Monday, December 31, 2012

moh tido moh

Esok dah start kerja. Yang tak bestnye bila demam. Nak buat kerja pun rasa tak selesa. Hopefully, kita dapat recover dari demam ni cepat-cepat. Pasal, kita tak larat la nak batuk tiap-tiap masa. Suara pun garau macam lelaki dah. Haha..

Part yang paling kita stress, kalau nak bersin tapi bersin tu tak nak keluar. Arghh!! Stress!!

Okay nak tido. Mata panas. Suara garau. Hidung tersumbat. Full package.

Good night fellas!

Wednesday, December 26, 2012

Digi lagi

Nampaknye DiGi buat gila lagi. No service dah 3 hari. Tension. Nak transfer payment pun tak dapat. Rasa macam nak email dan maki je DiGi ni. Tapi tula, kalau maki pun, takde effect jugak. Kesian dekat orang yang kena attend issue kita nanti. Huhuhu..

Nak tukar celcom, tapi rasa sayang pulak dengan digi ni. Dah banyak berjasa. Lagi satu dia punya signal dekat Terengganu memang tip top. Heee.. Cuma lately je dia menggila macam dulu.

Ok la, nak tidur. Malas nak fikir pasal digi ni. Kalau asyik fikir je, kita boleh jadi mereng. Oh, lupa nak makan durian crepe jap! Finally dapat jugak merasa. Hahah ! Dan makanan itu sangat best ! Rasa sayang nak habiskan. Heh.

And to all my friends yang beragama Kristian, wish you, a merry xmas ! Have a great year ahead! :)

p/s: kita cuti esok dan lusa. Yuhuuu!!!

Saturday, December 22, 2012

Short vacation

Hari tu kita pergi PD. Dalam hati berbunga-bunga tak sabar nak pergi. Maklumla tak pernah pergi. Dah terbayang pantai cantik bersih semua kan. Before tu isi perut jap dekat Ayam Panggang Cowboy. Best jugak nasik die. Mungkin perut tengah lapar kot time tu. Heh.


Sekali bila dah sampai, hancur hati. Pantai dah kotor. Masuk dalam air pun rasa berminyak. Pasir pun penuh dengan tompok-tompok hitam. :( Sedih. So, tak mandi la kita jawabnya. Tengok dari jauh jela.







Oh ! Happy belated birthday to me! Sekarang kita dah masuk 25 tahun. TIDAK ! Makin meningkat usia. Boleh tak usia tu makin menurun ? Tapi tak boleh jugak pasal nanti tak boleh kahwin kalau umur muda. Hee !


Thanks kat semua yang wish. Sangat bertubi-tubi wishes anda-anda semua, tambah-tambah lagi kat FB pasal ada notification birthday tu kan. :) But, yaaa.. Still effort korang datang kat wall kita and drop some comments. Thank you so mucho!

Tak lupa pada kawan tersayang yang kasik birthday gift ! Thank you so much ! Terasa muda sebentar di situ. Heee.. Next year kasik lagi ok ! :)

Saturday, December 8, 2012

Gigi oh gigi


This whole week kita sakit gigi. Sakit sangat sampai buat kita kena ambik MC 1 hari. Sakit gigi yang buat tak tidur malam, every 10mins bangun. Sampai ke pagi macam tu. Kepala pun ding dong jadinye. It's been awhile kita tak pergi jumpa dentist. Kali ni memang tekad kena jumpa dentist. Sakit tak boleh tahan dah.

So, start la google klinik mana yang ramai orang pergi. Mula-mula pergi kat Klinik Nooriah dekat Taman Permata, dah masuk semua. Mak aih, ramai jugak yang sakit gigi! Assistant tu cakap kena datang malam pasal dah full. Kita frust sebab tak dapat buat awal.

Kebetulan nampak kat depan tu Klinik Pergigian Hazwan & Alia. Try pergi. Boleh buat appointment awal sikit around 4pm.

Pukul 3 lebih dah gerak pergi sana. Dentist check semua, dia cakap tak boleh tampal dah gigi ni. Dia kasik options. Antara cabut or root canal. Kat sini cabut gigi around RM80 and RC RM500. RC tu macam, gigi tu still dalam mulut kita. Dia just buang saraf yang mati kat gigi. Doctor mintak kita balik fikir dulu yang mana nak buat, sementara tu dapat la pil-pil yang berkaitan.

Then mula la research sikit bab-bab RC ni. Ada yang cakap lagi ok buat RC, ada yang cakap cabut je pasal nanti kalau buat RC gigi tu lama-lama jadi hitam. Still nak kena buang jugak. Bila fikir kos, pro and cons dia, kita decide cabut jela. Lagipun gigi geraham. Hee!

