Monday, December 30, 2013

I'm Back !

Ya ampunnnn.. Terasa berhabuknya blog ni (ayat cliche). Jarang sekali nak jenguk apatah lagi berkarya gitewwww...

Dalam masa beberapa bulan tak menulis ni otak pun dah mula kurang berfungsi dengan baik. Nak tulis pun kena fikir lamaaaaaa baru keluar nak tulis ape. Hohoho.. ~

Just a come back entry. Takde yang best mane pun. Guek ada ceritaakkk yang lagi best nanti nanti nanti. ~ :)

I'm BACK my virtual diary :D

Sunday, October 20, 2013

Sesat makan langsat. Aiyok !

Boleh pulak kan nak pergi KLIA tadi sesat sampai ke port dickson.. Bahaha ! Kalau angah aku cakap macam ni kan BEST..

"takpe, cancel pegi labuan meh pegi jalan2 kat port dickson".

Oh seronoknyaaapunnnnn.. Tapi finally pusing pusing jumpe jugak jalan nak pergi KLIA. Hampa tapi at the same time cuak sebab risau takut angah aku tak sempat naik flight. Kehkeh..

Sebab tu la, sekarang orang macam aku ni selalu bergantung hidup sangat dengan WAZE. Nak pergi mana-mana semua pakai benda alah tu.

Macam mana la orang dulu-dulu pergi jalan jauh-jauh. Kalau sesat agak-agak mereka pakai ape eh? Tak mungkin tengok bintang-bintang di langit. Kalau siang macam mana? Pikir jap pikir jap...

Tapi jenis yang lampi macam aku ni kalau tengok waze pun boleh sesat lagi. Husband selalu cakap aku ni tak tau tengok jalan. Kehkeh.. Seriously, am not a good co-pilot. Heh !

Sesungguhnya lagi ok kalau aku drive, dan orang sebelah akan...

.
.
.
.
.
.

BAGI ARAHAN

 "haa depan sikit lagi masuk kanan.. nanti masuk kiri.. pastu buat u-turn.. depan sikit lagi buat willy.. bla bla bla."  - am prefer someone give me instructions instead. Not to think so hard.

Oh how i wish my life could be easier.

Saturday, October 19, 2013

Pindah ! Pindah !

Happy weekend uolsss ~

Sesungguhnya waktu weekend la paling orang orang berkerjaya paling tunggu ye idok. Tapi masuk hari ahad tu dah lemau sikit. Kehkeh.. Ni nak habaq mai, Insha Allah hujung bulan ni boleh pindah rumah lain. Still rumah apartment. Rumah landed ? Nak cium pagar pun belum tentu boleh. Rumah landed pun yang paling murah kat KL ni aku rasa memang takde dah yang harga 300K, semua nak mark up sampai half million.

Sesungguhnya hiba hati bila fikir macam mana nak survive kat KL ni. Cewahh ~ Tapi serius betul. Sape-sape yang dapat gaji berkepuk-kepuk kat KL ni pun belum tentu mampu beli rumah landed. Pasal?

HARGA RUMAH SEKARANG SANGAT TAK REASONABLE !

Bayangkan apartment kecik around 780sqft pun dah harga 200k, Nak geleng hantuk kepala bila pikir-pikir balik. Abang sulong aku beli rumah dekat Terengganu, double storey siap ada laman semua harga 300K plus plus je. Memang sangat puas hati dapat rumah besar macam tu. Bestnye ! Bestnye !

Tapi tula takkan nak balik kerja Terengganu pulak kalau husband dekat sini. Sesungguhnya aku rasa nak semput bila fikir hal rumah. The best way at this moment, RENT jela dulu. Tu pun Alhamdulillah dapat rent price yang murah. :)


SENYUMMMMMMMMMMMMMMM :D

Wednesday, August 21, 2013

Tajuk post paling susah nak fikir.

Hari ni dah masuk hari ke 11 kite beraya. Tapi aku tak rasa pun suasana raya ke 11 tu. Macam biase, bangun pagi buatkan air untuk cik abey, solat subuh then sambung tidur. Bangun balik around 830 pagi and siap-siap pergi kerja. Tu namenye kerja pukul 10 pagi. Heaven jugak la sebab boleh continue tidur. Bahaha ! Gila tidur .

