Monday, February 28, 2011

Menjaga hati

Sambil layan cerita hantu alam mistik dengan si awin ni, kepala aku mula merawang. Merawang ke beberapa hari lepas.

"Ish! Lakse nape la gini ey.. Bukang macam lakse.. Dok pernoh saye rase lakse gini..Ni nok wi sape makang ni.."

Rungut salah seorang cikgu kat sekolah aku dengan lembut, tapi dengan kuat, dan makan dalam tu derr..

Sentap jap aku noks, hampir nak terkeluar mee goreng dari mulut.

Cikgu tu panggil la salah seorang pekerja kantin dan marah-marah kat dia. Kesian gila aku tengok muka kakak tu. Muka macam terhina gila. Aku dengan colleague main jeling-jeling jela. Tak boleh nak cakap ape laa...

Kalau tak puas hati, boleh nak cakap dengan jujur, but kena la jaga hati orang lain jugak.

Aku pun kadang-kadang ada tak puas hati jugak, tapi aku tengok keadaan la kalau nak sound pun. Heee.. Tapi, takdela sampai tahap nak memalukan orang. That was bad hokay~

Imagine, we put ourselves in her shoes, macam mana agaknya perasaan kena malukan depan orang macam tu??

Hmm, so sama-sama kita menjaga hati sesama kita. Tak perlu melenting kalau laksa tak berapa nak sedap, ok? Pasal, tak semua orang reti masak, macam aku ni. Hikhik!


Yang aku reti, amik gambar je. Hahaha.. *tipu je*

Extreme culture shock!

Yaahh.. Kalau tengok title kat atas pun, mesti kau pikir aku yang bikin ayat ni kan?? Pftt~ Aku takdela sejahil macam tu hokay!

Ada sesetengah penghuni dunia ni, kalau dah terkeluar sikit dari kepompong, maka akan jadi culture shock. Bukan dari bangsa India jadi bangsa melayu, tapi culture shock dari segi kelakuan, perangai mahupun everything la.

Contohnye. Dulu, nak pandang orang laki pun segan. Malu-malu.. Kunyah makanan pun, bukak mulut berape cm je, tapi bila agak lama mastautin kat situ, bukak mulut pun dah luas. Bukan cm dah, meter terus! Cakap pun dah tak berlapik. Main redah je. Pandang laki pon macam nak terkeluar bijik mata.

Kalau dulu, tengok orang minum arak, beers or what so eva, kau macam jijik la konon. "Lu pehal der, main minum-minum nih? Tak tau ke kita orang islam?".

Tapi, sekarang? Sapa yang teguk beb?? Bukan kau? Bukan kau yang simpan beers dalam fridge?? OMG! Kau lagi jijik dari orang yang kau hina dulu.

Kau ajak kawan aku pergi club. Kalau tak ikut, kau cakap, kampung. Lu pehal weyh? Bukan kau asal kedah ey? Kedah pun ada kampung jugak ape?? (No discrimination about states) Aku cuma nak tekankan yang dia berlagak macam budak bandar. WTH!

Dulu, bukan main cakap, jangan bawak laki masuk rumah. Tapi, last-last, siapa yang bawak siapa? Bukan setakat boyfriend kau angkut, tapi dengan segala kejadah lelaki kau angkut masuk rumah. Kawan aku nak solat pun tak khusyuk, terpikir ape kau buat (kawan aku memang sengal). Kalau kau nak buat benda maksiat, pergi jauh-jauhla.. Hotel bersepah-sepah kot!

Tu la, orang cakap, manusia. Better to be somebody rather than nothing! But, you are toooo somebody!

Later guys. Need a good sleep tonight for tomorrow. Love! Salam.. :)

Saturday, February 26, 2011

Jom Heboh di Terengganu (update)

Phewit~ Hari ni last day la kan aku pergi Jom heboh. Hari ni same je dengan semalam. Still pack and full! Sangat penat mata ini. :(

Picture pun tak boleh nak snap banyak-banyak. Maklumlah. Aku kan pemalu even camwhore. Kehkeh..

