Friday, July 6, 2018

Babysitter

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan kes bayi meninggal ditangan babysitter. Ya Allah, sungguh rasa marah membuak-buak sampai aku mencarut pagi buta. Scroll dekat FB nampak muka babysitter tu. Allah, rasa nak tumbuk muka sampai pecah. Kau buat anak orang macam anak patung.

Mereka-reka cerita sebab nak tutup salah. WTF.

Anak di usia kecik mana yang mampu mereka buat? Setakat menangis lapar, tak selesa sebab pampers dah penuh, perut kembung, panas. Menangis je hint yang boleh buatkan kita sebagai orang dewasa faham ape yang mereka nak. Bukannya bayi boleh bercakap macam kau yang dah besar gedabak tu.

Kes-kes macam ni la yang buatkan aku sebagai ibu-ibu bekerja rasa ralat nak tinggalkan anak-anak dengan babysitter. Kalau dapat yang jaga anak kita macam anak sendiri, Alhamdulillah. Itu rezeki dari Allah.

Tapi, dapat babysitter yang macam datang dari neraka tu macam mana?? Kalau anak-anak dah pandai mengadu takpela, at least kita tau ape yang dieorang buat, tapi anak-anak yang tak pandai nak bagitau macam mana??

Depan manis muka, tapi belakang tau ke ape yang mereka buat?? Kalau dah rasa tak boleh nak tolerate dengan budak jangan carik pasal jaga budak. Tolongla carik kerja lain. Kerja yang takde in touch dengan manusia. Manusia jenis macam ni kena kerja sorang-sorang. Tak boleh jadi babysitter sebab kau ada masalah hati.

So aku rasa memang wajar, company bukak pusat jagaan anak-anak untuk staff. Memang tersangat wajar. Sekurang-kurangnya separuh dari rasa risau tu dah takde. Boleh bekerja dengan senang hati dan kes-kes macam ni boleh kita elak and at least babysitter tu ada experienced & certified untuk jaga anak kita.

Tapi hmm, entahla manusia sekarang semua gila.



Tuesday, June 26, 2018

Skytrex Melaka

**This entry is a throwback stories**

Nak story pasal Skytrex Melaka. 

Weh, gila mencabar kat sini. Aku rasa kat sana suara yang paling kuat menjerit macam suara diri sendiri je. Haha. Dia punya gayat tu, Masya Allah rasa nak terkencing, nak terkeluar jantung. Semua ada. Sampaikan macam berjanji dengan diri sendiri tak nak dah datang Skytrex. Over betul.

First and foremost kalau korang nak tau pricing semua tu aku rasa better check dekat official page Skytrex. Kotla pricing dah lain since GST takde ni kan. Tapi, kalau tak silap haritu, RM65 per head. 

Then, we go for Advanced challenge (Extreme Warrior). Kenkonon hebat la kan.

Ni muka excited before betul-betul aku jadi Tarzan kat sini

Nah, rasakan! Ada 35 challenge yang nak kena hadap. Tapi yang paling aku takut gementar berpeluh is yang bawah ni.  Tak tau ape name die. Haha. Tapi at least ada la die punye orang yang jaga, kalau kalau la kaki kau dah kaku nak bergerak ke. Nanti dia tolong tarikkan. Haha.



Kalau rasa-rasa macam tak mampu sebab kaki dah lembik ke, lutut dah nak tercabut ke, kat sini ade 'Chicken exit'. Haaa.. Yang ni kirenya boleh skip la challenge tu. Tapi rugi la kan. Hehe..





With abang-abang Skytrex and the Skytrex Owner (In blue & White shirt)

Muka penat oiiiii... 35 challenge without failed to scream! Habis suara aku oiii~ Haha. Tapi rindu la nak buat benda extreme ni lagi. Nanti dah fit balik, boleh join lagi. Please pray for me. Heeee...

Official website: https://www.skytrex-adventure.org/melaka

Local Product. Yey or Ney?

