Thursday, October 28, 2010

Cinta Ditolak, simbah asid.

Dah bukak metro online hari ni?? Headline yang membuatkan mata aku terbutang kejap. Perempuan disimbah asid sebab cinta tak diterima?? Wth! Kesian gile kot kat perempuan ni. Dah la nak tunang bulan depan! Ayoyo! Lelaki yang bahlul tu sangat tak gentleman! Kau sangat hardman khak tui!

Cinta ditolak, pastu tak puas hati. Why? Mesti ke nak kena simbah asid bagai? Bajet kau tu maskulin sangat ke, yang kau duk paksa perempuan tu terima kau? Kau ingat dengan cara ni, kau dapat hidup tenang? Kau puas hati? Hey bastard! Kau akan terima balasan dari Tuhan. Tak kat dunia, kat akhirat sana.

sumber: metro online
Macam-macam hal kat zaman sekarang ni. Kalau tak simbah ngan asid, pergi bomoh sane, bomoh sini. Ape la.. Dah tak tau hukum hakam agaknya. Mintak pertolongan dengan Allah, bukan dari setan atau dengan jin durjana la. Dulu, bukan ke masuk kelas agama? Belajar subjek agama islam? Siap boleh hafal muqadam. Tapi, kenapa bila dah besar, jauh terpesong? Fikirkanlah..

Wednesday, October 27, 2010

Shopping tingkap kot.

Monim readers! Having your breakfast today? Belum? Mee too lah! Diet in progress. Kahkah. Even my tummy going to sing keroncong song. ;(

Orait.
Mission this month:
  • Shawls
  • Skirts
Sila marah saya cik bf. Sila sekat saya untuk membeli. Nafsu membeli makin membuak-buak. Have to do something to stop it.
Tapi, dat's we called woman.
Women without shopping are nothing.
But, shopping without money we called window shopping.


Tuesday, October 26, 2010

Samuraian vs Binim Samuraian

Samurai boleh diklasifikasikan sebagai panglima mahupun pendekar yang handal di zaman Jepun Yamashakakiku. Tapi, aku bukan nak cakap samurai yang zaman Jepun nippon paint tu. Ni, aku nak cakap, samurai di zaman alaf baru ni. Bukan guna pedang mahupun perisai. Hanya semangat assobiyah yang pentim! Sangat pentim!

Samuraian- Ditubuhkan khas untuk anak-anak jati Kelantan dan Terengganu. Ehehehe.. Tapi, aku bukan tergolong dalam group ni. Tapi, aku tergolong dalam group Binim Samuraian. Binim tu stands for wife. Kahkah. Idea asal oleh gf Lalok atau amir, dan si pengcreate group ni aku, cik gayah gayah gayah! hahaa..

Motif die bukan apa. Just for fun dan pada masa yang sama, dapat berkenal rapat dengan gadis pujaaan samuraian. Ehehehe.. Setakat ni, ada 24 members dan akan bertambah sekiranya si bujang samuraian berjumpa dengan gadis pujaan mereka. ;) lol.

p/s: pada sesiapa yang berkenaan, sila mencari calon untuk diri anda. ;)

Monday, October 25, 2010

FFM dan TBA5959

Maaf la ye. Tajuk entri yang mungkin kau tak ley nak belah dua. Ok, akibat urusan yang memang tak dapat aku nak elak, semalam aku tak dapat nak mengupdate blog. Cuma hanya mampu menukar header dan bentuk muka blog aku sahaja. Tapi, kau kesah ke masalahnye? Kompom tak kesah.

Semalam kau tengok FFM? Bukan farah fidah mungil, tapi Festival Filem Malaysia noks. Sangat teruja aku tengok, pasal ada Zizanus Agustusi. Lawak tahap dewa dewi. La minah la minah ey ey! Waka wakaf che yeh! Ya ampun! Macam mane kau ada idea nak nyanyi macam tu? Think out of the box! Bagus! Macam tu kalau nak berjaya! Aku puji kau Zizanus Agustusi! ;)

Pagi kelmarin, aku memecut laju TBA5959. Tengok kat meter dah 140km/hr. Oh! Aku kena slowkan. Kalau aku sampai awal kat Besut, nanti ayah aku marah. Kehkeh. Memang betol jangkaanku. Ayah aku call tanya ade kat mane. Selang beberapa minit, mak aku plak call tanya ada kat mane. Pastu, pukul 8 tepat, cik bf plak call tanya dah sampai ke belum. Hihihi.. (derang risau aku bawak laju sebenarnye) :(

Moral of the story, bawak slow-slow kalau nak jimatkan minyak. Hehehe.. (pesanan penaja cik bf) Haih.. Saya nak follow awak je sebenarnye. A drifter. Kehkeh.

