Wednesday, November 22, 2017

Recalled something sweet

Pagi tadi hujan renyai-renyai. Sejuk. Aku kuatkan volume radio Kool FM. Memang sekarang ni this is the most favourite radio thus far yang aku dengar. Lagu campur-campur. Takde la asyik ulang lagu same je. Boring kot kan.

Tambah lagi dengan jammed yang aku sendiri tak tau kenapa, kenapa dan kenapa. Untung sape yang kerja kat kampung. Takde nak hadap jammed macam ni. Pergi and balik kerja tenang je. Somehow ada terfikir nak kerja kat kampung tapi bila fikir 1000km kedepan, ok simpan balik perasaan tu and hadap je dulu jammed ni. Haha.

Dulu time kerja kat Terengganu rileks je pergi kerja tak risau pasal jammed. Cuma risau pasal environment kat school je. Sebab? Time tu semua kerja aku kena buat. Start dari tolong cikgu buat presentation slide sampai laaaaaa baiki CPU. Which is not in my job scope during that time. Tapi aku ni sejenis yang suka tolong (bukan nak riak) dan suka tengok orang happy. Walaupun diri sendiri tak berapa nak happy. Lol.

Tapi Alhamdulillah pengetua dan cikgu-cikgu semua baik. Time last day tu bapak banyak hadiah aku dapat. Rasa macam di appreciate sangat. :) Eh, tetibe ter'recall' pulak kisah lama. 

Ni mesti kes sejuk kat ofis. Macam tak related pun kan. Emmm.... Ok bai.

Monday, August 21, 2017

Mybuddies Run 2017

Semalam sepatutnya aku join MyBuddies run. Tapi, di sebabkan faktor katil dan bantal tu lagi menarik so yahhh. End up aku run je atas katil. Haha.

Punya la semangat dari semalam nak pergi kan. Siap nak ambik race kit dari kawan bagai. Nasib baik la aku tak pergi Putrajaya malam tu collect race kit. Kalau tak buang tenaga dan masa je. Hehe.

So kena tunggu September ni la untuk Orchid Run. Aku harap time tu katil dan bantal bukan lagi alasan untuk malas ke event macam ni lagi.

So yahhh still dapat medal ni, sebab kawan aku yang baik hati tu tolong amikkan. Boleh la nak buat tanda ingatan walau tak keluarkan peluh di jalanan. :)



Thanks shayam shayam sekalian.. I lurve u lebih. Hehehe.. :P

Tuesday, August 8, 2017

Treatment after hot waxing

Semalam setel buat oxygen treatment kat lips area (hot waxing punye pasal). So, Alhamdulillah skin yang menggelupas and sakit tu getting better dah. Dah takde rasa skin tertarik ke ape. Haha.

Hari ni, datang lagi untuk healing process. Dia akan buat sampai la skin aku ni back to normal. And, FOC ! Yeah nasib baik la. Kalau kena bayar memang aku tak pergi la. Mahal kot.

So memang aku berjanji dengan diri sendiri. No more hot waxing ! :(

Rasenya dah cakap dalam entri lepas, tapi still nak cakap jugak pasal benda ni buat aku murung seminggu. Haha.


Monday, August 7, 2017

Hot waxing area lips

Perempuan mane la boleh berpisah dengan benda-benda berkaitan kecantikan ni. Walau aku takde cantik sangat tapi jiwa nak cantik tu ada. Haha.

So dengan berbekalkan hati berkobar-kobar nak cantik, maka aku pergi la sign up pakej untuk oxygen facial kat Dermalogica.

So far baru 2 session kat sana. Belum nampak la beza yang ketara, tapi dapat rasa la skin rasa soft je time pegang. So pakej yang aku ambik ni untuk 9 session + eye treatment. Hopefully after 9 session tu nampak la beza kat skin ni kan.