Kali ni aku nak story experience pakai local product almost bertahun jugak. Tak dapat dinafikan bila pakai local product ni, skin akan jadi putih and glowing lain macam. Sampaikan kita rasa seronok bila tengok skin macam tu. Yela, sape yang tak nak skin yang glowing dan putih kan.

At that time, aku dah pernah try Wonder**** and Tat* Skincare. Initially pakai Wonder****dan skin memang nampak cerah dan tak kusam. Aku pakai lama jugak la Wonder**** ni sampaikan dah takde effect pape dah kat muka. Means, bila pakai dah nampak macam biasa dah.

So, akibat taksub nak cerah ni kan, try la Tat* Skincare. Then, bermulalah episod duka lara. :(
Serius, awal pakai tu memang berkesan. Skin nampak cerah, glowing and zits pun takut nak keluar. Haha. Until one day tu, aku rasa macam "Eh, pehal kulit aku rase macam burn ni?".
Bila sapu krim tu rasa macam terbakar pastu pedih.

Then, buat bodoh dulu. Yela dah memang bodoh kan time tu. Haha. Pakai la sampai la keluar jerawat and skin jadi menggelupas teruk. Menangis tengok skin. Nak pergi kerja pun dah takde mood. Malu nak jumpe orang pun ada. Pendek kata, takde self-confidence la. Gitewww...

Pastu aku pun terfikir la, sampai bila nak pakai local product ni. Banyak dah orang buat entri pasal local product ni. Tak pulak aku amik port. Riki punya riki, then aku decide nak pakai MaryKay.

Awal-awal tu memang tak nampak la lagi kesan die. Still menggelupas and kusam. But now, Alhamdulillah my skin better and sihat. Walau dah tak secerah dulu, tapi aku bersyukur. At least, takdela muka aku jahanam sebab local product. Now tengah istiqomah pakai MaryKay ni. Harap berjaya istiqomah sampai bila-bila. Heh.



Tapi depends kat korang la. Kalau rasa nak pakai jugak local product sebab serasi dengan skin , so tu takde masalah. Yang nak cantik korang kan. Haha.

Ok tu je nak story malam ni :)

Sunday, June 24, 2018

Second baby boy (Hospital Tuanku Jaafar)

It's been awhile since my last post somewhere in 2017. Gile lama baru nak menulis. Rindu nak menulis kat sini. :)

Okaylah straight to the point. Alhamdulillah on 8th May 2018, aku selamat deliver seorang lagi baby boy via emergency cesarean in 35 weeks 2 days. Why emergency cesarean?

1) Leaking awal
2) Baby breech sikit
3) Having fever

So, keluarla budak comel ni awal dari due date which is falls on 10th June 2018.

Muhammad Yusoff Adel Bin Mohd Faiz
DOB: 8 May 2018
POB: Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Weight: 2.2kg

Alhamdulillah, all went well and now i just completed my confinement period. Memang sangat susah berpantang kalau czer compared to normal delivery. Banyak nak kena jaga. Serius, czer lagi sakit dari normal delivery. Rasa nak meraung je lepas ubat bius habis. Sakit nak bangun tu Allah je tau :(

And yah, that kind of scar will remind me this moment forever.

For those yang tinggal near to Seremban or border between Selangor and Negeri Sembilan boleh la try deliver kat sini. I would say the hospitality is good, but in terms of self-experience bila ko sorang-sorang kena handle diri sendiri, i would prefer swasta la kot. At least someone boleh teman and tolong mana yang patut.


Hi everyone! I'm Yusoff! Now i am 47 days old :)


And, Alhamdulillah Danish playing a great big brotha role. Never hurt his adik and the funny thing is bila tangan dia terkena adik je, terus dia menangis and said, " Mamaaa... Irfan kena kepala adik.. Sorryy..", (ayat dia memang kadang tu tunggang terbalik. Kena sacrifice otak sikit to understand the real meaning) HAHA.