Hari ni pergi jumpa dentist, cuak gila! Muka dah macam takde darah. Doctor pun dah faham dah. Huu.. Kita dah nak nangis, doctor relaxkan kita macam budak-budak. Malu pun ada, tapi nak buat macam mana kita memang takut. Lagipun takde orang temankan kita at that time. :(

Alhamdulillah semua dah selesai! Sangat nak makan aiskrim dan choc! Huuhuhu.. Seminggu dah puasa dari makan choc, air sejuk semua. Rindu nak rasa tu semua. Dan satu lagi, durian ! Can't wait !

Tuesday, November 13, 2012

Day 2 : Training

Second day workshop, mood still same macam first day. Energetic, langsung tak sleepy. Sangat pelik dengan diri sendiri, pasal on previous training or workshop yang kita join kan, memang perasaan mengantuk tu ada. Haha..

One of the reason kami tak mengantuk or boring, sebab Ken (trainer) sangat fun and knew how to entertain us. Gelak setiap minit. LOL. Dan yang paling penting dapat makan banyak. Heee..


Meet Mr. Ken Ng. Our trainer yang sangat best. :)


Kita memang suka ambik picture tempat sama je. Malas nak bergerak. Sangat pemalas gitu. Ape nak jadi ntah.

Oh, dalam workshop ni kan, kita dah dapat tau apa personaliti kita. Haha.. I'm a dominance person. Lebih kurang macam straight forward. Then, assertive, pessimist and more to task oriented. Hehe..

Dulu, kita selalu assume kalau right-handed, so kita more to numbers, maths, data and whatsoeva which is i'm fall on that category. Sebenarnya kannn.. Sebenarnya tak semua yang right-handed tu macam tu. It's depends actually. :)

Ok la, dah tak nak merepek panjang-panjang. Penat kot nak perah otak sambil mata dah nak pejam. For those who celebrating Deepavali, HAPPY DIWALI guys! Wish you and your family have a great Diwali this year. ;)

Saturday, November 10, 2012

Day 1 : Training

Pagi tadi kita bangun lambat. Memang dah agak mesti terlewat. Tambah-tambah semalam tak dapat tidur. Rasa macam takut. Last-last kena tindih dengan syaitonnn durjana. Ni dah 2x kena. Mungkin kita penat sangat. :(

Alhamdulillah, the training was oh-some! Sangat best. From 9am until 5pm langsung tak mengantuk. Kerja dia, gelakkkkk je memanjang. Penat jugak la gelak, but ya it was fun ! :)And the best part is, the fooddddddd!! sodap dan memang kami banyak makan. Heee..





Lately asyik termenung je. Lepas mandi termenung, makan pun termenung, nak tidur pun susah. Banyak betul gejala-gejala tak sihat hinggap kat kita lately. Bahaya betul. Memang nak kena mandi bunga ni. Pulihkan semangat. Gitewwww keeennn..

Ok la nak kena keluar carik minyak selendarrrrrrrrrrr kejap.. Kereta dah start buat hal. Grr.. Harap-harap semuanya ok ok saja. Amin...

A Lonely Night

Sekarang jam dah tunjuk pukul 2 pagi. Tapi, mata tak mau lelap. So, tv ngan laptop jadi teman. :) Bila mata nak pejam pun tak tau la, dah la esok ada training kat Damansara pukul 9 pagi. Tu pun kena turun awal dari rumah, pasal buta jalan. Kesian. Dari dulu sampai sekarang, duk buta jalan je.

Tadi pergi basuh kereta kat AU2. Malam-malam basuh kereta. Dah la hujan. Lantak la. Yang penting puas dapat bersihkan my Tengku Badrul Amin dan sambil tunggu TBA siap dibasuh, sempat minum hot milo. Sedapnyaaa... Pastu tengok hujan kat luar. Oh-someee sangat perasaan time tu.

Bila tengok TBA dah putih berkilat, tiba-tiba macam " eh, dah hensem sikit kereta aku malam ni ". Tapi still nak kena polish, pasal ada hitam-hitam sikit. Tu yang susah pakai kereta putih ni. Kena jadi rajin. Masalahnye, tuan dia ni PEMALAS.

Malam ni sorang-sorang kat rumah. Kauthar pergi Perak. Bosannya tak dapat main dengan Kauthar. :(
Dah rindu kat Kauthar. Hmmmm...

This little cute boy always make me laugh when i'm not in the mood. Thank you Kauthar syg. :')

Thursday, November 8, 2012

Wednesday, November 7, 2012

Senyumlah..

Perasaan tu kurniaan Allah Taala yang kita tak boleh deny 100%. Macam-macam perasaan boleh wujud. Contoh terdekat la kan; perasaan rindu, sayang, cinta. Tapi bukan perasan. Tu sangat lain maksudnya. Eh, tapi ada jugak kan perasaan perasan. Heh.

Tapi ada jugak kita takde perasaan pun dekat seseorang tu tapi tiba-tiba, eh dah berkawan dah. Eh dah rapat dah. Dan without kita sedar, perasaan sayang tu hadir. Indahnya Allah kan? 

