Thursday, May 10, 2012

Sape amik wiper kereta aku woi~

Assalamualaikum

Hari ni, time training, seronok dia lain macam sikit. Mungkin akibat minum air mocha ? Mungkin kott..

Yeay.. Pukul 5! Pulang!

Langkah penuh yakin ke tempat parking kereta kat vietnam. Hujan rintik-rintik air bergelora. Haruslah wiper menjadi peranan penting untuk mengelap segala jenis air di cermin kereta. Then, dammmnnnn!!! Mana sebelah lagi wiper aku ???

Turun dari kereta, intai kat tanah, kot la benda tu terjatuh tanpa rela. Intai punya intai takde. Hujan pulak makin rancak turun. Pulak tu, wiper yang hilang memang terbaik. Belah kanan. So, drive la dengan penuh kaliber. Dalam hati, tak putus-putus doa, janganla hujan lebat. Sebab, current view pun dah samar-samar, plus dengan 2 helai daun menempek kat cermin. :(

Sangkut pulak dengan jammmm bagai. Almost 1 1/2 hrs jugak aku cuak. Sampai rumah, decide nak pergi carik wiper baru. Risau esok hujan lagi. Macam mana aku nak drive noks?

Shoot pergi Tesco ampang. Jumpa wiper harga RM25.90. Rembat satu. Ingat nak ambik yang RM5.90 satu, tapau terus 3, senang kalau hilang dah ada spare. HAHA. Tapi, apakan daya, kualiti mungkin tak ok kot. Mane la tau, bila guna, bukan air yang dia wipe, kot ngan cermin-cermin sekali dia wipe. Heh.

So, tiada lagi kerisauan dengan hujan lebat. Yeay! :)

1 comment:

chintaliza said...

Xada apa nak komen... cume nak say hai.. saya dah follow awak..