Wednesday, April 21, 2010

PETUA CANTIKKAN RAMBUT VERSI MIRROR.

Dalam sebulan, mesti ada sehari kau agak gedik nak menjaga rambut, sampaikan nak letak perfume segala bagai pasal nak kasi rambut wangi. So, aku bagi petua nak cantikkan rambut even rambut aku tak la secantik Anita Sarawak. Cantik ke? Whew!
  • Biasanya orang letak santan kelapa kat rambut kan? Aku syorkan letak air kelapa je. Boley save bajet ngan masa. Kalau guna air kelapa, rambut kau jadi manis-manis. Kompom nampak sweet!
  • Kalau boley, jangan basahkan rambut dengan air suling. Biar je dia tak kena air. Kan dah kena air kelapa tadi. Haiya!
  • Anda sikat rambut? Oh! Itu teknik yang silap. Kau patut biarkan rambut tak bersikat. Payah sikit segala pijat ngan kutu nak panjat. Pasal, nampak jalan berliku-liku. Bimbang sesat.
  • Jangan lupa, spray rambut dengan ridsect. Kompom kutu-kutu ngan semua pijat akan lari. Selamat rambut kau dari segala jenis binatang terbilang tu.
  • Jangan sesekali guna gel rambut yang biasa tu. Aku syorkan kau guna gel pengelupasan Syahirah tu. Aku pasti! Rambut akan bersinar dan cantik dari segala rambut tak sihat. Gel tu dapat bantu kau buangkan sisa-sisa rambut yang rosak.
  • Akhir sekali, gunakan perfume AVON Far Away warna marroon ok. Pasti rambut kau wangi sepanjang masa tanpa bau busuk macam bau fart. Omg! Hoho.
Emmm.. Patutla rambut aku tak secantik Anita Sarawak.

Monday, April 19, 2010

SIAPA NAK KURUS?

Siapa nak kurus???

Jom! Minum jus tembikai. Skarang, tiap-tiap malam aku minum jus tembikai. Haha. Nak kurus! Nak pakai balik jeans denim yang cik buah hati belikan tahun lepas. Isk2!
Sayangku denim. Sabar yep. Tunggu 2 bulan lagi. Akanku kuruskan segala yang perlu dikuruskan.
Aku ada terbaca dalam buku DIET. Sejak dua menjak aku agak chubby ni, dah pandai baca buku macam ni. Haha. (buku pinjam ok).


Sunday, April 18, 2010

CERITAKU (part1)

Ni kisah hidup aku yang betol-betol jadi ni weyh. Aku tulis entri ni, pasal atas request aus. Hihi.

Aku lahir, 16 disember 1987. Hari ape, aku lupa. Cuba cek balik kalendar tahun 1987. Berat time aku lahir, ringan je, aku pun lupa jugak bape kilo. Lagi, mak aku bajet nak letak nama nurul ixora sasabila, tapi tak jadik, pasal nama tu agak glamer. So, mak aku berkenan dengan nama puteri perlis, Nazatul Shima. Jadila nama aku macam skank ni.

Aku ni jenis tomboy sikit zaman kanak-kanak. Aku sume ada abang-abang je. Jadi, mainan aku pun macam budak laki la. Tapi, abang aku pernah main masak-masak dengan aku beb! Nak amik hati adik. Haha. Silap-silap, aku jatuh dalam longkang besar tepi umah. Ada la satu parut kecik dekat muka aku ni. Tapi, nasib baik tak obvious sangat. Jatuh nilai komersialan aku. Haha.

Aku pegi ngan balik skolah naik beskal je. Hari-hari berlumba dengan kawan-kawan lelaki aku. Lalu je kedai burger, jerit kat abg burger. "Burger 2 tey abg!!". Tapi, tak beli-beli pon. Sian dia. Mintak maaf ye abg burger.

Aku ni suka menari ngan menyanyi. Aku start menari masa darjah 3. Masuk kelab kebudayaan kanak-kanak terengganu. Suka sangat dapat menari kat pesta pantai. Tapi, aku rimas dengan make up yang tebal. Tsk! Lagi saje2 masuk fashion show. Pakai skirt biru, cekak rambut. Aduh! Buruk betol! Lagi masuk story telling pakai gaun putih. Cantik! Haha.


Ok, nnti aku sambung! tungguu!:)