Friday, July 6, 2018

Babysitter

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan kes bayi meninggal ditangan babysitter. Ya Allah, sungguh rasa marah membuak-buak sampai aku mencarut pagi buta. Scroll dekat FB nampak muka babysitter tu. Allah, rasa nak tumbuk muka sampai pecah. Kau buat anak orang macam anak patung.

Mereka-reka cerita sebab nak tutup salah. WTF.

Anak di usia kecik mana yang mampu mereka buat? Setakat menangis lapar, tak selesa sebab pampers dah penuh, perut kembung, panas. Menangis je hint yang boleh buatkan kita sebagai orang dewasa faham ape yang mereka nak. Bukannya bayi boleh bercakap macam kau yang dah besar gedabak tu.

Kes-kes macam ni la yang buatkan aku sebagai ibu-ibu bekerja rasa ralat nak tinggalkan anak-anak dengan babysitter. Kalau dapat yang jaga anak kita macam anak sendiri, Alhamdulillah. Itu rezeki dari Allah.

Tapi, dapat babysitter yang macam datang dari neraka tu macam mana?? Kalau anak-anak dah pandai mengadu takpela, at least kita tau ape yang dieorang buat, tapi anak-anak yang tak pandai nak bagitau macam mana??

Depan manis muka, tapi belakang tau ke ape yang mereka buat?? Kalau dah rasa tak boleh nak tolerate dengan budak jangan carik pasal jaga budak. Tolongla carik kerja lain. Kerja yang takde in touch dengan manusia. Manusia jenis macam ni kena kerja sorang-sorang. Tak boleh jadi babysitter sebab kau ada masalah hati.

So aku rasa memang wajar, company bukak pusat jagaan anak-anak untuk staff. Memang tersangat wajar. Sekurang-kurangnya separuh dari rasa risau tu dah takde. Boleh bekerja dengan senang hati dan kes-kes macam ni boleh kita elak and at least babysitter tu ada experienced & certified untuk jaga anak kita.

Tapi hmm, entahla manusia sekarang semua gila.



Tuesday, June 26, 2018

Skytrex Melaka

**This entry is a throwback stories**

Nak story pasal Skytrex Melaka. 

Weh, gila mencabar kat sini. Aku rasa kat sana suara yang paling kuat menjerit macam suara diri sendiri je. Haha. Dia punya gayat tu, Masya Allah rasa nak terkencing, nak terkeluar jantung. Semua ada. Sampaikan macam berjanji dengan diri sendiri tak nak dah datang Skytrex. Over betul.

First and foremost kalau korang nak tau pricing semua tu aku rasa better check dekat official page Skytrex. Kotla pricing dah lain since GST takde ni kan. Tapi, kalau tak silap haritu, RM65 per head. 

Then, we go for Advanced challenge (Extreme Warrior). Kenkonon hebat la kan.

Ni muka excited before betul-betul aku jadi Tarzan kat sini

Nah, rasakan! Ada 35 challenge yang nak kena hadap. Tapi yang paling aku takut gementar berpeluh is yang bawah ni.  Tak tau ape name die. Haha. Tapi at least ada la die punye orang yang jaga, kalau kalau la kaki kau dah kaku nak bergerak ke. Nanti dia tolong tarikkan. Haha.



Kalau rasa-rasa macam tak mampu sebab kaki dah lembik ke, lutut dah nak tercabut ke, kat sini ade 'Chicken exit'. Haaa.. Yang ni kirenya boleh skip la challenge tu. Tapi rugi la kan. Hehe..





With abang-abang Skytrex and the Skytrex Owner (In blue & White shirt)

Muka penat oiiiii... 35 challenge without failed to scream! Habis suara aku oiii~ Haha. Tapi rindu la nak buat benda extreme ni lagi. Nanti dah fit balik, boleh join lagi. Please pray for me. Heeee...

Official website: https://www.skytrex-adventure.org/melaka

Local Product. Yey or Ney?

Kali ni aku nak story experience pakai local product almost bertahun jugak. Tak dapat dinafikan bila pakai local product ni, skin akan jadi putih and glowing lain macam. Sampaikan kita rasa seronok bila tengok skin macam tu. Yela, sape yang tak nak skin yang glowing dan putih kan.

At that time, aku dah pernah try Wonder**** and Tat* Skincare. Initially pakai Wonder****dan skin memang nampak cerah dan tak kusam. Aku pakai lama jugak la Wonder**** ni sampaikan dah takde effect pape dah kat muka. Means, bila pakai dah nampak macam biasa dah.

So, akibat taksub nak cerah ni kan, try la Tat* Skincare. Then, bermulalah episod duka lara. :(
Serius, awal pakai tu memang berkesan. Skin nampak cerah, glowing and zits pun takut nak keluar. Haha. Until one day tu, aku rasa macam "Eh, pehal kulit aku rase macam burn ni?".
Bila sapu krim tu rasa macam terbakar pastu pedih.

Then, buat bodoh dulu. Yela dah memang bodoh kan time tu. Haha. Pakai la sampai la keluar jerawat and skin jadi menggelupas teruk. Menangis tengok skin. Nak pergi kerja pun dah takde mood. Malu nak jumpe orang pun ada. Pendek kata, takde self-confidence la. Gitewww...

Pastu aku pun terfikir la, sampai bila nak pakai local product ni. Banyak dah orang buat entri pasal local product ni. Tak pulak aku amik port. Riki punya riki, then aku decide nak pakai MaryKay.

Awal-awal tu memang tak nampak la lagi kesan die. Still menggelupas and kusam. But now, Alhamdulillah my skin better and sihat. Walau dah tak secerah dulu, tapi aku bersyukur. At least, takdela muka aku jahanam sebab local product. Now tengah istiqomah pakai MaryKay ni. Harap berjaya istiqomah sampai bila-bila. Heh.



Tapi depends kat korang la. Kalau rasa nak pakai jugak local product sebab serasi dengan skin , so tu takde masalah. Yang nak cantik korang kan. Haha.

Ok tu je nak story malam ni :)