Thursday, May 31, 2012

Rina's Wedding :)

Assalamualaikum

As usual, my activity on weekend.

Attended wedding ! Yeayy ~ :)

This time, wedding Rina. First time kenal Rina kat blog and first time jumpa. Thanks Rina jemput shima! :) Rina sangat cantik in personal. Kecik molek je orangnya. Baju dia pun cantik. Cantik sangat! heee..





Tu je kot ~ Ehee! Adios amigostee.. :D Until next wedding pulak. Heee..

Saturday, May 26, 2012

It's time to change

Assalamualaikum

Stress betul hari ni. Bukan pasal ape pun, pasal line DIGI ni haaa.. Start dari pagi tadi line langsung takde. No Service. Memang aku bengkeeeekkk gile sekarang ni.

Yang aku dapat mesej dari DIGI, dia cakap nak upgrade network kat area Kg Datuk Keramat, KLCC ngan Taman U Thant. Tapi, kenapa kat Ukay Perdana pun kau nak buat macam ni jugak?? Dah la dari 21 May sampai 20 Jun. Hoiiii... *&%$^ betol laaaa.....

Takkan nak kena keluar dari Ukay perdana ni baru dapat line. Grr ~

It's time to change to Celcom. Revert back. Ternyata Digi bukan pilihan terbaik. Heh. Tunggu akhir bulan ni, pasal kontrak number ngan digi will be ended end of this month. Sabar shima sabarrr...

Pakcik oh pakcik!

Assalamualaikum

Ni haa.. Ada satu cerita noksss.. Takde pape pun, cuma aku rasa macammmm aku ni *&%@$ sekejap.

Tengah syok aku iron tudung , ternampak la orang-orang tengah nak pasang khemah kat bawah. Maybe ada event kot esok. So, baru aku perasan, kereta kakak ipar tak alih lagi. Sebijik je tercongok kat situ. Maka cepat-cepat aku bersiap nak alih kereta tu.

Bila dah sampai bawah.

" Pak cik! Ni saya nak kena alih ke kereta?"

" Haaaa.. Kena alih.. Nak pasang khemah kat sini"

So, aku dengan yakin, bukak la pintu kereta. Rupanya, kereta tu lock dengan benda alah yang macam batang besi tu. Harusla aku tak reti nak bukak. Takde kemahiran langsung nak bukak benda tu. T_T

" Pak cik.. Sorry.. Saya tak pandai nak bukak benda ni.. Saya tak pernah guna.." *malu-gila-*

" Ooo..takpe takpe..meh pakcik tolong bukakkan... Eh, ni kereta auto ni.. Nak start kereta ni lain macam sikit..Tau ke nak bawak kereta automatik ni??"

Dalam hati, eh, kenapa nak kena start lain macam plak? Automatik macam mana pulak ni? Then, aku senyum je, selamba cakap tak reti, pasal dalam pemikiran aku time tu, maybe kereta kakak ipar aku guna teknologi terkini yang mungkin aku tak reti nak guna.

Then, pakcik tu tolong alihkan kat satu tempat.

Bila pakcik tu dah siap alih, dia pun bagitau aku something yang sangat aku rasa, nak belasah diri sendiri.

" Haaa.. Ni pakcik nak ajar.. P untuk parking, D untuk drive, R untuk reverse, bla bla bla..Kalau orang tak biase bawak auto memang tak reti nak guna.."

Demmmmm... Rupenye automatik yang pakcik tu maksudkan gear rupanya. Kalaulah boleh diundur masa, nak je aku cakap, SAYA TAU BAWAK KERETA AUTO. T__T  -rasamacambodohharini-

Monday, May 21, 2012

Menu for today

Assalamualaikum

Memandangkan hari ini , aku still cuti , maka terlebih rajin la sikit. Weekend lepas tak sempat nak buat pape, pasal tengah semangat nak pergi tengok bola. Maklumla, first time kottt.. Heh

So, apa yang terlebih rajin tu? Haaa... Tu diaaa.. Hari ni aku rajin masak. Malas kot nak keluar. Macam best gila duduk rumah. Hihi..

So, ni la hasilnya. Lauk bujang je.. Ok la daripada tak pandai masak langsung kan.

"Mak!!! Shima masak sedap !!! "

Eh.


Even dah ramai tau bahan-bahan nak buat udang masak merah ni kan, aku tetap nak letak jugak ingredients dan cara nak buat dia kat sini. Hehehe..Nak buat macam mana noks, ni je yang aku pandai buat. Haha.
 
