tak mau la kena tahan dengan abang JPJ. Tsk !

Hari ni aku jadi lone ranger. Peta semua siap lukis dalam buku (maklum le takde GPS). Nasib baik la peta yang aku lakar tu betul dan tepat. Hebat betul ! Sekali sekala memuji diri kan bagus, untuk kesihatan otak jugak.

Service dekat JPJ Wangsa Maju sangat la terbaik. Even orang ramai gile tadi, tapi punggung aku just merasa duduk atas kerusi tak sampai berapa minit pun. Terus je turn aku. Save energy and time. Then, gerak ke Wangsa Walk.

Buat ape kat sana? Nak carik gifts untuk wedding kawan and end year celebration untuk team aku next week. Alang-alang tu, movie time! Lengang bangat wayang. Harusla kan.. Pergi time orang lain tengah bertungkus lumus kerja. :)


First time tengok wayang sorang-sorang, and it's not bad at all. Akibat tak tahan tengok status Fb yang selalu bercakap pasal Ombak rindu, maka aku pun nak tengok. :)

Initially, nak pergi ngan bf, tapi dia cakap next week, tapi dia macam terpaksa la pulak kan nak tengok cerita ni kat wayang (he hates love stories badly). HAHA ! Sebab, cerita Twiliight pun dia tak nak layan. Nak layan cerita gaduh-gaduh je. So, aku decide pergi sorang-sorang jela since hari ni pun orang tak ramai. Kesian tak? Hee..


And for the first time jugak, aku tengok ramai golongan yang lebih 45 tahun pun layan ombak rindu kat wayang. Siap datang dengan geng lagi. Sekali pakej dengan anak-anak. Heee.. Tak pun, maybe cucu. :)


Tisu pun aku dah spare siap-siap. Kot-kot la kan menangis. Kahkah ! Yang harunya bila, aku betul-betul menangis weyh! Nasib baik la kiri kanan depan semua perempuan. Tak la malu sangat nak sok sek sok sek dalam tu. Aku memang tak tahan tengok Aaron menangis. Ish ! Hensem!

And this scene, i like the most ! ;)

Romantik kan kan? :')

Thursday, December 8, 2011

Berlagak dan pemalu itu berbeza

Bagaimana hari anda? Productive enough? Yeah, count me in la. Terlebih produktif. Mungkin kerana esok aku cuti. Kalau nak cuti tu, harus adrenalina aku mengalir dengan derasnya. Apela aku merepek ni.

Ok guys. Tau tak, PEMALU dan BERLAGAK tu ada persamaan dan perbezaan?

Benda ni, aku baru je notice lately. Tu pun, sebab housemate aku bukak cerita.

Kalau orang berlagak ni kan, mesti jenis tak senyum kat orang, tak pandang orang. Kan ? Tapi, adakah kau tau, orang yang jenis tak senyum dan tak pandang orang tu juga mungkin seorang yang pemalu? Aww~

Sebab, terkadang, aku pun tiba-tiba jadi malu tak bertempat. Jalan pun tunduk. Konon sopan, tapi segan. Hahaha.. Dan kalau aku tak tegur orang, bukan bermakna berlagak, tapi segan beb. Tak tau nak cakap apa, tak tau nak sembang apa. Aku tak tau, apa jenis malu la ada dalam diri ni. Benci benci !

Padahal dulu time kecik-kecik, bukan kemain mak ngan ayah latih aku jadi orang yang tak malu berhadapan dengan orang. Masuk story telling la, menari la, fashion show la. Berpusing-pusing atas stage. Eh, alih-alih, bila dah meningkat dewasa makin jadi pemalu pulak. Tsk!

Tapi, bukan dengan semua orang la aku malu. Kalau jenis semua orang aku malu, kena hidup dalam gua la kot. Haha.. Aku lebih senang berjimba-jimba, berhuhah-huhah dengan orang yang aku dah lama kenal. Sebab, aku senang dengan mereka dong mas ! :)

Macam mereka! :)

Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu nak nasyid lagi. HEHEHEHE.. :D

Tuesday, December 6, 2011

Kau memang nak kena perempuan !