So ada lagi tinggal 1 month before i'm back to office. Rasa macam badan kena ikat kat rumah je. Rasa malas tu membuak-buak. Tambah-tambah bila fikir banyak kerja kat ofis tengah sengih menunggu tu. Haih. How i wish boleh bekerja sendiri and gain income. Kalaulah kan. 

Wednesday, November 22, 2017

Recalled something sweet

Pagi tadi hujan renyai-renyai. Sejuk. Aku kuatkan volume radio Kool FM. Memang sekarang ni this is the most favourite radio thus far yang aku dengar. Lagu campur-campur. Takde la asyik ulang lagu same je. Boring kot kan.

Tambah lagi dengan jammed yang aku sendiri tak tau kenapa, kenapa dan kenapa. Untung sape yang kerja kat kampung. Takde nak hadap jammed macam ni. Pergi and balik kerja tenang je. Somehow ada terfikir nak kerja kat kampung tapi bila fikir 1000km kedepan, ok simpan balik perasaan tu and hadap je dulu jammed ni. Haha.

Dulu time kerja kat Terengganu rileks je pergi kerja tak risau pasal jammed. Cuma risau pasal environment kat school je. Sebab? Time tu semua kerja aku kena buat. Start dari tolong cikgu buat presentation slide sampai laaaaaa baiki CPU. Which is not in my job scope during that time. Tapi aku ni sejenis yang suka tolong (bukan nak riak) dan suka tengok orang happy. Walaupun diri sendiri tak berapa nak happy. Lol.

Tapi Alhamdulillah pengetua dan cikgu-cikgu semua baik. Time last day tu bapak banyak hadiah aku dapat. Rasa macam di appreciate sangat. :) Eh, tetibe ter'recall' pulak kisah lama. 

Ni mesti kes sejuk kat ofis. Macam tak related pun kan. Emmm.... Ok bai.

Monday, August 21, 2017

Mybuddies Run 2017

Semalam sepatutnya aku join MyBuddies run. Tapi, di sebabkan faktor katil dan bantal tu lagi menarik so yahhh. End up aku run je atas katil. Haha.

Punya la semangat dari semalam nak pergi kan. Siap nak ambik race kit dari kawan bagai. Nasib baik la aku tak pergi Putrajaya malam tu collect race kit. Kalau tak buang tenaga dan masa je. Hehe.

So kena tunggu September ni la untuk Orchid Run. Aku harap time tu katil dan bantal bukan lagi alasan untuk malas ke event macam ni lagi.

So yahhh still dapat medal ni, sebab kawan aku yang baik hati tu tolong amikkan. Boleh la nak buat tanda ingatan walau tak keluarkan peluh di jalanan. :)



Thanks shayam shayam sekalian.. I lurve u lebih. Hehehe.. :P

Tuesday, August 8, 2017

Treatment after hot waxing

Semalam setel buat oxygen treatment kat lips area (hot waxing punye pasal). So, Alhamdulillah skin yang menggelupas and sakit tu getting better dah. Dah takde rasa skin tertarik ke ape. Haha.

Hari ni, datang lagi untuk healing process. Dia akan buat sampai la skin aku ni back to normal. And, FOC ! Yeah nasib baik la. Kalau kena bayar memang aku tak pergi la. Mahal kot.

So memang aku berjanji dengan diri sendiri. No more hot waxing ! :(

Rasenya dah cakap dalam entri lepas, tapi still nak cakap jugak pasal benda ni buat aku murung seminggu. Haha.


Monday, August 7, 2017

Hot waxing area lips

Perempuan mane la boleh berpisah dengan benda-benda berkaitan kecantikan ni. Walau aku takde cantik sangat tapi jiwa nak cantik tu ada. Haha.

So dengan berbekalkan hati berkobar-kobar nak cantik, maka aku pergi la sign up pakej untuk oxygen facial kat Dermalogica.

