Wednesday, November 7, 2012

Senyumlah..

Perasaan tu kurniaan Allah Taala yang kita tak boleh deny 100%. Macam-macam perasaan boleh wujud. Contoh terdekat la kan; perasaan rindu, sayang, cinta. Tapi bukan perasan. Tu sangat lain maksudnya. Eh, tapi ada jugak kan perasaan perasan. Heh.

Tapi ada jugak kita takde perasaan pun dekat seseorang tu tapi tiba-tiba, eh dah berkawan dah. Eh dah rapat dah. Dan without kita sedar, perasaan sayang tu hadir. Indahnya Allah kan? 

Tapi kadang perasaan tu Allah boleh ubah dalam sekelip mata je. Mula-mula rasa sayang rindu bagai nak rak. Kalau boleh hari-hari nak jumpa, hari-hari nak call or mesej, nak tau makan apa, minum apa, pakai baju warna apa, tanya comel tak hari ni, tapi bila Allah cakap "kun fa ya kun", maka apa yang kita tak expect pun boleh jadi mengikut kehendak-Nya. Allah Maha Mengetahui.


Jadi, apa yang kita kena buat? Meraung? Menangis? Menangis mungkin dapat menghilangkan kesedihan di hati, tapi ubat yang paling mujarab ialah Al-Quran. Bacalah Al-Quran. Membaca Al-Quran tu ialah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Dia. Mengadu pada-Nya dan berharap hari yang mendatang lebih baik dari hari semalam. Redha dan bersyukur sebab Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Siapalah kita untuk menghukum ketentuan-Nya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah: 216)

Senyumlah dan jangan berpaling lagi wahai teman-temanku yang sedang bersedih..Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya..

1 comment: