Monday, January 7, 2013

Sembang kosong

Hari ni terbangun awal pulak pergi kerja. Tak pukul 6 lagi dah bangun. Ni gara-gara jammed yang amat time nak turun bukit dari ukay perdana ni. Pening kalau terfikir pasal jammed. Takpela sampai awal kerja, asal tak lambat, pastu mula jalan 100km/hr macam hari tu. Sampai office je semput. Heh.

Kita rasa, kita dah tak boleh makan udang la. Hari ni 'mereka' dengan jayanya menempek di muka tanpa rasa belas kasihan. Habis naik ja-ra-wat ni haaaa... Stress! Ke naik ja-ra-wat pasal fikir hal kawen eh? Mungkin mungkin.. hehee..

Alhamdulillah, tarikh dah ada cuma preparation tu takdela beriya sangat lagi. Heee.. Semangat semangat ! Oh yeah ! Hope everything going well, and Allah will ease our way until that day. Insya-Allah.. Amin..:)

Banyak jemputan kawen next month. This month pun banyak. Harap sangat dapat pergi semua events yang di 'invite'. Yang paling penting, nak balik kampung !! Miss my Manir sooo muchh!

p/s: Nak kawen kan, tapi kursus kawen pun belum pergi lagi. Acane tu? Heee...

Sunday, January 6, 2013

Fesyen sekarang macam ni ke?

Hari ni kita tak pergi mana-mana. Dating pun tidak. Maka, duduk rumah tengok TV, makan , tidur. Ah, seronok betul rasanya. Tapi mula la mabuk bila berat badan naik. Mula la nak berdiet semua, tapi ape pun takde. Heh. Cliche sangat. Berat badan naik je, nk diet. Diet je, berat badan naik. Bosangggg..

Ok ok.. Ni nak story jugak pasal satu benda ni. Kita dah nampak 2x benda ni kat shopping complex. Mungkin fesyen agaknye. Pakai tudung, tapi skirt singkat sampai nampak kaki. Hmmm.. Contoh seperti di bawah. Picture ni kita google je hokayy..  Heee..


Fesyen ke pakai macam ni? Hmmm.. Selesa ke? Cantik ke? Entah, si pemakai je tau macam mana perasaan pakai macam ni. Wallahu'alam.

Tapi nasib baik tak jadik macam ni.


 muehehehehhehe...

Tuesday, January 1, 2013

Kita pun ada azam 2013 jugak

Happy new year 2013 ! Tapi kita celebrate kat rumah je dengan Kauthar. Hehehe... Sharp 12am semalam, berdentam dentum bunyi fireworks. Seronoknya kalau kita dapat tengok fireworks kat atas bukit. Mesti cantik ! T__T

Kita still lagi tak sihat. Tapi suara dah tak garau macam orang lelaki yang tiba-tiba hari ni dah baligh. Eh.

Hari ni kita cuti ! Yuhuu! Seronok betul sekarang. Pantang ada public holiday mesti cuti. Alhamdulillah.. Terasa life yang normal kat situ. Menangis jap. Melampau kau ni shima nak menangis bagai.

Kalau cakap pasal new year ni, ramai yang story mory ape die punya resolutions kan? Bercakap pasal resolutions, dulu zaman sekolah, kita selalu ingat resolutions tu maksud dia lebih kurang macam 'penyelesaian'. Apakah?

Ok. Here we go. My resolutionsssss for this year !

1) Takkan sesekali ambik MC kalau betul-betul tak sakit.
2) Kumpul duit pasal kita nak beli bag LV !!! Cantiknyeeee T__T
3) Tiap-tiap bulan kena shopping baju dan seluar pasal hari-hari pakai baju sama pegi ofis. Boring.
4) Setiap 3 bulan jumpa doktor gigi. Check mana yang patut. Dah serik kes hari tu.
5) Nak bawak mak ayah pergi umrah. Nak sangat ! Ya Allah, permudahkan semuanya. 
6) Nak jadik wife yang solehah kalau ada orang masuk minang. Hee.. *gatal*

Setakat ni, tu jela kot. Yang lain tu tak terfikir lagi. Buhbye !