Monday, July 17, 2017

Bukit Kiara Activity

Since this year memang nak mengamalkan gaya hidup sihat, maka memang aku akan agree dengan aktiviti keluar peluh macam ni. Nak maintain berat 48kg is quite challenging after raya ni. Time puasa boleh la kan pasal makan sekali sehari je. Tapi now nafsu makan datang balik. Nampak nasik je lapar. Lapar je nampak nasik. :(

First time nak pergi sini, so aku search la Bukit Kinrara. Aku macam blur, time google tu just keluar macam housing area je. Takde pun bukit bukau ke ape kan. Rupenye bila tanya kawan, Bukit Kiara bukan Kinrara. HAHA. Ohmai.

After subuh terus gerak pergi sane. Tapi satu jela kat sini, parking sangat susah. Terpaksa la kiteorang carik parking sampai ke atas bukit. Alhamdulillah we managed to park kereta dekat entrance. So takdela berpeluh awal sangat. Haha.


Kat sini memang banyak monyet monyet comel ni ye. So kalau korang rasa ala ala nak bawak makanan bagai and berpicnic baik tak payah la kot. Haha. Tak pasal korang berkejar dengan monyet ni nanti. Aku agak seriau la sebenarnye nak kena jalan tepi monyet-monyet ni. Dah terbayang if golongan ni kejar, memang aku lari turun bawah balik. T_T


Ni track untuk pejalan kaki and tepi tu untuk cycling. Btw, ni bukan cycling yang ko nak sengih sengih sambil kayuh pedal tu ye. Ni cycling yang kena daki bukit, masuk hutan semua tu. Memang patah la kaki if daki bukit guna basikal. Haha. Sebab tu kami ambik langkah bijak dengan berjalan kaki je. Haha. 

Sini pun ada laluan untuk jungle tracking. Boleh la nak sedut udara segar dalam hutan. Serius terus teringat zaman study, masuk hutan ramai-ramai. Best! (Nak mengimbau kenangan pulak). 


Haa track yang kiteorang ikot is 'Denai Keladi'. Laluan ni korang akan menyusur anak sungai. Emmm bukan anak sangat la. Baby sungai. Pasal kecik sangat. Haha. Tapi view memang cantik, cantik and cantik !







So kiteorang ambik masa dalam 2 jam lebih habiskan aktiviti kat sana. Balik tu terus tido penat! So sape-sape yang nak kuruskan badan and kaki boleh try hiking kat sini. Peluh dapat, kurus pun dapat. :P

Till next activity pulak. More to come! :)

Regards,
Shima

Sunday, April 16, 2017

World Kidney Day [Fun Run]

Entri ni memang khas untuk Fun Run. Pasallll. Ni la first time ever aku join event macam ni. Eh dulu pernah la time zaman sekolah. I mean time dewasa ni haaa (malu nak cakap tua).

Pukul 630 dah terpacak dekat Taman Botani Putrajaya. Sesat jugak la nak pergi sana even dah pakai waze. Tapi aku memang sejenis yang suka sesat walau pakai waze ke, google map ke. Aku pun tak paham kenapa. Rasanye macam dah ikot instruction waze tu. Haha.


Sampai je sane, lepak jap jumpe si Ecah & Wani. Borak borak. Ambik gambar sket. Around 715am baru la start. Not bad la pasal aku and Ecah tak banyak sangat berjalan. Tapi time dah nak sampai tu masing-masing dah pancit chuols. So jalan jela jawabnye. Haha. Eh lupa nak cakap. Ni untuk 5km sahajoooo tapi azab nak habiskan rasa macam ''ehhhhhh. apehal tak nampak lagi tulisan TAMAT ni?"


So far sangat ok la. Ambik experience dulu. Memang berpeluh and rasa macam 'run' sangat hari tu. kehkeh. Next event ada lagi. Insha Allah yang tu kena komited sikit. Try ambik 10km ke. Hmm mimpi jela kot 10km tu. 5km ni pun dah rasa macam berlari 50km.



So ni la benda yang aku dapat. walaupun bukan emas, perak atau gangsa, tapi aku tetap bangga. Mak!! Tengok ni. shima dapat benda ni ! Hehehehe.

Fit please!

Now aku dalam mood nak turunkan berat badan. Last haritu timbang dah naik jadi 53kg! Gosh! Memang sasau jap tengok weight scale tu.

Yela, makan tak hingat dunia. Malam pun nak makan. Eh tak kira la malam ke, tengah malam ke, kalau lapar memang makan je. Kalau nasik pulak time lunch tu, makcik kedai mesti letak full 1 pinggan. Kadang gambar corak bunga tepi pinggan tu pun dah tertutup dengan nasik. Haha! Boleh pulak aku habiskan. Bila dah makan menyesal. Gile betul. Haha.

Tapi now ada orang encourage untuk kurus. And yaaa mula-mula tu fikir la kan. Emmm betul ke nak buat ni. Betul ke nk tinggalkan nasik. Betul ke tuu...Betul ke ni. Eh banyak sangat pulak fikir. So aku decide ok ni right time untuk proceed.

So now, ade la jugak cheat day di mana aku akan makan nasik. Haha! Bile dapat suap nasik dalam mulut tu rasa heaven yang amat. So esok sambung makan sup ayam je. Dalam seminggu akan makan 1 kali je nasi. Yang lain tu semua sup. Plus, workout. Buat Tabata, dancing, bergayut. Semua ada.

So far dah turun 3kg. Not bad la kan 50kg. Tapi berat tu tak mau turun jugak ke 49kg. Statik camtu je. Pulun buat exercise hari-hari. Tapi disebabkan dah minat dengan workout so dah tak rasa macam benda tu membebankan. Giteww kekdahnya.

Ok now aku lapar.

Makan nasik ke, makan megi ke, or telan air liur je?

Nanti aku fikir balik.

Tapi most likely telan air liur la kot. (Tipu)