Saturday, October 23, 2010

Make Up

Phewwiitt! Ape kabar semua?? Siap masak, terus bukak blog. Hari ni menu aku, daging singgang, sayur kacang, lala masak air, dengan ikan goreng. Banyak sikit ari ni, pasal along ngn bakal wife dia ada balek.

Mata aku berpinar-pinar bila tengok alat make up Anna Sui yang bakal kakak ipar aku beli tuk wedding dia. Gila kau! Sangat eksklusif casing die! Oh! Aku terpikat. Terpikat dengan Anna Sui. Kehkeh. Tapi, tak tau la efek macam mane lepas guna brand nih.

Yang selalu aku pakai, eyeliner maybelline, blusher MAC, lip gloss avon, dan lipstick maybelline. Aku banyak lipstick, tapi yang paling aku ske pakai maybelline la. Rase cam licin jap lips aku. Kehkeh. Pastu compact powder Miami. Haaa.. Aku balek terengganu, baru aku tau brand ni. Before ni, aku guna ZA. Memang best!;)

Tapi, aku sangat teringin nak pakai kryolan, tapi mahal! Isk2.. Tunggu la duet banyak sikit. Kehkeh.. Tapi, aku geram betol. Bila aku pakai make up, cam kat dinner skool aku ari tu, orang cakap aku tak make up. Adakah muka aku tak makan make up?? :(

Ni aku dah make up taw! Tapi, aku make up sendirik jela. Tak daya nak pegi make up kat org pro. Kehkeh. Aku rase, sebab tu kot tak makan make up. Gagaga.

Friday, October 22, 2010

Be a maid today.

Salam hari jumaat. Dah balik semua solat jumaat? Hehe. Ibu ibu dah siap masak? Dah? Bagusss.. Hehe..

Hari ni aku jadik maid sekejap kat umah. Bangun awal pagi, basuh baju, jemur baju, sapu lantai, basuh pinggan. Bak kate, semua kerja aku buat. Kehkeh.. Aku akan jadi rajin macam ni kalau mak aku pergi kursus ke, ape ke..So, this week mak aku pegi KL for perjumpaan umno tu, maka aku jadi rajin. Hehehe.. Kalau mak aku ada kat umah, otomatiknye, aku jadi pemalas. Grrr~ Cane ntah.

So, menu hari ni, aku ikot bos la. Ayah aku cakap nak makan sardin. So, aku masak sardin, kacang panjang masak kicap dan telur dadar. Gile simple aku masak. Tapi, nak buat cane. Kalau masak lauk banyak-banyak, nanti tak habes membazir. So, masak yang simple-simple aje. Aku masak ikot ape yang ayah aku nak makan. What a good daughter. Ngeh3. Ikotkan hati pagi tadi, aku nak buat nasi ayam. Lama dah tak buat. Last aku buat nasi ayam time aku f5 dulu. Haha.

Maka, aku akan jadi lebih rajin memasak untuk menjadi bakal isteri yang baik untuk cik bf. :) amin....

Thursday, October 21, 2010

Sibuk aje

Hello hello hello! Seperti biasa, aku akan mencuba sedaya upaya untuk mengupdate blog setiap hari. Azam aku untuk 20102010. Haha. What a lovely date semalam untuk sesape yang nak kahwin dan berkapelan. Sweet kan cik dee. ehehehe..

Ada orang tak mau tengok kita senang. Betul tak? Ada je yang nak dikomen, kritik. Walau sebenarnya, aku langsung tak menganggu urusan mereka. Wth hah you people? Apa yang kau tak puas hati? Sampaikan cara aku berpakaian ke tempat kerja kau nak bising? Ada aku bercakap hal buruk pasal kau ke? Mak aku tak ajar aku maki-maki orang, tapi you are across your line dear!