So far baru 2 session kat sana. Belum nampak la beza yang ketara, tapi dapat rasa la skin rasa soft je time pegang. So pakej yang aku ambik ni untuk 9 session + eye treatment. Hopefully after 9 session tu nampak la beza kat skin ni kan.

Cuma now aku nak story pasal waxing kat part tepi lips ni. Ya Allah, tak sangka memang sakit hoi! Aku ingat sakit-sakit manja je. Sekali dia punya sakit tu sampai 3 hari tak hilang.

Dia guna hot wax. Menangis jugak pasal that Indian girl (which is aku rasa dia tak pandai sangat) dah terwax aku punye cheeks skin. T__T

Habis merah, sakit, pedih and skin aku start menggelupas kat mouth area. Nak menyesal tak boleh dah pasal aku yang gatal nak buat kan. Redho jela tengok skin macam tu. Pastu berendam air mata.

And aku dah inform beauty consultant tu pasal ni. Hari ni dia mintak aku pergi balik sebab nak buat treatment kat area yang problem tu. Hopefully semua ok la lepas ni.

Tak mau dah buat waxing!!!! :(

Nanti aku update balik progress after buat treatment. Sis sedih. T__T (padan muka)

Fact 1: Cara nak cakap tak suka indirectly

Sebenarnya, banyak cara 'halus' yang lelaki or perempuan guna untuk bagitahu something yang dieorang sendiri tak sampai hati nak bagitahu seseorang tu.

Case: This guy memang dah tak suka kat this girl but dia tak sampai hati nak cakap secara direct. So indirectly dia akan cakap macam ni dalam keadaan yang ala ala bergurau.

I tak suka U. I suka Boboy je. (Boboy ialah seekor kucing)

Betulke U tak suka I?

Aah I tak suka U.

U, I tak main-main ni. Betul-betul laa.. (Dalam nada tak percaya lagi)

Haa ye, kan dah cakap tadi tak suka. I suka Boboy je.

Okay, korang. If someone cakap macam ni, mengertilah bahawa dia memang tak suka kau. So sila move on. Kalau someone tu suka korang, dia takkan cakap macam tu kot even bergurau. Just my 50cents la. Haha.

Sebab?

Dulu pun aku buat macam ni kalau tak suka kat someone, tapi tak tahu nak cakap macam mana supaya dia tak terasa hati. Got it?

Move on please. Duh.

Thursday, July 27, 2017

Happy Birthday Son !

27 July 2017 - Thursday



Happy Birthday anak mama, Muhammad Danish Irfan yang ke 3 tahun :)

Tak ada apa yang mama dapat bagi melainkan kasih sayang dan doa untuk Danish.

Kadang mama terjerit.

Kadang mama termarah.

Kadang mama terpukul.

Bukan kerana tak sayang. 

Tapi terlalu sayang.

Mama nak Danish jadi anak yang baik dan mendengar kata. Tapi lepas marah mesti malam tu mama menangis sebab rasa bersalah. Terus mama hug and kiss Danish and say sorry :(

This year mama tak dapat nk organize birthday party kat Danish sebab banyak benda dalam kepala mama sekarang. Insha Allah next year kita buat ye sayang.

Nanti Danish dah pandai membaca, mama bagi Danish baca entri ni okay :)

Lots of love,
Mama

Monday, July 17, 2017

Bukit Kiara Activity

Since this year memang nak mengamalkan gaya hidup sihat, maka memang aku akan agree dengan aktiviti keluar peluh macam ni. Nak maintain berat 48kg is quite challenging after raya ni. Time puasa boleh la kan pasal makan sekali sehari je. Tapi now nafsu makan datang balik. Nampak nasik je lapar. Lapar je nampak nasik. :(

First time nak pergi sini, so aku search la Bukit Kinrara. Aku macam blur, time google tu just keluar macam housing area je. Takde pun bukit bukau ke ape kan. Rupenye bila tanya kawan, Bukit Kiara bukan Kinrara. HAHA. Ohmai.