Assalamualaikum

Sila baca dengan perasaan geram. Kalau tak geram, buat-buat je ok? Sebab, aku memang tengah geram! (sambil kesat air hidung)

Memang demm laa.. Tu je yang aku boleh cakap sekarang. Aku memang pantang sebenarnya kalau ada orang cederakan family aku. 

Dicederakan bukan kerana along bukit guntong, angah mahupun acik. No no no.. Tapi disebabkan accident. Kesian mak, adik dengan amir. Kena langgar dengan kereta wira. Time tu mak dengan adik-adik baru balik dari beli kasut sekolah si awin, naik scooter.

Minah yang langgar tu katanya cikgu. Ingatkan kalau cikgu, otak letak kat kepala la, rupanya silap. Letak kat ketiak lutut. Kesian kau !

Masa langgar tu, siap peluk-peluk mak aku. cakap yang dia tersalah tekan minyak. WTH!

Eh eh.. Alih-alih, esok tu, datang rumah, bawak mak, bf, pakcik sedara bagai, nak mintak duit. What ashamed la kau . Aku tak kisah kalau kau nak mintak duit pun, tapi agak-agak ah beb, mak aku tengah terlantar sakit, kau boleh datang rumah mintak duit?

Yang lagi memalukan, dah la mintak duit, buah tangan pun tak bawak nak melawat orang sakit. Hish! Kata cikgu, takkan benda tu pun nak kena orang ajar ??? No manner at all.

Dah tu, mak kau pulak lebih-lebih. Macam kau aje yang kena langgar. Padahal, sapa yang kena?? Mak dan adik-adik aku. Memang &^%@#$$ ah!!

Last-last, ayah aku cakap, buat polis report. Senang. So, see you in court darling ! Ish, kalau time makcik tua tu datang, aku ada kat terengganu kan best. Boleh battle dengan makcik tua tu. Battle break dance dengan makcik tua tu pun ok jugak ni.

p/s : aku kalau marah tahap dewa dewi memang jadi macam ni, lebih-lebih lagi orang yang buat family aku sakit. Watch out si tua dan anaknya!

Sunday, December 4, 2011

Puss in Boots superb!

Assalamualaikum

Bagaimana dengan weekend anda ? Berkualitikah atau bersahaja? Hakhak..

This week, aku tak jadi pergi IKEA. Aku dah boleh bayang, keadaan yang sama macam last week. Maka, batalkan dulu niat nak makan meatball kat sana. Jilat bibir dulu jawabnya. Dan, biarkan meatball masuk dalam mimpi dulu.

Konon nak tengok ombak rindu, tapi komfom punye, panggung penuh dan queue mesti panjang tahap keretapi terpanjang dunia. So decide, nak tengok movie dekat Capsquare aje. Tempat tu, tak la ramai sangat. Sebab, kebanyakan cerita kat situ, dia tayang cerita hindustan or tamil. Kehkeh.

Then, bukak website tgv, intai-intai cerita ombak rindu kat capsquare, tapi takde, just ada puss in boots je. So, gagahkan diri tengok cerita ni. Aku tak minat sangat sebenarnya tengok kartun kat panggung ni. Maklumla, dah berusia.

So, about 3pm plus-plus, gerakla dengan boyfie ke Capsquare.

Satu benda je nak cakap. Cerita ni superb kelakar! Gelak terbahak-bahak. Ops!! Bab gelak memang aku langsung tak kontrol beb, tapi bab kentut harus kena control. Tak pernah lagi dalam sejarah aku kentut depan boyfie. HAHA !

Oh, bile si puss ni bulatkan mata, Ya Allah, comel yang amat!! Eeeeiii.. Rasa nak cium-cium je! If betul-betul wujud kucing secomel tu, bestnyeeee....


Maka, aku kasik 6.5 out of 5 stars. Perghh.. terlebih la pulak kan.

