Saturday, July 7, 2012

Broga & Sungai Tengkala

Assalamualaikum

Tak serik-serik dengan main futsal and end up dengan kaki sakit, kali ini, aku cari penyakit lagi dengan hiking kat Broga Hill. Yeay~ Dah lama tak hiking. Last aku hiking dulu kat zaman kampus. Tu pun, takde tinggi sangat. Heh.

1230 pagi - balik dari office, pergi rumah Naju ngan Diya dan Fad, tidur sana, pasal esok nak pergi Broga di subuh hari.

330 pagi - bangun tidur dengan keadaan mamai pasal tak cukup tidur, mandi, then buat sandwich (kenkonon aku pandai buat sandwich sardin which is i'm not). Thanks Diya sebab tolong I dengan ramuan sardin. Haha..

430 pagi - Gerak ke Broga dalam 6 orang. Meh aku list kan siapa insan-insan tu (Fad, Diya, Naju, Ain, KA, CK). Sempat la sesat sekejap kan.


600 pagi - Sampai ke Broga. Solat subuh kat bawah. Then baru gerak panjat Broga. Perghh.. Ingatkan takla tinggi mana. Tapi rupenye, tinggi jugak beb. Semput dan mengah mak jemah nokss..

Suasana Subuh di Broga. Subhanallah cantik ciptaan Allah.. Indah sngat ! 


Diya sangat hebat, pasal lead kiteorang yang dalam kegelapan di subuh dinihari. Pasal, leader yang asal, CK hilang tah ke mana. Terfollow team lain kot. Heee..

 

Yeay !! We did it ! Thanks ck sebab tolong kami sampai ke atas ni. Susah oo nak sampai atas ni, pasal kena panjat batu guna tali bagai. Hehehe.. Jadi, apa salahnya jakun ambik gambar di samping papan tanda Broga yang very the popular iteewww..


Muka buat-buat berani. Dalam hati siapa yang tau. Fad ! Tak payah berlakon senyum macam tu boleh tak? Hahaha!


Ni muka semangat hokayy.. Tak takut puuunnn...haha.. Takde ah, serius, aku takut pasal gayat. Sebab tinggi nak turun ni. Maklum la, kaki tak cukup panjang. Heh.

900 pagi - Turun dari Broga dan menuju ke Sungai Tengkala untuk mandi manda ! Yeay!

* Picture kat Sungai Tengkala takdela kawan-kawan, pasal kami semua seronok bermandi manda, bermain super spontan dalam air. Eh.

1130 pagi - Bergerak pulang. Semua dah jadi macam zombie. Jasad bergerak, roh dah tidur. Zzzzz ~

Ada nampak macam tentative outdoor activities tak ? Haha !

Thursday, July 5, 2012

Kemaruk nak jawab sangat. Nah, hamik~

Assalamualaikum

Mata tak nak tidur lagi. Maka, moh kite jawab benda alah ni. Macam dah lama sangat kemaruk nak main-main benda macam ni. Kenkonon macam jujur je kan jawab. Heh.

1) If you could change one thing about yourself, what would it be?
    Emmmm...emmmm..eat lots of vegetables dan makan kambing! Boleh ke? Hmmm...Hmm..
    Kambing...mbek..mbek.. 

2) What do you love about yourself?
    I love everything about me! Weehooo..! Tapi, mungkin tak suka bab yang tak pandai masak tu.

3) Do you love your friends and family?
    Yeapp! I do love them~  lotssss of love :) *not applicable for back stabber. Heh


4) What are you labeled in school/work?
     Macam-macam kot.. Kalau orang yang mula-mula nak kenal aku tu, mesti dieorang cakap aku ni
     anti-social dan pendiam. Zaman sekolah ngan kerja selalu je kena label camtu. Tapi, bila dah kenal, i'm
     totally different. Sebenarnye, jadi diam ngan anti-social tu sebab i kan pemalu..Aww ~ ;)

5) How often you get depressed?
    Hmmm.. depends.. Perempuan kan ada PMS jemah oiiii.. Time tu la nak rasa macam-macam. Bukan
    setakat depressed je, menangis tanpa sebab pun mungkin berlaku. Haih..

6) If you have to choose between finding the love of your life and cutting your leg off?
    True love doesn't require me to get hurt. This won't be true love! hoh. Kan kan? Tapi, ape salahnye kalau
    nak merasa pakai kaki palsu. Boleh aje nokss..

7) Your favourite outfit?
     Baju kurung ! Selesa, rasa selamat, tapi kalau dikejar lembu, memang tak selamat. Kena pakai seluar
     panjang pulak kat dalam. Senang nak angkat kain pastu lari !

Futsal time with Exxoners

Assalamualaikum

Memandangkan aku ni dah lama sangat tak bersukan, dan otot dah berkarat, maka semalam for the first time, aku main futsal. Pftt! Berpeluh sakan dan badan terasa sangat ringan bagai boleh terbang after bersukan. Heh. *tipu*


The Exxoners. Thanks kawan-kawan semua. Macam best pulak rasanya main futsal. Tiba-tiba rasa macam Balotelli. Lol. Hopefully, next time boleh main lagi. Heee ~

Dan, sekarang, satu badan sakit-sakit. Akibat, lama sangat tak bersukan. Hoho. Nampak sangat anti-sukan bila kerja kat KL. Heh. Azam baru, nak pergi jogging every week. Jogging kat mane? Haa.. Yang tu jadi persoalan. Mungkin atas katil sahaja. Heh.

Oh, malam ni, malam Nisfu Syaaban. Salam Nisfu Syaaban buat semua umat Islam. Buku amalan lama dah ditutup dan diganti dengan buku amalan baru. Semoga, diri ini dapat menjadi seorang yang lebih baik di masa sekarang, dan masa depan. InsyaAllah. Amin..