After subuh terus gerak pergi sane. Tapi satu jela kat sini, parking sangat susah. Terpaksa la kiteorang carik parking sampai ke atas bukit. Alhamdulillah we managed to park kereta dekat entrance. So takdela berpeluh awal sangat. Haha.


Kat sini memang banyak monyet monyet comel ni ye. So kalau korang rasa ala ala nak bawak makanan bagai and berpicnic baik tak payah la kot. Haha. Tak pasal korang berkejar dengan monyet ni nanti. Aku agak seriau la sebenarnye nak kena jalan tepi monyet-monyet ni. Dah terbayang if golongan ni kejar, memang aku lari turun bawah balik. T_T


Ni track untuk pejalan kaki and tepi tu untuk cycling. Btw, ni bukan cycling yang ko nak sengih sengih sambil kayuh pedal tu ye. Ni cycling yang kena daki bukit, masuk hutan semua tu. Memang patah la kaki if daki bukit guna basikal. Haha. Sebab tu kami ambik langkah bijak dengan berjalan kaki je. Haha. 

Sini pun ada laluan untuk jungle tracking. Boleh la nak sedut udara segar dalam hutan. Serius terus teringat zaman study, masuk hutan ramai-ramai. Best! (Nak mengimbau kenangan pulak). 


Haa track yang kiteorang ikot is 'Denai Keladi'. Laluan ni korang akan menyusur anak sungai. Emmm bukan anak sangat la. Baby sungai. Pasal kecik sangat. Haha. Tapi view memang cantik, cantik and cantik !







So kiteorang ambik masa dalam 2 jam lebih habiskan aktiviti kat sana. Balik tu terus tido penat! So sape-sape yang nak kuruskan badan and kaki boleh try hiking kat sini. Peluh dapat, kurus pun dapat. :P

Till next activity pulak. More to come! :)

Regards,
Shima

Sunday, April 16, 2017

World Kidney Day [Fun Run]

Entri ni memang khas untuk Fun Run. Pasallll. Ni la first time ever aku join event macam ni. Eh dulu pernah la time zaman sekolah. I mean time dewasa ni haaa (malu nak cakap tua).

Pukul 630 dah terpacak dekat Taman Botani Putrajaya. Sesat jugak la nak pergi sana even dah pakai waze. Tapi aku memang sejenis yang suka sesat walau pakai waze ke, google map ke. Aku pun tak paham kenapa. Rasanye macam dah ikot instruction waze tu. Haha.


Sampai je sane, lepak jap jumpe si Ecah & Wani. Borak borak. Ambik gambar sket. Around 715am baru la start. Not bad la pasal aku and Ecah tak banyak sangat berjalan. Tapi time dah nak sampai tu masing-masing dah pancit chuols. So jalan jela jawabnye. Haha. Eh lupa nak cakap. Ni untuk 5km sahajoooo tapi azab nak habiskan rasa macam ''ehhhhhh. apehal tak nampak lagi tulisan TAMAT ni?"


So far sangat ok la. Ambik experience dulu. Memang berpeluh and rasa macam 'run' sangat hari tu. kehkeh. Next event ada lagi. Insha Allah yang tu kena komited sikit. Try ambik 10km ke. Hmm mimpi jela kot 10km tu. 5km ni pun dah rasa macam berlari 50km.



So ni la benda yang aku dapat. walaupun bukan emas, perak atau gangsa, tapi aku tetap bangga. Mak!! Tengok ni. shima dapat benda ni ! Hehehehe.

Fit please!

Now aku dalam mood nak turunkan berat badan. Last haritu timbang dah naik jadi 53kg! Gosh! Memang sasau jap tengok weight scale tu.

Yela, makan tak hingat dunia. Malam pun nak makan. Eh tak kira la malam ke, tengah malam ke, kalau lapar memang makan je. Kalau nasik pulak time lunch tu, makcik kedai mesti letak full 1 pinggan. Kadang gambar corak bunga tepi pinggan tu pun dah tertutup dengan nasik. Haha! Boleh pulak aku habiskan. Bila dah makan menyesal. Gile betul. Haha.