Bagi yang kerja macam aku la kan, cuti kompom berebut-rebut nak ambik. Tambah-tambah kalau sehari before public holiday memang berderet-deret nak mintak cuti. Cuma concern aku kat sini bilamana CUTI SEHARI BEFORE RAYA HAJI KENA REJECT ! Gila kau tak sakit hati. Rasa sakit hati tu macam malas nak datang kerja. Bahaha ! Dah la cuti raya hari tu dapat sehari je. Ni raya haji langsung tak dapat. ^#(#%@&%#

Memang bab cuti ni i sangat sensitip u olllsss... Lagi-lagi kalau tu perayaan kita. Kalau perayaan agama lain aku tak kesah pun sebenarnya. Ye idokkkss ? Sedih noksss. Dah la rindu dekat mak ayah itik ayam di kampung nun jauh di sana. Kalau dah memang duduk sini nak buat apa mintak cuti sehari before raya? Tak payah nak naik kereta or bas pun nak balik kampungnye. Tak paham la konsep mereka-mereka ni.

Mungkin aku kena tengok schedule cuti hari-hari. Baru la sempat nak booked dulu. Kate FIFO eh bukan. Kate first come first serve. 

NTAH LAAAAAAAAAAA

Mungkin kena cari kerja yang tak payah bekerja dengan orang. Macam...............


 SURI RUMAH ! :D

And for sure i wanna be like this, stand still as a housewife. Heh.. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Baru 2 hari jadi housewife dah meraung nak masuk kerja balik pasal bosan duduk rumah. Oh shima.. Please grow up !

Saturday, June 15, 2013

Review | Tudung nikah, resepsi dan bertandang

Hi my olsss.. Tiba masa untuk aku review apa-apa yang rasa nak direview time majlis pernikahan aritu . First of all, benda yang simple tapi paling penting time majlis nanti ialah TUDUNG. Bukan tudung saji mahupun tudung botol, tapi tudung yang pakai atas kepala tu. Heh.

NIKAH

Just carik halfmoon plain shawl. Sebab apa aku pakai yang plain? Sebab, akad nikah tu just nak nampak simple je. Tak nak lebih-lebih. Less is more. Heee :) Halfmoon shawl ni aku beli dekat Jalan TAR je. Around RM15 sahaja tunai ! Sah !


But veil tu aku tempah dekat kawan mak. She's really did a great job! Sangat suka veil dan baju akad nikah yang dia jahit. Tq cik na ! :)


Bagi brides to be yang nak pakai merelip relap pun takpo ehhh.. Depends kat uolsss.. Tapi yang penting, pengantin lelaki tak kena stroke sebab nampak kau cantik sangat. Kang tak pasal-pasal kena ulang banyak kali. Heeeee :P

RESEPSI

Aku carik halfmoon shawl yang merelip relap sikit la. Yang banyak beads tu. Mula-mula carik tudung yang macam ni dekat Jusco setiawangsa. Ya ampunn ! Mahal ! RM160.. gile gile.. so aku tak beli. Membazir.
 


So, decide nak pergi Jalan TAR. Jalan punya jalan jumpa la tudung yang sebijik macam kat sana, just for RM90. So, aku gerrrraaabbbb jela. :) Tak sia-sia berpanas bersesak kat sana, ada jugak hasil dia. Thanks to my husband sebab teman pergi sana. Heee..

BERTANDANG

Aku custom made sendiri je tudung tu. Asalnya beli shawl lain, rupanya color yang aku beli tu tak match dengan color baju. Makanya, beli yang lain jela.  Beli chiffon shawl dan just tambah lace and beads. Tapi bukan aku la yang jahit. Mak yang tolong jahitkan. TQVM mak !!! :)



So sangat jimat di situ. Kalau nak beli online mahu jugak la dalam RM60 plus plus kan kalau yang jenis ada beads bagai ni. Tau tak, yang custom made sendiri ni, around RM 10 (chiffon shawl) + RM18 (lace with beads). Just cost me RM28 ! Yuhuuu ! Jimat jimat. Chiffon Shawl yang murah gile dan buat aku terkejut kaku tu aku carik dekat Terengganu and lace tu beli dekat area Jalan TAR yang aku tak ingat nama kedai dia apa. Main hentam je. Heee..

So brides to be sekalian, kalau masih ada masa carik jela dekat Jalan TAR. Banyak choices. But, online pun ok jugak, cuma tak dapat merasa kain tu macam mana la kan. Lembut ke, keras ke ape ke kan. And tak dapat nak try. Heehehe.. Whatever it is, the choice is yours. :)

Wednesday, April 17, 2013

Teambuilding | Best western Inland Sea Resort

Evening u olssss.. Sesungguhnya hari ni sangat lah terang benderang bagai lampu lampu neon bercahaya riang. Tersampai awal jugak la kat ofis sebab light still tak bukak. Aku ni macam berani berani takut je nak masuk ofis bukak lampu. Heh.

