Thursday, March 3, 2011

Sebelum ke Melaka

Before bertolak ke Melaka malam ni, sempat la jugak aku nak tinggalkan kesan-kesan kasih sayang aku kat korang. Korang sayang aku jugak kan? kan? ;)

Aku macam agak malu tapi mahu bila budak-budak panggil cikgu. Rasa macam berkuasa jap kat sekolah even SEKEJAP. Haha.. Seronok woo bila diri dihargai. Kau akan rasa macam disayangi oleh semua budak (koya jap). So, akibat keseronokan terlampau, maka;


Aku akan jadi camwhore yang sangat berjaya tatkala student takde kat lab. Heaven betol bila dapat snap pictures sendiri.

Tapi, why aku bermata panda! Ni actually kesan kalau aku tidur lewat. Nak kata buat thesis, langsung dah takde. Cuma mengadap fb, takpun blog. Pfft! Nak mata bersinar pleaseeee...

Hmm, must to do something! Girls, tolongla, suggest kat aku ape yang patut aku buat selain tempek timun batang kat mata (annoying).


Eh, ada lagi?? Aku memang camwhore derr. Tak tau kenapa. So, hopefully, dapat hantaran dslr satu. Kihkih.. Hari tu, hajat hati nak terima ajakan photoshoot. Hmm~ Tapiiiii..... :(

Takpela, maybe next next time. Panggil la nazatul shima ni lagi hokay! Kihkih.. Harap-harap, time tu dah diberi keizinan oleh dia. Hehehe.. Ok guys! Got to go! Malam ni off to malacca. Ada kursus intelektual. Hope aku have fun kat sana! Nanti aku update. Oh, cencaluk best tak? :)

Aku si penakut

Kalau malam menjelma, mesti otak aku flash back balik journey aku kat zaman universiti. Memang banyak pengalaman dan di situ tempat aku grew up dan berjaya mematangkan diri. Pergh, ayat pun agak tak boleh blah..

Tapi, realitinya memang macam tu.

Kat sana, aku belajar macam mana nak tidur sorang-sorang atas katil. Macam mana nak beranikan diri tidur sorang-sorang bila roomate takde.

Well, yes, aku memang si penakut yang buat-buat berani.

Awal-awal aku masuk universiti dulu, kalau roomate hilang, mesti aku akan tanya dia nak balik tidur dalam bilik ke tak. Kalau die cakap tak, maka aku pasti berhijrah ke bilik kawan aku yang lain. Sangat tak cool kan awek ni? Lantak, yang penting, aku dapat tidur lena.

Tapi, sejak bila entah, aku makin berani tidur sorang-sorang dalam bilik dan, pergi toilet sorang-sorang. Entah dari mana datang berani tu. Tapi, gegar jugak la kalau sunyi semacam kan? Haha..

Yang penting, jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani.


So, pandai-pandailah kau balance kan dua unsur sifat ni. Kata dah pandai balancing. So, apply la! Ok, going to bed now.. Sudah mengantuk dan semestinya bunyi bising kat dapur menandakan cik tikus dah start nak masak-masak. Pfft!

Wednesday, March 2, 2011

Perempuan dan Cemburu

Perempuan.. Perempuan.. Perempuan..

Perempuan dan cemburu tu dah jadi macam saling melengkapi pulak. Ada ke perempuan yang tak cemburu? Perempuan yang duduk Hospital Tanjung Rambutan pun tau cemburu tu macam mana.

Orang cakap, cemburu kena bertempat, kalau salah tempat, nanti diri sendiri yang termakan cemburu tu. Tapi, takkan depan orang pun kau nak tunjuk cemburu jugak. Kan? Buat steady sudah, even kau sebenarnye menahan something yang maybe akan explode beberapa hari kemudian. Cool gile kan? Kehkeh..

Tapi, pernah tak kaum lelaki terpikir, kenapa perempuan cemburu??

Ramai cakap, cemburu tanda sayang. Normal la tu. Iya, aku mengaku, cemburu memang tanda sayang. Tapi, pernah tak terpikir, cemburu tu tanda rindu?

Macam aku ni haa.. Kalau rindu je, tiba-tiba cemburu tu muncul. Tak kesah la, time tu boyfriend tengah makan nasi lemak ke, ape ke, mesti hati kau akan rasa cemburu dan terfikir,
"sedihnyeee aku dok ley makang ngan die.."
Maksudnya, kau cemburu dengan nasi lemak tu , sebab nasi lemak dapat menggondoli pasangan kau, tapi kau?? Hanya mampu dengar dari jauh, tapi tak dapat tengok dan rasa.

Maka, lapangkan dada, tenangkan fikiran, sentiasa berfikiran positif. Elakkan diri dari duduk berseorangan ok? Cuba bercampur dengan masyarakat. Mane tau, satu hari nanti, kau akan jadi pemimpin? Ingatlah, rezeki Allah itu luas. :)