Tapi now ada orang encourage untuk kurus. And yaaa mula-mula tu fikir la kan. Emmm betul ke nak buat ni. Betul ke nk tinggalkan nasik. Betul ke tuu...Betul ke ni. Eh banyak sangat pulak fikir. So aku decide ok ni right time untuk proceed.

So now, ade la jugak cheat day di mana aku akan makan nasik. Haha! Bile dapat suap nasik dalam mulut tu rasa heaven yang amat. So esok sambung makan sup ayam je. Dalam seminggu akan makan 1 kali je nasi. Yang lain tu semua sup. Plus, workout. Buat Tabata, dancing, bergayut. Semua ada.

So far dah turun 3kg. Not bad la kan 50kg. Tapi berat tu tak mau turun jugak ke 49kg. Statik camtu je. Pulun buat exercise hari-hari. Tapi disebabkan dah minat dengan workout so dah tak rasa macam benda tu membebankan. Giteww kekdahnya.

Ok now aku lapar.

Makan nasik ke, makan megi ke, or telan air liur je?

Nanti aku fikir balik.

Tapi most likely telan air liur la kot. (Tipu)




My New Baby (Bysees Signature)

Now 1231am and i couldn't sleep. Nasib baik Danish tidur awal malam ni. So ade la 'me' time sikit. Tu yang boleh bukak blog and update something dalam ni. :)

Since URL address blog ni pun dah bertukar. Dulu fz-cma.blogspot.com and now dah tukar to shimaisastoryteller.blogspot.com, so entri-entri yang lama dulu korang dah tak boleh nak view if click kat link fz-cma tu. So sad. Tapi tulah tukar angin sikit. Kotla ade positive vibes kan. Gitewww...

Now lately mood tu macam kelaut. Jenuh workout nak bagi mood tu ada balik. Tapi after workout back to mood kelaut tu. Haha. Tak tau la ape nak jadi. 

Okay before tido. Nak promote sikit.

Now aku ada bukak bisnes shawl. Insha Allah menepati cita rasa kaum kaum hawa sekalian alam. Heee. Korang boleh follow Instagram bysees.signature or kat FB: Bysees Signature




Insha Allah shawl untuk Raya collection in progress :) Tak zabar nak tengok finishing product.

Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. 

Sunday, January 1, 2017

[REVIEW] Contact Lense

Alhamdulillah.

Another year to fill up. Hoping that this year will be more better than previous years. :)

So, sempena  1-1-2017 ni aku kena la buat satu entry wajib. Heh Heh Heh.

Di sebabkan haritu aku dah pakai contact lense, so aku nak review la sikit die punye keterujaan tu. Mungkin orang yang dah pakai bertahun dah tak teruja macam aku ni haaaa...

Serius, memang SUSAH gile nak masukkan benda alah ni kat mata. Aku rasa ada lebih 10x nak masuk tak dapat. LOL! Sampai merah merah mata. Fuhhh ~ Kalau aku la yang pakai sendiri ni, memang berejam la jawab dia.

Aku macam dah giveup nak pakai. Dia punye level susah tu memang tahap tertinggi. Emmm tak sure la kalau aku punye mata ni macam kecik ke ape then menyebabkan benda ni susah nak masuk. Ada tak camtu eh? hahaha..


So, I've decided not to wear this thing anymore. Plus, dengan macam-macam cerita orang cakap kalau tak bersih jadi infection la ape la. Dah la aku ni rabun. Tak nak la menambah kerabunan. Kahkah. 

Tapi, let say kalau ada event yang memerlukan aku pakai benda ni, baru la aku try pakai lagi. If tak, memang takde dah. Cukup la sekali ni je. HAHA.

So ok la kan tak pakai contact lense. Natural gitewww walau mata kecik. HAHA.