Bahan-bahan :

Udang 8 ketul
Bawang besar 3 biji dikisar
Bawang putih 8 ulas dikisar
Cili kisar 2 sudu besar
Sos cili 1 sudu besar
Air Asam jawa
Gula 1 sudu setengah
Garam sikit
Perasa ala kadar

Cara buat:

1. Basuh udang kasik bersih. Buang janggut dia. Jangan buang kulit dia tau, sebab nanti kulit dia yang buat masakan kita sedap. Hehehe..

2. Kisar bawang besar dengan bawang putih. Then, tumiskan semua tu sekali dengan cili kisar. Tumis sampai wangi. Agak-agak kau dah bersin, maksudnye dah wangi secukup rasa.

3. Masukkan sos cili sikit, air asam jawa, gula, garam sikit, pastu perasa ala-ala kadar je. Pastu kacau sampai sebati

4. Agak-agak dah sebati, boleh la masukkan udang. Kalau nak berkuah sikit, masukkan air sikit. Biarkan udang tu masak sekejap. Tutup api.

Siap untuk dimakan ! Yeayyy ~ 



Sunday, May 20, 2012

Jadi warga kelantan for a day

Assalamualaikum

Yeah, Kelantan menang ! hehe.. Niat hati nak support sime darby, tapi tak boleh, pasal ada orang marah. Haha.. Maka, untuk pertama kali, jejak jugak kaki kat stadium bukit jalil semalam. Fuhh ! Memang sangat sangat ramai rakyat kelantan. Bagai lautan merah gitewww...

See ? Nampak tak ? Mostly semua supporters dari Kelantan. Sime Darby sangat la sikit. Bagai semut dalam gula. Haa... Lebih kurang perumpaan dia macam tu la. Aku macam kagum gile dengan semangat kesukanan bola rakyat kelantan. Kalau terengganu macam ni jugak, kan best ! :)

Ni antara supporters yang panjat pagar semalam untuk dapatkan seats. Including me. Unbelievable. Heh.
Tapi, panjat-panjat ni dah biasa. Dulu time kecik-kecik selalu panjat pagar rumah sebelah. So, takdela macam pelik sangat.


Kenapa nak kena panjat pagar ? Ok, kau imagine, semua seats full dan kami kena berdiri kat tempat yang langsung tak nampak players kat padang. Macam gambar kat bawah ni. Maka, perlulah panjat jugak pagar. Best ! Hehehe..


Yang belah sana, supporters sime darby. That's why polis tak kasik kami duk kat belah sini. Konon takut gaduh. Tapi, gaduh ke? Harusla tak. Kan nak tengok bola je. Lagipun, sime darby bukan musuh tradisi kelantan. Kot la kan. Pandai-pandai je aku ni haaa.. Hehehe..


Here we go. Girls over bees. In between Anis ngan Azimah. Sokong kelantan, tapi aku ni ha pakai baju liverpool pulak. Tak kesah la.. Asal nampak merah putih sudah. Hmm.. Jadi warganegara kelantan untuk satu hari. Hehehe..


Haa.. Ni Anis.. Big thanks kat anis ! Even baru kenal kat stadium ni ha, but rasa macam kenal dah lama. Anis baik sangat! Hopefully dapat jumpa anis lagi ! Nice knowing you girl ! ;)

For next piala FA, aku harap sangat, terengganu dapat masuk, pasal nak pakai baju TOPIT! hehe.. tak pernah kot pakai baju tu. Macam smart je. Heh. Peteh ganu peteh! :D

Saturday, May 19, 2012

Sikap yang susah nak kikis.

Assalamualaikum

Aku ada satu sikap yang memang susah nak kikis. Guna clorox pun tak mampu nak luntur sikap aku yang sebijik ni. Biasanya, orang suka mencuba something yang baru kan? Sebagai contoh, try food dekat tempat yang berlainan. Macam hari ni, makan nasi goreng kat warung adam, esok makan mee goreng pulak kat warung jemah. Contoh kannn..

Tapi jenis aku ni haa.. Kalau sekali makan kat warung adam, adam jugak yang aku carik. Pulak tu, bukan setakat warung yang sama, makanan pun sama. Same case, masa aku kat kampus dulu. Beli makanan kat Cafe CG, nasi putih, lauk ayam masak merah/ ayam goreng, pastu sosej masak merah. Benda tula aku makan everyday dan yang penting, tak pernah rasa bosan makan benda yang sama selama 3 tahun. Melampau tak ? HAHA

Sekarang, kat office, dah susah nak makan kat cafe exxon tu. Pasal, masuk kerja pukul 1 tengahari, time break pulak mau pukul 5, 6 or 7. Lagi satu hal, makanan kat level 6 tak best. Ehehe..