Weekend lepas time aku uji stamina kat Best Western Inland Sea Resort. Tapi bukan stamina yang diuji, tapi mental diuji, pasal team aku KALAH TERUK ~ booooooo ~~~ hewhew.. Kata si orang hotel tu, team aku ni lemah lembut. Bahaha ! Lembut la jemah oi pasal tak semangat. Hihihi..

Team kiteorang menang satu game je. Bahaha !

Ahhh.. Malas la aku nak cakap pong pangggg pongg panggg.. Mood kalah tu still ada. Hewhew.. Yang pasti judges untuk games bias sangat ! Hahaha.. Jom tengok betapa berusahanya RED team. GO GO BLACK team ! Eh. Propa sangat.


The Red Hot Pepper Team. Footballer.  HOT sangat jemahh..

Black Team (hungga hunggaaaa hunggaaaa...ala-ala orang asli. haha. statement jeles pasal team ni menang.)


Cowboy Team. Captain perempuan, tapi totappp gagah perkasa gitewww.. 


Army Team. Team paling banyak mencorakkan diri. Siap calit muka dengan water color. Kalau yang putih tu abis jadi gelap lepas basuh muka. Hihi..


Ready for war cry yang memang buat judges crying. .. Ternyata aku memang tak boleh jadi cheer team untuk rugby. Menangis rugby player kalau dengar aku menjerit. Heh.

Kita orang punye war cry macam ni. Sila baca sambil jerit. 

"Glory glory red hot pepper...."
"Glory glory red hot pepper...."
"Glory glory red hot pepper...."
"As the red goes marching on..!!"

Pendek tak? Pendek tak? Team lain buat macam-macam aksi. Kiteorang je yang simple mimple. Sebab tu kot dapat number last. HAHA !





Haaa ! Ni game charlie chaplin. Aku tak tau la mane si charlie dan chaplin dia. Takde misai kontot pun kena pakai. Cuma pakai kain pelikat pastu lari sambil kepit bola kat kangkang. Kalau agak-agak kangkang besar memang bola tu asyik jatuh jela. Heewhewhew..


Ambik kesempatan rest satu game. Penat and panas kot. Tak tahan lagi .. ooo.. ingin bertemu..oo.. ok ape kejadah aku bernyanyian. Jom sambung cite pasal makanan !

Kalau bab makanan toksah citer la. Kau nak apa je, semmmmuuuuuaaaaaaa ade. Janji perut tu boleh muat semua makanan tu. Hewhew.. Sedap sedap ! Kat sini memang makan jela keje dia. Memang tak pernah sakit perut lapar. Heh.


Muka kepanasan selepas berjemur dengan jayanya di bawah cahaya matahari terik. Sedih mak nokss.. Sebulan jugak aku kena tempek UV protector lepas ni.



Jangan tegur apa yang jelas sekali dalam gambar di atas. Ye, aku memang dah gemuk. STRESS ! Tak nak makan malam, tapi makan jugak. Memang tak istiqamah. Memang takkkkk.. :(


So after siap makan malam, time untuk kami perform. Oh yang part ni aku sangat sangat sangat MALU. Nak kena menari depan orang. Tapi terpaksa. Tapi ok la kot pasal semua orang kena perform. Bukan menari sorang-sorang or nyanyi sorang-sorang kat depan. Heh.

Dikir barat.

Tarian Cowboy dangdut. Haha..

Tarian retro. Hehehehe..

Parody Shae Sayang. idea from Bubu. Hakhakhak !


Ni tarian ricky martin pandang lantai. Bahaha ! Malu weyh.. Lame gila dah tak menari depan orang. Last skali zaman sekolah rendah. memang sangat lama............

Head of Department and managers yang sangat sangat sporting. Menari Gangnam Style. Bahahah !


Yang paling penting, GM baru sangatlah hensem oh ! Hahaha ! Fresh from Netherlands. Yuhhhuu.. ;)

Sunday, March 31, 2013

Jenis tudung sesuai untuk akad nikah / resepsi

Lebih kurang 1 bulan lebih lagi nak majlis ni. Tapi aku still lagi tak tau nak stylekan tudung untuk akad nikah ngan resepsi. Merata picture aku browse. Semua cantik tapi aku tak tau nak pakai macam mana. So, end up aku pun close google and tidor. Lagi best. Heh.

Ciri-ciri penting untuk tudung kahwin/ akad nikah. *bagi aku la*

1) SIMPLE
- if baju or veil dah banyak beads, aku rasa nak carik tudung plain je. Tapi taknak jenis tudung ekspres tu. Yang ada awning tu. Pasal, muka aku tak sesuai kot nak pakai tudung macam tu. Dari dulu lagi kurang suka pakai tudung macam ni. Tak tau la nape.