Aku akan cuba untuk maintain blog ni. Maklumla now orang dah selalu story kat FB kan. Tapi tak bolehla nak mengarang cam gini. Rindunyeeeeee my virtual diary ni. :(

I should keep you updated dear.

Love,
Shima

Wednesday, October 26, 2016

Netball player ke laut

Last Saturday company ada buat lebih kurang macam Sport Carnival gitcheww.. Tapi yang ni bukan big event lagi. Yang big event bulan November ni.

So aku dengan gatalnya agree la nak main netball. Pergi training dekat Tasik Titiwangsa kat open court. Best jugak hari first training tu. Dah lame peluh jantan tak keluar. Memang rasa macam susut 2kg terus. Over nau kan. Tapi macam tu la yang aku rase. HAHA.

Ok berbalik pada training netball tu, balik je umah terbongkang tak boleh nak gerak. Macam kaki kejung habis! Laki aku gelak je tengok bini die macam tu (tak pernah tengok letewwwww). kehkeh..

So aku letak ubat yang relief muscle tu. Ok la sikit. Then the next day pergi lagi. Kali ni die punya training nak kena gerak ala ala ketam gitu. HAHA. Hoiii sakit lutut. First time aku rase macam lutut nak tercabut.

Confirm tak boleh nak proceed dah. Stop main and rehat. T__T (dalam hati nak jadi reserved je). Tapi apakan daya, dieorang nak sape yang jadi reserved tu kena main jugak. So memang takla. Nak lompat pun sakit. Apatah lagi nak lari laju laju kejar bola. Aku giveup. Dannnn i is sad :(


Yang ni jela aku mampu buat. Datang support Yellow team. Tapiiii.. Tak sampai 2 jam pun. Danish meragam mengamuk nak balik (mengantuk). Aku pasrah. Baru je mama die acah-acah nak jadi supporters. 

Sunday, September 4, 2016

MN Perfect Mascara, MN Eyebrow & Concealer and MN Eyeliner

Alhamdulillah finally I jumpa jugak benda best untuk mata dan kening.

HAHHA.. Before this I guna Flomar. Not bad but mahal sikit la nk compare dengan MN ni.
MN punye tesktur soft and senang nak apply kat mata and kening.

Before this i pernah beli eyebrow yang kalau kite genyeh pun tak nampak kesan. Adakah kening i terlalu tebal? HHAHAA..

Nah!! I bagi All in 1.

1) MN Perfect Mascara 
2) MN Black eyeliner
3) MN Brown eyeliner
4) MN Brown eyebrow with concealer

Semua ni i bagi RM25 ONLY!! Mane nak carik dapat 4 items dengan harga macam ni.

Ya ampun.. best sangat pakai.. Berbaloiii bakkk anggg ~Hehehe..

Whattsap now 0163392950 :)


Bawah ni i apply MN All in 1 ni. Bestttt hehehehee


Sunday, August 7, 2016

Mitsui Outlet Park


Throwback version.

Last week hantar Tatie Mimoi ke KLIA sebab dah habis cuti semester.

Tatie = Makcik in France language.

So satu family gerak pergi KLIA seawal 8am. Flight pukul 10am so kena turun awal dari rumah. Biasala kalau duduk Ampang of course kena gerak awal since MRR2 memang kita tak boleh nak expect dia punya traffic flow. Kadang massive yang amat, kadang lengang siap boleh joget2 atas jalan. Hihi..



After Tatie dah check-in, adik ipar ajak pergi Mitsui Outlet Park. Ok la jugak sebab tak pernah jejak kaki kat sane. Hilir betul. HHAHAA.. 

Sampai sane, memang awal lagi la. So tak ramai orang sangat. Best la nak jalan-jalan. Tapi aku rasa macam lagi besar JPO lagi and banyak butik lagi kat sane compared sini. Kat sini ade a few butik yang barangnye limited. 

Sape yang nak carik kasut CROCS boleh pergi KLCC la kot. Kat sana lagi banyak choice and design pun yang updated. Kat sini, design lama tapi korang boleh la dapat dengan harga murah kat sini.