Tapi kadang perasaan tu Allah boleh ubah dalam sekelip mata je. Mula-mula rasa sayang rindu bagai nak rak. Kalau boleh hari-hari nak jumpa, hari-hari nak call or mesej, nak tau makan apa, minum apa, pakai baju warna apa, tanya comel tak hari ni, tapi bila Allah cakap "kun fa ya kun", maka apa yang kita tak expect pun boleh jadi mengikut kehendak-Nya. Allah Maha Mengetahui.


Jadi, apa yang kita kena buat? Meraung? Menangis? Menangis mungkin dapat menghilangkan kesedihan di hati, tapi ubat yang paling mujarab ialah Al-Quran. Bacalah Al-Quran. Membaca Al-Quran tu ialah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Dia. Mengadu pada-Nya dan berharap hari yang mendatang lebih baik dari hari semalam. Redha dan bersyukur sebab Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Siapalah kita untuk menghukum ketentuan-Nya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah: 216)

Senyumlah dan jangan berpaling lagi wahai teman-temanku yang sedang bersedih..Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya..

Tuesday, November 6, 2012

Ting tongggg

Now i'm still on training. Banyak applications nak kena tau, system yang dipakai pun nak kena tau, process flow pun nak kena ambik tau. Haih, pendek kata semua benda nak kena amik tau. From scratch. Serius, time training macam orang mamai je. Mengantuk. Otak dah tak boleh nak terima ilmu kot. Nauzubillah. Mintak jauh. Nak kerja baik-baik. InsyaAllah..

Lately, kepala macam ting tong sikit. Entah tak tau kenapa. Banyak berfikir pun salah satu sebab kenapa kepala seseorang jadi ting tong. So, after this, dah tak nak fikir pape. Nak free my mind from anything. Tu yang terbaik. Yeay !

Kalau stress, elok memasak. Sangat sesuai untuk orang macam kita! :) Tak kesah la buat cekodok je pun, asal dapur berasap. Heh.

Bye!

Thursday, November 1, 2012

1st day di tempat baru

1st day

Pagi tadi sempat topap touch n go. Baru la kita perasan, semua orang kena beli token kat mesin tu haaa.. Sangat berlainan dari dulu. Nasib baik ada touch n go. Kalau tak maunye terkial-kial nak beli token kat mesin tu. Heh.

First day kerja takde apa yang luar biasa. Macam biasa, kena dengar briefing pasal company. Yang best tang makanan dia. Best best ! Haha.. Tapi dia punya briefing tu kebanyakan pasal project managament. Kalau nak beralih position boleh la ni try mintak project manager. *berangan*

Satu je yang kita kurang gemar, kat sini surau dia amat lah kecik. Rasa macam tak lawas nak solat. Eh penggunaan lawas tu untuk ehem ehem kan? Hmm.. Ok, back to the story. Surau tu sangat sempit. Tak boleh imagine time peak hour. Mesti berasak-asak. Exxon punya surau memang terbaik ! Besar dan ada cermin di mana-mana. Haha..

Esok ada satu lagi briefing. Half day je. Yeay ! Suke mak noksss.. Berharap sangat tak tertidur. Heee !

Saturday, October 27, 2012

Penarik memang menarik!

Bangun pagi tadi, nak pergi solat subuh, sekali mak tanya nak ikut tak pergi Kelantan. Ada kematian kat sana. So, kita pergi la ikut sekali. Mata dalam kereta tu jangan nak cakap la. Punya mengantuk macam hapeee.. Tapi, tak boleh nak tidur.

Dah siap ziarah semua, kita pun terus balik la kan. Sekali, perut macam lapar. After solat zohor kat masjid Penarik, ayah pun stop makan kat gerai tepi pantai. Yes! Sotong celup tepung my all time fav! Wehee~ ! Suka..

Nasib baik tak hujan and kita dapat snap view yang sangat cantik. Serius, laut sangat cantik. Colour laut tu kan, sangat gradient. Kalau buat photoshoot, pergh memang cantik. Terfikir nak photoshoot kat sini nanti for my wedding. Ermm.. Ok, dalam mimpi. Haha..


So, the menu for today. All celup-celup thingy. Heee.. Makan sotong satu pinggan tu sorang-sorang je. Tak nak share ngan ayah. Sangat kejam anak perempuan ini. Haih~


Sotong Celup tepung = RM10/plate


Ikan celup tepung = RM5/seekor


Shima celup tepung. 

Eh, bukan bukan. Heh. Yang ni harga dia lagi mahal dari harga-harga makanan kat atas. Mau sampai 10K ni, tak pun lebih. LOL.  :)

Friday, October 26, 2012

Lembu oh lembu

Hoyeeee.. Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban yakni Hari Raya Aidiladha yakni hari sembelih binatang ternakan. Alhamdulillah.. :)

Kita pernah tengok orang sembelih lembu live time kecik-kecik je. Bila dah besar, macam takut pulak nak tengok. Takut is not the best word. Hmmm.. "serungggg"  . Yes, that's the perfect word.