Dapatla tengok ning baizura, jac, shahila, tomok, akim dannnnnn shah jaszle! ;) (even dari jauh, kira ok la tu!)
Dan, time jalan-jalan tu, tiba-tiba kena terjah dengan skuad tv3. Macam program terjah la pulak kan. Kena bagi pendapat pasal jom heboh. Pergh.. Segan, tapi ada aku kesah? Time tu pun, orang berkerumun nak tengok. Maknanya, aku dah tebalkan muka time tu. Confident tak? Haha..

So far, bagi aku, jom heboh kat terengganu ni best la, pasal kiteorang yang jakun tak pernah jumpa artis in personal, dapat la snap picture same-same even aku tak dapat chance tu. Sedih kan? Tapi takpela, next jom heboh maybe!

So, buntangkan mata, luaskan mulut untuk tatap picture kitaorang! :)

with my kak long :)

buruk! macam katak buntal. Tapi, ada aku kisah? hehe..

Dieorang buat rehearsal untuk malam ni. Malam ni, memang aku tak pergi, kompom memang padat! Pftt~

So, tu je yang sempat aku snap. Sorry morry hokay! Later guys! Love!:)

Friday, February 25, 2011

Jom Heboh di Terengganu

Mood dekat Terengganu sekarang: JOM HEBOH.

Even aku baru je pergi jom heboh ni first time (jakun), tapi aku dapat detect beberapa gelagat yang orang show off kat aku. Time tu, aku tengah tunggu adik duk main berlari-lari kat tempat permainan kat situ.

So, pastila aku dapat tengok gelagat orang kat situ secara tak sengaja kan? Antaranya:
  • Kalau perempuan pakai seksi sikit (singlet sahaja), makanya kaum adam agak-agak macam nak terkeluar bijik mata. Hati-hati ye abang-abang. Haha..
  • Anak-anak yang merengek nak beli belon dari badut. Makanya, ibunya akan cubit dan cakap "nok beli benda lagi?? banyok doh kang beli tu!". Shock sekejap.
  • Berebut-rebut orang nak beli makanan dalam paper bag tu. Oh, tradisi jom heboh mungkin? Maybe..
  • Time artis nyanyi, ada je orang mulut busuk kat belakang cakap, suara tak best. Cuba try kau pulak nyanyi. Best tak??
  • Si lelaki akan lepak tepi-tepi bangku dan cuba mengusha awek sambil smoking dan ber'pewit'. Apakah?? Memalukan!
  • Si perempuan akan bergaya sakan. Bayangkan, aku dapat tengok hana tajima, yuna, hanis zalikha, rosnah mat aris merata-rata! Semua dah macam artis. Hehehe..
Setakat ni yang aku mampu skodeng. Yang lain, mungkin kena tunggu esok. Kot-kot aku pergi lagi. Hahaha.. And maybe can snap some pictures. Hee! Later guys! Love! :)

Hiburan Hari Jumaat

Untuk hiburan hari jumaat ok!

Time ni pergi karoke dengan kawan-kawan. Nak hilangkan tension.

Singing is one of my passion ye derr...

Sesuai untuk aku mempoyokan diri hari ini. So, jangan gelak atau kutuk! Hahaha..


Selamat menutup telinga! :)

Jenis tahan marah alaf baru

Pernah tak jadi situasi di mana korang rasa macam nak marah ke, under control ke, atau apa-apa saje yang berkaitan dengan hasutan syaitan durjana ni??

Apa yang kau buat kalau dalam keadaan under control dan sangat genting tu??


Ada certain manusia akan bernafas tercungap-cungap macam berlari 4 x 400m.

Ada jugak pattern yang tiba-tiba menangis macam tengok cerita hindustan,pasal tahan kemarahan.

Tapi, kalau aku plak, macam mana aku nak control kemarahan?? Memang rare! Terbaik dari ladang. Hahaha..

Kalau aku nak tahan marah, or tiba-tiba macam aku nak marah orang, aku mesti akan bersin. Yes! Bersin. So, kalau macam muka aku merah-merah nak bersin tu, means aku memang nak marah dan tengah control marah. Hahaa.. Aku pun tak paham macam mana boleh jadi macam ni.
Dahsyat!!

Tapi, kira ok la dari aku maki hamun orang tak tentu pasal. Betol tak? :)

Wednesday, February 23, 2011

Kisah seram di sekolah

Ok, perkara ngeri telah berlaku kat aku hari ni. Bukan ngeri sangat, tapi agak serammm kot!