Macam la aku pergi kerja pakai bikini. Kalau aku pakai macam tu, memang patotla kot kau nak bising-bising. Ape kejadah ntah. Macam la aku menganggu gugat kedudukan kau. Nape kau tak bising dengan orang laen jugak? Nape dengan aku? Ni lah perempuan. Ada je tak puas hati. Go to hell la. Walau kat luaran kau nampak aku macam sengih-sengih kerang aje, tapi kau tak tau yang aku jugak boleh memaki hamun. Boleh sangat la noks. Cuma aku aje tau batas aku dengan orang yang lebih tua macam mana.

So, respect me if you want me to respect you dear.

(mood aku sangat marah dan aku mintak maaf for any kekasaran dalam entri ni)


Wednesday, October 20, 2010

Cinta Internet

Bismillahirrahmanirrahim..

Good morning readers! :)

Another short and simple topic today.

Met your love in a virtual world.

Sangat romantik bukan? Baru aje berborak dengan one of my school teacher. Talking about her past bf and now he's being her husband. She storied, how she met and responds towards him. Sangat teruja aku dengar. Pasal, aku pun berjumpa dengan cik bf thru ym ;)

Tapi, ramai yang tak percaya cinta internet ni kan? Ramai yang tertipu, tapi terpikirkah kau, adakah ramai yang bahagia? Jawapan ada pada kau, kau dan kau. Ada juga pada aku. Dan jawapan bagi aku, hanya aku,dia dan DIA yang tau. :)

Mencari cinta di internet tak salah, cuma, tegarkan honesty kau. Jangan menipu manusia sana sini. Nama selasa bin khamis, tapi kau letak nama paling sedap atas muka bumi, John Jeff Cenai. Dah ada anak 14, tapi cakap umur 25. Apakah? So, jadi berani seperti askar, jadi tegas seperti pulis, jadi lembut macam bapuk lorong haji taib. Tapi, please jangan jadi pondan bapuk khak tui tu. Be a real you. Begging you people.

Aku tules short and simple topic, tapi aku dah melalut ke laut china selatan. Maafkan aku sekalian, sebab itu lah aku. Si pencakap banyak. Hinggakan si bf mau mengacip mulutku dengan stapler. Sakit! Oh, metafora saja. Bye.

Tuesday, October 19, 2010

Dah ludah, jilat balik.

Life is about learn and apply. What we see and what we heard, we called a lesson. Lesson must be apply. So? Apa kejadahnya aku merepek? Aku pun tak tau. Tak perlu kau nak dalami ayat tu noks. Tak perlu. Kuikui.

Hak hak tui tui!! Ops! Terludah kat sini beb. Pernah dengar jilat ludah sendiri tak?? Keji tak? Haha. Eeeii.. Ada tak orang macam ni kat dunia? Rela tau kau jilat sendiri sisa sisa ludah kau tu. Haih. Kuman tau tak?? Kau tak pikir ke, yang ludahan tu mengandungi bakteria-bakteria berjangkit yang boleh buat kau sakit? Maka, aku syorkan kau cari ubat cepat-cepat kat farmasi Tang Si Siat Siat. Kalau farmasi tu wujud la kan.

Kalau kau tak sedar jugak, aku syorkan kau jumpa pakar la. Buat appointment dengan pakar kepala otak. Jangan kau pegi balun pakar kepala otak tu dah la. Mentang lah pakar tu hensemmmmness atau jelitawanississs (tahap dewa dewi punya hemsem ngan jelita). Tapi, kalau kau agak tak dapat takel pakar kepala otak tu, aku syorkan kau takel aje cik kaunter ubat atau abg yang sorong pesakit tu. Kau mane boleh. Pantang aje. Semua nak balun. Kahkah. Asal hati kau senang riang ria hari raya. Apa kejadahnye.