Kata tak suka kartun kannnnn ~ Hamik kau.

Saturday, December 3, 2011

Asah minda

Assalamualaikum

Noon guys!

Semalam, sempat melawat kawan matrik penang dulu kat Kepong. Baru lepas bersalin. Comel gile beb baby tu. Nama pun comel, Baby Suri Alisya. Ish, geram geram. Nasib baik time pergi tu, baby tengah tidur lagi. Kalau tak, habis aku gomoli.

Lupa nak snap pictures. Aku mengalami sindrom lupa yang sangat teruk. Then, paling tak boleh nak diterima akal, lupa nak bersalaman. Nasib baik As ingatkan. Kalau tak, balik macam tu je. Hihihi..  T__T

Sebab tu la kot, housemate aku cakap, kena makan krismis banyak-banyak. HAHA! Krismis katanye. Adik-adik ejaan betulnya kismis hokayyy.. Rosak bahasa.

Moral : Asah minda kasik tajam. :)

Al-Fatihah buat Arwah Rara Zikry

Assalamualaikum
Al-Fatihah buat arwah Rara Zikry dan salam takziah buat keluarga arwah.

Jam 10 pagi semalam, arwah telah kembali ke Rahmatullah. 
" Assalamu'alaikum beloved Rara Zikry's FB friends. Sad to say that Rara left us today, December 1st Dec at 10 pm at Sunway Medical Center. Jenazah berada di 90, Jalan USJ 6/2B Subang Jaya. Jenazah Akan dibawa Dari rumah ke masjid SS 19 Subang Jaya dalam pukul 8 pagi Dec 2. Insya Allah jenazah Akan disempurnakan Dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin." -status Facebook Contribution for Rara Zikry’s medical expenses-
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Rara di sana. Amin..

Note: Unintended to post any pictures of Arwah. You can find it by yourselves guys.

Thursday, December 1, 2011

December ! Come to mama !


 Assalamualaikum

December! Come to mama!

Masuk je December, mesti aku agak teruja. Bukan disebabkan birthday aku bulan Dec, tapi maybe hujung tahun kot. New year! New year!

Cakap pasal hujung tahun, kena tanam azam awal-awal ni. Bukan takat tanam je, aku kena kasik berbunga bagai la.

Antara pre-azam aku untuk tahun 2012. Gilak ah, pre-azam katenye. Kahkah.


 AND

Engage and get married. Boleh consider azam tak? Ke impian? ;)

Actually banyak lagi, but for pre-azam, aku revealed yang ni dulu. Ayat dah macam detektif. Before aku melalut lagi jauh, baik aku berundur diri.

Chow chin chow !

Today is not my good good day.

Sebelum sesi memekik melolong bermula, haruslah di dahulukan dengan;

Assalamualaikum

Argggggggggghhhhhhh!!! Hooooooooooiiiiiiiiiiii!! Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

BENGANG pun ye, nak menangis pun ada. Tension oo kalau apa yang kau cakap, orang tak nak paham. Nak kena ulang banyak-banyak kali. Ya ampunnn.. Dah tulis bahasa standard pun, still tak nak paham. Nak cakap orang Hong Kong tak pandai english, tipu bebenor la yop! Kalau Jepun tu, aku boleh consider lagi la.

Rasa merah padam muka kat ofis tadi. Tahan nak marah. Nasib baik la aku tak masuk team Helpdesk. Kalau tak, maunye hari-hari aku moody. I realized, I'm not born to serving people. Sifat sabar tu belum bersemadi ketat di hati. Pity me.

Dah la dekat ofis dah bengang bagai, time balik kerja pun bengang. Orang depan kereta aku bawak slow nak mam....!! Macam siput babi. Kalau nak cakap kat depan dia tu kereta banyak, langsung takde kereta. Hujan pun dah stop. So, what the fish people yang kau merangkak rangkak bawak kereta??

Kesimpulan, today is not my good good day. Totally mess up. Hope tomorrow will be better.