Ceritanya bermula, bila aku busy buat kerja tadi. Ehem!

Tiba-tiba terpacul seorang budak perempuan form1. Ok, aku kenal dia. Pernah la nampak before ni. So, aku tanya la ada apa-apa problem ke tak. Gaya dah macam doktor pon ada. Haha..

Rupanya, dia cakap, nak duduk dengan aku dalam bilik tu. Fine la kan. Budak-budak.. Biasela tu, kot-kot nak bermanja kan?

So, aku benarkan even aku tau dia ada kelas time tu. Tak boleh nak marah, pasal perempuan, kalau budak laki, dah lama aku jerit suruh masuk kelas. Hahaha.. Garang siot je.

Banyak la dia sembang. Siap bagi nasihat lagi. Wah! Aku agak, she's different la dari budak form 1 yang lain, sebab the way dia cakap tu macam orang besar dan ada yang tak kena la sikit-sikit.

Tiba-tiba, dia bangun, duduk sebelah aku. Aku layankan aje. Budak-budak.. Sangat tak sangka, tiba-tiba sambil duk cakap ngan aku tu, dia gosok-gosok lengan aku. Banyak kali hokay! Ya Allah! Meremang bulu romaku!!! Dalam kepala aku time tu. Dia nak apa-apakan aku ke?? Bodoh betul pemikiran. Haha..

Sambil gosok, sambil cakap pasal hantu yang usik dia!! Waaaa!!! Aku takut!! Dah la aku ngan dia aje time tu. Gile ah! Aku punya meremang bulu roma dah tak boleh handle. Aku pun cakap nak pegi makan.

Kau tau dia cakap apa? Nak ikot sambil peluk aku hokay!! :(

Maka, dia pun ikut aku ke kantin. Lepas aku belanja dia makan semua, aku mintak dia pergi solat kat surau. So, after dia pergi solat, maka seharusnya la aku berlalu dengan cepat. Kehkeh..

Bila aku tanya ngan cikgu-cikgu kat situ, rupanya, baru aku tau. Dia ada penyakit sawan. Kesian dia.. Tiba-tiba rasa simpati. Hopefully, dia akan sembuh cepat. Amin..~

A birthday song for my dad!



A birthday song for you dad! Hehehe..
Happy 54th birthday to my lovely dad!
May Allah bless you! :) Amin..

Tuesday, February 22, 2011

Position Batu api

Batu api atau nama saintifiknya fire stone memang terkenal di kalangan manusia. Tak payah nak cakap la kau tak pernah jadi batu api.

Mesti pernah walau sekali kan? Even nak beli sayur pon kau api-apikan si pembeli, tak nak kasik dia beli sayur yang tak elok. Kan? Ke nasihat namanya tu? Entah, aku pun jarang nak boleh beza antara nasihat dan batu api.

Kenapa nak jadi batu api?

Best ke jadi batu api amatur ni? Tak bergaji pulak?

Kalau aku, mesti tak nak buat kerja yang tak bergaji ni. Rugi beb! Rugi masa. Rugi wang ringgit. Rugi otak nak kena perah idea terbaik punya!

Kalau la position batu api ni bergaji lumayan, aku pun nak apply jugak. Tapi, make sure aku kena ada experience 1 tahun dan ada skills communication yang terbaik di ladang ternak lembu. Kau nak tak?? :)

"Biarkan orang berkata, jangan kita mengata. Biarkan dia jadi batu api, jangan kita mengapi-api. "

Sunday, February 20, 2011

first time pakai handphone

Dalam kehidupan sehari-hari, mesti kita tak boleh hidup tanpa handphone kan? Tak kesah la handphone kau jenis bb (busuk banga) ke, iphone4 ke, iphone16 ke, jenis android ke atau jenis paling tahan lama nokia 3315, mesti nak kena pegang, usap atau paling cikai pun, mesti kau nak kena tengok dia ada kat tepi.

Apa kejadahnya semua tu?

Kejadah tak kejadah, handphone memang nak kena ada kat sisi aku 24/7! Kalau tak, mesti rasa macam ada missing something even bukannya tiap saat aku dapat text ke, call ke, video call ke, mms ke, voicemail or what so eva.

