Tuesday, March 13, 2012

Weekend kat Manir

Assalamualaikum

Terasa seperti hampir 4 tahun tak menjenguk blog aku ni ha. Ape khabarkah engkau ? Mesti dah demam demam rindu kat tuan tanah.

Last week selamat pulang ke kampung. Happy jangan dicakap la. Haruslah happy, katanya jumpa family tersayang. Ye idok? Macam tak balik bertahun dah. Kalau driver bas bukak lagu 'Balik kampung' pun best jugak, tapi dengkuran orang sebelah je yang aku dengar. *sigh*

Actually, padat bangat schedule balik kampung last week. Sangat banyak wedding yang nak kena attend. Semua schoolmates. Dan, ada jugak wedding yang tak sempat nak attend. Maklumla, tak bawak balik kereta, maka patah hati la sikit kan.

Kita mulakan dengan wedding Sa ngan Manaf. Happy gilaaakk boleh jumpa geng aspuri. Yeay! Bila jumpa, riuh habis rumah orang. Ish ish ish.. Berat nanang boh.. Oh, tu la manaf mamat. Favourite player terengganu. Hekhek.. Congrats to both of you! :)


Akibat cuaca yang bersuhu tinggi, maka muka habis berminyak, siap boleh perah buat minyak untuk goreng ikan. Heh! Eh, mane pengantin??? Kau nampak tak kat situ, kami memang suka conquer pelamin orang. T__T

Kemudian, dah sepinggan penuh makan, bergerak ke second wedding pulak, Fatin. School mate jugak. Hehehe.. Congrats! Semua kahwin dengan budak-budak sekolah. Jodoh kan. Tu la orang cakap, kalau ada jodoh tak ke mana. So sweetttt ~


Satu lagi wedding, aku teman si Mek Dee je. Tapi, melahap jugak la. Second round. Blurp ! Balik umah, makan pulak malam tu. Perghh~ Tu la kerja aku time kat rumah. Makan makan makan dan tidur. Heaven !

Then, malam tu berdating dengan my mom, sister dan sis in law. Girls night out ! Kehkeh.. Kalau la kak ngoh ada lagi sorang, memang cukup geng. Hehehe.. :)


Abaikan kualiti gegaran tersebut. Si Awin la ni, amik picture shaking bagai. Hehhee.. Bila penat, kami pulang. Terasa macam tak nak balik KL ! Tapi, dah sampai KL pagi tadi punnnnn ~ Oh, tiba-tiba homesick.

Saturday, February 25, 2012

Renungan

Renungkan...

Jangan disangka kegembiraan akan bersama kita selamanya.
Pasti tiba hari di mana kita akan menangisi pemergian orang yang kita sayangi.
Hargailah mereka sementara ada.
Jangan disakiti hati mereka.
Jangan sisihkan mereka.
Jangan lepaskan kemarahan kepada mereka.
Kerna suatu hari nanti, kamu pasti menyesal kerana tidak dapat gembirakan mereka.

Maka,

Sayangi mereka..
Cintai mereka..
Curahkan kasih sayang kepada mereka..
Luahkan perasaan sayang kepada mereka..
Kerna suatu hari nanti, kamu pasti akan gembira kerana dapat gembirakan mereka..

Semua akan kembali kepada-Nya..

Tiada satu yang akan kekal di Bumi yang sementara..

Bermunajatlah sementara kita masih bernafas.. Berzikirlah sementara kita masih mampu berkata-kata..

Insya-Allah...

Wednesday, February 15, 2012

Token of appreciation to Nurul Erleawaty

Assalamualaikum

Balik kerja je, langit dah gelap. Best ~ Sejuk je, plus tak payah berebut dengan kereta lain nak balik. Hoho ~
Pulak tu, timing bangun tidur pun memang terbaik. Dah takde nak rush-rush macam dulu. Kalut je memanjang. Car pool kot. Kena la sharp dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat terpuji.

Anyway, sorang lagi kawan ofis dah berenti kerja hari ni. Sob sob sob.. Sedih. Even Lea dah tak satu team dengan aku sekarang, tapi Lea banyak gila membantu time aku dalam team lama dulu. So, haruslah, Lea takde, aku terasa. Tambah-tambah, suka anyam ketupat dalam OC ngan dia kan. HAHA !

Yang sedihnya, tak boleh nak join farewell party siang tadi ! Ralat sangat ! Grr ~ Kalau semalam dah tau, harus aku gerak awal ke ofis.

So, tak sempat nak beli hadiah, tak sempat nak beli kad bagai. Sebab baru je tau hari ni last day Lea... :( Sampai ati tak cakap kat Shima awal-awal. Maka, aku kasik la apa je yang ada untuk jadi kenangan. Eceh ! Aku kasik bear pink kat Lea, yang boleh letak handphone kat dalam kantung dia. Hekhek.. ~

Lea dapat kerja dekat Hospital Pantai. Congrats ! Be a good employee as before hokay ! :)
Again, thanks to Lea sebab banyak tolong, halalkan segala ilmu ok ! :)

Tapi, yang sedihnye, dah tak boleh nak anyam ngan masak ketupat ngan Lea anymore. Actually, bukan suka sangat nak anyam ketupat, but sometimes kena jugak , pasal tu la perempuan. HAHA !

Will miss u Nurul Erleawaty... Nanti baca entri ni, jangan nangis ok! :( (padahal Lea tengah gelak je pun. HAHA)

Dah dah.. Mau tidur. Nite nite semua ! :)