Bagaimana hari anda? Productive enough? Yeah, count me in la. Terlebih produktif. Mungkin kerana esok aku cuti. Kalau nak cuti tu, harus adrenalina aku mengalir dengan derasnya. Apela aku merepek ni.
Ok guys. Tau tak, PEMALU dan BERLAGAK tu ada persamaan dan perbezaan?
Benda ni, aku baru je notice lately. Tu pun, sebab housemate aku bukak cerita.
Kalau orang berlagak ni kan, mesti jenis tak senyum kat orang, tak pandang orang. Kan ? Tapi, adakah kau tau, orang yang jenis tak senyum dan tak pandang orang tu juga mungkin seorang yang pemalu? Aww~
Sebab, terkadang, aku pun tiba-tiba jadi malu tak bertempat. Jalan pun tunduk. Konon sopan, tapi segan. Hahaha.. Dan kalau aku tak tegur orang, bukan bermakna berlagak, tapi segan beb. Tak tau nak cakap apa, tak tau nak sembang apa. Aku tak tau, apa jenis malu la ada dalam diri ni. Benci benci !
Padahal dulu time kecik-kecik, bukan kemain mak ngan ayah latih aku jadi orang yang tak malu berhadapan dengan orang. Masuk story telling la, menari la, fashion show la. Berpusing-pusing atas stage. Eh, alih-alih, bila dah meningkat dewasa makin jadi pemalu pulak. Tsk!
Tapi, bukan dengan semua orang la aku malu. Kalau jenis semua orang aku malu, kena hidup dalam gua la kot. Haha.. Aku lebih senang berjimba-jimba, berhuhah-huhah dengan orang yang aku dah lama kenal. Sebab, aku senang dengan mereka dong mas ! :)
Macam mereka! :)
Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu nak nasyid lagi. HEHEHEHE.. :D
1 comment:
budak suara sedap ni.
takutnya.
haha !
Post a Comment