Maka, hari-hari pergi makan kat klcc. Dah macam orang berada la pulak nak makan sana hari-hari. Tapi, apakan daya, dah takde tempat lain nak tuju. Takkan nak pergi makan kat Pavi kot. Pastu, kalau makan kat klcc, ayam penyet is a must! Haha ! Memang kena manderam dengan pekerja kat situ kot. Haih, bila nak ubah sikap, mencuba something yang baru.

Tu part food, kalau part basuh kereta pun tempat yang sama. Tak pernah nak cuba tempat yang lain. Dah tau keling kat situ basuh kereta tak bersih, lagi aku nak hantar kan. Haishhh..

Rasanya, memang aku ni jenis yang susah nak mencuba benda baru, unless aku fikir benda tu patut dicuba kot. Heh. Ntah la. Lain orang, lain perangai. Ye idok ?

Jom cuba tido awal ! Heh.

Friday, May 18, 2012

Raya dan Kauthar !

Assalamualaikum

It's already 0300 am and i 'm not sleeping yet. What the fish am i doing at this time ? Mata tak mau lelap kot. Jenuh dah suruh pejam, tak mau jugak. Oh, might be esok aku cuti kot..Saje ambik cuti, sebab macam best je habiskan masa kat rumah. Nampak gaya macam bakal jadi full-time housewife ni. Heh.

Eh, tiba-tiba terfikir pasal raya. Haha ! Tak sabar nak raya.. Yeayyy! Hopefully, tahun ni, first day raya, boleh beraya kat kampung. Last year dah tak boleh beraya ngan family, time first raya tu. Sedih jemahhh oooiiii ~

Rindu nak kumpul ramai-ramai camni. Sepupu sepapat, uncle, aunty semua ada. Time ni la soalan-soalan cepu gangsa bakal berkumandang. Contohnya, "sape kawen dulu ni?? ".. Oh, cliche sangat. Hee..


Pastu rindu nak ambik gambar ala-ala kat kampung halaman yang tenang dan sejuk gitewww.. Dan menge'pose' dengan kenkonon gaya perempuan melayu terakhir, walau secara mentalnya aku ni perempuan kasar. Heh.



 Dan yang paling aku rindu, bila ada lelongan handbag. Lai lai lai ! Mulah mulahhhh..


Looking forward for next raya ! Sangat tak sabar even tak tau nasib macam mana time tu. Kot kena kerja, memang errrmmm..memang... ermmm.. Ntah.

Lupakan segala gundah gulana. Nak introduce someone special ni. Hehe..

Introduce, Muhammad Kauthar bin Mohd Khairuni ! :) Dah jadi aunty, i sekarang noks.. Happy sangat ! Raya tahun ni, ada 2 pertambahan ahli baru. Bakal di'register' tanpa bayaran. Free of charge. Hehe.. Nanti kite beraya sama-sama ye Kauthar ! :)

 Baby Kauthar main ngan toy eyyy.. comey ! Mak lang tak sabar nak jumpa kauthar !! Yeayyyyy ~

Sunday, May 13, 2012

Productive weekend

Asslamualaikum

Fuhhh... Weekend yang sangat seronok, sebab full with activities ! yeayy! Even penat, tapi best kotttt.. So, entri kali ni, macam panjang berjela sikit. Bukan aku nak merapu, tapi pasal gambar banyak. Tak la banyak, tapi banyak la jugak. Pang !

First of all, eceh terspeaking pulak. Heh. Semalam, seperti biasa, exam PTD kat SMK wangsa melawati. Hmmmm, sesat even dah guna gps. Maka, haruslah gps tu tak bengap. Jangan sekali-kali salahkan benda tu. Salahkan empunya gps tu. Dalam dewan, aku tersengguk-sengguk. Kalau ada orang sorong bantal, memang boleh lena. Maybe, aku lupa nak minum nescafe kot.

Then, petang tu prepare untuk akad nikah best friend kat Klang Gate. Prepare katenye, bagai aku pulak yang nak akad nikah. Sesat lagi, tapi takde la seteruk sesat nak pergi exam. Heh. Susah betul kalau dah diri sendiri yang buta jalan. :(

Feruh ngan pok seh. Sorang classmate, sorang hostelmate. Congrats to both of you! Hehehe.. :)

Then, esok tu, attend wedding dia pulak. Best gilakk boleh meet up ngan kawan-kawan ni. Rasa macam excited terlebih. Aku memang macam tu, kalau jumpa budak-budak ni. Selalu je excited tak hengattt. Kalau dengan orang lain, diam jeee.. I kan pemalu. Plastik sangat. Heh.

