Thursday, August 4, 2011

Mari menyanyi beramai-ramai

Assalamualaikum

Aku tak tamak hokay pasal post banyak entri untuk satu malam, tapi aku cuma hyper-aktif untuk malam ni. Mungkin, ni malam jumaat dan esok hari jumaat.

Akibat lama tak sumbangkan suara kat karoke, maka aku dan housemate membazirkan masa mengeluarkan suara kat karoke wangsa walk.


Oh oh, jangan salah sangka. Perkara ni berlaku sebelum puasa hokayyy noks. Bukan dalam bulan yang mulia ni.

Habis-habisan kami berjuang mengeluarkan suara, sampaikan aku hampir kehilangan suara at that night. Scary gileee....


Hebat jugak housemate aku rupanya. Lagu tinggi pun dia boleh sampai dan lagu rossa pun dia boleh nyanyi! Kagum! *tepuk tangan ramai-ramai*

Dan, foods and drinks dia memang terbaik dari ladang tenusu!


Aku selalu amik gambar makanan yang dah nak habis kan? Hahaha... Lupa beb, pasal sedap sangat.

So, nah ! Hamik la dengar lagu yang kiteorang dah rosakkan malam tu. Hekhek..

Enjoiceee! :)
(perlahankan volume speaker anda, elakkan kerosakan teruk pada gegendang telinga)

Mostly Dila yang nyanyi, yang hujung-hujung tu, bahagian menambah, aku la tu. Hekhek..

Ohhoiiii~ Sumbang.... Praktis lagi ! Chaiyok !

Hari ini punya cerita

Assalamualaikum

Salam 1 malaysia! Hari ni je aku patriotik.

What a rainy dayyyy... Nasib baik la dari ofis tadi, terserempak dengan CK (bukan calvin klien, tapi Chee Keong) yang on the way nak pergi makan kat klcc. CK memang tak puasa, pasal dia non muslim. Hekhek.. So, tumpang la payung dia. Selamat dari air hujan kat situ.

Yang tak selamatnya, bila dah sampai kat lrt. Perghhh! Berlari-lari kucing aku nak sampai ke kereta. Pakai pulak dress. Pergh.. Lagi la terkial-kial. Ala-ala mak cik gayah ke pasar.

Tapi, aku semangat. Pasal, hari ni dapat bukak puasa lagi dengan cik bf. Kebetulan dia nak pergi servis kereta kat Ampang, so apa lagi. Mari berbuka puasa berjemaah la, tapi still tempat yang sama macam kami makan 2 hari lepas. Hahaha.. Kami memang tak berkembang. T_T

Menu aku pun sama hari-hari. Mesti mau ada ayam. Kan aku dah cakap. I LOVE chicken, but not mak ayam or anak ayam hokkaayy.. Aku pun tak tau la nape. Dah jadi makanan ruji kot. Kalau takde nasi takpe, asal jangan takde ayam. Hakhak..

Oh, by the way,

"Ida, ape yang ko cuba buat tu hah??" hahaha..

Tuesday, August 2, 2011

Kenapa perempuan hisap rokok?

Assalamualaikum

Ehem..Ehem.. Dalam pemerhatian aku untuk setakat 12.33am, 2/8/2011 ni, aku amati, dah banyak sifat lelaki yang perempuan dah follow kan? Contoh ey, aku kasik..

1) Smoking

Do you smelllllll what the girl is 'hembus'ing? Of cos la hembus si asap rokok. Berkepuk-kepuk beb. First time aku tengok, terus otak aku berfungsi dan keluarkan auta ni, "Oh, this is what we called, urban people". Aku tengok, aku rasa segan. Aku pun tak tahu nape. Bukannya dieorang buat benda tak senonoh seperti bercomolot atau ber'apa' sahaja di khalayak ramai. Ye idak? well, depends noksss...

Kalau kat kampung, susah sangat nak tengok anak gadis smoking, bukan susah sangat tapi jarang dan teramat susah, melainkan nenek-nenek otai smoking atas tangga rumah sambil pakai kain batik. Hekhek..

Why women smokes? Eces! Terspeaking la pulak koma ye. Well, shekali shekala, bukan shelalu shelalu puuunnnn kannn..

Dari kajian aku yang tak berapa tepat , kenapa perempuan hisap rokok;

- nak kurus ( yang ni mungkin benar atau tak. Kalau kau smoke pun, tapi tak exercise, boleh kurus ke? Kurus pipi ada la, pasal selalu sedut batang rokok tu. Hekhek..)

- elak stress (ayat common)

- nak cantik (baru aku paham, retis-retis tu sume cantik pasal selalu smoking kot. Betul jugak la agaknya kot. Haha..)

Besar nanti, mesti budak ni cantik. Kompom!! Ganda 23! Kebaboommm!!

Sebenarnya kan, aku nak kasik satu contoh tu aje, SMOKING. Sebab setakat dalam pemerhatian, aku baru nampak yang tu je. Kalau aku ternampak yang agak-agak split identity tu, aku terus update kat sini ye nokss..

Bubyyeee.. Twinkle twinkle little starrr.... kroh..kroh..kroh..~