Dulu, masa first time aku pakai handphone, bila bunyi aje lagu kat handphone, berlari bagai nak rak! Konon, takut tak sempat nak angkat. Pasang volume 5 tu beb! Hahaha.. Sampaikan, kawan aku cakap,

"Mu ni dok dang dang nok angkat tepon.. Aku bukangnye telepong sekali je..Rilek ah..tau ah paka henpong lening.."

Ok, agak malu aku kat situ. Lepas kejadian tuh, bila dapat call aje, aku biar je dia bunyi banyak kali. Konon tengah busy, padahal cover lepas kena sound hari tu.

Bila dapat hantar mms lagi laa.. Lepas satu gambar, satu gambar send. Memang jakun tahap dewa dewi. Lepas amik gambar melekat kat pokok, amik pulak gambar melekat kat dinding. Hahaha.. Kebudakan sangat!(sampai sekarang pun macam tu *sigh*)

First time pakai handphone yang ada video call /3G, suka bukan kepalang. Yela, boleh tengok muka orang kan. Rare tu derrr...

"Oh dunia! Tengok la.. Aku boleh tengok muka bf aku! Tengok tu! Dia tengah sengih! Wah! Dia buat peace! Comeynye!!"


Tapi, sekarang, Alhamdulillah... Dah tak jakun, melainkan tiba-tiba aku pakai BB! Tak pun iphone! Memang ape segala jadah aku tak tau nak main dalam tu. Dan aku mungkin kembali ke zaman jakun macam dulu. So, pada users BB ngan iPhone, i need a tutorial how to use BB and iPhone! Hihihihi..~ :D (Konon macam nak pakai esok)

Later guys! Muahsss~ Salam..

Nasyid sempena Maulidur Rasul

"Tercipta satu lembaran sejarah, di tanah, suci kota Mekah.."
Pergh, akhirnya selesai sudah part aku kena nasyid sempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah, everything was ok, dan yang paling aku bersyukur, suara aku tak macam itik pulang petang (perasan sikit).

Tapi yang amat risau, pasal pagi-pagi mana la nak lunak lagi suara. Kata baru bangun dari mimpi indah. Tapi, Alhamdulillah ok je. Hee..

cuba cari aku kat mana. hakhak..


Muka lega after performance. Hahaha.. Perut lapar kot! Eh? Asal baju aku nampak pendek ey? Aku pakai baju mak tu. Hihihi.. Nasib baik kain tak senteng. :) Aku ngan mak, boleh share-share baju. Pasal, tinggi kami lebih kurang aje. Senang.

Ok, dah la story pasal ni. Nanti orang cakap kau lebih-lebih pulak shima oi!!~ Suara macam katak, ada hati nak story mory. Nasib la. Hihihi..

Back to work mood. Argh~ Masuk office hari ahad, mesti kadar pressure agak luar biasa tinggi dari hari lain. Sume suke kasik keje yang ad hoc. Eeeii.. Sakit kepala mak nyah~

Later ok, Love you guys!! :) Nak siapkan kerja jap. Pfftt!

Saturday, February 19, 2011

Mak Ayam berlegar di Stesen Bas

Aku dah kecohkan isu hangat Ibu ayam di station bus Kuala Terengganu kan? Hehehe.. Memang itu yang terjadi.

Tak kisah la, cik Dee fikir Terengganu ni aman ke, makmur ke, tapi yang sememangnya korang kena tau, jangan keluar 'bahang rambang' aje. Ni kisahnya..

Semalam, parents aku nak keluar amik kakak ipar aku yang baru sampai dari Pahang. So, dieorang tunggu la dalam area jam 130 pagi. Tunggu punya tunggu, kakak ipar aku ni tak sampai-sampai lagi. Then, mak aku terpandang something yang agak janggal la untuk seorang perempuan. Bukan takat perempuan, tapi perempuan kerepot suda.

Sekali pandang, nampak macam mak cik yang baik (mak aku cakap). Pakai jilbab besar, pakai baju kurung. Tapi? Smoking. Erm, maybe smoking tu kira ok lagi la kan. Normal la, orang tua smoking, pasal dulu-dulu dieorang kan suka hisap rokok daun. Mak cik tu smoking sambil duduk baring mengiring, pastu goyang-goyang kaki. Kau boleh bayang tak macam mana?? Kalau tak boleh bayang, kau boleh aku kategorikan dalam golongan lampi. Kihkih..