Aku suka yang melekat macam ni.


2) MELEKAT ELOK KAT DAHI
- aku nak jenis tudung macam ni. Tapi tak sure material jenis apa yang elok. Sebab, if tudung tu melekat elok, senang la nak bentuk.

Aku rasa, material sesuai yang jenis stretchable tu kot, pasal material macam tu je yang boleh melekat elok and takde serabut dekat bahagian leher. Kan? Aku rase jela. heh.

3) TAK NIPIS
- kalau boleh tudung tu tak nak nipis / see through. Pasal time tunang hari tu, aku beli dekat Jakel shawl chiffon. Cantik, tapi nipis dan aku rasa sangat tak cantik oh. Heh. Ni la akibat beli tudung last minit.

Bila tengok balik macam tak cantik pakai macam tu. So, kali ni memang aku nak carik yang jenis tebal sikit and fully covered. In Sha Allah :)

4) MURAH BUT CANTIK
- dalam internet macam-macam jenis tudung yang kau boleh tengok. Memang rambang mata. Tapi, ada certain penjual jual tudung melampau-lampau harganya sampaikan RM200++. Aku rasa tak berbaloi nak beli. Sebab tudung yang berbeads tu pakai sekali je. Contoh terdekat, shawl tunang hari tu. Sekali tu jela aku pakai. Haha..

Saturday, March 30, 2013

topik serius

Memandangkan semalam adik fiancee aku bertanya pasal bidang Science Computer ni, so aku terpanggil panggil ala-ala pontianak mintak pulangkan anak dia untuk story mory sikit pasal bidang ni. Mungkin boring sikit pasal topik seriusssssssss...



Dulu, time matrikulasi aku sangat nak masuk bidang chemistry and maths. Sangat sangat ! Sampaikan lepas abis matrik tu aku mintak hampir semua yang related to chemistry and maths dekat semua Universiti. Konon nak jadi cikgu or pakar chemist ngan maths. Muahahaha ! Sekali, tak dapat. Dapat kos lelong. Science Computer kat USM. Sedih tak yah nak cakap la. Menangis berhari2. Pasal orang cakap kalau masuk Sc comp peluang pekerjaan kurang. hewhewhew..

Rasa down , rasa tak nak sambung study. Rasa nak ambik maktab perguruan . Macam-macam rasa la mak time tu noks.. Tapi, mase tu ex-bf aku pun dapat Science Computer jugak dekat UITM, so aku pun macam "oh ok laa... die pun dapat sc comp.. nanti mende-mende yang dok pahangg boleh la tanyeee die.." (sorry terkeluar citer pasal ex pulak dah.heh.) Tapi lepas tu break. Bahaha!

Ok ok ok fokus dengan citer seriusss.. Then bila dah masuk sana, jadi shock. Sebab mana ada aku pernah dengar pasal programming languange apa benda semua tu. Hah, time tula aku struggle gila-gila. Even struggle pun, still programming failed. So next sem tu aku repeat balik and Alhamdulillah dapat A. Hahaha !

Aku struggle selama 3 tahun setengah dekat sana. Nasib baik la ada kawan-kawan, senior-senior yang baik hati tolong menolong sesama insan bab-bab programming. Terima kasih kalian !

Siapa cakap Sc computer takde peluang pekerjaan? Meh nak hentak kepala sikit. Heh.
Alhamdulillah semua kawan-kawan aku dapat kerja yang best-best. Sc Comp la banyak peluang pekerjaan. Semua company nak IT expert. So orang-orang macam kita la yang boleh fill in the position.

Tapi yang penting, kena faham. Zaman study and zaman kerja TOTALLY DIFFERENT. Apa yang kita belajar tak mungkin ada time kerja. So kena get ready dengan apa jua cabaran. Pergh ! Macam iklan tv dah rasenye. Hewhewhew.. Soooooooo.. ENJOY !

Monday, March 18, 2013

iperintis 1Q gathering :)

Baru-baru ni ada la gathering dekat office. Seronok tak hengat pasal makanan sangattttttttttttt banyak ! Aku ni mana la boleh tahan dengan makanan. Tu sebab sekarang berat badan dah naik 3 kilos.

Entah la, tak tau nak cakap kenapa berat naik. Mungkin hormon or metabolisme tu dah naik. Atau mungkin nafsu makan tu meningkat. Bahaya oh bahaya !

