Monday, March 18, 2013

iperintis 1Q gathering :)

Baru-baru ni ada la gathering dekat office. Seronok tak hengat pasal makanan sangattttttttttttt banyak ! Aku ni mana la boleh tahan dengan makanan. Tu sebab sekarang berat badan dah naik 3 kilos.

Entah la, tak tau nak cakap kenapa berat naik. Mungkin hormon or metabolisme tu dah naik. Atau mungkin nafsu makan tu meningkat. Bahaya oh bahaya !

Yang best tempat gathering kami ada pool, ada karaoke, ada macam-macam ! Suke suke.. Lepas gathering boleh karaoke. Tapi tak boleh la bersungguh sangat. Malu eden dekek semueeee orang aihh!


Part of Iperintisian. Ramai yang pakai head band tu. Aku bukan taknak pakai, tapi kalau aku pakai, yang ada "i'm engaged" tu.. Malu lewwwww kaweeeee.. Bersungguh sangat nak bagitau dah engaged. Hewhew..




Muka tekun mendengar. Tapi jangan percaya dengan ketekunan itu. Aku lagi fokus dengan makanan kat luar. Muahaha.. Fooddd....fooooodddd..... fooooooddddd.... :'(


Inilahhh..barisan kita..yang ikhlas berjuanggg.. ooo.. Ok, ni barisan model-model yang pakai head band. Macam-macam ada. Ada bunny, ada ala-ala princess, ada ala-ala witches, ada ala-ala nak pergi menari zapin. 

Cuba teka yang mane dapat first prize?? Haaa.. Yang pakai ala-ala zapin la. Boleh joget zapin terus.. ala la la tok..ala laa laa tok... Heewhewhew.. 

AND......

Masa yang paling aku tunggu ! MAKAN ! Oh yeaahhhhh.. (drum roll)


See!! Banyak tak makanan?? Aku makan sampai tak terhabis. Hewhew.. Alangkah tamaknya diriku ini. Pasti makanan tu menangis aku buang dia macam tu je dalam dustbin. Sorry my dearies foods.. You will be rest in peace. :'( 

Sunday, March 17, 2013

Kad kahwin MURAH !!

Ohhhoiii ! Apa khabar mak jemah sekalian? Everything is good and goodies? eh goodies pulak kekdahnyee.. Mentang-mentang beberapa bulan lagi nak kawen, semua nampak hal kaweeeeeeeennnnnnn je. heh.

Alhamdulillah, kad kawen dah siap lipat semua. Sangat gigih aku lipat sorang-sorang 500 keping tu. Sangat gigih T__T Lipatan dia bukan yang biase-biase punya, ni lipatan pengakap gitewww.. Lagi 300 keping, lipatan yang jenis biasa je, ala-ala lipatan PBSM so yang tu boleh mintak si Awin yang lipatkan.

Aku tempah 2 jenis kad kawen.

1) untuk orang-orang terdekat, sanak saudara, kawan-kawan mak ayah, kawan-kawan sekolah, matrikulasi, universiti, office.

2) untuk orang-orang kampung secara amnya. 

Actually, kad kawen tu dah booked bulan 12 lagi time Festival Pengantin kat PWTC. Awal gile kannnnn?? Masa tu, kiteorang belum decide lagi nak kawen bila. Just booked je dulu pasal macam murah. Lagipun 50 hengget je nak booking. Kehkeh..

kad kawen 1000pcs (0.95/pcs) + printed envelope + 2 bunting + gift box + TQ tag

OK la kan?
Aku tempah kat "Gedung Kad Kahwin". Mula-mula ambik yang 0.75/pcs tapi bila pergi kedai, tengok macam lagi cantik kalau ada finishing. Kalau ikutkan hati, aku ambik je yang 0.75 sen tu, tapi Fiancee nak yang jenis macam tu so jadik la 0.95/pcs. 1000 keping tu kami divide dua. Jimat! :)

Yang lagi satu, tempah dalam FB. Sangat murah ! Around 30 sen je sekeping. Siap ada color ! Heeee.. Teruja jap. Nama FB kakak ni "Galeri Kad Kahwin Sr.". Sangat berbaloi kalau beli kat sini. Sebab dapat yang color in affordable price. Kalau kau tak nak ada color lagi murah.

Actually, banyak je kedai-kedai kad kawen yang buat promotion best-best. Kau kena rajin mencari dan menyelam dalam internet tu haa.. Aku ni takdela rajin sangat nak menyelam, tapi nak buat macam mana. Kawen sekali seumur hidup. Hewhewhew..

Wednesday, March 6, 2013

Macam mana nak mohon borang kahwin?

Oh hoooiiiii... Finally, March dah datang. Suke suke suke ! 2 months to go.  Tajuk entri yang sangat sensasi giteww.. Bukan aku nak ajar cara-cara kawen ye..

TETAPI......

macam mana nak setelkan hal borang kawen.

Aku sangat pening fikir pasal borang kawen ni. Bukan ape, aku ni tak pernah kawen lagi, maka kena bertanya orang yang dah ada experience. Yang pelik, orang yang dah kawen pun lupa macam mana nak setel pasal borang kawen. Mesti fikir hal kawen jeeeeeeeeeeee kan ? Hewhewhew..

Ayah: "ayoh ambik doh borang kaweng ni.. kena balik la sebab banyok nok kena isi ning.. kena bowok balik sijil kursus kaweng, gambor passport, pahtu kabor ke Iz, die kena setel beloh laki dulu, baru kita boleh setel beloh puang.."

Ok, pekat tak pekat tak bahasa itu ? Since aku ni sangat la noob bab-bab borang kawen ni, so aku nak share la dengan sape-sape yang noob macam aku jugak. Hewhew....

Bagi mereka yang kawen dengan sesama daerah, (daerah kajang - daerah kajang) kau boleh ambik borang dekat tempat yang sama.

Kalau kawen lain-lain daerah (daerah kajang- daerah hulu selangor), maka kena ambik kat daerah masing-masing.

Kalau kes macam aku ni kawen lain-lain negeri, sorang kelantan, sorang Terengganu, maka dua-dua kena ambik dekat tempat masing-masing. Then, lelaki kena setelkan part mereka, then bagi kat perempuan borang tu, then baru proceed hantar borang tu. OK ? Pening tak pening tak? Kenapa aku yang pening? Hmm... More info? Refer conversation kat bawah. Harap faham loghat Terengganu tu. Hewhew..



Dah, tu je yang aku nak share. Hewhew... Part doorgift semua aku share nanti yep. Kat mana aku beli, kat mana aku tempah sticker, paperbag, kad kahwin.. blablabla.... Will update so soonnnn.. :)