Lepas tu, dia sembang-sembang dengan remaja perempuan gempal. Menurut mak aku, budak perempuan tu umurnya area-area macam aku la kot. Pastu dia jalan tempang. Mak cik tua tu keluarkan duit, pastu tunjuk-tunjuk kat 7E. Maybe nak suruh beli makanan kot. Takpun bekalan rokok dah abis.

Bila si gempal tu pergi kat 7E, datang la seorang pak guard. Muda lagi. Kalau tengok, memang macam orang normal. Eh, mestilah normal, kalau tak, takkan la jadi pak guard! Mula-mula tu, mak aku nampak dieorang sembang-sembang biasa. Tiba-tiba.. Jeng jeng jeng!!!

Si pak guard tu tunduk kat badan si perempuan tua tu. Paham-paham jela kan dieorang buat ape. Yang tak boleh blah, mak aku cakap, muka si tua tu macam takde pape jadi. Hahaha.. Lahanat betol! Boleh plak buat projek time lampu neon terbukak indah, dikelilingi manusia yang tunggu sedare mare. Budus betol mereka! Macam lorong haji taib je! Keji benar..

Bila si tempang tu keluar dari 7E, terus laki tu bangun dan wat macam takde pape jadik. Haih!! Aku sangat nak marah. Sape ntah amek si laki budus ni kerja! Lepas tu, kakak ipar aku dah sampai, so parents aku pun balik la.

Jom, skodeng dieorang kat station bus malam ni??! Hahaha...

p/s: to asyraf, kalau nak apply kerja kat mak ayam tuh, datang la terengganu yep! Hahaha.. Sengal punye orang..Kihkih..

Peristiwa hitam

Rasanya, dah tak valid lagi kot kalau nak guna word 'saya'. Entah la, rasa macam agak terkepit, tersepit kat situ. Dan, still masih rasa penggunaan 'aku' tu paling valid la orang cakap. More friendly user. Hoi! Ingat sistem ke nak friendly user nih.

So, sorry to all readers. Penggunaan aku tu lagi senang nak express feeling. Takde cover-cover, ayu-ayu. All out orang Kadazan cakap.

Kau pernah masuk nasyid tak?

Mesti ah pernah kan. Zaman tadika lagi ada nasyid nih.

Dulu aku pernah la masuk pertandingan nasyid. Zaman-zaman duduk hostel. Ala, budak hostel wajib ada group nasyid. Biasa la, kami kan insan-insan istimewa. So, terjadila peristiwa hitam time tu. Takde darah, just hitam. Maka, bukan peristiwa berdarah.

Pernah sekali tu, aku lupa sempena apa aku masuk pertandingan nasyid, so aku terpaksa jadi solo la -ada 2 orang solo(s)-. Even suare tak sedap, aku nyanyi jugak. Mula-mula ok la kan. Semua macam senyap je, last-last dekat nak abis je, suara pecah. Hahaha.. Malu weyh!

Pastu yang tambah kesengalan, bila aku cakap " sorry kak shimah, suare pecoh..". Kau tau? Aku cakap benda tu dekat dengan mic. Dan for sure orang dengar. Hahaa.. Pastu, tiba-tiba rasa diri melayang (malu).

Hopefully, esok peristiwa lama tak berulang lagi. Aku tak nak pisang berbuah banyak kali. Dan tak nak rasa melayang macam hari tu. Pftt! Jom nyanyi junjungan mulia ramai-ramai! :)

Thursday, February 17, 2011

Santai dengan ratu sekati

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. Pergh, hampir seminggu jugak saya tak update blog. Kehidupan busy macam menteri.

So, untuk release stress kerja, meh ikut saya makan-makan santai kat Lagun, Kuala Ibai. Saya pergi time cuti Maulidur Rasul hari tu. Amik kesempatan pegi bersantai. Nice view, nice place also. Kami buat makan ala-ala kampung gituu... Hakhak..

Menunye? Nasi putih, ikan singgang, ayam goreng, ikan goreng, belacan, ulam, tembikai! Pergh! Shedap~! Mesti leleh air liur korang. Kan?? Hahaha.. Kesian..

So, let my pics explain everything! :)


muka yang wajibbbbbbb ada kat mane-mane.. Gila glamer betol. Grrr~


makang dulu! Jangang neleh air liur blake.... :D



Tak pernah dalam hidup saya makan sayur, dan at last, nampak pucuk jambu macam sedap. Rupenye, memang sedap!!! First time makan, and i fall in love with it! Oh, pucuk jambu.. :)


Ni la antara ratu-ratu kampung sekati. *muntah*

Best jugak bila duduk kat kampung ni. Boleh rapat dengan budak-budak kat sini. Dulu, time study kat penang, nama dieorang pun macam ala-ala tak hengat kan. Teruk betul! But, now, saya da boleh ingat semua nama dieorang. Hebat tak?! :)


Ni Fatihah, merangkap PA saya. Ikut saya pergi mana-mana je. Hehehe.. :) She's 17 ok. And i feel the same too! Hakhak! Kawan ngan budak-budak muda, nanti kita pun jadi muda taw! Tips berguna ni. Amalkan ye. Hehehe..

Finally, dpat jugak hilangkan stress bila hang out ngan dieorang. Otak pun makin berkembang. Yela, kalau duduk kat rumah, tengok dinding ngan dinding je. Tv pun malas nak tengok. Zaman sekarang dah takde cerita best melainkan raja lawak! :)

Later guys! Muaahhss! Love :)

Sunday, February 13, 2011

Zaman Tadika

Saya ingat lagi, zaman tadika...

Tengah syok main plastesin dengan kawan, tiba-tiba ada cendol atas kain saya. Pergh!! Hingus! Hijau! Eeeii..~ Terus saya meraung dan tak nak kawan dengan budak perempuan tu. Kesian dia. Maafkan saya ye awak! :(

Saya cuma tak suka kain saya kotor kena hingus. Kalau kelemumur, saya boleh maafkan.


Zaman tadika pun, dah ada budak laki gatal. Time beratur nak balik, tiba-tiba ada budak laki agresif datang peluk saya. Waa! Tsk! Terus saya meraung. Meraung lagi. Tu kerja saya zaman tadika, meraung. Terus cikgu pukul budak laki tu dengan rotan. Maafkan saya awak.

Saya tak suka awak peluk saya, sebab awak bukan suami saya lagi.


Time tu, saya rambut pendek. Berambut pendek buatkan saya tiba-tiba rasa comel. Memang saya perasan. Tapi, saya tak kesah, pasal orang yang cakap macam tu. Jadi, saya ikut je ape yang dieorang cakap. Saya tak salahkan?

Balik aje dari tadika, mak dah sediakan botol susu dan bantal kesayangan saya depan tv. Memang rutin wajib hisap susu botol. Sangat heaven.

Saya tak tau nak describe macam mana perasaan hisap susu botol. 6 years old still hisap susu botol, nasib baik gigi tak jongang. Yang pasti, saya tak bawak botol susu kat sekolah. Malu la wey..

Erm, dah la! Entri pun dah jadi macam budak umur 6 tahun yang baru nak up. Hahaha..


Whatever it is, zaman tadika saya sangat menyeronokkan!! :) Fafa pun seronok jugak. Tengok? Online sampai tertido! Sweet fafa! Love you!!

Saturday, February 12, 2011

Tips untuk dapatkan anak comel :)

Ingat tak, hari tu saya ada tulis entri tips untuk dapatkan anak lelaki dan perempuan. Kali ni, saya nak share, macam mana nak dapatkan anak-anak yang comel. InsyaAllah... Jangan percaya bulat-bulat ok. Just for sharing.. :)
  • Baca surah Yusuf dan Surah Maryam
    Yang ni memang kena amalkan la time pregnant tu. Banyakkan baca surah Yusuf untuk dapatkan anak lelaki yang hensem, dan surah Maryam untuk dapatkan anak perempuan yang cantik. Amalkan membaca:
"Rabbana hablana min azwa jina wazurriyatina min qurrati aqyun waj alna lil muttaqina imama.."

  • Minum air soya
    Hah! Ni feveret saya kot! Soya! Sedap.. So, sape-sape yang nak anak dieorang putih, boleh amalkan minum air soya ok! Tapi, jangan banyak sangat, takut ada effect kat kandungan. Hehee..
  • Minum air kelapa
    Sape-sape yang nak anak derang gebu, boleh amalkan minum air kelapa. Tapi, pastikan kandungan tu 7 bulan ke atas ye kakak-kakak dan abang-abang sekalian.
  • Tengok orang yang hensem dan cantik
    Kalau boleh, tampal aje gambar Fahrin Ahmad kat dalam bilik tu. Before tidur, boleh tengok dia pastu bayang tu muka baby korang lagi 30 tahun. Hehehe..
Ermm.. Setakat ni dulu kot tips untuk malam ni. Hehehe.. So, sape-sape yang bakal bergelar ibu, boleh amalkan tips ni.

Tapi, ni semua kehendak Allah S.W.T. Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha. Kan?

So, jangan berhenti amalkan membaca ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya, itu yang terbaik untuk memperoleh zuriat yang cantik, hensem, pandai dan segalanya. :)

Wednesday, February 9, 2011

Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang

Hola! Happy working hour peeps!

Semalam, saya berstory dengan godsis saya. About one hour lebih jugak. Lots of stories. Sangat-sangat. We used to share stories before. But, that was then. Now, masing-masing dah duduk jauh dan yaa.. Komitmen dengan kerjaya. Me too.

Tapi, after kami talking, laughing, and everything semalam, saya tersedar that, love is not just love, but must comes with sincerity, trust, honesty and yang paling penting loyalty. Alhamdulillah, my love-life becomes more exciting dan hot kot! Heee.. :)

Understanding each other tu sangat penting. Saya pun kadang-kadang tak nak paham jugak even saya dah paham benda tuh. Hihihi.. Saje je. Orang cakap nak manja-manja? Eces! Last-last, bukan manja yang dapat, tapi marah yang dapat. Last-last merajuk, pastu siapa yang pujuk saya? Mestila dia. Hehehe.. Suke-suke!



Yela, perempuan kan. Nak kot dimanja-manjakan. Miow.. miow.. Hahaa.. Tapi tu dulu la kan. Sekarang dah kurang sikit manja tu. Menginjak dewasa orang putih cakap. Lebih kurang la.. Tapi, yang sengalnye, bila saya tengok orang lain manja-manja, macam nak muntah pon ada. Tapi, when it comes to me? cool kot! hahaha..

Entah la. Lain orang, lain perangai. Rambut sama lurus, tapi hati lain-lain. Hoi! Masuk belajar balik! Peribahasa pun tak lulus, ada hati nak berperibahasa. Ok, later guys! Muaahss!

Tuesday, February 8, 2011

Melda Ahmad

Sape tengok Gadis Semasa Sunsilk? Even saya tak pakai sunsilk, tapi sangat suka tengok cerita yang setengah jam ni. Sweet oh! :)

Melda Ahmad. Lagu die superb ok! Lagu yang saya suka dengar, KIMIA. Best! Putus pun best jugak, tapi most most my fav song, kimia!

She's nice. Suara dia sangat comel. Macam tweety. Kihkih. Tapi merdu der.. Kagum jap bila dengar dia nyanyi. Dalam cerita ni pun, dia macam tak kekok sangat. Tutti! Yes, elegent dan smart! :) The way she act pun macam sempoi. Best!

Tapi, kalau saya nyanyi letak dalam youtube, ade ke orang nak dengar? Kahkah. Memalukan diri sendiri aje. Ye idak? Baiklah nyanyi dalam toilet. Yang tukang gelaknya, si awin jela. Hehehe.. :D

Jom layan Melda nyanyi sambil popcorn! :)

Monday, February 7, 2011

Soalan 18sx. Eh, yeke?

Nasib la kan kalau time wedding ada je yang tanya soalan yang kita dah expect, tapi buat-buat unexpected kan. Contoh soalan.

"Yang ni, bila lagi nak kawen??"
"Abang lepas dah, adik dia bile lagi?"
"Shima bile plok??"

Kalau 100 orang yang datang, 100 kali saya kena jawab benda yang sama and that make me went crazy. At that time only. Hehe..

Ayat laen-laen tapi maksud still sama. Bila saya akan kahwin? Wah! Soalan yang sangat-sangat, erm.. menguji daya IQ dan EQ saya. Menguji tu derr. Amik masa jugak kot nak jawab.

Menandakan, saya dah makin tua. Pfft! Belum tua, tapi cukup umur untuk kahwin dan cukup umur untuk dapatkan ini. *Gatal*


kehkeh....