Cuma now aku nak story pasal waxing kat part tepi lips ni. Ya Allah, tak sangka memang sakit hoi! Aku ingat sakit-sakit manja je. Sekali dia punya sakit tu sampai 3 hari tak hilang.

Dia guna hot wax. Menangis jugak pasal that Indian girl (which is aku rasa dia tak pandai sangat) dah terwax aku punye cheeks skin. T__T

Habis merah, sakit, pedih and skin aku start menggelupas kat mouth area. Nak menyesal tak boleh dah pasal aku yang gatal nak buat kan. Redho jela tengok skin macam tu. Pastu berendam air mata.

And aku dah inform beauty consultant tu pasal ni. Hari ni dia mintak aku pergi balik sebab nak buat treatment kat area yang problem tu. Hopefully semua ok la lepas ni.

Tak mau dah buat waxing!!!! :(

Nanti aku update balik progress after buat treatment. Sis sedih. T__T (padan muka)

Fact 1: Cara nak cakap tak suka indirectly

Sebenarnya, banyak cara 'halus' yang lelaki or perempuan guna untuk bagitahu something yang dieorang sendiri tak sampai hati nak bagitahu seseorang tu.

Case: This guy memang dah tak suka kat this girl but dia tak sampai hati nak cakap secara direct. So indirectly dia akan cakap macam ni dalam keadaan yang ala ala bergurau.

I tak suka U. I suka Boboy je. (Boboy ialah seekor kucing)

Betulke U tak suka I?

Aah I tak suka U.

U, I tak main-main ni. Betul-betul laa.. (Dalam nada tak percaya lagi)

Haa ye, kan dah cakap tadi tak suka. I suka Boboy je.

Okay, korang. If someone cakap macam ni, mengertilah bahawa dia memang tak suka kau. So sila move on. Kalau someone tu suka korang, dia takkan cakap macam tu kot even bergurau. Just my 50cents la. Haha.

Sebab?

Dulu pun aku buat macam ni kalau tak suka kat someone, tapi tak tahu nak cakap macam mana supaya dia tak terasa hati. Got it?

Move on please. Duh.

Thursday, July 27, 2017

Happy Birthday Son !

27 July 2017 - Thursday



Happy Birthday anak mama, Muhammad Danish Irfan yang ke 3 tahun :)

Tak ada apa yang mama dapat bagi melainkan kasih sayang dan doa untuk Danish.

Kadang mama terjerit.

Kadang mama termarah.

Kadang mama terpukul.

Bukan kerana tak sayang. 

Tapi terlalu sayang.

Mama nak Danish jadi anak yang baik dan mendengar kata. Tapi lepas marah mesti malam tu mama menangis sebab rasa bersalah. Terus mama hug and kiss Danish and say sorry :(

This year mama tak dapat nk organize birthday party kat Danish sebab banyak benda dalam kepala mama sekarang. Insha Allah next year kita buat ye sayang.

Nanti Danish dah pandai membaca, mama bagi Danish baca entri ni okay :)

Lots of love,
Mama

Monday, July 17, 2017

Bukit Kiara Activity

Since this year memang nak mengamalkan gaya hidup sihat, maka memang aku akan agree dengan aktiviti keluar peluh macam ni. Nak maintain berat 48kg is quite challenging after raya ni. Time puasa boleh la kan pasal makan sekali sehari je. Tapi now nafsu makan datang balik. Nampak nasik je lapar. Lapar je nampak nasik. :(

First time nak pergi sini, so aku search la Bukit Kinrara. Aku macam blur, time google tu just keluar macam housing area je. Takde pun bukit bukau ke ape kan. Rupenye bila tanya kawan, Bukit Kiara bukan Kinrara. HAHA. Ohmai.

After subuh terus gerak pergi sane. Tapi satu jela kat sini, parking sangat susah. Terpaksa la kiteorang carik parking sampai ke atas bukit. Alhamdulillah we managed to park kereta dekat entrance. So takdela berpeluh awal sangat. Haha.