Yang best tempat gathering kami ada pool, ada karaoke, ada macam-macam ! Suke suke.. Lepas gathering boleh karaoke. Tapi tak boleh la bersungguh sangat. Malu eden dekek semueeee orang aihh!


Part of Iperintisian. Ramai yang pakai head band tu. Aku bukan taknak pakai, tapi kalau aku pakai, yang ada "i'm engaged" tu.. Malu lewwwww kaweeeee.. Bersungguh sangat nak bagitau dah engaged. Hewhew..




Muka tekun mendengar. Tapi jangan percaya dengan ketekunan itu. Aku lagi fokus dengan makanan kat luar. Muahaha.. Fooddd....fooooodddd..... fooooooddddd.... :'(


Inilahhh..barisan kita..yang ikhlas berjuanggg.. ooo.. Ok, ni barisan model-model yang pakai head band. Macam-macam ada. Ada bunny, ada ala-ala princess, ada ala-ala witches, ada ala-ala nak pergi menari zapin. 

Cuba teka yang mane dapat first prize?? Haaa.. Yang pakai ala-ala zapin la. Boleh joget zapin terus.. ala la la tok..ala laa laa tok... Heewhewhew.. 

AND......

Masa yang paling aku tunggu ! MAKAN ! Oh yeaahhhhh.. (drum roll)


See!! Banyak tak makanan?? Aku makan sampai tak terhabis. Hewhew.. Alangkah tamaknya diriku ini. Pasti makanan tu menangis aku buang dia macam tu je dalam dustbin. Sorry my dearies foods.. You will be rest in peace. :'( 

Sunday, March 17, 2013

Kad kahwin MURAH !!

Ohhhoiii ! Apa khabar mak jemah sekalian? Everything is good and goodies? eh goodies pulak kekdahnyee.. Mentang-mentang beberapa bulan lagi nak kawen, semua nampak hal kaweeeeeeeennnnnnn je. heh.

Alhamdulillah, kad kawen dah siap lipat semua. Sangat gigih aku lipat sorang-sorang 500 keping tu. Sangat gigih T__T Lipatan dia bukan yang biase-biase punya, ni lipatan pengakap gitewww.. Lagi 300 keping, lipatan yang jenis biasa je, ala-ala lipatan PBSM so yang tu boleh mintak si Awin yang lipatkan.

Aku tempah 2 jenis kad kawen.

1) untuk orang-orang terdekat, sanak saudara, kawan-kawan mak ayah, kawan-kawan sekolah, matrikulasi, universiti, office.

2) untuk orang-orang kampung secara amnya. 

Actually, kad kawen tu dah booked bulan 12 lagi time Festival Pengantin kat PWTC. Awal gile kannnnn?? Masa tu, kiteorang belum decide lagi nak kawen bila. Just booked je dulu pasal macam murah. Lagipun 50 hengget je nak booking. Kehkeh..

kad kawen 1000pcs (0.95/pcs) + printed envelope + 2 bunting + gift box + TQ tag

OK la kan?
Aku tempah kat "Gedung Kad Kahwin". Mula-mula ambik yang 0.75/pcs tapi bila pergi kedai, tengok macam lagi cantik kalau ada finishing. Kalau ikutkan hati, aku ambik je yang 0.75 sen tu, tapi Fiancee nak yang jenis macam tu so jadik la 0.95/pcs. 1000 keping tu kami divide dua. Jimat! :)

Yang lagi satu, tempah dalam FB. Sangat murah ! Around 30 sen je sekeping. Siap ada color ! Heeee.. Teruja jap. Nama FB kakak ni "Galeri Kad Kahwin Sr.". Sangat berbaloi kalau beli kat sini. Sebab dapat yang color in affordable price. Kalau kau tak nak ada color lagi murah.

Actually, banyak je kedai-kedai kad kawen yang buat promotion best-best. Kau kena rajin mencari dan menyelam dalam internet tu haa.. Aku ni takdela rajin sangat nak menyelam, tapi nak buat macam mana. Kawen sekali seumur hidup. Hewhewhew..

Wednesday, March 6, 2013

Macam mana nak mohon borang kahwin?

Oh hoooiiiii... Finally, March dah datang. Suke suke suke ! 2 months to go.  Tajuk entri yang sangat sensasi giteww.. Bukan aku nak ajar cara-cara kawen ye..

TETAPI......

macam mana nak setelkan hal borang kawen.

Aku sangat pening fikir pasal borang kawen ni. Bukan ape, aku ni tak pernah kawen lagi, maka kena bertanya orang yang dah ada experience. Yang pelik, orang yang dah kawen pun lupa macam mana nak setel pasal borang kawen. Mesti fikir hal kawen jeeeeeeeeeeee kan ? Hewhewhew..