* serung (loghat terengganu) = seriau/ngeri

Tapi esok rasa macam nak tengok la. Tapi tengah fikir jugak, pasal baju raya warna merah. Memang la lembu dah kena tambat semua, but yaa.. Still warna merah kot. Heh. Hmm.. Lembu sebenarnya takut warna merah ke, or gemar warna merah? Kalau la lembu boleh berkata-kata.

Dulu, kita pernah pergi bendang ikut ayah tangkap ikan yang kecik-kecik tu. Sekali, banyak pulak lembu kat sawah tu haa.. Kita rasa, lembu-lembu tu duk asyik tengok kita je. Scary oh! Time tu rasa macam nak cabut lari je. Ayah dah jauh kat depan. Last-last patah balik sebab tak sanggup nak redah lembu-lembu tu. Macam lembu tu nak terkam kita je. Haihh scaryyy~


Takde kaitan pun picture ni dengan lembu. Lembu suka warna-warni. Heh. Night world. :)

Wednesday, October 24, 2012

Moist Chocolate Cake yang simple!

Kita nak share resepi moist chocolate cake. Even dah ramai yang terer buat, tapi sebab ramai jugak yang mesej kita kat FB ngan wasap kita nak mintak resepi, so kita fikir baiklah share kat sini je. At least, sape-sape yang rajin boleh cuba jugak resepi ni. :)

Kali ni, a little bit different dari moist chocolate cake yang kita buat dulu. Yang ni kita guna teknik kukus grill pangggang kukus . Ops! Terlebih sudaaa..

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:


  • 1 cawan cake flour/ tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten (boleh jugak guna serbuk koko biasa)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size sederhana)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila  

TOPPING

  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten (serbuk koko biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar (kita guna susu cair)
* Untuk topping, kalau tak nak guna serbuk koko Van Houtten pun takpe, boleh guna serbuk koko biasa tapi kena letak chocolate masakan jugak around 1/2 packet.

CARA-CARA :
  1. Pukul telur, gula dan butter sampai kembang dan nampak agak-agak putih. Then letakkan esen vanila, pukul lagi sampai lebam. Heh.
  2. Lepas tu, ayak cake flour + baking powder + serbuk koko.
  3. Masukkan sikit demi sikit ke dalam adunan telur. Kacau kacau kacau kacau lagi.
  4. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul lagi sampai sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah digriskan dengan marjerin. Tutup dengan aluminium foil. Tapi kita tak tutup pun. Heeee.. Then kukus macam biasa for 40-45 mins. 
  6. Untuk topping, campur je semua bahan tu, pastu masak secara double boiler. Kalau rasa macam nak kasik topping tu cair, letak susu cair lebih sikit. 
  7. Bila kek dah masak, sejukkan dulu. Bila dah betul-betul sejuk, baru letak topping ye syg-syg.
Taraaa!! Moist chocolate cake yang gebus dan nyummy dah siap! Boleh buat untuk orang tersayang or untuk mulut sendiri. Heeee.. :)


 Selamat mencuba kawan-kawan! :)

Sunday, October 21, 2012

Bye for now ;(

Entri ni memerlukan kelajuan internet yang tinggi. Pasal, banyak sangat gambar. Harap bersabar kalau lambat loading. Hihihihi.. Tapi kalau siapa-siapa kurang bersabar tu, hmmm.. Pergi tido lagi best kot. :)

19/10/2012 was trulyyy my last day kat Exxon. Rasa macam sekejap je dengan mereka-mereka. Rasa nak stay lagi, tapi .... ntah.. Mungkin kat tempat baru offer lagi best. Tu je point kita nak keluar. Wuwuwuw..


Haaa.. Ni user last yang kita assist. Lucky one! mayyy-beee.. Heh. Tapi, hari last tu kita dah start main-main. Konon macam dah takde mood nak jawab calls, tapi RTA still carik kita suruh jawab calls EVEN on my last day. *sigh* Tapi takpela kot, bila lagi nak tinggal saka kat office kan. Heh.

  

 - picture ni mesti besar gabak kan. Ah tak kesah, asal nampak semua muka-muka ni. Heeee - 

Confirm, rindu suasana kerja malam nanti! Wuwuwuwuw ~ Hopefully kat tempat baru dapat team yang best macam ni .. Amin.... Part of my work life. Emerald and Amethyst teams. You rawwwkkkkk the night dudes ! :)

Ok, sesi mak Jemah keluar dari pintu ajaib untuk kali terakhirnya. Pintu ni la kadang-kadang tu buat kita visible kat Exxon. Kadang tersangkut kat tengah-tengah tu, pastu blur nak keluar macam mana. Muhaha..


