Tuesday, April 28, 2009

selamat hari tua ke-22 Wani!!!

malam semalam (27 April 2009),genap la umur si wani 22 taun.Hihi.Kami dah tolong celebratekan bufday die.Yang penting,Cik Yat yang sponsor kek semalam.Tapi die dah nak balik umah sebab hari ni die dah keje.Seramai 7 orang yang datang menyerbu bilik Ina ngan wani.Hihi.Time kami serbu tu cip wani tengah syok merempat atas katil sambil cakap tepon (ngan cik mat kot).


Tengok.Tengok.Wani nak tiup lilin.Yang amat pulun.Hehe.Ni muka wani lepas bangun tido.Before die bergayut,die duk tido dari pukul 6 sampai la 8.Haha.Ape nak jadi (kunun baik).
Aku plak jadi alim terlebih semalam (memang alim).Semata-mata nak upload pic kat sini.Hehe.Main sangkut aje selendang yang ade dalam wardrobe.Tapi,semalam memang bez gile tambah-tambah bila aku usik Kak Su.Hihi.Kelakar la die nih.Penakut betol la.Hehe.


Ni aku ngan saliha.Memang bersepah atas katil Wani (kalau banding ngan aku,memang aku la yang teruk lagi).Haha.Nak buat macam mana,banyak barang kan.Hehe.

Selepas kami makan-makan dan bersuka ria tiba-tiba macam perut lapar lagi la.Haha.Kami pun bersepakat nak gi makan kat Mutiara.Salah sebuah kedai makan kat luar USM.Kami naik bas aje nak pegi makan kat situ.Macam xlarat nak jalan aje.Kebetulan tengah jalan tiba-tiba ada bas datang.So kami tahan ajela.Hehe.Nasib baik.Xpayah nak berjalan.



Dalam bas pulak,ni la keje kami.Duk amik gambar aje.Sengal.Tapi ni memang kerja terluang kami la.Namanya jakun naik bas.Haha.



Sampai aje dekat padang kawad (dah nak dekat ngan gate luar),sempat lagi kami bergambar atas padang kawad nih.Ada kegunaan la jugak tepon aku ngan cida nih.Ley la letak atas jalan.Hehe.Duk la berposing.Nasib baik xde orang nengok (xtaw la kalo ade).Haha.Xpela dah lama tak kuar cukup 5 orang.Biasanya pasti ada xcukup sorang or 2 orang.Huhu.Biasa la.



Jalan punya jalan sampai la kat kedai makan.Ya Allah,makanan punya lembap gila nak dapat.Tensen betul.Nak cakap ramai orang mane ada orang.Mesti tukang masak die duk terkial-kial nak buat makanan kami.Ces!Tunggu macam budak sengal aje.Nasib baik la kami banyak cerita.Duk la bercerita pasal hantu.Haha.



Dalam pukul 12 kami pun bergerak pulang memandangkan banyak lagi kerja yang nak kami kena buat.Penat seh jalan-jalan.Tapi seronok.!Yeah! ;)

Saturday, April 25, 2009

Kaki dan sliper

Step.Step.Step.Haa.Kaki aku ni la yang menjadi transport sementara aku buat masa skarang.Nak pegi mane-mane guna kudrat kaki jela.Kudrat tayar tak termampu lagi.Hihi.

Sian kat kaki aku ni.Kadang-kadang terpikir nak bagi reward jugek kat dia.Bersusah-payah dengan aku selama 21 tahun ni.Hehe.Kalo dia tau bercakap,kompom la aku pengsan.Hihi.Maksud aku,kalo dia tau bercakap,mesti dia cakap,"Princess,saya letih.Ley kita berehat kejap?".Cet!Princess?Hehe.Saje je.Sorang je yang panggil aku princess."Ok Princess ;)".Aku suka kalimat itu.Hehe.

Cakap lagi pasal kaki.Sliper ni la yang aku sarung nak pegi mane-mane.Kelas?Exam?Cafe?Sungai Dua?Berkat?Hihi.Bak kata semua tempat die dah qatam.Hihi.Sian sliper aku nih.Redah sajer.

Kelantan VS Selangor

Wah.Udah lame x update citer kat sini.Actually,nothing weird things happen lately.Hehe.So,tak dop citer la.Tapi ni aku nak cakap pasal bola (walau aku x minat).Malam ni Kelantan VS Selangor.Pergh!Hehe.Saingan2.Mana satu pilihan hati kalbu.Hehe.Aku semestinye sokong Kelantan.Kenapa?Adakah sebab Cip Milo Beng?Tidak.Tidak.Adakah sebab Kelantan seangkatan dengan Terengganu (negeri pantai timur)?Tidak.Tidak.Hehe.Jawapannya.Sebab warna merah putih memang menjadi kegemaran aku sejak dulu (selain pink la).Hehe.Tapi,ngan Cip Milo Beng,aku cakap sokong Selangor.Hehe.Saje je nak bagi die semangat sikit.Tapi jauh di sudut hati aku sokong Kelantan la.Hehe. ;)

Hidup Kelantan!Tapi macamane kalau nanti Kelantan VS Terengganu (kalo ade la)?Aku nak pilih merah putih atau hitam putih?Hm.Memang payah.Letih nak pikir.Tunggu betul-betul ada match ni baru aku pikir.Yeah.Hehe.


[Semangat yang perlu kita tanam.Hehe]

Hidup Kelantan!Hidup Terengganu! ;)


[semangat buat kerja pun kena tanam.Hehe]