Ayah: "ayoh ambik doh borang kaweng ni.. kena balik la sebab banyok nok kena isi ning.. kena bowok balik sijil kursus kaweng, gambor passport, pahtu kabor ke Iz, die kena setel beloh laki dulu, baru kita boleh setel beloh puang.."

Ok, pekat tak pekat tak bahasa itu ? Since aku ni sangat la noob bab-bab borang kawen ni, so aku nak share la dengan sape-sape yang noob macam aku jugak. Hewhew....

Bagi mereka yang kawen dengan sesama daerah, (daerah kajang - daerah kajang) kau boleh ambik borang dekat tempat yang sama.

Kalau kawen lain-lain daerah (daerah kajang- daerah hulu selangor), maka kena ambik kat daerah masing-masing.

Kalau kes macam aku ni kawen lain-lain negeri, sorang kelantan, sorang Terengganu, maka dua-dua kena ambik dekat tempat masing-masing. Then, lelaki kena setelkan part mereka, then bagi kat perempuan borang tu, then baru proceed hantar borang tu. OK ? Pening tak pening tak? Kenapa aku yang pening? Hmm... More info? Refer conversation kat bawah. Harap faham loghat Terengganu tu. Hewhew..



Dah, tu je yang aku nak share. Hewhew... Part doorgift semua aku share nanti yep. Kat mana aku beli, kat mana aku tempah sticker, paperbag, kad kahwin.. blablabla.... Will update so soonnnn.. :)

Wednesday, February 27, 2013

Kursus kahwin di Putrajaya - update

It's been awhile aku tak tulis pape. Bukan aku malas, cuma aku kurang berkeinginan. Hah gitu kekdahnyeeee... Hewhewhew..

Last week sempat la attend kursus kahwin dekat Putrajaya dengan encik tunang. Jauh betul aku menuntut ilmu kan. Takpe, menuntut ilmu tu wajib. Tambah-tambah bagi orang macam aku yang... err... Takde ape lah! hewhewhew..

Pergi sana sesat jugak. Tapi bukan sesat nak pergi kompleks D tu, sesat nak cari parking dalam tu. Sodihhh mak noks.. Sob sob sob..  Punye la besar tempat tu. First time pergi. Jakun sangat.

Hari pertama aku dah siap bawak air segelen besar tu haa.. Konon tak nak kasik mengantuk dalam hall. Tapi, apo pon takdooo ehh.. Air yang bergelen tu tak bawak masuk hall. Buat pekasam dalam kereta.  

End up ? - krohhhh kroohhhh kroohhh..

Tapi bukan aku, orang lain.

Esok tu, aku dah tak bawak air segelen. Beli jela noksss.. Malas nak kelek bekas air besar gabak. Heh.
Tapi serius, LAWAK sangat sorang ustaz ni! Mata aku yang dah macam separuh nak pengsan, terbukak luas macam nak terkeluar bijik mata (metafora) 



Kelakar. Kelakar. Kelakar. Tapi overall ok la. Boleh tambah ilmu rumah tangga. Kadang ada je yang ustaz cakap setepek kena kat muka. Memang 100% kena. Haha ! Senyum sorang je bila dengar. Hewhewhew..

So, kursus kahwin dah siap. Tinggal nak ambik borang kahwin dan HIV test.


Mak tak suke!! Mak tak suke ambik darah! ! :(

Sory, lupa nak bagitau address kursus ni kat mana. Okeh, meh nak update. Hewhew... Siapa-siapa yang nak kahwin sampai hujung tahun ni 2013, boleh la attend kursus kawen ni.. Date available sampai Dec 2013 :)

Venue: Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya
* Kalau nak booked, boleh la pergi website ni 

 Happy berkursus kawen semua ! :)

Sunday, February 17, 2013

Bridal pengantin yang best kat Terengganu!

Baju kahwin. Buat sendiri ke sewa?

BUAT SENDIRI?

Buat sendiri ni maksudnya macam upah tailor pastu dia yang carikkan fabrik, dan siapkan semua hal yang berkaitan baju kahwin. Kita just pergi ukur badan, bagitau nak macam mana dan bila dah siap pegi fitting and bayar harga baju + tailor. Heeee..

Mudah kan? Then, bila dah habis majlis, boleh la simpan baju tu buat sentimental value. Kot la masa tua nanti nak tunjuk kat anak cucu. Heh. Tak pun sewakan je kat bakal pengantin yang lain. Boleh la dapat side income. Gitu kekdahnyeee mak jemah oi..

