Tuesday, September 6, 2011

Kedekut betul!

Assalamualaikum

Orang dulu-dulu pernah cakap, makan buah rambutan sorang-sorang, mesti terlebih kenyang. Addduuuiii!!

Tapi, apa pulak nak jadik, kalau tembikai ini dimakan sorang-sorang?? 


Aku tak faham, kenapa tergamak si penjual bagi makanan seciput ni kat MANUSIA. Kedekutkah? Memang hobi dia kah potong nipis-nipis?? Atau ada maksud simbolik di sebalik potongan ni, yang bermakna si makan akan nipis/kurus macam hirisan tembikai ni?? Susah aku nak teka.

Pfft! Aku percaya, memang tak rasa pun air manis tembikai ni kalau macam ni la besar dan tebalnya dia kasik. Masya-Allah. Macam langsung tak ikhlas kan? Ish ish ish...

Ni la tembikai yang dikasik pakej dengan nasi ayam penyet kat klcc. Makan pun, tak terlekat kat celah gigi. Haha.. Esok nak pergi tuntut baki tembikai kat klcc lagi. Kehkeh..

Oh ye... Ni bukan tembikai aku pun. Member aku punyeee.. Dia yang tak kenyang, aku pulak yang bengang ey. Haha.. So the overrrrrr gituwww... 


Conclusionnya, meh kita jamu mata dengan pic kami yang menenangkan ni. Hahaha.. (Poyo macam hape!) Maklum le.. Pic tembikai tu agak ah bengang jugak.

Monday, September 5, 2011

Nak kasik apa untuk pertunangan? Solution di sini!

Assalamualaikum

Ni entri untuk sape-sape yang masih tergapai-gapai untuk decide nak bagi apa untuk hantaran pertunangan. Actually, aku saje je usha-usha tadi ape sebenarnya hantaran yang orang biasa kasik untuk pertunangan. Maklumlah, time abang aku bertunang, aku takdela berusaha sangat nak amik tau kan.

Biasanya, orang kasik 5 berbalas 7,or kasik 7 berbalas 11. Ganjil hokay ganjil! Jangan kau saje nak cipta rekod nak kasik hantaran genap. Konon 10 berbalas 12. Jangan sama sekali. Aku pun tak tau kenapa kena buat macam tu, tapi dah adat orang buat macam tu, kita follow ajela.. Kan noks..

Kebiasaan jugak, untuk pertunangan ni, tak payah gigih sangat nak kasik barang mahal-mahal. Yang sederhana sudah. Nanti dah kahwin baru la kau gigihkan diri beli barang yang mahal-mahal. Tapi, kalau kau ada bajet lebih, tak salah pun sebenarnya. Ukur baju di badan sendiri. Kalau ukur kat badan orang lain jawabnye menggelebeh!


Bagi pihak perempuan, kau boleh la kasik benda-benda macam ni, agak-agak benda yang boleh kau kasik boypren guna untuk wedding nanti pun hokayyy:

- Cincin (atas kehendak pasangan la kot)
- Baju melayu
- Kain songket
- Wallet
- Kek/kuih
- Sirih junjung
- Sejadah
- Kek

or pape je yang kau rasa logik untuk dikasik.

Bagi pihak lelaki pulak, kau boleh kasik benda-benda macam ni:

- Cincin (kalau boleh yang simple tapi mahal. HAHA)
- Kain pasang
- Coklat
- Sirih junjung
- Telekung sembahyang
- Kek

or ape sahaja yang kau rasa perlu dan disukai oleh pasangan kau.

Bajet pun tak banyak la kalau bagi pihak lelaki. Pihak perempuan la yang agak banyak berbelanja. Kihkih.. So, lelaki-lelaki, sila la memulakan gerakan pertama ke arah kebaikan. Ikat dulu. Tu yang penting.


Pesanan khidmat masyarakat dari Nazatul Shima. :)

Friday, September 2, 2011

Mari beraya seraya-rayanya!

Assalamualaikum

Macam mana dengan raya korang. Aku gerenti korang pun tak sempat nak update blog pasal sibukkk nak kutip derma dari orang ramai kan??? hekhek..

Sayangnya, tahun ni, kutipan derma aku langsung takde. Maka, aku lebihkan pendermaan kepada sanak saudara. Tak salah berbagi rezeki lebih sedkit jika ada yang lebih kan? Hee..

Tapi, nak buat macam mana. Raya tahun ni agak hambar. Yelah, 1 syawal, aku still kerja. Langsung tak pakai baju raya. Pakai seluar je. Hahaha.. Sedih wooo... Tunnel kat klcc tu kosong! LRT pulak boleh kira berapa ramai yang naik. Manyak syiookkk..



Bila tengok umat Islam berpusu-pusu ke masjid klcc untuk sembahyang raya, Tuhan je tau macam mana aku tahan dari menangis. Bukan manja hokayy.. Tapi, tak pernah beraya di perantauan.

Lengang gila ofis aku hari tuuuu.........

Pulak tu, breakfast untuk pagi raya. Nah!


Serunding scrabble egg, rendang burger, kuah kacang sos cili dan sate hash brown.


Antara colleagues yang kena berkhidmat untuk 1 syawal. Bagus kan kami?? ;)

Dah habis kerja terus berkejaran ke airport. Dah tak sabar nak balik kampung ni nokssss!! Hati bergetar-getar, dada berombak-ombak, mata terkebil-kebil. Haha..


Peace yaww! Aku nak balik kampung nih! Bye bye KL!

Dan bermula epilog pilu, when baju raya aku, HANYA sehelai je yang siapppp!!! Hati pecah berderai. Hancur lebur.. Dalam kepala dah pikir, tak raya tak raya tak raya. Dammmmm dumm~!


Ni lah hasil baju raya yang aku pakai untuk raya tahun ni. Dammit! Sedih wooo...... Oh, ni my mum! :) (Nampak macam pregnant kan? Hahaha...)


Ni si budak kecik Awin. Tak banyak sangat picture raya yang aku hamik. Raya pertama dah tak sempat nak pose ngan family dan sedara mare.

Maka, konklusinya, raya tahun ni, so-so je... Wait for another raya. Hopefully more exciting! Yang penting, aku nak hantar baju raya kat orang yang sempat siapkan. Kehkhe..

See you soon readers!! Much of love! xoxo! :)