Malam tu, singgah Malis corner kat Danau Kota. Pekena char kuey teow. Terbaik jugak kat sini, and murah. Tu yang penting! Muahaha.. Mekasih banyak-banyak kat korang sebab rela redah jammed pergi Danau Kota ni haa.. Sob sob sob... Haa.. Miza ! Thank you belanja teh o ais. Hehehe.. Semoga perkahwinanmu diberkati selamanya..Amin..:)


Dan part paling dramatik bila team lead pun join karok session ! Woot woot! hehehe.. Eksklusif gitu. Pasalnya, memang susah nak ajak dia pergi menyumbangkan suara ni. Hehehe.. Imej perlu dijaga gitewww keennn.. Hihihi.. Oh, lupa nak bagitau yang mana team lead. Yang baju putih tu, and muka ala-ala korea giteww.. :) Thanks to KJ (guy with a snow cap) belanja Karok ! Weee.. Semoga dimurahkan rezeki lagi. Amin.. :)


And last photog session with Exxoners. Lepas ni, dah takde dah nak amik picture macam ni lagi kat depan Exxon ni haa.. Nanti orang cakap, kita ni tak cukup waras pulak kan. Muehehe..
Balik rumah around 3am, and siap mandi solat, baru bukak hadiah, baca kad korang kasik tu. Meleleh air mata. Tadi boleh tahan pulak tak nangis kan. Kat rumah jugak nak menangis bagai. Pelik betul. Adakah kita malu nak menangis depan orang ramai eh ? Hmm.. Mayyyy-beeeeee :(  Thank you for the gift and wishes. Sangat suka shawl biru ni! Bile pakai kita rasa cantik. *muntah berjemaah* Tapi serius, shawl ni cantik. Love the colours! *LOVE*

Thursday, October 18, 2012

Nak jugak tengok bola! :(

Ehem.. Kita baru siap berjuang tidurkan Kauthar. Rupanya, tak berjaya. Kauthar lagi kuat. Muahaha.. Dah main-main ngan dia dalam bilik, ingatkan berjaya la letihkan dia, sekali makin susah nak tidur. Last-last kita yang tewas. Kena kasik kat mama dia jugak. Kasik susu cap gantung, then baru senyap. Heh. Settle. :D

Actually, kita dah banyak belajar nak jaga baby macam mana. Nak pakaikan baju dia macam mana, nak kasik susu botol macam mana (even susah yang amat), nak main ngan dia macam mana, nak pakaikan lampin macam mana, nak mandikan baby macam mana. Tapi, ada satu benda yang kita belum boleh nak buat sampai sekarang. Basuhkan najis mugholazoh baby. Heeeee... Serius, belum mampu lagi. Haih~

Off topic jap. Kita nak sangat tengok bola 20hb ni, tapi dia tak kasik. Bahaya katenye. Tapi, kawan kita elok je pergi stadium. Takde yang cedera parah lagi pun. Huuu.. Apakah ini semua ? T_T Kita semangat nak sokong Kelantan even negeri kita Terengganu.


TAPI !

Memandangkan dia tak kasik kita pergi stadium, so officially announced that, i will support ATM for this coming final game. muehehe.. Go ATM go! Yehaaa ~ Kalau ATM, orang yang pergi stadium tu pakai baju warna hijau lumut la kan? Ke bukan eh? Ok, nanti google.

Ramai orang cakap kita degil. Betul ke macam tu? T__T

Nak muhasabah diri jap. Good night readers ~ :)

Monday, October 15, 2012

My last weekend support at Exxon

Finally, dah habis weekend support. Even macam tak sabar kan nak habiskan sampai pukul 7pm tu, tapi rasa something jugak la dalam hempedu ni. Gittuuu kannn..

Semalam dah pukul 659pm, tup tup masuk last call. Nak meraung pun ada, pasal kita dah close all applications. Konon yakin dah takde user nak call.

Dapat pulak user yang banyak bertanya. Nak tu la , ni la.. Nasib baik la last tu dia cakap, "you help me a lots.. really appreciate it..! have a nice day dear!" Wahhh.. Dear gitu kannn.. Sejuk sikit hati. Muahaha.. Tapi kalau orang US cakap dear tu, memang normal la kan. Kalau orang offshore Malaysia yang cakap macam tu baru abnormal. Wahaha..


Lagi 3 hari kita nak kerja kat sini. Baru rasa macam ... macam nak.... T__T Kita risau pun ada, takut pun ada nak pergi tempat baru. Takut kena buli. Hahaha..

Serious best gileeee non-stop dengan budak-budak ni. Boleh tengok movie semua. Haha.. So takdela rasa lama sangat 7am-7pm tu even sebenarnya sangat lama.