Kat sini memang banyak monyet monyet comel ni ye. So kalau korang rasa ala ala nak bawak makanan bagai and berpicnic baik tak payah la kot. Haha. Tak pasal korang berkejar dengan monyet ni nanti. Aku agak seriau la sebenarnye nak kena jalan tepi monyet-monyet ni. Dah terbayang if golongan ni kejar, memang aku lari turun bawah balik. T_T


Ni track untuk pejalan kaki and tepi tu untuk cycling. Btw, ni bukan cycling yang ko nak sengih sengih sambil kayuh pedal tu ye. Ni cycling yang kena daki bukit, masuk hutan semua tu. Memang patah la kaki if daki bukit guna basikal. Haha. Sebab tu kami ambik langkah bijak dengan berjalan kaki je. Haha. 

Sini pun ada laluan untuk jungle tracking. Boleh la nak sedut udara segar dalam hutan. Serius terus teringat zaman study, masuk hutan ramai-ramai. Best! (Nak mengimbau kenangan pulak). 


Haa track yang kiteorang ikot is 'Denai Keladi'. Laluan ni korang akan menyusur anak sungai. Emmm bukan anak sangat la. Baby sungai. Pasal kecik sangat. Haha. Tapi view memang cantik, cantik and cantik !







So kiteorang ambik masa dalam 2 jam lebih habiskan aktiviti kat sana. Balik tu terus tido penat! So sape-sape yang nak kuruskan badan and kaki boleh try hiking kat sini. Peluh dapat, kurus pun dapat. :P

Till next activity pulak. More to come! :)

Regards,
Shima

Sunday, April 16, 2017

World Kidney Day [Fun Run]

Entri ni memang khas untuk Fun Run. Pasallll. Ni la first time ever aku join event macam ni. Eh dulu pernah la time zaman sekolah. I mean time dewasa ni haaa (malu nak cakap tua).

Pukul 630 dah terpacak dekat Taman Botani Putrajaya. Sesat jugak la nak pergi sana even dah pakai waze. Tapi aku memang sejenis yang suka sesat walau pakai waze ke, google map ke. Aku pun tak paham kenapa. Rasanye macam dah ikot instruction waze tu. Haha.


Sampai je sane, lepak jap jumpe si Ecah & Wani. Borak borak. Ambik gambar sket. Around 715am baru la start. Not bad la pasal aku and Ecah tak banyak sangat berjalan. Tapi time dah nak sampai tu masing-masing dah pancit chuols. So jalan jela jawabnye. Haha. Eh lupa nak cakap. Ni untuk 5km sahajoooo tapi azab nak habiskan rasa macam ''ehhhhhh. apehal tak nampak lagi tulisan TAMAT ni?"


So far sangat ok la. Ambik experience dulu. Memang berpeluh and rasa macam 'run' sangat hari tu. kehkeh. Next event ada lagi. Insha Allah yang tu kena komited sikit. Try ambik 10km ke. Hmm mimpi jela kot 10km tu. 5km ni pun dah rasa macam berlari 50km.



So ni la benda yang aku dapat. walaupun bukan emas, perak atau gangsa, tapi aku tetap bangga. Mak!! Tengok ni. shima dapat benda ni ! Hehehehe.

Fit please!

Now aku dalam mood nak turunkan berat badan. Last haritu timbang dah naik jadi 53kg! Gosh! Memang sasau jap tengok weight scale tu.

Yela, makan tak hingat dunia. Malam pun nak makan. Eh tak kira la malam ke, tengah malam ke, kalau lapar memang makan je. Kalau nasik pulak time lunch tu, makcik kedai mesti letak full 1 pinggan. Kadang gambar corak bunga tepi pinggan tu pun dah tertutup dengan nasik. Haha! Boleh pulak aku habiskan. Bila dah makan menyesal. Gile betul. Haha.

