Sunday, April 16, 2017

World Kidney Day [Fun Run]

Entri ni memang khas untuk Fun Run. Pasallll. Ni la first time ever aku join event macam ni. Eh dulu pernah la time zaman sekolah. I mean time dewasa ni haaa (malu nak cakap tua).

Pukul 630 dah terpacak dekat Taman Botani Putrajaya. Sesat jugak la nak pergi sana even dah pakai waze. Tapi aku memang sejenis yang suka sesat walau pakai waze ke, google map ke. Aku pun tak paham kenapa. Rasanye macam dah ikot instruction waze tu. Haha.


Sampai je sane, lepak jap jumpe si Ecah & Wani. Borak borak. Ambik gambar sket. Around 715am baru la start. Not bad la pasal aku and Ecah tak banyak sangat berjalan. Tapi time dah nak sampai tu masing-masing dah pancit chuols. So jalan jela jawabnye. Haha. Eh lupa nak cakap. Ni untuk 5km sahajoooo tapi azab nak habiskan rasa macam ''ehhhhhh. apehal tak nampak lagi tulisan TAMAT ni?"


So far sangat ok la. Ambik experience dulu. Memang berpeluh and rasa macam 'run' sangat hari tu. kehkeh. Next event ada lagi. Insha Allah yang tu kena komited sikit. Try ambik 10km ke. Hmm mimpi jela kot 10km tu. 5km ni pun dah rasa macam berlari 50km.



So ni la benda yang aku dapat. walaupun bukan emas, perak atau gangsa, tapi aku tetap bangga. Mak!! Tengok ni. shima dapat benda ni ! Hehehehe.

Fit please!

Now aku dalam mood nak turunkan berat badan. Last haritu timbang dah naik jadi 53kg! Gosh! Memang sasau jap tengok weight scale tu.

Yela, makan tak hingat dunia. Malam pun nak makan. Eh tak kira la malam ke, tengah malam ke, kalau lapar memang makan je. Kalau nasik pulak time lunch tu, makcik kedai mesti letak full 1 pinggan. Kadang gambar corak bunga tepi pinggan tu pun dah tertutup dengan nasik. Haha! Boleh pulak aku habiskan. Bila dah makan menyesal. Gile betul. Haha.

Tapi now ada orang encourage untuk kurus. And yaaa mula-mula tu fikir la kan. Emmm betul ke nak buat ni. Betul ke nk tinggalkan nasik. Betul ke tuu...Betul ke ni. Eh banyak sangat pulak fikir. So aku decide ok ni right time untuk proceed.

So now, ade la jugak cheat day di mana aku akan makan nasik. Haha! Bile dapat suap nasik dalam mulut tu rasa heaven yang amat. So esok sambung makan sup ayam je. Dalam seminggu akan makan 1 kali je nasi. Yang lain tu semua sup. Plus, workout. Buat Tabata, dancing, bergayut. Semua ada.

So far dah turun 3kg. Not bad la kan 50kg. Tapi berat tu tak mau turun jugak ke 49kg. Statik camtu je. Pulun buat exercise hari-hari. Tapi disebabkan dah minat dengan workout so dah tak rasa macam benda tu membebankan. Giteww kekdahnya.

Ok now aku lapar.

Makan nasik ke, makan megi ke, or telan air liur je?

Nanti aku fikir balik.

Tapi most likely telan air liur la kot. (Tipu)




My New Baby (Bysees Signature)

Now 1231am and i couldn't sleep. Nasib baik Danish tidur awal malam ni. So ade la 'me' time sikit. Tu yang boleh bukak blog and update something dalam ni. :)

Since URL address blog ni pun dah bertukar. Dulu fz-cma.blogspot.com and now dah tukar to shimaisastoryteller.blogspot.com, so entri-entri yang lama dulu korang dah tak boleh nak view if click kat link fz-cma tu. So sad. Tapi tulah tukar angin sikit. Kotla ade positive vibes kan. Gitewww...

Now lately mood tu macam kelaut. Jenuh workout nak bagi mood tu ada balik. Tapi after workout back to mood kelaut tu. Haha. Tak tau la ape nak jadi. 

Okay before tido. Nak promote sikit.

Now aku ada bukak bisnes shawl. Insha Allah menepati cita rasa kaum kaum hawa sekalian alam. Heee. Korang boleh follow Instagram bysees.signature or kat FB: Bysees Signature




Insha Allah shawl untuk Raya collection in progress :) Tak zabar nak tengok finishing product.

Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. 

Sunday, January 1, 2017

[REVIEW] Contact Lense

Alhamdulillah.

Another year to fill up. Hoping that this year will be more better than previous years. :)

So, sempena  1-1-2017 ni aku kena la buat satu entry wajib. Heh Heh Heh.

Di sebabkan haritu aku dah pakai contact lense, so aku nak review la sikit die punye keterujaan tu. Mungkin orang yang dah pakai bertahun dah tak teruja macam aku ni haaaa...

Serius, memang SUSAH gile nak masukkan benda alah ni kat mata. Aku rasa ada lebih 10x nak masuk tak dapat. LOL! Sampai merah merah mata. Fuhhh ~ Kalau aku la yang pakai sendiri ni, memang berejam la jawab dia.

Aku macam dah giveup nak pakai. Dia punye level susah tu memang tahap tertinggi. Emmm tak sure la kalau aku punye mata ni macam kecik ke ape then menyebabkan benda ni susah nak masuk. Ada tak camtu eh? hahaha..


So, I've decided not to wear this thing anymore. Plus, dengan macam-macam cerita orang cakap kalau tak bersih jadi infection la ape la. Dah la aku ni rabun. Tak nak la menambah kerabunan. Kahkah. 

Tapi, let say kalau ada event yang memerlukan aku pakai benda ni, baru la aku try pakai lagi. If tak, memang takde dah. Cukup la sekali ni je. HAHA.

So ok la kan tak pakai contact lense. Natural gitewww walau mata kecik. HAHA.


Aku akan cuba untuk maintain blog ni. Maklumla now orang dah selalu story kat FB kan. Tapi tak bolehla nak mengarang cam gini. Rindunyeeeeee my virtual diary ni. :(

I should keep you updated dear.

Love,
Shima