Cerita aku ni tak berkaitan dengan sape-sape ok. Just my thought.Tiba-tiba terpikir term jilat ludah sendiri lepas dengar pak cik ber'khaktui' kat warung tadi. So, tak perlu kau nak bayang siapa yang ludah, siapa yang jilat, siapa pakar kepala otak, siapa cik kaunter ubat, mahupun abg sorong pesakit dan paling penting siapa pak cik yang ber'khaktui' tadi. No point. Just only my thought. ;)

Monday, October 18, 2010

Kisah sedih murid

Hari ni buat kelas untuk budak darjah 6. After upsr, must be some activity, so one of it, buat kelas email untuk mereka. Aku punye skool mostly anak pensyarah, dan ada jugak anak-anak orang yang susah. :( Kadang, kalau yang susah tu, sangat kesian, tapi nakal yang amat. Geram! Fortunately, i met with someone yang dapat membetolkan mindset aku bahawa budak yang kehidupannya susah itu, sangat nakal.

Ade sorang budak laki ni.. Quite quiet person, plus sopan. He's in a last class but he's good dalam hormat orang yang lebih tua dari dia. Mentaliti lebih tinggi dari budak kelas pertama. Iye, i mean it.

" Dekat compose mail tu, letak nama, cita-cita, hobi.. bla..bla.."

I walk towards him. Honestly, aku begitu tertarik ngan dia (aku bukan pemakan budak. aku masih waras). Aku tengok apa yang dia tulis. And, he wrote 'nelayan' as his ambition. I thought dat was a first and last time aku tengok perkara macam ni. Sangat sedih ok.

Aku tanya dia, betol ke ni cita-cita awak? Dan, dengan muka yang penuh excited, dia angguk dan mengiyakan. Pergh! Gila emo sekejap aku time scene tu. Aku rasa macam nak nanges beb! Aku tanya lagi, ayah awak nelayan ye.. Dia angguk. And, he continued with his work. Nyata, ayah ialah idola dan inspirasi dia. I'm proud of u boy!

Kita selalu pikir, masalah kitalah yang paling berat, hidup kitalah yang paling menyedihkan, tapi kita tak pernah nak tau, tak pernah nak amek kesah, sebenarnya, ada kisah orang yang lebih menyedihkan daripada diri kita sendiri. And i was thinking, we been created by HIM, must be for a reason. Think deeply people.

Sunday, October 17, 2010

Visit Bukit puteri

Sekarang dah nak masuk musim hujan kat terengganu neh. Hari-hari ujan. Alhamdulillah, sejuk sikit bumi kita ni kan. ;)

Aku bukan nak citer pasal ujan maupun ribut petir, tapi, aku nak citer pasal aku jadik tourist kat terengganu. kehkeh.wth jadi tourist kat hometown? Haha. Ok, seriously, aku tak pernah pergi Bukit Puteri kat kuala terengganu neh. Nak masuk sini pon murah je. sehengget only peeps! Jangan kedekut. Tak mau. Tak mau. Hehehe.. So, aku mengajak mak, tok dan adik aku jalan2 kat sane. Quite a peace place to visit.

So, enjoy my pics ok. More pics kat fb aku. Jangan segan add me kat sana yep! ;)

selamat datang ya ibu ibu bapak bapak.hehehe..

salah sebuah meriam lama kat sini. Jangan risau, dah takde peluru dalam tu. Hehehe..

Bergaya sikit, padahal kat sebelah tu kubur Allahyarham Syed Yassin. Tak perasan kot time ni. Huhu. Al-fatihah buat beliau sekeluarga.


Ok, ni mak aku la ni punya angkara. Hehee.. Tak pela.. Demimu ibu. Hehee..:) Malu pon tibai aje la. Hehe..

Ade skill jadi photographer terbaek tak? Kehkeh..
Tarraa! Abes! Hehee. More pictures kat fb okes! Next destination plak next week. Kehkeh. Wait another place plak. Hehe. (macam tourist guide pon ade.Hoho)

Friday, October 15, 2010

Hair do

Jeng jeng jeng!! ;)

Ok, entri kali ni aku cuma nak tanye opinion kau pasal haircut yang paling cantek la kau rase, and suit with you. Aku nak survey buqey dulu before buat decision nak potong rambut. (T__T) Tak nak potong actually, but tetibe aku rasa kalau tak potong, memang orang tak tau beza antara aku atau nenek kebayan. Nahas!