Tapi now ada orang encourage untuk kurus. And yaaa mula-mula tu fikir la kan. Emmm betul ke nak buat ni. Betul ke nk tinggalkan nasik. Betul ke tuu...Betul ke ni. Eh banyak sangat pulak fikir. So aku decide ok ni right time untuk proceed.

So now, ade la jugak cheat day di mana aku akan makan nasik. Haha! Bile dapat suap nasik dalam mulut tu rasa heaven yang amat. So esok sambung makan sup ayam je. Dalam seminggu akan makan 1 kali je nasi. Yang lain tu semua sup. Plus, workout. Buat Tabata, dancing, bergayut. Semua ada.

So far dah turun 3kg. Not bad la kan 50kg. Tapi berat tu tak mau turun jugak ke 49kg. Statik camtu je. Pulun buat exercise hari-hari. Tapi disebabkan dah minat dengan workout so dah tak rasa macam benda tu membebankan. Giteww kekdahnya.

Ok now aku lapar.

Makan nasik ke, makan megi ke, or telan air liur je?

Nanti aku fikir balik.

Tapi most likely telan air liur la kot. (Tipu)




My New Baby (Bysees Signature)

Now 1231am and i couldn't sleep. Nasib baik Danish tidur awal malam ni. So ade la 'me' time sikit. Tu yang boleh bukak blog and update something dalam ni. :)

Since URL address blog ni pun dah bertukar. Dulu fz-cma.blogspot.com and now dah tukar to shimaisastoryteller.blogspot.com, so entri-entri yang lama dulu korang dah tak boleh nak view if click kat link fz-cma tu. So sad. Tapi tulah tukar angin sikit. Kotla ade positive vibes kan. Gitewww...

Now lately mood tu macam kelaut. Jenuh workout nak bagi mood tu ada balik. Tapi after workout back to mood kelaut tu. Haha. Tak tau la ape nak jadi. 

Okay before tido. Nak promote sikit.

Now aku ada bukak bisnes shawl. Insha Allah menepati cita rasa kaum kaum hawa sekalian alam. Heee. Korang boleh follow Instagram bysees.signature or kat FB: Bysees Signature




Insha Allah shawl untuk Raya collection in progress :) Tak zabar nak tengok finishing product.

Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. 

Sunday, January 1, 2017

[REVIEW] Contact Lense

Alhamdulillah.

Another year to fill up. Hoping that this year will be more better than previous years. :)

So, sempena  1-1-2017 ni aku kena la buat satu entry wajib. Heh Heh Heh.

Di sebabkan haritu aku dah pakai contact lense, so aku nak review la sikit die punye keterujaan tu. Mungkin orang yang dah pakai bertahun dah tak teruja macam aku ni haaaa...

Serius, memang SUSAH gile nak masukkan benda alah ni kat mata. Aku rasa ada lebih 10x nak masuk tak dapat. LOL! Sampai merah merah mata. Fuhhh ~ Kalau aku la yang pakai sendiri ni, memang berejam la jawab dia.

Aku macam dah giveup nak pakai. Dia punye level susah tu memang tahap tertinggi. Emmm tak sure la kalau aku punye mata ni macam kecik ke ape then menyebabkan benda ni susah nak masuk. Ada tak camtu eh? hahaha..


So, I've decided not to wear this thing anymore. Plus, dengan macam-macam cerita orang cakap kalau tak bersih jadi infection la ape la. Dah la aku ni rabun. Tak nak la menambah kerabunan. Kahkah. 

Tapi, let say kalau ada event yang memerlukan aku pakai benda ni, baru la aku try pakai lagi. If tak, memang takde dah. Cukup la sekali ni je. HAHA.

So ok la kan tak pakai contact lense. Natural gitewww walau mata kecik. HAHA.


Aku akan cuba untuk maintain blog ni. Maklumla now orang dah selalu story kat FB kan. Tapi tak bolehla nak mengarang cam gini. Rindunyeeeeee my virtual diary ni. :(

I should keep you updated dear.

Love,
Shima