Wedding wish card, handmade by anie. Rajin kau nokss.. Hehehe.. Thankies ! :)

Haaaa... Bab makanan memang tip top. Sedap ! Nasi beriyani. 

Aku tanye diana, " Dee, nasi ni ke yang sedap or aku yang lapar?"

Diana jawab, " Aku rasa nasi ni yang sedap, sebab aku pun makan sedap.."

Maka, memang lidah aku betul la, bukan unsur-unsur kelaparan pengaruhi rasa makanan tu. Hehe...

Nah ! Kami kat atas stage ni lama kot, sampai orang lain kena bagitau turn dieorang pulak, baru kami turun. Wahaha ! Bila dah gila bergambar, semua benda buat-buat dunno je. Heh.

Turn sape pulak lepas ni ? Dah dapat 3 invitations from 3 buddies dalam picture atas ni. Hehehe.. :) Cepat betol korang semua mendirikan masjid. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan semua.. Amin..

Turn budak ni bile pulak ? Hmm.. Jom sama-sama berfikir. Heh.


Ok, abaikan sekejap bab kawin mawin ni. Bab hang out dengan bebudak USM pulak. Hehe.. Lama gilak tak jumpa. Rasa macam bertahun-tahun. After grad, banyak yang buat kerja sendiri.Eh, ada yang buat kerja tak sendiri ke? Hoho..

Yang paling kanan tu Ros. First time jumpa hari ni. Hehe.. Before ni, kenal kat facebook je. Hi Cikgu Ros ! Hee.. :D

 Oh, bodyguard kami untuk malam ni. Many thanks ! Hehehe.. :D

Tu je kot yang aku nak membebel dalam ni. Nak siap-siap tidur pulak. Esok keje. Alaaa.. Esok dah kejeeee... :(  Nite u olsss.. My all ? Mariah carey.

Thursday, May 10, 2012

Sape amik wiper kereta aku woi~

Assalamualaikum

Hari ni, time training, seronok dia lain macam sikit. Mungkin akibat minum air mocha ? Mungkin kott..

Yeay.. Pukul 5! Pulang!

Langkah penuh yakin ke tempat parking kereta kat vietnam. Hujan rintik-rintik air bergelora. Haruslah wiper menjadi peranan penting untuk mengelap segala jenis air di cermin kereta. Then, dammmnnnn!!! Mana sebelah lagi wiper aku ???

Turun dari kereta, intai kat tanah, kot la benda tu terjatuh tanpa rela. Intai punya intai takde. Hujan pulak makin rancak turun. Pulak tu, wiper yang hilang memang terbaik. Belah kanan. So, drive la dengan penuh kaliber. Dalam hati, tak putus-putus doa, janganla hujan lebat. Sebab, current view pun dah samar-samar, plus dengan 2 helai daun menempek kat cermin. :(

Sangkut pulak dengan jammmm bagai. Almost 1 1/2 hrs jugak aku cuak. Sampai rumah, decide nak pergi carik wiper baru. Risau esok hujan lagi. Macam mana aku nak drive noks?

Shoot pergi Tesco ampang. Jumpa wiper harga RM25.90. Rembat satu. Ingat nak ambik yang RM5.90 satu, tapau terus 3, senang kalau hilang dah ada spare. HAHA. Tapi, apakan daya, kualiti mungkin tak ok kot. Mane la tau, bila guna, bukan air yang dia wipe, kot ngan cermin-cermin sekali dia wipe. Heh.

So, tiada lagi kerisauan dengan hujan lebat. Yeay! :)

Thursday, May 3, 2012

SPA datang lagi !

Assalamualaikum

Bangun tidur pagi tadi, terus capai henpon, nak intai kot la ade mesej-mesej yang membangkitkan semangat kan nak pergi keje. Eh.

Sekali, dapat mesej ni :

" ANDA DIJEMPUT UTK MENGHADIRI PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41 PADA 12.5.2012 "

Ni dah masuk 4 kali aku dapat exam PTD. Still tak lepas-lepas. So, agak-agak, bengap ke, lembab ke or sebab aku terlalu pandai? Heh. Ntah. Hati dah luntur nak pergi exam ni haa.. Aku mintak Pegawai IT, tapi dia kasik PTD ni jugak. Ish.

Dah la SPA.. Merajuk dah. Panggil exam banyak kali, tapi satu exam pun kau tak kasik aku lepas. At least, lepas exam tu kire ok la tu. Takdela nampak aku ni bengap sangat kott..

Muka cerdik kannnnnn?? Heeeeee.....



Notakukukaki : kepala rasa nak hantuk atas meja *stressdenganlife*