And this was my last non-stop chat group. Wuwuwuw... Moments yang tak boleh nak beli kat mana-mana. Layan hindustan ngan Paranormal activity sambil bekerja sangatlah extremely awesome. Heee...


 Ya Rabbi, kuatkan hati dan kuatkan keyakinanku di tempat baru nanti.. Amin.. :)

Thursday, October 11, 2012

9 hari lagi..

Happy sunday! Eh, thursday la.Sorry, kita cuti hari ni, konon macam cuti hari ahad la kan, pasal weekend ni kena kerja lagi. Hopefully, weekend ni workload nya macam last week. Heee..

Memandangkan kita ni takde kerja sangat kalau kat rumah, maka kena la layan something yang bestkan. Haaa.. So, kita tengah melayan To The Beautiful You sekarang. Drama ni ade je kat astro, tapi tak boleh tengok sebab tak subscribe. :(  So, layan kat youtube ponnnnn bolehhhh jaaahhhh oii.. Yang penting, dapat tengok Minho yang super hensem!

Tiba-tiba rasa sedih nak tinggalkan Exxon. Lagi 9 hari je nak kerja kat sana. Even baru je 1 tahun lebih kerja kat sini, but still memories tu penting. Wuwuwu.. Tak tau la kat tempat keje baru nanti macam mana environment dia. Yang pasti, environment kat Exxon sangat best i must say.

Fikir 40x jugak la nak tukar kerja ni. Pasal, libatkan future kan. Bila di tambah, tolak , darab, bahagi semua, kita memang nak kena carik something yang boleh secure my future. Bukan kita cakap kerja sekarang tak secure, but status as contractor tu yang buat kita fikir nak carik kerja yang permanent even dah kerja dengan company best. Tapi, Insyaallah company yang baru tu pun best jugak. :)

Buat kawan-kawan yang bertanya macam mana nak dapat kerja kat Exxon tu, kita serious tak tau macam mana nak mintak direct under Exxon. So, better awak semua masuk je website Exxon tu haa.. Lagi satu, kita mana la kenal orang-orang HR. Hohoho.. Kita cakap ni , pasal ramai sangat hantar mesej kat FB tanya pasal ni. Kita penat la nak jawab awak-awak sekalian. Sorryyyyy... Kita bukan sombong T_T

Friday, October 5, 2012

About.. Anything..


Tadi kan, time kita ngan miza jalan nak pergi parking, ada seorang perempuan Indon, pakai sweater, bawak beg galas kecik macam tu follow kami dari belakang. Tiba-tiba dia panggil kami, tanya mana jalan keluar. Kita pelik, apa yang jalan keluar? Dia cakap nak pergi Ampang Park. Kita pun bagitau la direction nak pergi bus stand tu. 

Lepas tu, kita biarkan aje dia terpinga-pinga carik jalan keluar. Agak-agak kejam tak? Huuuhuhhu.. Tak kot kan? Safety first !

Oh !

Lega bila dah boleh landing atas tilam. Hilang lenguh kaki semua. Rasa macam nak tidur terus. Tapi, tak boleh. Timing tidur belom sampai lagi. Istiqamah gituuuu kannnn..

Kepala fikiran sangat kusut hari ni. Alhamdulillah, lepas solat zohor tadi baru rasa tenang damai. Tak tau kenapa kusut. Kena check balik, dosa apa yang kita buat sampai rasa kusut macam ni. Hmmm.. Thinking thinking..


Betul la orang cakap kan, kalau hati tak tenang, mesti ada dosa yang kita buat, sama ada sengaja atau tak. Nanti kita check balik malam ni before tidur. :(

Thursday, October 4, 2012

Title? Apa-apa jelah!

Seronok rasa tak pergi kerja 2 hari ni. Muahaha.. Rasa macam heaven pulak kan. *tanda-tanda-malas*. Tapi kesian la jugak kat budak-budak lain nak kena pickup calls yang tiba-tiba macam banyak kan. Centrevu merah di mana-mana. Heeee...

Tapi, weekend ni kena kerja la. Start 7am sampai 7pm. Aku tak berapa gemar time pagi, pasal ramai user US yang kerek, pastu berlagak. Compared dengan UK or other countries, dieorang lagi mesra rakyat gituuu kenn.. Yang aku paling suka, user Thailand ngan Prague pasal even die marah ke, geram ke, nada suara dia sama je. Muahaha..

Sebenarnya kann.. sebenarnya.. Haih.. Malu la nak cerita. Nanti la cerita when the time is right. Ecess.. Beromputis gituuuu keennnn.. Muehehe..

Sekarang ni, aku dalam proses guna skincare baru. Hari tu pakai clinelle. Almost 3 years pakai. So, sekarang macam nak try yang lain pulak. Gedik plak nak tukar-tukar kan. Tapi, dalam proses perawatan ni, tak boleh pakai any makeup or bedak for 1 month. What?? 1 month? Macam mana la life seorang perempuan tanpa makeup. HAHA.