Converse pun ok kat sini. Harga murah and boleh la nak beli berpasang-pasang. Hehe..

Sape-sape yang suka Jeans Superdry boleh la usha sebab dia punya sale memang half price! Seluar yang harga RM300++ after less boleh dapat dalam RM150++ :)





Ok tu je nak review! Next time kite review trip ke Krabi haritu. Takde mase lagi nak share story kat sini. Picture pun tak sempat nak transfer masuk laptop . Hehe.. Later! Bye! :)


LOVE
Shima

Selamat Hari Raya! (Versi Office)

RAYA CELEBRATION!!!

Ok ni sebenarnye still in confinement mode. Since ade sambutan Hari Raya and farewell BFF memang aku kena datang kalau tak mau Echah tak bertegur sapa dah dengan aku. :(

 Alhamdulillah. Create another beautiful memories with colleagues. 

Yang sedihnye tak boleh minum air sejuk. Ya Allah rasa meronta-ronta dalam hati nak minum air milo best tuuuuu.. :( I cannot brain this bilamana orang lain meneguk air milo sejuk dengan sedapnya tapi aku tengah teguk air kosong. SEDIH. 



To my dear Echah, thank you for everything since day one aku kat sini. Banyak benda yang ko tolong in terms of nasihat dan semualah! Tapi since ko takde ni, proses pengumpatan dah berkurang HAHAH..
Ok, on a serious note YOU ARE THE BEST, BABE! :)




Whatever it is, i'm proud to be one of them. Semoga kami semua dimurahkan rezeki oleh Allah Taala. Amin.. Bye! :)

Friday, February 19, 2016

Anak picky eaters & Tambah selera makan

Sape yang anak-anak memang jenis picky eaters? Ya Allah, Danish memang sangat picky eaters and now he refused to drink formula milk. Kalau direct breastfeed baru dia minum. Aku memang risau tahap langit ke tujuh kalau jadi macam ni. Yela, healthy food tak nak makan. Junk food boleh pulak budak ni makan sampai habis.

Macam-macam cara dah nak tambah selera makan Danish.

1) Tukar formula milk

Asal dia minum S26 and after colleague advise to change the milk, so aku try la Pediasure Vanilla flavour. Ok sedap yang amat ye! Rasa macam aku je yang nk minum. Firstly, aku try bagi tu dia taknak, maybe manis. Then, aku mix dengan S26. Dia minum sikit then taknak. Campak botol susu taknak. Botol susu mahal tu nakkk. T__T

2) Beli vitamin appeton (Lysine)

Yang ni memang Danish makan. Siap nganga luas-luas. Tapi........ Selera makan sama je. Still picky eaters.
Aku kecewa. Google sana sini kot-kot la terjumpa cara lain nak tambah selera makan.

3) Mandi dengan daun kucai

Ni aku jumpa dalam google. Mandikan Danish 3 hari (time senja) pun sama je. Nan hadooo.

Cara-caranya:


  • Bersihkan daun kucai sampai hilang pasir tu.
  • Rendam daun kucai dalam air suam (letak air dlm half baldi)
  • Mandikan sambil gosok-gosok bahagian belakang
  • Jangan bilas dah dengan air biasa. Biarkan je air daun kucai tu kering
Semua cara kat atas memang tak menjadi dengan Danish. Maybe korang boleh try kat anak korang. Kotla memang boleh tambah selera makan. Kita cuba dan tawakal ye. 

So now aku still lagi cari method yang nak tambah selera makan Danish. Yela, dah 1 tahun 6 bulan, tapi berat die 8kg je. Aku tak tau la kot maybe memang genetik ke macam mana. Nak cakap aku kurus, tu memang tak logik la sebab aku berisi yang amat. HAHA. Kalau husband maybe la kot. Makan ape pun, tapi badan maintain. Hehe..

Hopefully aku akan jumpa method untuk tambah selera makan and gain his weight in a short time. :)