Wednesday, March 31, 2010

PERLU KE DIET KALAU BADAN MACAM BADAK?

OMG! Hampir mau pengsan tengok berat aku sudah naik 2 kilos. Aiyak! Ni akibat duduk kat rumah sambil mengadap tv + makan nasi 3 kali sehari.

Aku patut diet ni. Actually, serius aku tak reti diet wey. Macam mana ntah. Hoho. Kesannya, pipi tembam. Mau kurus balik pliz.


Pic ni baru je disnap kelmarin kat Wisma Darul Iman. Sangat tak ku sangka sebegini jadinya. Jadi? Kesimpulannya. Makan nasi 1 kali aje sehari. Jom kita diet secara berjemaah. Orang cakap lagi afdal. Haha.

AKU UNIK ATAU PELIK.

"Mak, butang baju shima terbukak ke?"
"Mak, eyeliner kat mata shima *poreng ke?"
Semuanya mak aku jawab tak.

Jadi kenapa orang duk pandang-pandang aku? Pelik. Atau, aku kelihatan unik bila berada dalam kelompok manusia tadi? Kalau unik, ape lagi? Cepat lapor pada Majalah Tiga. Hoho. Atau, biar menjadi tanda tanya.

*Poreng dalam bahasa standardnya ialah comot. Sila take note.

Tuesday, March 30, 2010

PEDALAMAN ATAU PENDALAMAN? IKOTLA YANG MANA-MANA.

Back to normal. Pening kepala nak kena cari rumah sewa dekat Besut. Aku dapat kerja kat sekolah kebangsaan permaisuri nur zahirah. Sape kenal sekolah ni? Kat pedalaman ke? Kat pekan ke? Aiyak! Tak mau pedalaman! Please. Rasa macam dunia gelap sekejap. Hoho.

Cik Faiz tersayang. Sila gembira dengan penempatan saya ini. Sebab, Besut dah nak masuk Kelantan. Haha. :)