Sunday, February 6, 2011

Wedding Along & Kak Na

Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis perkahwinan along saya on 3/2/2011 dan majlis sambut menantu semalam, 5/2/2011 . :) Penat, tapi sangat enjoy!


Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan. A night before the wedding. :) Theme gold, tapi saya bedal pakai baju hitam dan ada la lining gold kat baju tu. Kire ok la kan. Ngeh3..


Kakak ipar saya. She's so cute rite? heee.. :) 25, bakal kerja kat Ambank, dulu study kat uitm shah alam amik course sc comp macam saya. Kami boleh cooperate one day. Eces! Poyo.


This is my along. A teacher. But, sangat sangat tak garang. Kadang-kadang je garang. Kalau saya malas masuk dapur. Memang kena membebel. Dia pandai masak ye tuan-tuan puan-puan. Kalau mak saya silap letak banyak sikit minyak masak, haa, pandai-pandailah jawab. Sangat sangat menjaga pemakanan.


Hah! Meet my bakal kakak ipar. She's my second bro's fiancee. :) Kak ina. She's a teacher kat setapak. Also dari Kelantan. :)


Ni wedding kat Kelantan. Rumah kakak saya ni. Pelamin yang amat gojes dan cantik.
Haih, kena saving banyak-banyak nih.
Baru ley wat wedding of the year
. Haaahaha (ayat aunty saya ni).


Ehem... Ni en.bf saya. Always with me. Tq sayang.. Balik dari KL terus datang ke sini dengan kawan dia. So sweet u sayang. Ops! sorry. Teremo kat sini. hehee..

Nampak macam saya gumuk. Tapi en.bf cakap dah kurus. Yes! Hehehe.. Aunty saya pun cakap macam tu. Means, dah kurus sikit dan dan.. Tak perlu diet dah kot. Hehe..




Ni majlis sambut menantu kat umah saya. White theme. Tapi abang saya bedal pakai baju kuning krim. Haha.. Macam-macam la.. Dan tu yang kecik-kecik tu fairies. Ececees,, Jeles i. Nak pakai macam dieorang jugak, tapi takut orang pikir saya ni datang dari hospital mane. Hihihi..


She' my mom!! Bakal jadi nenek muda lepas ni. Hehehe.. I love you! Penat sikit, tapi berbaloi-baloi sebab enjoy sangat! :)


And thanks to en.bf sekeluarga for coming.. :) Abah pun datang sekali, tapi segan nak masuk kot. Hehehe.. Thanks Umi, Abah, Ana, Mimi, Pesal dan sayang.. :) Love u ols!


Ni la adik-adik saya. Cute cute! :) Hari ni Mimi dah nak masuk sekolah men sains seri puteri. Sangat terer. 9A kot. Makan kismis tiap-tiap malam ni. Hehehe.. Nanti, nak belajar add maths ngan Mimi. Pastu, belajar akaun ngan Ana. Kehkeh..

p/s: entri agak skema. Sorry. Rasa keras semacam pasal lama tak update. Hihihi.. Love u guys for reading! ;)

Tuesday, February 1, 2011

Price of RON97 INCREASING!

Kereta saya dah cantik kembali! :) Lepas ni boleh berjalan-jalan sesuka hati kat mane-mane pon, tapi harga minyak RON97 naik lagi 10 sen! Kenapa mesti naik lagi? Sayang.. Kau tipu tipu aku lagi!

Rasanya, dah ramai yang merungut pasal harga minyak naik ni. Hari tu dah naikkan harga. Sekarang mau naikkan lagi? Aiyak! Mau untung kat mana lagi? Rakyat yang bergaji tinggi macam saya jugak la yang merana. Nasib baik saya dah isi minyak semalam, dan yang jakunnye bila saya baru nak buat kad smile. Haha..

Dah la hari khamis ni nak gi KB, along saya getting married. Pfftt! Memang harga naik timing tak kena betul la. Katanya Rakyat Didahulukan. Kahkah.. Tapi, yela kot rakyat didahulukan. Kalau tak, masakan ada rumah-rumah untuk orang-orang miskin. :)

Takpela nak naik pun. Heran pun tak. Kata gaji tinggi kan? (Gila takabur). Ok, nak kuar makan kuih jap. Jimat. Kata bergaji tinggi. Hahaha..