SEWA?

Sewa pun ok jugak. Boleh jimat duit. Heee.. Amik je dengan pakej pelamin semua tu. Tapi sekarang kat mana-mana butik boleh je kita nak tempah baju baru. Kira kite first timer yang pakai. Kita yang rasmi dulu. Cewah gitu kennn..

Sama jugak dengan konsep buat sendiri tu, cuma nanti bila dah pakai kena pulangkan balik la. Tak boleh buat pekasam. Heh.

SOOOOOOOOOOOOOOOOO....

Aku pun fikir macam mana. Maklum la tak pernah kawen. Eh.

Then, nak booked my friend yang dah pernah design baju pengantin tu. Unfortunately dia tak dapat nak buat sebab kena commit dengan class and assignment. Dia takut tak sempat nak buat. So, aku tukar plan.

Survey semua butik-butik kahwin dekat area Terengganu and finally jumpa jugak Bridal yang boleh tempah baju baru. Alhamdulillah.. So, ambik pakej pelamin dengan SYUQ BRIDAL. Haaa.. Baju-baju dia semua up-to-date dan cantik. Bile pergi butik, sawan jap tengok baju-baju yang sangat cantik.

Owner bridal, Kak Ida sangat la baik dan memahami kehendak customer die yang banyak songeh ni. Tak nak tu la.. Tak nak ni la.. Sabar jela kak ye.. hehehe..

Yang bestnya, pelamin pun boleh mintak nak buat macam mana. Ikut suke hati kau la nak letak hutan belantara ke, belukar ke kat pelamin, Insya-Allah Kak Ida boleh buat. Hehehehe...

Cuma, baju nikah je aku beli kain pastu tempah. At least, ada la something value dalam wardrobe nanti. Hihihi...

So, 3 months to go before i can show you my baju pengantin, pelamin and everything. :)

Nite my olssss ~

Thursday, February 14, 2013

Budok zaman loni tidok supo mulo

Bila mana semua manusia sibuk balik beraya cine, seperti mereka yang beraya, aku pun same la. Hewhew.. Seboookkk jugak nak balik kampung. Menyumbang pada kesesakan lalulintas jugeeekkk.. Tapi tak kesah la pasal memang aku nak balik.

Haritu mase kat rumah, tengah syok-syok tengok TV, adik aku si Awin;

"Kak! Kak! Shila Amzah hilang kak.. orang jupe die dekat kemamangggg..."

Aku macam buat dek jela. Mana nak percaya gosip-gosip liar ni, apatah lagi gosip datang dari adik aku yang baru darjah 3. hekhek..

"mane gokkk.. nawok blake tu.. "
"betol kak... ni tengok ni!" sambil die hulur tab dengan muka bersemangat waja. Kepoh sunggoh budak sorang ni.

And i????


Ok. hal shila hamzah biar dia dan family dia or 'abang' dia uruskan. Concern aku kat sini, pasal pengaruh internet dekat anak-anak muda sekarang. Argh, macam debate la pulak kan. Tapi ye, sangat bahaya noks sekalian.

Bayangkan adik aku yang darjah 3 dah tau gosip gosip mak jemah! T__T

Macam mana dengan yang darjah 4, darjah 5 darjah 6?? haaa.. tu tak termasuk lagi handphone semua. Haritu aku dah cakap kat mak, tak payah kasik handphone kat si budak kecik tu.



Bukan takat henpong macam tu je, henpong macam ni pun aku tak kasik.  

NO



Mak cakap, "ok.. mak ikot cakap kak...jadi adik dok boleh pakai henpong..."



Aku bukan nak jeles ke apa, cuma aku rasa kecik-kecik tak payah pakai la. Dulu time aku kecik-kecik pun tak kenal ape tu henpong.. *bunyi macam jeles di situ*

Bukan nak call cikgu pun. Macam tak logik je adik nak call cikgu tanya esok nak belajar Sains bab brape, esok nak belajar bab darab ke bahagi ke, perpuluhan ke. Esok cikgu nak main quiz ke tak. hewhewhew..

Risau pelajaran tah ke mana kalau dapat benda ni. Yelah, zaman sekarang macam-macam boleh jadik. Semua dihujung jari telunjuk je.

Mengelak lebih baik dari mengubati ye yang arif. Saya gulung hujah saya pada hari ini. Buhbye!

Thursday, February 7, 2013

Jakun di pagi hari di LRT Jelatek


Pagi ni, terpampang dekat kaunter touch n go.