Ok, lupakan pasal tu. Sekarang ni, aku macam teruja je nak tengok-tengok baju kahwin kan kat internet. Browse, tengok lama-lama, berangan jap, pastu close. Pada pendapat kau, mana yang jimat ? Tempah or sewa? Heh.

Sunday, September 30, 2012

Exxon Teambuilding 2012 :)

Happy sunday peeps! Finally, dapat jugak rehatkan diri. Semalam bantai tidur awal gile kot. Penat la sangat kannnn. Tapi, yes sangat penat :(

Semalam ada teambuilding kat Avillion Admiral Cove, PD. On the way pergi pun tidur jugak. Nak buat macam mana, dah nama minah-suka-tidur memang susah la tak tidur kan. Heeeeeee...

Alright, moh cuci mata sikit. Pictures tak banyak sangat, pasal time buat aktiviti tak bawak pun phone. wuwuwuw..



Started with indoor activities. Macam-macam aktiviti. Gelak sampai tak ingat dah yang bila gelak kuat, ilmu hilang. heee...
 

Yeah, our team ! Initially namanye 'One Direction', tup tup team satu lagi dah buat nama yang sama. Kalut tukar nama plak. Haha..Last, nama team kiteorang 'Super Bolt' ! heee~


Part of Emerald and Amethyst team kat coffee house. Heee~ Dapat makan banyak gileee.. Ok, mula dengan nasi minyak, nasi putih lauk asam pedas pari, spaghetti, cake 2 slices and fruits. hahaa.. Banyak tak? Pastu kenyang sampai ke petang.


Nampak gemuk kan? Yeayy.. Bila makan banyak dah nampak kesan dia serta merta. Muahahha.. Logik tak? Hmmmmm..


Close ceremony. Tak sabar nak tau group aku dapat number brape. Haha. Semangat kot kiteorang main. Dan group kiteorang yang paling ikot rules time main game tu. Pasal, fasi kami sangat strict ! heheee..

Finally~~~~~~~~~~ yeay!



Even we were not a champion, but we still won! Yeay.. Till next event pulak. Insyaallah.. :)

Saturday, September 29, 2012

Quick update peeps! :)

Quick update untuk hari ni before aku tidur. Heee~

1) Pergi medical checkup kat Hospital Pantai
- mak aihhhhhh... banyak darah aku yang doktor ambik. Serius, langsung tak pandang jarum ngan doktor tu. Dan aku pun rasa macam 'digula-gulakan' doktor tu. Maksudnye di situ, doktor treat macam budak kecik yang takut dengan jarum. And actually, i'm afraid of syringe and injection. Why meeee??

- Lagi satu hal, orang hospital tu mintak aku kasik urine kan. Ala.. Bahasa senangnya, air kencing. Heh. Dan, hampir half an hour dalam toilet end up, aku cakap kat dia "buat nanti boleh tak?". LOL

- Yang paling best, berat aku susut! 43kg! Pfttt! Memang tak boleh diet ni. Kang jadik tiang lampu jugak aku nanti. So, mari makan before kerja. Heee..


2)  Dapat baju teambuilding saiz S
- tu diaaaaa... tu diaaaaa... nak habaq maiii.. eh, teambuilding bukan kat Penang. Tapi kat Port Dickson. So, esok pagi-pagi kena bertolak pergi sana. wehuuu~ Seronok sakan kan. Pasal, first time nak pergi kot. Hari tu, dieorang buat teambuilding tak dapat join pasal balik kampung for engagement.

Wednesday, September 19, 2012

Twitter twit twit

Assalamualaikum

Talk about twitter. Rasa dah banyak kali aku cakap pasal ni kot. Heeee..

Twitter ni bagi aku untuk golongan yang 24/7 online kat phone. Aku memang 24/7 online, tapi tangan sangat berat nak twit twit ni. Sampai la satu masa, aku rasa nak bukak twitter @nazatulshima16. Sekali masuk tak boleh, incorrect password bagai kan.

Try semua password yang dirasakan logik, tapi unfortunately semua password tu incorrect ! What the fish. Sabar sabar. Ada punat nak change password, sekali dia tulis, email invalid. Damn it. Bila try nak reset password guna ID tu, boleh pulak, tapi new password tak sampai kat email. Something fishy here. Twitter aku dah kena hack ! Wuwuwuwu ~

Bila check, banyak golongan orang asing yang dah jadi friend. Yang followers tu tak bergerak-gerak langsung.


Memang &*^&%&$^ sape yang hack ni. Then, aku buat la twitter baru @shimasabri. Orang cakap, enough to complete the virtual accounts. Muahaha.. Padahal takde la hari-hari update.

