Friday, June 8, 2012

Rezeki murah dapat makanan free

Assalamualaikum

Hi makcik makcik Jemah sekalian. Oh, tak lupa pada pakcik pakcik semannn..Dah makan ? Tu soalan wajib dari aku untuk semua orang. Maklumla, kaki pukul makan.

Hari ni, murah rezeki. Time perut dah bunyi macam-macam lagu, dapat nasi goreng minang free dari Jue. Hehehe.. Thanks Jue ! Sedap sangat ! Habis kot makan sebungkus macam gunung tu.

Ingatkan cukup setakat nasi goreng, rupenya nafsu makan tu lagi besar. Time break pukul 8 tu, makan lagi kebab. Pastu tersadai macam ular. Kenyang. Blurp ! Serius kenyang. Then, mata pulak macam ala-ala nak tutup. Nak troubleshoot user pun rasa macam kat awang-awangan. *Tampar-pipi-laju-laju* <-- ayat gedik budak ting 3.

Malam ni kan... Malam ni kann.. Aku sedih sangat. Sebab, ingatkan parents tidur kat sini, tapi dieorang tidur kat rumah cousin, pasal esok-esok pagi dah nak kena naik flight. Sedih ! Sebab, mindset dah set dieorang tidur sini. Wuwuwuw...T_T

Lagi sedih sebab tak dapat ikut parents pergi sarawak. Cuti tak diapprove. Nampak sangat aku selalu mintak cuti kan ? Muahaha..

Sunday, June 3, 2012

Wedding Naida & Nazirul :)

Assalamualaikum

Weekend ni sangatla penat. Penat tapi seronok. Heee.. Macam biasa. Weekend je wedding. Wedding je weekend. Heh. So, this week, wedding cousin aku pulak haaa.. Meh kita review sikit, apa yang ada. Jom zasss ! Ala-ala melodi gitewww kan ~

Di mulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran hari jumaat pagi. Haa.. Ni first time aku mengaji depan-depan orang. Dulu, mengaji depan tok guru aje. Heee..


Antara barisan Qariah dan ustazah :) hehe..

Majlis Akad Nikah malam sabtu tu jugak. Sampai je kat rumah cousin, tiba-tiba rasa macam nak kawen esok je. Pasal teruja nampak khemah kat luar. Gile kentang cantik ! Wuwwuuwuw T_T


Decoration kat luar rumah. Cantik sangat ! All fresh flowers termasuk flowers kat pelamin, bunga tangan and etc. *Pengsan-sebab-cantik-sangat*



The Hantaran you olss.. Ada lilin lilin bagai. Kreatif dan cantik. Ada tak orang guna idea letak lampu tanah ganti lilin? Kalau takde, boleh diusulkan. Hehehe..

Hari ni (Sabtu), Majlis Resepsi pulak kat Kelab Golf Damansara. Jom kita tengok apa yang ada kat sini. Jom balika jom balika jom bali jom baleyyy ~






Oh, fyi, malam tu aku tukang bagi doorgift kat guests. Maka, terlepas la nak tengok cousin bersanding, menepung tawar bagai, tengok orang main gamelan sume.. Sedih. T_T 

Yang paling sedih bila aku sakit kaki pasal pakai heels yang tumitnya lebih kurang 2 inches. Kau bayangkan berdiri selama 2 jam dengan heels. Agak-agak lembut tak tapak heels tu? Heh.


And finally, dapat bergambar jela. Takpela tak boleh nak tengok dieorang bersanding pun, ambik gambar pun jadi. Huhuhu.. 

Ok la, dah penat nak tulis. Mengantuk pun ada. Later la ye! hehee.. Bye peeps!

Thursday, May 31, 2012

Rina's Wedding :)

Assalamualaikum

As usual, my activity on weekend.

Attended wedding ! Yeayy ~ :)

This time, wedding Rina. First time kenal Rina kat blog and first time jumpa. Thanks Rina jemput shima! :) Rina sangat cantik in personal. Kecik molek je orangnya. Baju dia pun cantik. Cantik sangat! heee..





Tu je kot ~ Ehee! Adios amigostee.. :D Until next wedding pulak. Heee..