CANNOT TOP-UP TOUCH N GO. SYSTEM OFFLINE UNTIL FURTHER NOTICE

"Kak.. Saya nak topup touch n go, 10 ringgit eh.." sambil dengar lagu dengan volume yang kuat sambil buat bodoh dengan notis tu. Kot la system dah ok. Hewhewhew..

"&^%$(*_@()_@%!!**$@" cakap kakak tu. Dia bukan mencarut ke ape tapi aku tak dengar dia cakap ape pasal telinga dah tersumbat dengan earphone.

"Jap kak..jap kak..saya tak dengar sebenarnye...hehehe"

"Dik, kalau nak tengok balance dalam kad boleh la.. tapi tak boleh topap.. baki ada lagi 2 ringgit 80 sen.. tak cukup ni.."

"ok takpe kak..saya nak token ke KLCC satu eh.."

"tak boleh beli sini dik..kena guna mesin tu"

I was like!




Bila duduk depan mesin tu, aku tilik-tilik dulu, kot la ada instructions nak guna. Memang ada. Step by step. Tapi takde die mention macam mana nak tekan-tekan dekat screen tu. T__T
Aku touch dekat pilih language je. Pastu lost bile nampak routes yang berwarna warni tu.

Tibe-tibe nampak KLCC punya point. Aku pun touch kat situ. Haa sudah. Takde pape reaction pun mesin ni. Rosak ke?? Aku pun usha-usha mesin lain. Kebetulan ada orang perempuan kat sebelah aku. Dia pandang-pandang. Mesti dalam hati, JAKUN BENOR BUDAK NI.

Aku tebalkan muka, tanya dia macam mana nak beli token. Hewhewhew.. Oh, rupanya kena tekan dekat warna-warna tu. Nak pilih route mana, baru la keluar nak pergi mana.

Finally, jatuh jugak token tu. And again, i was like!



Kesimpulannya, even kau ada kad touch n go pun, jangan la ambik mudah bab-bab kegunaan mesin lrt ni. Kalau tak, jadi macam ni la. Memalukan diri sendiri. Shima oh shima~

Monday, February 4, 2013

Wedding lagi ohhooii~

Paaakkkk...Pakkk.. Keppuuukkk... Keeepuuukkk... Kompang dipalu..pengantin malu... haih, malu sangat kan. Haha. Bunyi kompang tu tandanya semalam aku makan nasik orang kawen. Wedding kawan exxon. Ohhooii sedap sangat nasiknye!

Congrats Sarina and husband. You sangat gohjes tadi! Dengan dress yang full of beads yang sangat cantik! Makeup yang mantop! Sangat buat aku rasa nak kawen cepat pasal nak pakai cantik jugak. Hee! *perasaan teruja maka exclamation mark kasik besar sikit*



Sesat jugak nak pergi Dewan Merak ni. Nasib baik follow Yana, takde la aku sesat sorang. Jadila sesat 2 orang. Kifkif! Aku memang sangat fail jalan jalan dekat KL ni. Yang aku tau jalan nak pergi KLCC, Capsquare, Wangsa Walk. Tu je jemahhh ui. Sedih. Bile ntah nak terer jalan kat sini.


I guess semua orang tau ape kebende ni kan. Guestbook. Memang jadi trend kalau dekat kenduri ada benda alah ni. Boleh wish semua kan. Kalau tulisan cakar ayam macam aku kat atas tu, tak tau la pengantin paham ke tak. Eh bukan cakar ayam tapi cakar harimau. Auummm~

Cuma sekarang, ada camera polaroid tu. Picture siap dalam 3minit. Tak payah susah-susah nak pergi kedai Kyoto cuci gambar. Buang masa, buang tenaga, buang peluh. Heh. Kipas-kipas je paper tu, then menjelma semua muka muka. Comel. At least ada bukti kukuh kau datang kenduri. Sebagai contoh;

"Semahh! Sampai hati kau tak datang majlis kenduri aku last weekkk....aku tak nampak pun kau.."

"Eh jemahhh.. Aku datang hokayyy.. sebagai bukti, cuba tengok dalam guestbook ada tak picture aku.."

Boleh buat bahan bukti. Ala-ala nak siasat kes ape je kan. ngeh ngeh..




Satu lagi yang menarik, ada patung ni haa.. Patung ni bukan dari batu ke, besi ke ape. Macam lebih kurang paper keras tu kot. Ala-ala yang dekat panggung wayang tu. Menarik-menarik. Tapi aku rasa macam terlebih tinggi pulak hari ni. Kifkif..

I wanna be next to get married ye! Ramai orang yang ter'over' react pulak pasal backdrop yang aku pegang  tu. Kifkifkif..