Pikir-pikir nak buat cam rambut BCL ni. Cantek dowh! Phewwitt!~ :) Lame dah sebenarnye aku tak potong rambut pendek camni. Sweet and nice kan? (drooling eyes)

sumber dari BCL's fb

Pikir punya pikir lagi, nak buat rambut cleopatra. Tapi, aku takut jadi macam abu bakar ellah plak. Hekhek.

sumber dari BCL's fb jugak yaa.

gile cantek kan???!
Cik barber, boleh buat rambut aku jadi cantek macam ni tak?? Please......

Wednesday, October 13, 2010

Orang pandai boleh jadi bodoh

Hari ni sangat bengang!! Pasal pasal.. Berurusan dengan orang gile! Tension betol! Nasib baik aku pakai baju wane pink ari ni, ley damaikan hati aku sendiri. Hekhek. Nasib baek la aku ni baek hati, kalau aku ni jahat jahat ubi, aku agak nak menjawab la tadi. Ramai plak nak back up tadi. Kehkeh. Tq sistas! ;)

"Encik, dah lame benda ni ada kat kilang.. Dah lame encik kena bayar.."

" Saye tau! Saya dah suh awak bayar dulu kan cik shima..bla..bla..bla.."

"Masalahnye encik, kalau sepuluh orang suh saya bayar dulu, berat la saya encik.." agak keras sikit la suara aku dari sebelum ni yang agak-agak lembut macam tat nenas yang aku tengah makan ni.

Badan aku agak shaking. Mungkin nak marah dan menjawab, tapi tak mampu kot. Hoho. Aku kan pelembut. Awwww!

Kesudahannya, dia bayar jugak duet tu kat aku. Nak cakap orang tak pandai, big impossible, pasal dia tu lecturer kot! Haih! Dugaan kerja. Nak suh bayar punya susah giles!

Saturday, October 9, 2010

All my loves

Sekarang, dah tak macam dulu. Dulu, kalau mak ayah aku pantang keluar umah pasti aku nak ikot sekali. Tak kesah la kalau just nak pergi beli telur ke, gandum ke, ikan ke, yang penting dapat pergi jalan-jalan.

Dulu, kalau tak ikut derang, mesti nanges. Ntah pape. Kalau mak ayah tak ajak, mengamuk ngamuk macam gorilla. Mule lah buat perangai. Pastu, bila buat perangai kena la habuan die. Kehkeh. Yang paling sakit bila kena libas ngan belt. Sangat sangat sakit ok. Lepas tu, dah kurang buat perangai. Kalau suam suam nak buat perangai, terus tak jadi kalau teringat kena libas ngan belt. Huhu.

Sekarang, dah tak kena lagi. Nak ikot mereka pergi jalan-jalan pun macam dah malas. Especially pergi kenduri kawen. Huhu. Mula lah kena berleter ngan mak. Tapi, nak buat macam mane kan. Hehee..

Sekarang, no more belt. No more pain unless kalau aku buat something yang buat mereka sedih dan kecewa. Obviously, i'll not doing that. Sekarang pun, aku rasa proud sangat sebab dapat bahagiakan mereka even not fully. Partially will be ok kot. Other half, will coming soon. Hehe. ;)

Sooo... Appreciate dem. I will. Insyaallah selagi nyawa dikandung badan. Amin.. Grateful cos i have such a moderate yet happy family! Amin..:) o oooo.. one more thing. My compliment.. Faiz Yushalani.. Even we have a lot of barriers, by give and take, alhamdulillah, we can faced all the problems. kinda like that la.. Ehehe..:)

Thursday, October 7, 2010

Gelagat manusia di jalan raya.

Ok noks sekalian. I baru balek dari majlis tunang one of my frend kat area umah ni. Same umor. Dan dan. Aku jeles. Pasal, dia dapat tunang awal dari aku. Haha. Takdela, acas aje. Aku gembira bila tengok kawan-kawan aku semua dah agak-agak macam nak kawen kan. Good for u my dear dear!Hehe.