Lepas ni, nak try update hari-hari tiap-tiap masa. Sebagai contoh; 'dalam toilet sekarang. tengah ehem2..', 'tengah makan nasi lauk ayam', 'tengah kesat hingus' and etc. More details. Muahaha~

Sunday, September 9, 2012

Mak Jah di petang hari.

Assalamualaikum

This week sangatttt bosan. Boleh cakap tak produktif sangat. Heh. All invitations for open house tak dapat nak attend. Sedih ~ :(

Jadi nak overcome kesedihan tu, hari ni aku keluar dating kejap dengan sis in law dengan nephew aku si Kauthar. Nak merasa makan char kuey teow Mak Limah Jah. Huihhhh.. Sedapppp naaaa.. Menjilat jari ! Udang die kan, uiihhhhhh bapak besaaaqqq ! Suka suka suka ! :)

Restoran Mee Udang Mak Jah
Lokasi : Area Wangsawalk
Price: Char kuey teow (RM9 only)

So, sape-sape yang minat dengan sea food boleh la makan kat sini. Sape-sape yang agak-agak ada allergic tu maka elakkan la ye. Makan ayam ponnn sodaaapp. Heh.

Wednesday, September 5, 2012

mood ketika ini


Mood : tak tau nak describe macam mana. Yang penting swing ketika ini + sakit gigi.

Action : Tidur lagi baik.

Selamat Malam dunia !

Saturday, September 1, 2012

Virtual shopping vs live shopping


Semangat bukak blogshop. Kalau boleh nak penuhkan window tabs dengan websites blogshop aje. Belek punye belek punye belek. Last-last semua aku close. HAHA.

Rasa macam lagi best shopping live gituuuuwww. Baru ada semangat membelek menilai membelai dan memerhati. Heh.

Mula-mula aku beli barang online after SPM dulu. Konon nak carik tudung murah la kan. Time tu, orang cakap dah glamer pasal tudung ekin. Haaa.. Tudung ekin. Konon nampak cantik kalau pakai kan. So, aku pun pergila website mudah.com. Kata nak murah, ye dok? Harusla pergi website tu. Muahaha !

Belek punye belek punye belek, jumpa la tudung ekin yang harga 10 hengget. Mak aih! Murah murah. Lai lai ~ Aku pun apa lagi, beli la online. Sekali, dah sampai kat rumah, mak aku yang dapat parcel tu. Sekali mak bukak, mak pun jerit "ni beli tudung ape yang macam kain buruk ni...."

Aku pun macam, what?? Kain buruk?? Sekali tengok, sah memang macam kain buruk. Langsung tak pakai dan aku takde la ralat sangat pasal 10 hengget kot keeennnn.. Muehehe.. Tapi, lepas tu aku dah serik beli barang kat mudah. Kalau nak beli baju ke tudung ke, harusla go through to the proper website. Takpela mahal sikit pun, asal puas hati. Ye idok?


Tapi, aku tetap suka live shopping! Feeling banyak duit gitu even realitinya tak la macam tu. HAHA.

Tahniah Mimi! Eh, Puan Mimi :)

Assalamualaikum

Fuh ~ Lega bila dah mandi semua. Hilang sakit kepala, mabuk kereta, mabuk makan. Eh, makan pun mabuk. Tipu gile kot.

Actually, hari ni pergi wedding officemate, Mimi kat seremban. Car pool aje. Konvoi 3 buah kereta. Rupanya, dekat je kot Seremban tu, punya aku ingat macam jauh kan. Maklum la, first time nak pergi sana. Best best.. Sebab boleh jalan-jalan. Hee!


Area rumah Mimi sangat best! Banyak pokok, sejuk jeeeeee.. Bestnye kalau dapat beli rumah yang macam ni. Dekat dengan pokok-pokok. Hari-hari oksigen aku cukup je. Heh. Hmm, berapa banyak 'best' dah yang aku tulis. Memang best betul-betul ni. Haha.


Bila sampai je kat sana, makan tu memang tak pandang kiri kanan. Lapar ! Heee.. Macam orang tak makan 2 hari kot bila nampak makanan ni. Sedap ! :) Perasaan tu nak tambah lagi, tapi bila fikir pipi yang dah makin kembung, batalkan dulu niat tu. Tunggu malam ni pulak makan. Heh.

And here we go ! Introduce king of the day. Kinggggggg~~~ Heee..


Mimi and husband. Congrats ! Mimi sangatlah cantik. Baju cantik, veil cantik, makeup cantik. Semua cantik! Terpegun jap bila tengok. T__T

  Part of Emerald and Amethyst team.

 And exxoners family ! :)

Really enjoyed today. Walaupun kerja aku duduk dalam kereta je, tapi feeling pergi wedding orang tu macam best ! Hee.. Many thanks to tinie and sarah, pasal korang kasik tumpang naik kereta comel tu. Lain yang di plan, lain yang jadik eh. Muehehehe..

And looking forward for next wedding pulak bulan 11 ni. Can't wait! :)