Ok, aku nak story pasal di jalan raya. Erm, kadang-kadang aku takut sebenarnya bawak kete sorang-sorang on the way nak balik KT dari besut. Pasal, dah 2 kali ada orang ikot dari belakang. Tapi different cars la. Aku kasik slow, die slowkan jugak. Tak nak potong. Pastu aku try care speed sikit kan, dia speedkan jugak. Haih. Maen angin aku betol! Geram!

Yang paling aku hangin, time aku nak amek ayah aku kat ofis dia. Ada sebuah kerete ni. Bmw, TAN 1_ (aku ingat no plate ni pasal kereta smart. Haha), maen follow dari tepi. Bangang betol! Aku slowkan, die slowkan jugak. Padahal, depan dia takde kereta pon. Lane kiri patutnye kena laju la, tapi dia ikot jugak speed kereta aku. Tau la kereta aku ni tak se gah kereta ko manusia! Tapi, dalam hangin aku tu, ade takutnye jugak. ;(

Lepas ni, boyfriend ngan mak aku mintak aku gi tinted cermin kasik gelap. Aku nak tinted 80%! Haha. Maaf ye pak JPJ! Hihihhi..

Sunday, October 3, 2010

Semut Hitam

Merangkak aku bagaikan semut hitam di tanah merah rata. Aku mengerti masih panjang perjalanan hidup untuk aku menuju ke perhentian. Walau aku diganggu oleh kuman-kuman mahupun virus-virus yang menumpang di bumi, aku mampu melawan dengan sesungutku yang agak tajam. Bisa. Hingga dapat memampuskan mereka. Haha. Kejam sungguh aku. Namun, itulah kenyataan. Jangan aku yang mampus dipijak lelabi sudah. Aku tak sanggup. Aku masih mahu menuju ke perhentian dengan damainya.

Ok, aku sudah abes melalut dan, dan aku mengantuk. Tidur dulu kawan-kawan! (T__T)

Saturday, October 2, 2010

Zaman remaja, kini dah akhir remaja

Hye peeps!! Lame aku tak bermadah pujangga lara kat belog ini. Sangat rindu namun akibat kemalasan mengupdate blog yang sangat high level, aku terpaksa turutkan. Tak mampu aku tolak.
Gile kentang betol. Lately, banyak aku mengusha gambar-gambar lama untuk tatapan umum. Bukan 18sx, pasal tu aku boleh dedahkan. Kahkah.


picture zaman agogo. Ni last day aku kat matrik penang. Sedih, tapi happy jugak pasal dah abes seksa yang aku kena kat sini. Haha. Muka ala ala baek kan? Perasan nak ______!

Ni semua memories yang tak mampu aku carik kat mane-mane tempat mahupun peta. Sangat bernilai ok! Kawan-kawan semua best! Yang penting, tetap pink walau di mana aku berada. Haha. Sangat gilakan pink. Aku mintak maaf hitam, hijau, kelabu tahi anjing. Aku tak mampu menyintai korang macam aku cintakan pink. Kahkah.

Zaman matrik sangat menyerunukkan. Ntah, aku tak tau kenapa. Friends maybe. or surrounding. Sangat mendamaikan aku. Semua lecturer yang mengajar aku, aku baek. Mudah mesra. Mesra~ (bab kate bob AF. aku geli. ok)

Yang paling aku tak lupa, claypot. Uh! Sangat sangat sedap!!! Rindu nak makan claypot kat sane. Sehingga menjilat hidung. Serius. Hoho. Dia letak ape ntah kat dalam sampai aku boley mengigau-ngigau si claypot tu (tipu). Jangan rendam spander dalam air rebusan suda. Gagaga. Sudah! Aku nak solat asar dulu. Sape-sape yang belom solat, jom moh kite bersama-sama mengerjakan solat. Moga kehidupan kita selepas ini akan diberkati oleh Allah. Amin...

Friday, October 1, 2010

Kekanda Adinda :)

Bangun pagi tadi, cik isketambola call. Merapu punya merapu selama setengah jam, dia mintak aku dengar lagu ni.! Nah! Kekanda Adinda! Hehehe..:)


Sweet bangat lagu ni! Hehee..Love love!